"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    8 years ago

Tuesday, September 30, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...

Selamat Hari Raya Aidilfitri To All Muslim.................
HAYE A NICE CELEBRATION!!!

Sunday, September 28, 2008

Lucky Present From Mamy Poko


















Mama is announced as one of the lucky winner in 'My first time experience - Belly' by Mamypoko Club. And Last friday, the lucky prize arrived. It was a 17pcs MamyPoko Pants M size. Everyone was so excited knowing that mama is one of the winner. Hmm.. at least mama have MP for Tina during this hari raya and no need to buy for travel pack. Thanks to MP! So happy!

Wednesday, September 24, 2008

Cap A1 Team Malaysia & Kad Raya Dari SCA Consumers..

Photobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image Hosting

Dalam beberapa bulan dulu mama ada dapat e-mail dari Jobstreet & A1 Team Malaysia, kata mereka kalau mama sign up sebagai member mereka akan hantar cap/topi sebagai penghargaan kepada sokongan yang diberi. Tapi mama tunggu-tunggu..tak ada pun.
Balik dari ofis semalam tengok-tengok ada courier, mak kata benda tu ialah topi jadi mama cepat-cepat tengok..hehehe.. akhirnya sampai jugak topinya.. Abah sibuk pujuk mama bagi topi tu kat dia..
Ada jugak kad raya dari SCA Consumers, kat dalam tu ada borang untuk dapat sampel diaper percuma..nanti mama isi untuk Tina ye..

Soal Selidik Dari Synovate ..

Photobucket - Video and Image Hosting

Pagi Sabtu 20/09/2008, ada perempuan call dari Synovate untuk buat soal selidik tentang susu baby. Mama layankan je. Dia tanya tentang susu qistina, jenama-jenama susu yang mama tahu, iklan-iklan susu, mana dapat information tentang susu..macam-macam lah. Sebelum dia letak telefon dia minta nak jumpa untuk bagi hadiah soal selidik tu. Sebab masa tu mama kat JB jadi suruh dia datang rumah JB je.

Dalam tengahari, ada kereta getz berhenti depan pagar rumah, keluar sorang perempuan. Mama pun keluar. Betul la dia yang call pagi tadi tu. Dayang nama dia. Dia tunjuk kat mama dia ada list penuh calon-calon soal selidik. Mama tengok list tu ada semua info tentang mama dan tina..mcm alamat, no.telefon, nama anak, umur anak, tarikh lahir anak. Dan dia beritahu mama, untuk area kota tinggi ada 4 orang calon yang dia akan pergi jumpa.

Selepas 1/2 jam, dia siapkan kertas soal selidik dia ajak mama pergi kat kereta untuk ambil cenderahati. Masa tu mama cuak jugak tapi buat biasa je sebab ada ramai orang kat rumah. Hadiah yang dia bagi ialah sehelai tuala mandi warna peach. Terima kasih Synovate..

MAM Bottle For Qistina

Photobucket - Video and Image Hosting

Last week while went back to MIL house at Skudai JB, mama ask abah to search JIAN RONG TRADING at Nusa Bistari to look and buy MAM Feeding Bottle which was BPA Free. Mama & abah finally decided to bought that MAM Bottle for Qistina. We bought 2 pcs of bottle, 1 for 4oz and another one is 9oz and we also bought teat no.3 to replace the original one which is too small for her. Quite pricey but as long as it's safe for her..nevermind la..abah said. No compromise for her safety..




Friday, September 19, 2008

Another Milestone From Drypers

Balik je dari kerja 17/09/2008, tengok atas meja ada sampul surat besar putih dari drypers..dah dapat agak apa isinya sebab ramai mommies kat MP forum dah terima milestone mereka. Yang ini mesti milestone Qistina.
Hadiah 1st birthday untuk Qistina pun ada. Sama macam yang lain jugak..buku cerita. Cantik. Colourful.
Tapi mama belum sempat lagi nak isi kat dalam file..nak update milestone Tina pun belum sempat..minggu ni sibuk sangat..
Tina mula berdiri sendiri pada 13/7/2008, masa tu malam. Dia berdiri depan mama, nenek & atuk. Mama terus tulis kat calender tarikh bermakna tu. Sejak tu, dia suka berdiri tapi dia masih belum lagi memulakan langkahnya yang pertama. Mama & abah tertunggu-tunggu masa tu.. tak sabar nak tengok Tina berjalan.
Gambar ni pun secara tak sengaja dapat mama rakamkan. Susah sebenarnya nak dapat gambar dia berdiri sebab setiap kali dia berdiri Mama lagi lebih nak jaga dia..takut dia jatuh..tak ingat nak ambil gambar pun. Tapi masa mama ambil gambar ni, atuk ada dekat dengan Tina..in case lah dia jatuh kan.. risau jugak..
Go Tina Go.. mama & abah tunggu langkah pertama Tina ye!

Aksi Tina Dalam Baby Chair

Photobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image Hosting

Ini adalah aksi yang paling Tina suka buat. Dia memang tak kan duduk diam. Baby chair tu sebenarnya dekat dengan meja tapi Tina tolak dengan kaki dia sampai bergerak baby chair tu.. tengoklah tu..bahayakan!

Tina dah Pandai Tepuk Tangan ..

Ini adalah perkembangan terbaru Tina. Biasanya mama & abah akan pegang tangan Tina sambil nyanyikan lagu 'Tepuk Amai-Amai' . 2 ke 3 bulan jugak dah kami buat tapi Tina masih belum boleh tepuk tangan sendiri.

Hari selasa 16/09/2008, nenek cerita..bangun pagi je Tina terus tepuk-tepuk tangan sambil mulutnya terkumat-kamit. Nyanyi lagu sendiri la tu ..

Video ni mama ambil masa tengah berbuka puasa. Sejak pagi yang dia pandai tepuk tangan tu..Tina akan selalu tepuk tangan.. Jia Yu Tina..

Tuesday, September 16, 2008

New Hair Clip



Mama sebenarnya tak sabar nak belikan aksesori rambut untuk Tina tapi rambut Tina masih sikit ... tak boleh ikat lagi pun. Tapi baru-baru ni mama ada belikan sepasang hair clip warna oren untuk Tina. Saja nak cuba..
Tengok tu..sesuai tak?

Anakku Member Day

Hari sabtu lepas 13/09/2008, mama dapat info Butik Anakku buat Member Day. Kami saja pergi kononnya nak jalan-jalan sambil tengok baju raya untuk Tina. Masuk kat Butik Anakku je, owner dia kata hari ini special untuk member sahaja. Ada 20% diskaun untuk semua pakaian.
Mama & abah pun pilih beberapa helai. Tapi tak beli saiz 1 semua. Campur dengan saiz 2. Biar lama sikit Tina boleh pakai. Cantik-cantik koleksi Butik Anakku tu.. sampai kat cashier je baru kami tau yang diskaun 20% tu ialah tambahan kepada diskaun sedia ada. Kalau baju yang 50% + 20% = 70%.
So baju raya Tina dah siap. Cuma tunggu baju kurung je lagi yang belum siap.







Tak sabar nak tunggu raya sebab tahun ni dapat beraya dengan Tina. Tahun lepas masa raya Tina masih kat dalam perut lagi.. mesti seronok






Ini pulak 2 pasang stokin baru untuk Tina. PWP dari Butik Anakku

Tuesday, September 9, 2008



Suit Indonesian style for RM15.00














Snow Cap for RM5.00











Cutenya dia!



Perkembangan Terbaru Tina!

Selepas berbuka semalam, mama sengaja masukkan Tina dalam baby cot. Waktu tu duckie .. yang mama letak dalam post lepas tu ..ada dekat belakang Tina. Jadi mama purposely cakap dengan Tina macam ni ..
Tina.. mana duckie sayang? Ambilkan mama duckie. (then mama buat bunyi suara duckie)
Selepas 4 kali mama ulang ayat yang sama.. tiba-tiba Tina pusingkan badan dan capai duckie yang ada kat belakang dia tu..bagi kat mama. Terus mama cium dia ..good girl. Then, untuk confirmkan yang Tina dah faham sikit-sikit apa yang kita cakapkan mama cakap ayat lain pulak ..
Tina ..Guppy Tina mana? Tunjuk mama Tina punya Guppy sayang ..mama nak tengk Tina punya guppy.
Lepas 3 kali ulang..Tina bangun dan tarik guppy dengan tangan then dia goyang-goyang guppy tu. (guppy tu ada bunyi kalau digoyangkan)
Sukanya mama.. that means Tina keep growing healthily. Feels so worth it teaching her all this time. Cant wait to hear she talk ..Keep growing Tina ..Jia Yu ..

Qistina, Walker & Komputer

Kebelakangan nie, Tina dah pandai nak panjat keluar dari walker. Mulanya mama tak percaya tapi bila tengok sendiri macam mana dia nak panjat keluar .. eiii hai ..boleh sakit jantung. Tengok lah aksi dia tu. Bahaya tinggalkan dia dalam walker sekarang ...


Tina suka sangat dengan komputer. Kalau mama on komputer je dia mesti akan cepat-cepat datang dengan walker dan tarik tangan mama untuk keluarkan dia. Tengok lah tu..macam pandai sangat..hehehe ...kita guna mouse dia pun sibuk nak pegang mouse jugak. Masa ni lah selalunya mama ambil untuk tunjuk power point flash card yang mama download dari Brillbaby pada Tina. Nak tarik perhatian si active girl ni bukannya senang. Kena sabar sikit. Tapi biasanya dia akan beri perhatian walaupun bukan setiap saat...sabar ye mama ..

Abah's Girl




This is abah's girl .. look at that .. manjanya!

Monday, September 8, 2008

Calci-Yum 1

2 weeks ago while buying some groceries, I told my hubby that I want to introduce dairy product to Qistina. I told him about what Joanne do to Sarah and he agree we introduce Calci-Yum in this very first stage.

After 3 days, when I scoop tiny amount to her mouth she show me weird face and suddenly like want to vomit. I give her plain water and scoop another tiny amount and this time she truely vomit! May be because I choose grape flavour, a bit sour for her. Quickly give her water.

Yesterday, I try to give vanilla flavour to her but still the same..she vomit it. And she doesn't want to smell it either. Then hubby said, we can try again some other time as she grows. Nevermind, I will try again later.

What to to with the calci-yum? Mama have to eat la..

Tuesday, September 2, 2008

Bubur Nasi Dengan Brocolli Dan Serbuk Ikan Bilis Goreng



Menu Tina hari ini :
1 Genggam Beras
1 Piring kecil Brocolli - Di Potong Halus
Serbuk Ikan Bilis

Dah 2 ke 3 minggu jugak mama tak beli brocolli untuk Tina. Pergi pasar malam dengan abah semalam mama beli brocolli. Cadangnya nak buat bubur nasi brocolli hari ini.

Masak bubur nasi stail Tina dan bila bubur dah kembang, masukkan brocolli. Brocolli kena masuk awal sikit sebab nak kena bagi ia lembut sesuai untuk makanan baby. Pernah brocolli tu tak berapa lembut, Tina hampir tercekik. Jadi pengajaran dari itu, mama akan pastikan brocolli cukup lembut untuk Tina.
Bila nak makan, campur 1 sudu kecil serbuk ikan bilis (buat sendiri). Tengahari tadi Tina makan ..tak banyak sangat.

New Baby Chair


Semalam 01/09/2008 adalah hari pertama puasa. Mama ajak abah jalan-jalan kat Bazar Ramadhan tapi nenek tak kasi bawak Tina pergi sama. Nenek kata hujan renyai. Jadi mama berdua dengan abah je. Dalam kereta mama discuss dengan abah nak belikan Tina Baby Chair sebab kalau mama, abah, atuk & nenek buka puasa ..kesian Tina kena duduk dalam cot atau walker je. Jadi kalau ada baby chair Tina boleh join kat meja makan. Baby chair ni mama & abah beli dengan harga RM48. Seronok dapat bawak Tina join berbuka puasa.. tahun lepas masa bulan puasa Tina masih kat dalam perut ..mama makan untuk Tina tapi tahun ni Tina kena makan sendiri..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...