"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    8 years ago

Wednesday, November 26, 2008

Alphabet Tag

Thanks Joanne, for passing me this tag.

A. Attached or single ? - Attached

B. Best friend? – Used to have 1 in uni..

C. Cake or pie? - Cake

D. Day of choice? - Sunday

E. Essential item? - My handphone

F. Favorite color? - Blue, white and pink

G. Gummy bears or worms? – Gummy Bears

H. Hometown? – Kota Tinggi, Johor

I. Favorite indulgence? – I love fruits

J. January or July? - January

K. Kids? – Nur Ain Qistina Binti Mohd Noor Hisham

L. Life isn’t complete without? - Family & Friends

M. Marriage date? – Engaged on 12 Jun 2004, Nikah 19 Nov 2005, Bersanding 20 Nov 2005

N. Number of magazine subscriptions? - None

O. Orange or apple? - Orange

P. Phobias? – All type of flies..yuck..

Q. Quotes? – "Never say never"

R. Reasons to smile? – When I think of my lovely hubby and our cute little princess Qistina

S. Season of choice? – Autumn

T. Tag 5 people – Mery, Vivi, Natalia, Yvonne and Yurris

U. Unknown facts about me? – Ask someone else la..

V. Vegetable? – I hate celery very much..

W. Worst habit? – I dont like to bath early when weekend or off day..

X-ray or ultrasound? – Ultrasound.

Y. Your favorite food(s)? – Western

Z. Zodiac sign – Aries

Monday, November 24, 2008

Jalan-jalan ke Tesco Tebrau City


Hari sabtu, lepas mama balik keje pukul 1 mama ajak abah jalan-jalan gi Tesco Tebrau City yang baru bukak tu dengan atuk & nenek sekali. Maklumlah..semua orang cerita pasal Tesco..teringin jugak lah nak pergi tengok. Petang tu panas terik sangat. Tina berpeluh-peluh dalam aircond kereta..kesian dia. First, kami ke bahagian pasaraya Tesco dahulu. Saja survey sambil menjamu mata. Tina duduk dalam trolley..suka sangat dia tengok orang ramai. Menjerit-jerit dia sebab ada ramai baby-baby yang menjerit-jerit suka kat dalam sana. Mama dengan abah buat kat Tesco dulu so suruh atuk dan nenek bawak Tina masuk pasaraya.. sekejap lepas tu atuk datang balik..kata atuk Tina suka sangat sampai menjerit-jerit tak berhenti..agaknya suka sangat dia sebab dapat tengok ramai orang.

Ada mahal ada murah..biasalah tu. Tapi mama berkenan sangat dengan koleksi baju kanak-kanak kat Tesco..cantik-cantik dan harganya berpatutan. Mama pun grab 2 helai baju tidur untuk Tina sebagai sourvenir first time datang kat Tesco.
Keluar dari pasaraya kami ke food court. Ramai sangat orang, sampaikan tak de tempat nak duduk. Semua penuh. Tapi sebab dah penat, kami tunggu jugak meja kosong. Tak lama la..dalam 1 minit macam tu..ada dah orang yang bangun. Kami pun duduk dan mama dengan abah pergi order makanan dan air.

Mama makan cepat-cepat dan dukung Tina ke funland yang ada kat sebelah food court. Dari sejak kami duduk kat situ..mata Tina asyik tengok budak-budak yang berlari-lari main kat dalam tu. Bila mama bawak dia masuk dalam funland tu..menjerit-jerit suka dia. Tapi budak ramai sangat berlari..mama takut diorang langgar Tina. Maklum je la..budak bawah 12 tahun boleh masuk situ..mama bawak jugak dia main kat tepi-tepi..
Selesai makan abah pulak yang teman Tina dalam funland. Tak nak keluar dia..kami layankan je dia main kat dalam tu ada la 1/2 jam. Bukan selalu dan bukan semua tempat ada funland..Tina nampak seronok sangat..

Dalam perjalanan nak keluar, mama nampak Sean Character yang mommies kat MamyPoko Club cakap tu. Mama pun apa lagi..saja singgah dan tengok-tengok sambil daftar jadi ahli. Memang ada banyak product dan barang baby kat situ. Avent, MAM, baju dan lain-lain aksesori baby..cantik-cantik.

Selesai buat kad Sean Character, kami pun keluar. Hari masih hujan. Tapi kereta masih lagi penuh kat parking. Sampaikan nak keluar ambil hampir 20 minit. Agaknya sebab terlalu penat, dalam perjalanan Tina dah tertidur.
Sampai rumah dah pukul 9 malam. Tapi sebaik sampai Tina dah terjaga..pukul 11 malam jugak barulah dia tido semula. Merengek-rengek sebab penat.

Kami pun penat sangat tapi kami seronok bawak Tina jalan-jalan,,dia gembira betul dapat tengok ramai orang..

Tina cuba topi di Sean Character..

Kasut Baru Tina

Because of Tina dah pandai jalan, mama nak sangat belikan dia kasut yang bunyi-bunyi tu. Tapi dah sebulan dua jugak mama cari..tak ada yang cantik. Bukannya mama nak yang branded tapi biarlah beli yang selesa untuk kaki Tina..kalau dia pakai buat jalan-jalan tak sakitkan kaki comelnya tu. Mommies-mommies kat MamyPoko Club suruh mama survey kat Bata. Dekat 1/2 jam meround kat Bata..mama jumpa kasut ini..Bubble Gummers ..RM17.99
Tina suka sangat masa mama pakaikan kasut baru ni. Dia lompat-lompat sebab nak bagi kasut ni berbunyi. Lepas tu barulah dia sibuk berjalan..pusing satu rumah..nyat nyet nyat nyet..tapi bagus jugak rupanya decision mama beli kasut ni, pakaikan je kat kaki Tina & mama dapat
div align="justify">

dengar mana Tina pergi dalam rumah sebab bunyi kasut ni kuat..


Thursday, November 20, 2008

Tina Dah Pandai Jalan..!




Mama dapat ambik video Tina sedang seronok 'berjalan' maklumlah orang baru dapat kaki. Tapi videonya terbalik la pulak..tak tau macam mana nak betulkan.

Tina mula berdiri sendiri tanpa bantuan pada 13 Julai 2008, Mula bertatih pada umurnya 9 bulan dan Officially nya Tina berjalan dengan sempurna pada umurnya 1 tahun 1 bulan.

Cute sangat tengok dia berjalan. Sejak dapat kaki ni..dia asyik berjalan je..dia pusing satu rumah sampai nenek tak boleh nak masak tengah hari. Bukan apa..nenek takut nak tinggalkan dia berjalan sorang-sorang, bimbang dia terjatuh..

Tina pun..wah..wah..ketawa-ketawa dia berjalan. Seronok sangat la tu! Mama nak belikan dia kasut yang bunyi-bunyi tu..selalu jumpa yang tak menarik je..nnti ye Tina..jumpa yang cute nanti mama belikan..

Yahoo..Tina dah pandai jalan dah!




glitter-graphics.com

Wednesday, November 19, 2008

Tengok..apa si comel ni buat ..


See ..nakalnya dia! Main akuarium atuk.Bila mama ambik gambar dia nak tunjuk dgn abah..dia buat muka tak bersalah je..tengok lah tu..Isy..anak abah...

Sample Nespray Dari Nestle



Minggu ni mama received sample susu nespray dari Nestle. Susu ni adalah untuk 1 tahun ke atas. Thanks Nestle..

3rd Year Wedding Anniversary


19 November 2008 adalah Wedding Anniversary mama & abah yang ke-3.. Sebenarnya 19 November 2005 adalah tarikh nikah mama & abah di Masjid Bandar Petri Jaya pukul 5.00 petang.. Indahnya saat itu kan..

Abah wish mama pukul 12 tengah malam tadi. Kami belum celebrate lagi sebab abah masih kat JB. Tengoklah nanti bila abah balik apa yang boleh kami buat untuk raikan tahun ketiga ini. Mama & abah ingat dah boleh celebrate wedding anniversary kat rumah baru tahun ni..tapi nampaknya masih belum dapat kunci lagi..tak pe..may be tahun depan boleh..

Tahun lepas kami sambut anniversary kat rumah mak kota sebab mama masih dalam pantang bersalinkan Tina. Jadi abah belikan cake selepas mama habis pantang..

Anyway.. Sayang.. I Love You So Much ..Dulu, Kini Dan Selamanya...

glitter-graphics.com

Tuesday, November 18, 2008

Winnie The Pooh Floor Mat, Susu Lactogen 2

Photobucket
Akhirnya Winnie The Pooh Floor Mat yang mama order dari Mummy Vivi sampai, walaupun sebenarnya mama terpaksa 'jemput' parcel ni kat Pejabat Pos Bandar Tenggara. Mr Postman tak boleh bawa parcel ni dengan motorsikal dia..naya naya je dia jatuh motor pulak kang jadi mama gi je ambik. Case closed

Abah pun very impressed tengok floor mat ni. Tina lagi la..suka sangat sebab floor mat ni sangat colourful. Dia duduk atas floor mat ni..pusing-pusing atas ni..ketawa-ketawa..suka sangat dia. Mama pun tunjuk dia..ini pooh..ini tiger..ini elephant.. tapi Tina tak pandai nak cakap..yang keluar cuma ..gaga..kaka..jadilah..


Currently, susu yang Tina minum ialah Lactogen 2 Rumusan Susulan. Nasib baik Tina sesuai dengan susu ni. Dah penat dan dah pening mama ulang alik pergi pasaraya tengok susu. Asyik tak sesuai je tapi lepas minum susu Lactogen 2 ni..Tina poo poo pun ok..senang hati mama.

Sekarang ni dah tin yang kedua. Tin kecik tu tin yang pertama. Tin besar yang kedua..

Thursday, November 13, 2008

Finally..

Malam tadi lebih kurang kul 9.30mlm, mama tengok Tina lain je..bau pun lain macam je..bila mama tengok..yes..Tina dah poo poo sendiri. Nampaknya susu lactogen 2 tu sesuai untuk Tina. But kena monitor lagi dalam seminggu dua nie..
Hmmm... lega sikit hati mama & abah. Berhari-hari risaukan keadaan Tina nie..

Tuesday, November 11, 2008

Constipation Problem Part 2

Hari ni mama sibuk sangat cari info tentang susu for 1 year child since Tina sedang ada masalah dengan poo poo nya. Semua website mama surf, MeadJohnson, Dumex, Nestle, Dutch Lady .. dan mama pun call toll free line utk mintak nasihat tentang pemakanan baby.


Mama pun suruh nenek bukak sample sustagen vanilla, cuba bagi Tina rasa..about 1 hour nenek called, Tina tak nak sustagen vanilla. Dia hisap sikit, kumpul dalam mulut dan lepas tu keluarkan.. Then mama suruh nenek bukak sample Mamil Gold.. bila nenek call balik..Tina buat benda yang sama jugak.. From that mama perasan yang Tina tak boleh accept Dumex. Susu brand Dumex manis untuk Tina.

At the same time parenting advisor from Dumex called dan mama mintak nasihat untuk masalah constipation yang Tina tengah alami. Parenting advisor tu suruh mama cuba introduce quaker oat untuk sarapan pagi Tina. Dan dia juga mintak mama tukarkan susu yang sekarang mama bagi kat Tina, Isomil tu. Katanya Isomil sesuai untuk baby yang cirit-birit. Lagipun bila mama bagitau yang Tina wake up every 1 hour for milk, itu menguatkan lagi reason untuk tukar susu formula. Mungkin Tina rasa tak kenyang langsung minum susu Isomil.

Lunch hour hari tu jugak mama ajak mak su Ain gi Pasaraya Kini. Tengah-tengah confuse susu mana nak cuba..datang sorang kakak ni beli susu. Dia suggest mama cuba Lactogen.So mama tanya dia apa rasa lactogen? Kata dia rasa susu sahaja. Maksudnya bukan macam rasa Mamil Gold atau Sustagen. Kata dia lagi kalauLactogen tak sesuai, boleh cuba Dutch Lady 123... hmmm..mama pun teringat yang nenek suruh tengok susu Lactogen jadi mama ambik susu Lactogen 2 tin kecik, quaker oat dan sunmaid raisins. Mama plan nak iktu kata parenting advisor tu supaya introduce kat Tina Quaker Oat sebagai sarapan pagi.

Tak lama lepas mama balik ofis nenek called, Tina nak poo poo lagi tapi tak boleh.So nenek guna baki ubat untuk masuk kat belakang tu..tak lama Tina poo poo...isy..masalah la..

Petang mama balik keje..terus bancuh lactogen bagi Tina rasa. Alhamdulillah..dia nak minum. Buat 4oz habis. So mama decide nak terus guna lactogen buat sementara waktu hingga Tina poo poo lagi.

Monday, November 10, 2008

Constipation Problem ..Again!

I dont know why lately my Qistina is experiencing constipation problem. For this second time she didn't poo poo for 2 days plus. Last night around 11.00pm, she's crying and shouting may be coz she feel the urge to poo poo but she cant.
Luckily we keep the solution at home. 2 minute after I put the medicine from back, she crying again and hug me tightly. And she even vomit at the same time. Poor mama covered with vomit again..but then she can smile may be coz she feel so relieve in her stomach.
Now I wonder, is this time because of the Isomil that I gave to her? Lets see one more time..Tina..Tina..

Saturday, November 8, 2008

Isomil Plus Advanced Eye - Q for Tina

Sejak 6/11/2008, mama dah cuba bagi Tina Isomil Plus Advanced Eye-Q
dan nampaknya Tina boleh terima rumusan baru ni. Bila mama rasa sendiri, Isomil ni rasanya lebih mirip rasa Enfapro A+ yang Tina minum sekarang. Tak lah manis sangat macam Dugro. Tengok dia minum macam biasa je..mama lega sangat. Harap lah tak ada masalah lain yang datang. mana tau tak boleh poo poo lagi..poo poo keras ke..isy..susah hati tau. Harganya lebih kurang Enfapro A+ cuma murah sikit. Kat sini mama beli kat Chinese Medical Hall RM52.90 tapi kalau Medical Hall kat Tun Aminah tempat abah selalu beli Enfapro tu cuma RM50.50 je.

Oh ye..semalam mama baru je tambah stock babysoft Premium Diaper lagi 2 pack L62..

Balik keje semalam badan Tina dah panas semula. Kat rumah atuk tengah demam selsema dan batuk..ni nenek dengan Tina pulak yang dah tak sedap badan. Tapi mama dah kasi ubat selsema , batuk dan demam kat Tina sejak malam tadi lagi. Pagi ni pun masih panas..

Tuesday, November 4, 2008

Picture Collection ..Qistina is Having Fun!!

Mama's Precious Collection For Qistina



Mama sampai dah lupa dulu mama suka sangat kumpul patung-patung. Masa kat UiTM dulu selalu singgah Air Hitam.. setiap kali singgah mesti beli satu. Jadi masa kemas-kemas nak kawin dulu simpan semua nie dalam plastik hitam, letak kat atas almari kat dalam stor.


2 3 malam lepas my mum keluarkan benda nie semua dan tengok reaksi Tina. Ingatkan dia takut..tapi dia suka rupanya. Lebih-lebih lagi patung duck tu. Tina suka sebab patung duck tu ada bunyi. Tina macam dah tak tahu yang mana nak main sebab ada banyak sangat.. tengok lah tu..

Koleksi mama dah jadi mainan Tina ..




My Memories.....Total Recall

Hai MAMA!.....Bosan buat Kerja....abah tgk2 balik gambar Tina N Vids Mama.... Mama ingat lagi tak....hehehe (A Tribute n Appreciation to ALL Mamas)






Sunday, November 2, 2008

Sippy Cup Baru, Baby Soft Premium Diaper


Mama belikan Tina sippy cup baru dari fiffy yang ada straw. Lagipun sippy cup ni airnya takkan tumpah. Tina belum pandai minum guna straw lagi. Bila agaknya?Nampaknya sippy cup yang lama tu kena la simpan dulu..




Simpanan diaper dah mula susut tapi tengok-tengok tak ada diaper sales. Masa pegi Family Mart semalam, mama dengan abah tengok-tengok diaper. Mahal-mahal semuanya. Bila dah nak balik abah terpandang diaper Babysoft Premium. Rupanya macam Pureen diaper. Abah kata, no harm kalau kita cuba dulu. Ok la..mama tak kisah. Kalau Tina tak alah.. tak kisah la pun.


Tapi kalau diaper untuk malam, pilihan mama tetap Mamypoko atau huggies ultra. Sejak pakai huggies ultra, Tina cuma pakai satu diaper je (ganti sebelum tido) dan mama puas hati sebab sampai pagi Tina masih tetap kering. Bila nak ada sales diaper ni!! Nak stock up diaper..
Semalam (03/11/2008) untuk malam mama dah cuba pakaikan Tina Babysoft Premium diaper tu. Dan pagi tadi mama personally check, hmmm... Tina punya kulit still kering. Not bad jugak absorbtion dia. Ok lah tu..murah pun murah. Yang penting Tina tak kena rashes. Mama puashati dengan result babysoft premium ni. Boleh la masuk dalam list. At least ada alternative kalau diaper yang lain tengah mahal..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...