"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Saturday, January 10, 2009

Tina's Vocabulary Is Expanding..!

Si Comel yang baru lepas mandi ..macam tepung gomak! Pipi makin bulat dagu makin cute..
Lately, Tina dah mula banyak mengomel.. tapi kebanyakannya ntah apa-apa tapi banyak jugak perkataan yang Tina dah faham tapi dia tak pandai nak sebut. Contohnya :

1) angin jadi anie,

2) buai jadi buiek

3) makan jadi mamam


Tapi ada banyak jugak perkataan yang Tina dah boleh sebut dengan jelas. Means, bila Tina sebut siapa pun boleh faham apa dia nak. Ni antara yang mama ingat ..

1) Mama

2) Abah

3) Nenek

4) Minum

5) Puting (tapi tak berapa jelas bunyi 'g')

6) Fish (tak jelas bunyi 'F')

7) Keeka ( nama plush toys Tina)

8) Takut ( bunyi 'T' tak berapa jelas)

9) Kentut

10)Semut

11)ALLAH

Ada a few lagi tapi time nak post ni lupa pulak apa..tak pe..will be updated soon. Tak sabar tunggu Tina boleh cakap dalam 'betul-betul'. Kadang-kadang kami semua ketawa dengar dia bercakap. Dia memang ramah giler tapi ntah apa-apa..banyak yang belum difahami.. apa lagi kalau cakap kat telefon dengan abah.. wah..wah..macam dah besar sangat..mama nak sangat ambil video Tina bercakap dengan abah kat telefon tapi macam mana ek..mama kena pegangkan telefon kat telinga dia..Nantilah, akan diusahakan.. mesti abah teruja nak tengok kan abah kan..!

4 comments:

Kristie said...

clever girl! :)

Qistina's Mama n Abah said...

How wonderful if Tina can say thank you tp aunt kristie!

MommyAngel said...

She really can speak a lot of words already. My Angel also just starting to picking up on words :)

Qistina's Mama n Abah said...

hahaha... I geram la when I look at Angel like to pinch her cheek!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...