"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    8 years ago

Saturday, January 24, 2009

Announcement .. A New baby Girl Is Born ..!

she's cute, she's adorable and she is a girl!!

Tina dapat sepupu baru! Baby girl yang belum diberi nama ni lahir pada pagi 23 Januari 2009 di Hospital Kluang dengan berat 3.2kg

To Ady & Diela






Welcome to a full of joyful & happiness world


p/s : selamat jaga baby, selamat tak lena tido, selamat berjaga malam, selamat berkenalan dgn diaper, selamat mengantuk gi keje..dan macam-macam selamat lagi la..hehehe memang selamat betul..

Friday, January 23, 2009

Lovely 15 Month Girl ..





Sharing with all..semalam Tina genap 15 Bulan or 1 tahun 3 bulan.Vocab is now expanding with few more words such as:

- api

-switch on & switch off ( jadi cichon & cichop)

- Tina

- kakak & abang

Dia sekarang paling suka 'mengemas' dalam ertikata sepahkan barang. Favourite dia sepahkan kain baju yang belum lipat. Dan kemas almari tupperware dia. Kat ruang tv tu dah jangan ceritalah betapa bersepahnya kalau dia bermain..dengan mainan, kain baju bersih, baju-baju kotor dia..pening..

Akuarium abah dia yang rendah dah jadi macam dia punya tong sampah. Segala benda pun ada kat dalam tu.. biskut la, roti la, puting, toys, plastik pampers..kalau nak listkan banyak. Senang cerita segala benda yang dia pegang kat tangan akhirnya kalau cari tak jumpa tengoklah dalam akuarium tu..mesti ada. Menderita agaknya ikan-ikan kat dalam tu..

Dan sekarang ni dia dah pandai nak makan. Bila merengek je..bagi puting tak nak..bagi susu tak nak..maknanya dia nak makan bubur. Biasanya siang je yang dia makan banyak..malam cuma separuh atau 1/4 dari yang siang. Sebab malam dia kuat susu..

Lagipun sekarang ni dah pandai kai kai..kalau orang pakai cantik-cantik sikit je..dia mulalah tak nak turun dari dukung..takut sangat orang tinggalkan dia

Cuma satu benda yang belum berubah..dia masih alah pada cuaca panas dan aircond terlalu lama. Bahagian leher ke bahu akan mudah ruam..ruam yang teruk. Kalau terdedah pada aircond lama sikit je..dia akan mula menggaru bahagian leher dan bahu. Tak tau kenapa. So bila nak kai kai..maam selalu pakaikan baju yang tak terlalu menutup leher dan bahu..and then spare baju sejuk. Mungkin jugak kulit dia sensitif macam abah dia jugak..sebab abah dia alah dengan rumput tapi Tina lom tau lagi..so far rumput kat keliling rumah macam ok je..tak macam abah sangat la..

Pandai cakap kat telefon jugak..apalagi bila abah takde.. kadang-kadang macam-macam benda yang dia cakap dengan abah..ntah abah paham ke tak..tak tau la

Satu benda yang paling mama suka sangat..semua orang kata Tina ada senyuman yang cantik..macam senyuman abah yang mama suka..hehehe..walaupun gigi Tina besar-besar tapi bila dia senyum..cantik sangat..suka tengok..

Tuesday, January 20, 2009

Ragam Si Comel Ku..

Lihatlah Dunia.. Daku Aman Disini..Nak Join?

Photobucket Photobucket Photobucket

See yourself .. si comel ni kan..ntah apa je dia buat. Nampak tak kat mana dia duduk tu..kat dalam drawer almari tupperware. Last drawer dengan 2nd last dia dah boleh bukak sendiri..dia keluarkan segala benda yang ada kat dalam tu..pandai betul dia bagi mama dia keje tau..hish..

Masalahnya..bila dia dah masuk dalam tu..mama tak boleh la gi mana-mana. Kena la duduk kat tepi tu je..bukan pe..takut dia terjatuh masa nak keluar dari drawer tu..bahaya kan.. yang dia pulak..alangkah senangnya hati dia duduk dalam tu..suka-suka..boleh tengok tv..boleh ketawa-ketawa lagi ha..


Bila Tina Naik Tool Car


Photobucket Photobucket Photobucket

Tengoklah gaya anak abah ni naik tool car.. tak serik-serik jatuh tergolek dari atas tool car. Sekarang ni..kalau dia tekan button bunyi-bunyi tu bukan dengan tangan dah..dengan kaki pulak. Guna tangan tak sedap agaknya bunyi dia..

Dia pun suka sangat naik tool car terbalik.. menghadap handle belakang. Bukan tak ye..eeiii... awak tu bukannya tegap sangat yang oii.. kalau jatuh bedebup..susah mama..



Monday, January 19, 2009

Sample Dari Mei Mei Dan Nestle

Last friday, ada mail dari Mei Mei Product.. ada leaflet tentang product baby and the best thing is..diorang ada Mei Mei Organic jugak. Dan kat dalam tu ada sekali sample bedak baby dan shampoo Mei Mei..

Mama online forum sebenarnya, one of the mommies bagitau website ni edarkan sample kepada sesiapa yang sign up kat website mereka..jadi mama pun sign up la..

Tapi product ni ada kat rangkaian Jusco je..kat jusco Jb pun lom ada rasanya..



Dan hari ni pulak..dapat mail dari Nestle
Kat dalam envelope ada sample susu Neslac Excella Gold 1 Plus. Tapi Tina tak nak susu jenis ni..but anyway thanks la kepada Nestle..

Friday, January 16, 2009

Triple Awards

Thanks to Joanne for this triple awards. But I am not to post up to 3 awards..only 2.. (sorry Joanne!)..

Here are the rules for the recipient :

1. Put the logo on your blog or post.

2. Nominate at least 10 blogs which show great Attitude and/or Gratitude!

3. Be sure to link to your nominees within your post.

4. Let them know that they have received this award by commenting on their blog.

5. Share the love and link to this post and to the person from whom you received your award.

First Award:


Second Award:



Third Award:

I am not going to pass this uncomplete awards to anyone..sorry blogging friends..


Happy 52nd Birthday Mak..

proudly to say that this is My Mom ..super duper great mom in this world


glitter-graphics.com

Selamat Hari Lahir yang ke-52 mak.. semoga sentiasa sihat dan gembira bersama kami. Dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dikurniakan rahmat dan kebahagiaan sepanjang hidup...We love you Mom!

p/s : Tina pun panggil nenek mak..kan Tina kan..
p/s : HAPPY BIRTHDAY to Marhaini Kano (mak busu) on 18th January 2009..love you too..


glitter-graphics.com
glitter-graphics.com

Wednesday, January 14, 2009

Cuddly Dolphin From Dumex


Semua mummies kat MamyPoko Club sibuk request cuddly dolphin dari Dumex, so mama pun sama jugak la. Orang lain request mama pun request jugak. First time call, representative tu kata cuddly dolphin hanya untuk new member sahaja... hmmm.. hampa jugak dengar. Mama belum pernah dapat cuddly dolphin lagi pun.

Mama dapat idea suruh abah register..hehehe... tapi abah call mama katanya dumex representative tu kata diorang akan call mama sendiri.. abah pun tak faham kenapa dan macam mana diorang tau. Tak lama lepas tu dumex call untuk confirmkan alamat, kata nak hantar cuddly dolphin untuk mama..yahoo..

On monday, courier service call bagitau ada bungkusan. Mama pergi ambil..and bukak..hehehe..cuddly dolphinku! dengan satu naskhah majalah dumex.. Terima Kasih Dumex..cepat pulak sampainya dolphin ni..kata 4 hingga 6 minggu... baru 3 hari dah sampai. Efficient betul ni!

Ya Allah.. comotnya..Tina baru lepas makan biskut wafer coklat, macam ni lah rupanya..baru je mandi dah comot balik..isy..

Bubur Nasi + Kentang+ Daging Ayam + Daun Sawi

Sejak kebelakangan ni selera makan Tina tak begitu baik. Makannya sikit sangat. Payah betul nak suap makan bubur. Makan benda lain nak pulak. Dah macam-macam menu mama cuba tapi selera Tina masih macam tu jugak.

So hari ini dengan tak putus asa mama jerang bubur +kentang+daging ayam+daun sawi hijau (potong rampai) and masak sampai lah bubur betul-betul kembang. Selalunya Tina tak suka kentang. Mungkin sebab mama masak tak kena cara. Tina dengan ayam dan daun sawi memang tak ada masalah. Mama harap sangat Tina suka dengan rasanya.. Rupanya agak menarik. putih kekuningan hasil dari warna kentang dengan bau seakan-akan sup ayam tapi ditambah dengan rasa daun sawi. Sedap jugak la bagi mama. Tak tau la bagi Tina..

Hmmm..not bad. Tina makan lebih dari biasa. Puashati mama.. dan mama nak cuba lagi gabungkan bahan-bahan untuk bubur Tina. Harap dapat hasilkan rasa yang baik untuk tambah selera Tina! Go mama go!

Saturday, January 10, 2009

Yea! Kai Kai Again.. To Aeon Bukit Indah

For this week mama & abah bawak Tina, atuk dan nenek pergi jalan-jalan kat Aeon (Jusco) Bukit Indah. Gerak dari rumah lambat jugak sebab tunggu atuk balik keje. Before pergi Jusco Bukit Indah, kami singgah kat rumah Tun Aminah hantarkan pisang dan lauk untuk nenek Tun Aminah tapi nenek tak ada kat rumah. Yang ada mummy Azie n boy boy sekelian, uncle amy n auntie yus je..

Lepas minum-minum sekejap kami gerak ke bukit Indah.. dalam kereta sempat lagi salinkan baju Tina sebab dah kotor makan biskut kat rumah nenek. Kami sebenarnya bukannya ada apa nak beli pun tapi saja-saja window shopping sambil bawak Tina jalan-jalan. Mama pun..sebab dah sampai sana jadi mama cari vcd untuk Tina.

Photobucket


Penat meround, kami pergi KFC sebab atuk nak belanja makan. Mama n nenek makan Zinger Tower, atuk n abah makan nasi ayam kfc dan Tina makan fries je..hehehe..budak kecik tak boleh makan banyak tau!
Photobucket Photobucket Photobucket

Photobucket

Jusco Bukit Indah ni pun ok la..bagus..lapang. Mama suka. Tak jalan habis lagi pun.. isy..tak larat la dengan si comel yang tengah nakal nie..

Lepas makan kami pun berjalan keluar.. sampai kat lobby yang ada stage tu..mama tengok ada ramai orang ambik gambar kat sana jadi mama bawak Tina pergi atas stage n suruh abah ambil gambar.. cantik stage tu..ada banyak bunga n lampu.

Photobucket Photobucket Photobucket

Dalam perjalanan balik, Tina tido sebab dah penat. Kami sampai rumah hampir pukul 9 malam..

Tina's Vocabulary Is Expanding..!

Si Comel yang baru lepas mandi ..macam tepung gomak! Pipi makin bulat dagu makin cute..
Lately, Tina dah mula banyak mengomel.. tapi kebanyakannya ntah apa-apa tapi banyak jugak perkataan yang Tina dah faham tapi dia tak pandai nak sebut. Contohnya :

1) angin jadi anie,

2) buai jadi buiek

3) makan jadi mamam


Tapi ada banyak jugak perkataan yang Tina dah boleh sebut dengan jelas. Means, bila Tina sebut siapa pun boleh faham apa dia nak. Ni antara yang mama ingat ..

1) Mama

2) Abah

3) Nenek

4) Minum

5) Puting (tapi tak berapa jelas bunyi 'g')

6) Fish (tak jelas bunyi 'F')

7) Keeka ( nama plush toys Tina)

8) Takut ( bunyi 'T' tak berapa jelas)

9) Kentut

10)Semut

11)ALLAH

Ada a few lagi tapi time nak post ni lupa pulak apa..tak pe..will be updated soon. Tak sabar tunggu Tina boleh cakap dalam 'betul-betul'. Kadang-kadang kami semua ketawa dengar dia bercakap. Dia memang ramah giler tapi ntah apa-apa..banyak yang belum difahami.. apa lagi kalau cakap kat telefon dengan abah.. wah..wah..macam dah besar sangat..mama nak sangat ambil video Tina bercakap dengan abah kat telefon tapi macam mana ek..mama kena pegangkan telefon kat telinga dia..Nantilah, akan diusahakan.. mesti abah teruja nak tengok kan abah kan..!

Tuesday, January 6, 2009

Aksi-Aksi Terkini



Tengok apa yang mama dapat snap ni.. heeii ..si comel kami ni memang tak reti nak duduk diam langsung. Sekarang ni memanjat memang aktiviti no.1 dia.. bahaya sebenarnya apa yg dia buat ni.. tapi dia mana nak faham. Mama yang tak boleh langsung nak tinggalkan dia. Tinggal 10 saat..ada je benda yang dia buat. Ni salah satu dari tempat kegemaran dia memanjat la ni. Dekat dengan telefon dan dekat dengan frame-frame gambar ..


Sejak dah berhenti kerja ni, mama introduce kat Tina Horlicks. Selama ni Tina cuma minum susu, orange juice, soya bean dan beberapa air lain. Tapi mama nak dia minum horlicks pagi dan malam..kalau dia nak la..


Tu gambar-gambar dia minum horlicks dengan sippy cup dia yang ada straw tu..dia suka nampaknya minum horlicks sebab mama buat rasa yang moderate je..tak manis sangat dan tak pekat sangat. Untuk permulaan..kira ok la penerimaan dia kat horlicks tu. Mama suka sangat. And mama gi supermarket beli horlicks untuk kami minum sama-sama.. hah..such a great moments..cuma tak dapat amik gambar je..ho ho ho...



p/s : Ibu Bapa..sila awasi anak-anak kecil anda ye. Aksi-aksi seperti diatas sangat merbahaya terutama ia boleh menyebabkan jatuh ..

Monday, January 5, 2009

Kelas Belajar Menjahit Bermula...

Dari sebelum berhenti kerja lagi mama dah cakap dengan abah yang mama nak belajar menjahit. Tujuannya bukanlah untuk ambil upah menjahit pun..sekadar untuk kegunaan diri sendiri je. Dapat jahit baju sendiri pun ok lah tu..

Mama belajar menjahit kat Sekolah Jahitan Hong Ching kat bandar Kota Tinggi je. Yuran kelas RM60 bagi 10 kali kelas jahitan dimana setiap satu kali kelas adalah 3 jam. Kelas pertama bermula hari ini..pukul 2 hingga 5 petang.

Untuk hari pertama ini mama diajar mengukur badan dan lakaran ukuran yang pertama diajar ialah lakaran untuk membuat baju kebaya. Dua tiga kali jugak buat pelan lakarannya.. maklumlah orang 'buta menjahit'. Lepas tu diajar pula buat lakaran baju kurung dengan kainnya sekali. Uiskh..untuk orang first timer macam mama ni.. penuh kepala otak dengan ukuran dan lakaran

Sebelum kelas hari ini berakhir.. mama disuruh memotong kertas lakaran baju kurung kerana esok akan diajar pula cara untuk menggunting pada kain sebenar. Hmm.. cukuplah untuk hari ini.. terasa penat otak..

Saturday, January 3, 2009

Ragam Tahun Baru..

Semenjak rasmi menjadi SAHM ni..sampai lupa tahun baru 2009 dah pun sampai. Malam tahun baru tak gi mana pun..tak buat apa-apa pun sebab 01.01.09 kena kerja, mencurah bakti untuk hari terakhir atas permintaan rakan sepejabat..ada urusan penting.

Cuba teka..Tina pakai apa kat kepala dia tu? Hahaha..dia pakai drypantz..sibuk sangat nak sarung drypantz atas kepala, mama pakaikan..pas tu cepat-cepat amik gambar. Cute sangat.

So sejak dok kat umah ni..Tina jadi makin rapat kat mama. Maknanya makin manja dan mengada-ngada sket. Yela..mama dia ada kat depan mata 24 jam. Tapi mama pun dapat la tengok dan jaga dia..terutamanya sekarang ni dia dah semakin aktif dan nakal. Pandai memanjat sana-sini dan dah banyak kali jatuh. Dah la kaki tu tak kuat sangat lagi..bergerak je selagi mata dia tak pejam..mananya la lutut tu tak lemah..dah tu asyik jalan-jalan..pas tu jatuh sendiri. Tapi mama seronok..dapat tengok kerenah dia.

Cuma kekadang tu terasa boring gak bila Tina tido. Yela..setahun bekerja..berhenti..terasa lainnya. So mama cari-cari la apa-apa yang boleh dibuat contohnya susun semula album gambar Tina. Sebelum ni memang dah susun tapi campur dgn album mama & abah. So, mama beli satu album baru khas untuk Tina sahaja tapi sebab kat Kota Tinggi ni tak banyak choice, mama beli apa yang ada je. Mama & abah baru cuci gambar Tina 3 kali..altogether dalam 100 pcs. Ni ada satu batch lagi nak cuci..dalam 200 pcs. Banyak jugak duitnya tu..hai..lambat cuci lambat la siap albumku..

Photobucket


Dan hari ini mama & abah bawa Tina breakfast kat bandar kota tinggi lepas tu jalan-jalan. Mama & abah sebenarnya dah lama nak belikan Tina Tool Car tapi tak sempat-sempat. So tadi kami masuk kedai basikal dan terus pilih Tool Car. Lepas pilih kami biar Tina buat pilihan dia..Ni la Tool Car pilihan Tina

Dan ini pula gambar puteri comel kami pada malam 03.01.2009

Photobucket

p/s: Happy 2nd Birthday to Nur Maisarah Baharum today..Be healthy, Be cute and Be a good girl..!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...