"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Wednesday, April 22, 2009

1001 Cerita Di Rumah Baru

Officially nya kami pindah masuk ke rumah baru pada malam 7 April 2009, awal 2 bulan dari yang kami jangkakan. Bukan apa..dah tak sabar sangat nak duduk rumah baru. Lagipun kesian kat abah yang ulang-alik setiap minggu untuk jumpa mama & Tina. Seminggu sebelum tu, orang yang buat gril call kata gril dah siap and ready untuk dipasang. So kami ambil kesempatan tu untuk panggil Ady ( cousin mama ) untuk tolong kami pasangkan kipas dan lampu. Ady ni pernah belajar bab-bab elektrik ni..so percaya sikit la nak biar dia pasang.

Penat sangat rupanya pindah rumah ni. Walaupun barang-barang rumah yang kami ada tak de la banyak pun tapilain macam je penatnya. Up to this post, baru je habis angkut semua pasu-pasu bunga mama dari rumah mak ke rumah baru. Hehehe..sekali angkat dah macam orang nak jual bunga yang naik lori tu pulak dah rupanya.


Masa abah n mama pergi Giant Tampoi belanja barang dapur, Tina tinggal dengan nenek kat rumah sebab dia tidur. Masa jalan kat sana mama terpandangkan sweater hooded ni. Ada banyak warna tapi abah suka warna hijau. Kami pilih sehelai untuk Tina. Kalau jalan-jalan tak de sweater hooded ni susah. Tina alah berpeluh tapi kalau masuk tempat beraircond lama pun dia tak tahan sangat.

Jadi sweater hooded ni memang pilihan yang tepat la untuk Tina. Bila pakaikan kat dia, dah macam rupa Princess Amidala (star trek ) pulak..comei sangat.

Sehari selepas tu, Tina sibuk puting dia hilang. Merengek-rengek mintak puting. Puas mama n nenek cari tapi tak jumpa pun. Mama dah risau. Tetiba terpandangkan sound box pioneer yang abah baru beli tu. Sound tu kecik jek tapi ada lubang kat tengah dia. Mama pun angkat sound tu dan goncang pelan-pelan..ada bunyi ..tapi tak sure la menda tu puting.

Mama pun ambik handphone dan ambik gambar kat sebelah ni..ha! kan ..memang puting la tu.. Tina..Tina..



Pada 17-19 April lepas, ada pameran homefair kat Persada Johor. Mama dengan abah memang plan nak pergi sebab sejak pameran tu bermula setahun dua yang lepas tak pernah dapat pergi tengok.. ada je halnya. Jadi kali ni kami dapat tengok homefair tu. Ajak mak n mummy Azie sekali.

Tina suka betul kat dalam tu..lari sana lari sini.. bila sampai kat tempat orang buat demo toaster..dia sibuk mintak sandwich tuna. Mama risau je dia nak turun dari dukung tu. Dah la org ramai..kang hilang ke..kena culik ke..ha..nangis tak sudah pulak kang. So lepas tengok sekali lalu..kami bawak dia pergi makan kfc. Suka betul dia..


21/4/09 mama ajak Tina main crayon dan kertas lukisan for the first time. Tina nak semua crayon. Sampai duduk atas drawing book nak menconteng. Tapi crayon yang beli kat maidin ni tak bagus la..warna dia tak terang sangat so Tina macam tak seronok nak menconteng sebab tak nampak sangat hasilnya. Tapi mama biarkan jugak dia main sampailah dia sendiri kutip semua crayon nak cuba masukkan dalam kotak semula..barulah mama simpan semuanya. Contengan pertama Tina ni ada mama simpan..

Walaupun macam tu mama tak putus asa..mama akan cuba lagi tarik minat Tina untuk pegang crayon. Nanti kita mintak kat abah beli crayon yang cantik warna dia tu ye Tina..Tina mesti suka..


Gambar abah n Tina posing kat Sutera mall masa jalan-jalan tengok tv.. dan satu lagi ni la gambar ruang tv & ruang keluarga rumah baru kami. Belum ada rak tv lagi pun..guna la apa yang ada dulu untuk letak tv..

10 comments:

mrsdjones said...

Congrats Sha ;)
Besnye dah duduk rumah baru ni.. lepas ni Tina tayah rindu2 ayah dia lg

Mummy Ryan said...

Bestnyer dpt duduk rumah baru......so b4 tis u tinggal kat mana??? cz i ada terbaca yg ur hubby kena ulang alik yer??? so after this no more ulang alik?????? so Tina + Ibu everyday dpt jumpa abah..mesti Tina HAPPY........

Qistina's Mama n Abah said...

Nette - Thanks, nampaknya macam tu la. Dia pun dah makin lekat dgn abah dia sekarang ni. Kesian kan..abah dia pun selalu korban masa rehat dan tidur nak balik tgk dia.Kdg2 smpi rumah tina dah tido pun..tak sempat main2. Tapi skrg ni Tina ada banyak masa main dengan abah..

KC - Yup..thanks kc. B4 this I stay dengan my mum kat kota tinggi, hubby tinggal dgn mak dia kat jb. Every week dia balik kota tinggi jumpa kami.Banyak korban masa dan duit minyak kat jalan je..so no more la skrg ni. Only once or twice a month bawak tina balik jumpa atuk n nenek dia..

MeRy said...

Congrats....at last move to ur new house.

Mummy Ryan said...

Sha... baguslah mcm tu jadi Tina bolehlah selalu manja2 dgn abah dia...

Qistina's Mama n Abah said...

Mery - yup..finally..move in

KC - ye la kc..sekarang ni pun dah manja betul dgn abah dia..

Ivan Yau said...

congrats sha !!! sudah pindah rumah baru !!!

Qistina's Mama n Abah said...

Thanks!!

Natalia said...

Finally you pindah masuk rumah baru. Congrats ya! Penat juga ya pindah rumah. Never mind, as long as you happy kan.

Qistina's Mama n Abah said...

Thanks Natalia..very tired but satisfaction and happiness is more important isn'it?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...