"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Wednesday, September 24, 2008

Soal Selidik Dari Synovate ..

Photobucket - Video and Image Hosting

Pagi Sabtu 20/09/2008, ada perempuan call dari Synovate untuk buat soal selidik tentang susu baby. Mama layankan je. Dia tanya tentang susu qistina, jenama-jenama susu yang mama tahu, iklan-iklan susu, mana dapat information tentang susu..macam-macam lah. Sebelum dia letak telefon dia minta nak jumpa untuk bagi hadiah soal selidik tu. Sebab masa tu mama kat JB jadi suruh dia datang rumah JB je.

Dalam tengahari, ada kereta getz berhenti depan pagar rumah, keluar sorang perempuan. Mama pun keluar. Betul la dia yang call pagi tadi tu. Dayang nama dia. Dia tunjuk kat mama dia ada list penuh calon-calon soal selidik. Mama tengok list tu ada semua info tentang mama dan tina..mcm alamat, no.telefon, nama anak, umur anak, tarikh lahir anak. Dan dia beritahu mama, untuk area kota tinggi ada 4 orang calon yang dia akan pergi jumpa.

Selepas 1/2 jam, dia siapkan kertas soal selidik dia ajak mama pergi kat kereta untuk ambil cenderahati. Masa tu mama cuak jugak tapi buat biasa je sebab ada ramai orang kat rumah. Hadiah yang dia bagi ialah sehelai tuala mandi warna peach. Terima kasih Synovate..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...