"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    8 years ago

Saturday, June 13, 2009

Tina, Your Baby Chair Is Here!





Last week masa balik rumah nenek kota, mama bawa balik baby chair Tina. Kesian Tina, kat rumah baru ni Tina tak ada kerusi kat meja makan. Kerusi yang ada tak selamat bentuknya untuk Tina. Tina seronok sangat makan atas baby chair ni. Dan mama dapatlah disiplinkan dia sikit. Selagi tak habis makan, tak boleh turun. Kerusi Tina ni menghadap tv, jadi dia akan makan sambil menonton tv.

Kat rumah baru ni, mama tak boleh selalu sangat bagi Tina main kat luar. Dan mama pun tak selalu sangat bukak sliding door yang hampir dengan tv tu sebab lalat akan banyak masuk kat dalam rumah. Mama pun tak tahu mana datangnya tapi kalau pagi-pagi mama selalu dengar bunyi ayam berkokok disertai oleh bau yang kurang menyenangkan. Jadi ada waktu-waktu tertentu sahaja yang boleh bukak sliding door.

Jadi sepanjang hari dunia tina cuma dalam rumah. Hiburan dia cuma vcd dan tv sahaja. Tapi untuk tak buat dia bosan mama ajak dia menyanyi dan menari bila menonton fun song factory. Time dia tak mahu di ganggu, mama biarkan dia baring dan menonton.

Ada masanya Tina pun bosan jugak, dia akan mintak mama bukak pintu depan sebab dia nak main-main kat car porch. Sambil Tina main bola kat car porch mama boleh la tengok pokok-pokok bunga dalam pasu.

2 comments:

Mummy Ryan said...

Sha, kenapa ada banyak lalat? Maybe somewhere there ada org ternak ayam kot thats y lalat suka.
Kesian Tina main sorang-sorang..so bila Tina nak jadi kakak?..ha ah soalan Cepu emas....

Sha@Mama TinaAzra said...

Mymmy Ryan - Memang banyak lalat. Sometimes I rasa geli bila lalat hinggap banyak2 kat apa-apa surface. Macam kotor sangat je.

Hubby told me that ada org ternak ayam besar-besaran kat area sebelah taman tu. Private land la ..so tak boleh nak buat apa.

Just I kena mop lantai and furniture especially kat mana Tina suka main. Guna dettol lalat tak suka hinggap.

Tina jadi kakak? .. ooo...I hope another 1 year kalau boleh. Not now la. Kesian Tina nnt kalau dah ada adik..

Tanya orang..how about you? wakaka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...