"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Friday, October 3, 2008

First Hari Raya For Qistina




Hari raya tahun ini adalah sambutan hari raya yang pertama untuk qistina. Mama & abah pun menyambut hari raya pertama bersama qistina. Kami berdua seronok menunggu ketibaan hari raya. Bershopping baju raya untuk qistina dan menempah baju raya tema warna yang sama untuk sekeluarga.


Tahun ini giliran berhari raya di JB dahulu. Family di JB sepakat untuk berbaju raya tema 'gold'. Qistina mengenakan baju kurung dari warna dan kain yang sama dengan abahnya. Mama punya lain sikit. Tak pe, tahun depan giliran qistina pakai baju sama dengan mama pulak. Pagi raya pertama, bila semua balik dari sembahyang raya je..kami bersalaman dan bermaafan sesama keluarga. Tina je yang belum pandai salam dengan mama, abah dan semua orang. Kemudian sessi memberi duit raya pulak. Tina pun dapat kumpul duit raya tahun ni. Sessi bergambar tidak ketinggalan. Berposing-posing masing-masing. Gambar ramai-ramai pas tu gambar keluarga masing-masing pulak.


Selesai beraya dirumah sendiri kami beraya pulak kerumah keluarga tua..konvoi beramai-ramai. Mama & abah memang bertuah sebab, walaupun Tina penat dan mengantuk tapi dia tak merengek ataupun menangis. Diam..rilek je. Agaknya Tina tahu, raya cuma setahun sekali. lagipun ramai saudara sebelah abahnya yang Tina belum pernah jumpa dari lahir jadi semua orang tertanya-tanya siapa tina..seronok. Tambah lagi dia tak takut dengan sesiapa..semua orang bebas dukung dan bermain dengan dia..pendek kata dia pandai menyesuaikan diri dengan keadaan dan orang ramai.


Tak banyak gambar yang ada kat sini..yang dapat mama postkan. Lain-lain gambar akan diupdatekan kemudian..

2 comments:

Sarah's Daddy and Mommy said...

So nice. You all have the same colour baju raya.

Qistina's Mama n Abah said...

Actually we plan this before raya. And decided that qistina will have baju raya same colour with her abah..
Cute and nice is it?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...