"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Friday, June 12, 2009

Her First Steamboat & Family Reunion Dinner






Bila semua adik-beradik abah berkumpul memang meriah. Maklum la diorang ni ada 6 adik-beradik, 4 daripadanya dah berkahwin jadi bila semua dapat berkumpul sekali sekala riuh jugak keadaan. Cucu dalam family abah ada 5 orang tetapi Tina sorang je 'kelab bunga'. Yang lain semuanya 'kelab harimau'. Sian Tina..selalu kena tinggal je dengan kelab harimau.

So malam tu kami semua keluar makan. Kali ni di Rawa Steamboat, Taman Gaya JB. Agak jauh jugak dari rumah tapi masing-masing mencari kelainan dari dinner-dinner yang telah sudah. Hampir sejam perjalanan kami sampai di destinasi tetapi jam dah menunjukkan pukul 11 malam. Walaupun restoran ni dibuka sehingga pukul 1 pagi, tetapi dah tak berapa ramai orang. Tapi kami peduli apa..yang penting makan.

Tina pun excited sama. Tengoklah aksi-aksi dia tu. Seronok sangat dia. Tina tak lah makan banyak sangat tapi last bila semua orang dok sibuk makan aiskrim, dia pun merengek nak jugak. Setengah batang aiskrim dimakan, Tina tersedak. Habis keluar semua makanan bila dia muntah. Bila dia dah tak muntah, mama lap dengan wipe kemudian dukung Tina masuk kereta. Tukar baju, sapu minyak yu yi seluruh perut, dada, belakang dan kaki. Kemudian Tina tertido. Lenguh jugak la pangku dia sambil menunggu abah abis makan.

Kami sampai rumah pukul 2 pagi. Tina dah lena sangat dah tido. Nasib baik jugak dia terus tido bila mama angkat letak atas tilam. Dia tak colic pun malam tu. Tak terjaga pun. Mungkin sebab terlalu penat. Mama & abah pun cepat-cepat bersihkan diri, salin baju dan zzzzz.....

Kenyang, ngantuk...huaargghhh.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...