"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    8 years ago

Thursday, October 30, 2008

Pink Sisterhood Tag ..

Joanne tagged me with this Pink Sisterhood - Breast Cancer Awareness. Thanks Joanne for inviting me in spreading breast cancer awareness. I really appreciate it!

This one is all about breast cancer, which everyone knows is one of the most life-threatening diseases today. I’m doing my part in spreading awareness on breast cancer by sharing some scary yet so very true facts on breast cancer. Ladies, do take note!

* One in eight women or 12.6% of all women will get breast cancer in her lifetime.

* Breast cancer risk increases with age and every woman is at risk.

* Every 13 minutes a woman dies of breast cancer.

* Seventy-seven percent of women with breast cancer are over 50.

* Breast cancer is the leading cause of cancer death in women between the ages of 15 and 54, and the second cause of cancer death in women 55 to 74.

* Risks for breast cancer include a family history, atypical hyperplasia, early menstruation (before age 12), late menopause (after age 55), current use or use in the last ten years of oral contraceptives, and daily consumption of alcohol.

* Early detection of breast cancer, through monthly breast self-exam and particularly yearly mammography after age 40, offers the best chance for survival.

Facts taken from Women’s Health

And now here is the tag and the rules:

1. Put the logo in your blog.
2. Add a link to the person who shared it with you.
3. Nominate at least 7 other blogs
4. Add your link to the list of participants below
5. Leave a message for your nominee on their blog.

Now my turn to tag…
Caroline, Mery, Esmeralda, Yvonne, Yuris, Kristie and Vivi

Tuesday, October 28, 2008

Sekitar Majlis harijadi Tina Yang Pertama

Qistina Demam Panas Di Majlis Harijadinya ..

Sabtu 24/10/2008 Masih Ingat pada post lepas? Qistina sembelit dan poo poo tak mahu keluar. Jam 1 tengahari je bila habis ofis hour, mama terus pergi farmasi caremart dan bertanya dengan pharmacist tentang ubat untuk baby yang sembelit. Pharmacist beri 2 jenis ubat, 2 biji ubat untuk masukkan melalui punggungnya dan 1 botol Lactul untuk dimakan (cecair). Selepas ambil cake dikedai, mama terus balik kerumah.

Masa mama sampai Tina tengah main-main. Abah kata dah cuba tolong Tina untuk keluarkan poo poo tapi terlalu keras. Abah dah pun berjaya keluarkan sedikit tapi Tina punya nangis..jangan ceritalah..menjerit-jerit.

Jadi dengan segera mama beri Tina minum lactul sebanyak 10ml. Kemudian masukkan cecair melalui punggungnya. Kesiannya..tak sanggup nak tengok tapi kalau mama tak buat macam tu Tina akan terus sakit perut. Lagipun perutnya dah keras sejak semalam.. Tak sampai 2 minit pun ubat dimasukkan Tina menjerit-jerit lagi sebab poo poo nak keluar. Dia peluk mama dengan kuat sambil menangis. Bau poo poo nya jangan ceritalah..2 hari tak dibuang. Bila nampak Tina dah lega, mama bukak diaper dan cjeck sama ada semua sudah keluar. Ya..mama dapat lihat poo poo yang keras tu sangat besar..

Malam itu badan Tina panas.. bila mama dengan abah check..39 darjah celcius.Alamak..macam mana ni..esok kan nak buat majlis harijadi Tina! Malam tu Tina tak dapat tidur lena..tidurnya asyik terganggu dan sesekali meracau-racau kerana panas terlalu tinggi. Bawah mata dan bibirnya merah kerana terlalu panas.Mama dan abah pun tak dapat tidur. Risau mama..bila Tina dah lelap je..mama atau abah akan letak tuala basah kat dahinya. Dia pun rasa selesa. Lagipun kami bimbang biarkan panas dikepalanya terlalu tinggi..sebab macam2 boleh berlaku.Dekat pukul 2 baru mama dengan abah tidur. Itu pun selepas siapkan barang-barang yang nak dimasak esok.. dan masa tu Tina dah tidur lena.

Pada Hari Ahad 26/10/2008, kami meraikan birthday qistina dengan menjemput keluarga terdekat, jiran dan kawan-kawan.Demam Tina masih lagi tinggi. Kami nak bawa Tina pergi klinik pakar kanak-kanak doktor Chum tapi clinic hour adalah 2pm hingga 7pm bagi hari ahad. Terpaksalah juga kami jalankan dahulu majlis yang telah dirancang.

Tapi Tina tak seceria selalu. Mama pun tak sampai hati nak pakaikan dia gaun yang mama beli sebab mama tahu dia akan rasa tak selesa. Tapi bila majlis dah nak bermula, mama salinkan Tina baju gaun untuk potong kek. Tina rimas sangat, dia tarik2 renda baju sampai tercabut. Mama ada beli cekak rambut untuk padankan dengan gaunnya tapi bila dia dah macam tu..tak pakaikan pun. Kesian..dah lah dia memang rasa tak selesa..mama tak nak dia rasa lebih tak selesa.

Nasib baik semasa majlis berlangsug..Tina tak meragam. Dia gembira dan sesekali bermain dengan sepupu-sepupunya yang datang. Mereka pun sukakan dia..dia pandai berkawan

Selepas potong kek cepat-cepat mama tukarkan Tina pakai singlet dan short. Baru dia rasa selesa.Dalam pukul 4 lebih selepas semua tetamu balik mama dan abah siap-siap untuk bawa Tina jumpa doktor.





Doktor Chum kata tekak Tina merah dan bengkak. Dia pesan supaya mama tak beri Tina makanan dan biskut sebab takut tekak Tina luka. Dan doktor Chum bagi sample Isomil untuk Tina cuba. Lagipun mama dengan abah kalau boleh nak hilangkan colic yang Tina alami selama ni. Mungkin Tina memang alah pada protein susu lembu tapi dia cuma colic je sebab tu tak perasan sangat. Tapi tu semua hanya kemungkinan. Kami kena cuba dulu Isomil tu bila Tina dah sembuh dari demam nanti barulah dapat tahu.
Doktor Chum bagi ubat demam, ubat selsema dan antibiotik. Tina memang serasi dengan doktor dan ubat dari klinik ini. Harap-harap Tina akan cepat sembuh lepas makan ubat nanti. Dalam perjalanan balik Tina merengek hingga tertidur. Sampaikan mama & abah nak makan pun tak sampai hati nak dukung dia lama-lama jadi mama suruh abah take away McDonalds. Kami makan dalam kereta je sebab Tina dah tidur atas riba mama. Lena sangat dia tidur..
Dan hari ini 28/10/2008, Tina sudah sembuh 80%. Demamnya tinggal sikit-sikit je lagi. Panas pun dah banyak kurang. Semalam (mama cuti deepavali) Mama masakkan bubur dan Tina dah ada selera nak makan. Banyak jugak dia makan. Cuma bila poo poo je dia akan menangis..mungkin sebab masih sakit dibawah sana tu..

Inilah baju gaun Tina untuk Majlis harijadinya ...








Cekak rambutnya yang tak sempat mama pakaikan..




Hadiah dari Mak Long & Mummy Azie..


Hadiah dari Mak Lang
Hadiah dari pakcik Sarip



Selain dari hadiah diatas ni..ramai yang bagi duit sebagai hadiah. Bila mama kira-kira...jumlahnya banyak juga ..

Wish harijadi Tina di website MeadJohnson



Saturday, October 25, 2008

Qistina Is Having Her Hard Time ..

Mama & abah plan untuk tukarkan susu qistina kepada step 3 - enfagrow A+ sebab Tina dah pun setahun. 22/10/2008 mama suruh nenek cuba bagi Tina enfagrow. Nenek kata Tina minum tapi 3oz je daripada 4oz. Ok la tu, mungkin dia masih kenyang.


Yang tak oknya malam tu..Tina kembung teruk hingga menganggu tidurnya. Dalam Tidur pun dia merengek dan tidurnya sangatlah tak lena. Sampaikan mama pun tak boleh nak tidur. Bila mama salinkan diapernya dalam pukul 3 ke 4 pagi..ada sedikit 'stool' kat diaper tapi macam keras dari biasa. Bila mama lap dengan wet tissue..Tina tersedar dan menangis.


So nenek kata tak mahu kasi Tina enfagrow lagi. Fine la..balik ke enfapro semula.

Tina poo poo macam biasa siang 23/10/2008.
24/10/2008 mama beli pulak dugro 1+ untuk cuba. And malam tadi tina kembung lagi. Macam mana ni..baru minum sikit je dah jadi macam ni. Lagipun mama rasa dugro lebih manis dari enfapro. Mama pun rasa tak sedap nak minum. Mungkin Tina pun rasa macam tu. Tapi mama cuba cairkan sedikit dari sukatan biasa. 3 scoop susu dengan 5oz air. Cair macam ni..Tina minum.


Pukul 11 25/10/08, mama kat ofis abah call kata Tina sembelit, poo poo tak nak keluar. Dia dah menangis dan meneran..merah-merah muka kata abah tapi poo poo tetap tak nak keluar. Kesian nya mama dengar. Balik ofis ni mama nak pegi farmasi beli ubat untuk baby sembelit ...


Tina memang macam ni..kalau cuba susu baru tak payah nak tunggu lama. Kalau tak sesuai..dia akan terus kembung.. tapi sembelit ni baru pertama kali terjadi. Patutlah dia tak senang tidur je malam tadi..


To be continued ...

Friday, October 24, 2008

8 More Step Last Night - 23/10/08

I am very happy with Tina's walking progress. She is a hardworking girl and keep trying to walk everyday. As a mom, I will always monitoring her progress day by day and last night again she try to walk and this time she manage to have 8 step before she fall. Luckily, grandma manage to catch her coz mom is just nearby. After sit again, she clapped her hand ..for her great performance I think..hehehe...

glitter-graphics.com

Thursday, October 23, 2008

Qistina melangkah 3 tapak pada hari jadinya

Semalam selepas suap qistina makan bubur dengan serbuk ikan bilis, mama biarkan Tina lepas merangkak dan berdiri. Means, tak masukkan dia dalam cot atau walker. Tak lama selepas tu dia berdiri dan melangkah 3 tapak sebelum duduk semula dan bertepuk tangan. Ini memang perkembangan yang sangat positif untuk Tina. Kami semua gembira dengan perkembangan ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...