"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Wednesday, April 22, 2009

1001 Cerita Di Rumah Baru

Officially nya kami pindah masuk ke rumah baru pada malam 7 April 2009, awal 2 bulan dari yang kami jangkakan. Bukan apa..dah tak sabar sangat nak duduk rumah baru. Lagipun kesian kat abah yang ulang-alik setiap minggu untuk jumpa mama & Tina. Seminggu sebelum tu, orang yang buat gril call kata gril dah siap and ready untuk dipasang. So kami ambil kesempatan tu untuk panggil Ady ( cousin mama ) untuk tolong kami pasangkan kipas dan lampu. Ady ni pernah belajar bab-bab elektrik ni..so percaya sikit la nak biar dia pasang.

Penat sangat rupanya pindah rumah ni. Walaupun barang-barang rumah yang kami ada tak de la banyak pun tapilain macam je penatnya. Up to this post, baru je habis angkut semua pasu-pasu bunga mama dari rumah mak ke rumah baru. Hehehe..sekali angkat dah macam orang nak jual bunga yang naik lori tu pulak dah rupanya.


Masa abah n mama pergi Giant Tampoi belanja barang dapur, Tina tinggal dengan nenek kat rumah sebab dia tidur. Masa jalan kat sana mama terpandangkan sweater hooded ni. Ada banyak warna tapi abah suka warna hijau. Kami pilih sehelai untuk Tina. Kalau jalan-jalan tak de sweater hooded ni susah. Tina alah berpeluh tapi kalau masuk tempat beraircond lama pun dia tak tahan sangat.

Jadi sweater hooded ni memang pilihan yang tepat la untuk Tina. Bila pakaikan kat dia, dah macam rupa Princess Amidala (star trek ) pulak..comei sangat.

Sehari selepas tu, Tina sibuk puting dia hilang. Merengek-rengek mintak puting. Puas mama n nenek cari tapi tak jumpa pun. Mama dah risau. Tetiba terpandangkan sound box pioneer yang abah baru beli tu. Sound tu kecik jek tapi ada lubang kat tengah dia. Mama pun angkat sound tu dan goncang pelan-pelan..ada bunyi ..tapi tak sure la menda tu puting.

Mama pun ambik handphone dan ambik gambar kat sebelah ni..ha! kan ..memang puting la tu.. Tina..Tina..



Pada 17-19 April lepas, ada pameran homefair kat Persada Johor. Mama dengan abah memang plan nak pergi sebab sejak pameran tu bermula setahun dua yang lepas tak pernah dapat pergi tengok.. ada je halnya. Jadi kali ni kami dapat tengok homefair tu. Ajak mak n mummy Azie sekali.

Tina suka betul kat dalam tu..lari sana lari sini.. bila sampai kat tempat orang buat demo toaster..dia sibuk mintak sandwich tuna. Mama risau je dia nak turun dari dukung tu. Dah la org ramai..kang hilang ke..kena culik ke..ha..nangis tak sudah pulak kang. So lepas tengok sekali lalu..kami bawak dia pergi makan kfc. Suka betul dia..


21/4/09 mama ajak Tina main crayon dan kertas lukisan for the first time. Tina nak semua crayon. Sampai duduk atas drawing book nak menconteng. Tapi crayon yang beli kat maidin ni tak bagus la..warna dia tak terang sangat so Tina macam tak seronok nak menconteng sebab tak nampak sangat hasilnya. Tapi mama biarkan jugak dia main sampailah dia sendiri kutip semua crayon nak cuba masukkan dalam kotak semula..barulah mama simpan semuanya. Contengan pertama Tina ni ada mama simpan..

Walaupun macam tu mama tak putus asa..mama akan cuba lagi tarik minat Tina untuk pegang crayon. Nanti kita mintak kat abah beli crayon yang cantik warna dia tu ye Tina..Tina mesti suka..


Gambar abah n Tina posing kat Sutera mall masa jalan-jalan tengok tv.. dan satu lagi ni la gambar ruang tv & ruang keluarga rumah baru kami. Belum ada rak tv lagi pun..guna la apa yang ada dulu untuk letak tv..

Saturday, April 18, 2009

Topi Baru & Sofa Comel Untuk Tina ( Backdated Post)

Sofa comel untuk si comel Tina


Topi baru dari Sean Character - Tesco Tebrau



6 April 2009, sehari sebelum pindah rumah mama & abah bawak Tina, atuk dan nenek jalan-jalan ke Tesco Tebrau City. Saja-saja sebenarnya. Sambil beli sedikit barang-barang untuk rumah baru, kami terjumpa sofa-sofa comel. Mama dudukkan Tina kat sofa tu..dia seronok. So mama dengan abah decide nak beli satu biji sofa comel tu untuk Tina. Tak mahal.. RM39++ je. Hehehe..penuh troli kami hari tu. dengan barang-barang yang nak dibawa ke rumah baru..



Dan sebelum keluar dari Tesco, mama saja nak tengok-tengok kat Sean Character sebab diorang tengah buat sale. Walaupun dah sale..mahal jugak lagi pakaian-pakaian kids kat situ. Tapi mama berkenan sangat dengan topi kat situ. Kami pilih 2 warna. Abah pegang topi tu kat kiri kanan tangan dan suruh Tina pilih sendiri. Abah tanya Tina .. Tina nak yang kuning ke yang biru? For about 2 minute Tina tak pilih mana-mana tapi end up to dia ambik dua-dua sekali. But abah tanya lagi.. Tina pilih satu je.. yang kuning ke yang biru?Tina terus ambil yang biru means dia suka warna biru so kami beli apa yang Tina pilih..



Bila kami pakaikan dia topi tu..dia macam pelancong jepun pulak.. hehehe...



Tina suka dengan sofa comel tu. Dia akan duduk kat sofa dia tu setiap kali tengok fun song factory dia..kami memang tak pasangkan kaki sofa tu, so kurang sikit risiko Tina jatuh. Sebab dengan kaki sofa terpasang..sofa tu jadi tinggi dan Tina akan memanjat untuk duduk..so to us..its not safe for her.. but without kaki pun sofa tu dah cantik..


Tengoklah gambar-gambar Tina ni..macam pelancong jepun .. sukanya dia buat funny faces bila mama nak ambik gambar dia..

Thursday, April 16, 2009

I will Be Away For A while...

Hah.. hari ni baru dapat online. Sibuk betul la mengemas pindah ni..tak siap lagi pun. Kami baru je pindah rumah baru di Mutiara Rini pada malam 7 April 2009. Malam tu la pindah barang kami yang tak seberapa tu..tapi penat giler la dirasakan.

So..dirumah baru ni tak de telefon..tak de streamyx..tak de pc pun sebenarnya. So mama akan cuti sekejap la blogging. Tak tau lagi bila nak register streamyx ke..nak ambik mobiliti je ke..ntah la tak decide lagi. Banyak sangat menda nak bagi settle..berserabut kepala. Kena sette satu-satu dulu.

Gambar-gambar baru pun sampai lupa nak ambik. Sibuk giler la kononnya..

So..to all my blogging friend.. wait for my return ya..I miss all blog..

Saturday, April 4, 2009

Menyemai Tabiat Menabung & Ragam Baru Tina






Abah belikan Tina Tabung kfc yang ada muzik ni last week. Cari kat kfc kota tinggi, tabung ni dah habis! Abah belikan kat jb special utk Tina. Dia memang tak pandai nak masukkan duit tapi mama kena ajar dulu. Bila dia dah tengok mama buat..dia pun ikut..tak nak berhenti-henti pulak tu masukkan duit syiling..

Anyway.. its a good start kan untuk menyemai tabiat menabung dikalangan kanak-kanak..






Gambar terbaru Tina makan. Dia nak pegang sudu sendiri,suap sendiri makanan dalam mulut.Tapi mama sambil la pegang tangan dia dan suap bubur sampai dia kenyang. Tina makan memang tak banyak. Mangkuk yg dalam gambar tu..paling banyak pun setengah mangkuk je..tu pun ada masa..selalunya..banyak tu pun tak habis..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...