"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    8 years ago

Monday, August 31, 2009

Her First Multivitamin

Appeton Multivitamin With Taurine Tablet
Jus Tok Guru

Mama sebenarnya dah lama bercadang-cadang dengan abah nak bagi Tina makan multivitamin. Ye la kan..kita tak pasti sama ada makanan yang dia makan setiap hari tu cukup segala vitamin yang dia perlukan. Jadi untuk menutup kekurangan tu, mama dengan abah pilih Appeton dan Jus Tok Guru

Dulu mama pun makan Appeton jugak sebab selera makan mama tak begitu baik. So bila makan Appeton ni mama ada gak rasa nak makan nasi.. tapi sekarang dah stop dah.

Fakta tentang produk tu, mama amik kat website Appeton so kawan-kawan blog mama tak payah la nak susah-susah cari tentangnya lagi. Baca je..

Jus Tok Guru ni pulak mengandungi 8 makanan terbaik dunia didalamnya iaitu delima, kismis, kurma, habatus-sauda, zafaran, madu dan zaitun. Kami sekeluarga baru je start makan Jus Tok Guru ni. Bukannya mahal pun.

Mama tak de la kata 2 produk ni bagus tapi ia lebih baik dari tak makan supplement apa-apa lebih-lebih lagi untuk anak-anak yang sedang membesar..

Mama ada gak cerita-cerita dengan abah nak bagi Tina minum Scott Emulsion tapi abah macam kurang setuju sebab kata abah cari yang dalam bentuk tablet lagi senang. Praktikal sikit kalau nak bawak travel. Betul gak..


Appeton Multivitamin With Taurine Tablets


Appeton Multivitamin With Taurine Tablets important for intellectual development and improve the learning ability among children.


The load of homework and hectic activities in school give a stressful life for school children. It causes poor school performance in school, changes of their eating pattern or loss appetite, become a picky eater, poor absorption and ended with illness or malnutrition. The situation can be the other way round where nutrient deficiency causes their body won’t be able cope with the homework stress.


Taurine is a conditionally essential amino acid; under special condition body may not able to produce enough Taurine. Even though Taurine can be found mostly in meat and fish, the amounts of Taurine decease when cooked. Healthy adults make Taurine by converting the methonine and cystein, non-essential amino acid, with the help of vitamin B6 whereby children more depend on dietary Taurine.


Taurine can be found in everywhere in the body and it is very concentrated in the brain, muscle and retina. Taurine helps to improve memory, attention and maintaining visual function. Taurine deficiency interfere the function of brain and retina. Injury, stress, disease and even exercise deplete Taurine and body may not able to maintain the level in the short time. This is why Appeton special formulated Appeton Multivitamin With Taurine Tablets which is a complimentary health preparation for growing up and help them to overcome the hectic timetable and studies, at the same time improve their learning ability.


Nutrition Composition and Functions
Nutrient Composition Each Tablet US RDA* Functions
Vitamin A 1500iu 30% • Ensure good eye sight
• Maintenance of proper calcium level in the body
• Ensures healthy bones and teeth
Vitamin D3 100iu 25%
Vitamin E 10iu 33% • For proper cell function and protect body cells from free radicals
Vitamin B1 0.25mg 17% • Necessary for the normal process in carbohydrate, protein and fat metabolisms
• For red blood cells formation and
• Correct functioning of nervous system and proper food assimilation
Vitamin B2 0.25mg 15%
Vitamin B6 0.25mg 13%
Vitamin B12 2mcg 33% • Essential for cell formation especially red blood cells and they are vital in prevention of certain form of anemia
Nicotiamide 2.5mg 13% • For normal skin condition and nervous system
Folic Acid 0.25mg 63% • Aids in cell formation especially red blood cells and in maintaining functions of intestinal tract
Vitamin C 50mg 83% • Helps to increase body resistance toward infection
• Prevent the occurrence of scurvy
Taurine 50mg - • Helps to improve memory and attention
• Maintaining visual function
• Helps to improve lipid absorption
* United States Recommended Dietary Allowance, US RDA


Features

• Chewable tablet in yellow coloured, with orange spot.
• In star shaped with fruity flavors.
Indication
• 1 – 3 tablets per day or as directed by physician.
Packaging
• 60 tablets per amber glass bottle.

Sunday, August 30, 2009

Cabut Rumput Di Malam Hari??

Sejak ramadhan tiba ni, mama memang kurangkan dan kalau boleh tak nak keluar buat kerja kat halaman disiang hari. Bukan apa..takut ter'over' buat kerja, nanti kering pulak tekak. So oleh kerana dah tak tahan tengok halaman yang dah naik semak dengan rumput.. maklumla hari pulak asyik hujan je. Dengan meriahnya rumput tumbuh.

Tadi balik dari rumah mak kat TUTA dah pukul 10 lebih. Tidokan Tina dulu.. pas tu mama cakap dengan abah, tolong dengar-dengarkan Tina sebab mama nak pergi cabut rumput sekejap. Hmmm..jalan penyelesaian yang sangat bagus, tak panas pun cabut rumput malam-malam..

Siap cuci tangan je, mama masuk tengok jam dah dekat pukul 12 tengah malam! Macam cinderela la pulak ha.. abah senyum jek sebab dia tau mama memang sakit mata tengok rumput. Bukan la nak mengaku rajin tapi dah rumah sendiri kan..kalau sendiri yang tak nak buat, siapa la lagi nak datang buatkan..bersihkan...

Dan ini ialah pokok-pokok tanaman yang ada kat halaman mama n abah. Mama baru berjinak-jinak menanam orkid ni. Baru je belajar-belajar. Dan dengan bangganya..orkid yang mama tanam waktu bulan pertama pindah dulu dah pun mengeluarkan bunga.. hehehe..seronoknya

Pokok kat laman belakang pun ada gak, walaupun tak de la gah sangat.. sekadar untuk sayur kami 3 beranak dah ada di belakang tu. Cili padi dan cili basah dah puas dah makan. Ni nak tunggu kacang panjang dan kacang botol pulak berbuah. Pokok pisang lama lagi kot nak berbuah..kecik lagi pokoknya. Ada kangkung, sawi. pucuk ubi, pucuk manis, betik, serai, kunyit, pandan..hehehe..cerita macam ada ladang pulak. Tapi terus terang mama sangat berbangga dan puas hati dapat makan hasil tanaman sendiri

Impian dihati nak buat taman peribadi tapi secara perlahan-lahan. Kolam koi pun belum siap sepenuhnya tapi dah isi ikan pun. Pokok teratainya pun dah berbunga...kolam buat sendiri la katakan.. abah memang buat sikit-sikit.

Koleksi pokok akan ditambah dari masa ke semasa.. doakan taman impian mama n abah jadi kenyataan ek..

Wednesday, August 26, 2009

Cerita Hujung Minggu

Isy..dah 5 ramadhan dah ni..baru nak update cite-cite mingguan. Maaflah..balik rumah mak mama kat kota tinggi. Tak de internet..tak boleh la nak meng'online kan diri..

1 Ramadhan tahun ni memang la sangat mencabar. Mana taknya, Tina elok je batuk dan selsema..mama pulak yang jangkit. Paling tak tahannya tu..1 Ramadhan mama memang flat giler. Sib baik kat rumah nenek, kalau tak..tak tahulah apa yang akan terjadi kat abah n tina.

Lepas sahur tu mama makan la panadol soluble n ubat batuk sikit. Tekak sakit sangat. Tapi akibatnya.. sampai zuhur mama tak bangun-bangun walaupun tina dah merengek-rengek. Memang tak tahan sangat dah.. kepala pening.. tekak sakit.. hidung tersumbat.. aduh...
Walaupun dalam pening-pening lalat tu, mama kena jugak bangun coz kesian kat tina. Bawak jugak dia main-main kat belakang rumah. Gasak la dia main tanah atuk sampai kena gigit semut.
Ini gambar basikal baru tina yang atuk n nenek belikan. Dah beberapa minggu atuk sibuk nak belikan basikal tapi kami tak dapat bawak tina balik umah nenek kota sebab abah sibuk. Ada 2 choice merah dengan biru tapi tina lebih suka biru. So beli yang biru untuk dia. Suka la dia. Sampaikan dari kedai nak ke kereta tak nak turun basikal. Sib baik tak jauh
Hehehe..gambar yang ni pulak macam mana? ok tak?
Mama dengan abah ajak atuk n nenek keluar sekejap ke bandar kota. Nak belikan tool car untuk baby kimi ( anak kakak abah). So masa tu nenek tuta ( mak abah) pulak telefon, katanya nak kirim tudung yang ada awning tu..nak bagi orang katanya. Mama kureng sikit la pasal membeli tudung yang itu sebab mama belum ada jenis yang itu. Abih, dah kata suruh pilihkan warna hijau n light purple..mama cari je la. Kain yang cantik, sejuk.. bila pakai je tudung tu punya bulat yang tutup kat dada cantik terletak. Mama berkenan..harap-harap memenuhi citarasa nenek tuta la..

Mama try sarung masa dalam kereta.. nenek kata macam ekin la..wakakaka...perasan siut.. terus terasa cantik lak.. hahaha.. mama pun rasa ok..puas hati dengan tudung tu.. harap la orang yang menerimanya suka..

Mama dah buang pulak gambar tudung tu, kalau tak boleh letak kat sini..maaflah ye..
So bila jalan-jalan kat kipmart kota tinggi pulak, abah berkenan dengan tudung untuk bebudak kecik ni. Dah lama nak beli tapi tina selalunya tak nak pakai pun..malas. Kali ni abah betuk-betul berkenan dengan tudung biru putih ni. Kami try kan dulu kat tina before beli, tengok dia nak pakai..so sambar la..tak mahal RM5 sahaja
4 hari kat rumah nenek kota, tina memang manja ngan nenek. Tina panggil 'mak' sebab nenek jaga tina lepas abis pantang masa mama keje. Pagi-pagi dah sibuk cari mak. Kesian jugak kat atuk n nenek..diorang selalu rindu tina tapi kadang-kadang tak dapat nak balik..abah banyak keje kat sekolah.

Sampai lah hari ni..mama masih lagi batuk teruk n selsema. Suara pun dah garau sebab tekak dah luka. Tapi tak pe lah..janji tina dah sihat. Dah nak menyusu dan makan semula. Senang hati mama..

Friday, August 21, 2009

Abah Masak Lagi ...hehehe

Ari ni kami balik dari rumah mak kat tuta lepas habis tower 13 kat tv3 tu. Tina dah mengantuk tapi memandangkan dia baru je lepas menyusu, so tak boleh la nak kasi ubat. Dengan Tina ni kena pilih.. either susu ke ubat kalau tak dia akan muntah berlambak-lambak tak kisahlah susu dulu baru ubat ke ubat dulu baru susu..

Tina nak abah baring sama. So kami berdua baring dengan Tina sampai dia tido. Jap jek sebab dia dah ngantuk. Lagipun arini macam sejuk sikit sebab petang tadi ujan so Tina kena pakai long sleeve sebab dia tido berkipas sampai bangun esok..

Masa mama keluar bilik, abah nak masak maggi kat dapur. Mama nampak cendawan, so teringat pulak sawi dan kangkung yang mama tanam kat laman belakang. Mama suruh abah amik masukkan dalam maggi.. seeronok giler dapat makan sayur tanam sendiri walaupun tak la banyak tapi satisfaction lebih. Lagipun selamat sebab tak guna apa-apa racun serangga.

So malam ni ber'supper' dengan maggi la pulak..

Siap makan jek dengar Tina batuk-batuk, mama cepat-cepat pergi tengok dia. Takut dia termuntah. Kan betul.. dia batuk sampai muntah tapi sikit la. Tapi mama tak kisah sebab towel good morning memang dah sedia kat tepi tilam. Bila dia dah rasa lega mama sapu vicks dan Tina terus tido semula. Kesian la... kalau kita pun kan.. tak selesanya tido bila batuk..

Sebab tu petang tadi mama n abah bawak Tina gi klinik lagi. Ubat dah habis. Kali ni doktor bagi antibiotik, ubat kahak (version power up sket) dengan ubat selsema + ubat batuk sekali dlm satu botol. Kata doktor, Tina kalau tak makan antibiotik waktu demam dia susah sikit nak baik lebih-lebih lagi tekak dia tu. Dia tak demam, temperature 36.4 je..

Hati ni risau jek selagi Tina tak baik batuk n selsema..

Oh ye..kepada semua kengkawan blogger yang beragama islam 'SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK' rebutlah peluang beramal ibadat di bulan yang penuh keberkatan ini ok..sesama la kita..



Wednesday, August 19, 2009

Home Made Candle Light Dinner For 2

Creamy mushroom dengan hashbrown & steak by abah

Abah sibuk-sibuk kat dapur n Tina pulak sibuk nak tido. So mama tak amik pusing sangat apa abah buat kat dapo.. mama buat susu Tina dan ajak dia tido. Mungkin sebab mengantuk sangat, tak sampai stengah jam Tina dah lena. Bila mama kuar bilik je.. kat atas meja ada 2 pinggan siap dengan sudu dan garfu. Pisau je tak de.

Abah cakap kat mama..makan jom, abah dah siapkan. Macam teringin nak makan steak. Tau je la kan.. mama kureng pandai la buat menda-menda western ni..makan tau la..

So malam tu kitaorang makan sambil berbual berbual berdua.. hehehe..siap makan je..tengok jam dah dekat kul 12 tengah malam.. ni betul candle light ni..

Thanks yang for the steak..sedap sangat...luv ya!

Tuesday, August 18, 2009

At Last .. Our Streamyx

Mama N abah tunggu menda ni dah lama dah. Nak ada streamyx sendiri. Penat rasanya ulang-alik tumpang online kat rumah mak tuta.. segan gak tapi nak wat cam mana kan..terpaksa tebalkan muka jek. Sib baik la MIL ku itu sangat memahami. Tak pernah pun bertanya-tanya pape.. Thanks Mak..
Baru jek setup streamyx connection ni beberapa jam yang lalu. .. Thanks to abah sebab setupkan streamyx ni.. love u!

Monday, August 17, 2009

Gambar Comot Terbaru Tina



Gambar sarapan nasi goreng pagi tadi.. Tina kata 'dap' (sedap) pedas.. sedap tapi pedas.. hehehe..lawak je..

Pertandingan Gigit Tulang Gear Box & Family Celebration





Malam tadi family abah buat makan-makan untuk celebrate birthday auntie yus yang kebetulannya semalam jugak. Sekali sambut birthday kimi ( 8/8) dan Pak Su (31/7) kalau tak silap mama la.

Pak Su yang belanja makan kat Restoran Daging Segar.. hehehe..mama memang suka. Kat sini steak dia memang sedap dan berbaloi makan. Yang peginya ramai jadi.. ada 12 jenis minuman dan ada lebih kurang 12 hidangan makanan jugak.. merah kan..macam-macam ada..macam astro jugak..

Mama minum jus kiwi, abah fresh orange, mummy Azie jus dragon fruit, pak su jus tembikai + susu, ada teh madu, bandung laici untuk maklong dan banyak lagi la.. Makanan pulak ada grilled beef steak, grilled lamb steak, rib eye steak, ginger beef fried kuey teow, fish N chip dan berbagai lagi yang dah tak ingat nama makanan dia pun..ntah apa-apa..selera 12 orang la katakan. Dengan kanak-kanak makan ice cream la..coklat la..ntah pepe la..


Hehehe..dan ini adalah pertandingan gigit tulang gear box!! Gurau je.. anak-anak ni sebenarnya dah meragam-ragam dah sebab lama sangat tunggu makanan. So, sup gear box abah je yang sampai dulu jadi kasi la sorang satu..terus senyap. Tina dengan kimi dua-duanya sibuk gigit tulang.. aman sikit la restoran tu..

Yang ini aksi-aksi Tina dengan tulangnya.. apa agaknya yang dia fikir ek..?



Oh ya.. hampir terlupa pulak.. nak wish CONGRATULATIONS kat Pak Su sebab jadi CHAMPION HONDA TAC CHALLENGE ( betul ke tak eja dia ni..)yang baru lepas kat Honda Melaka weekend lalu. Sebagai juara pak su dapat hadiah home theatre + LCD tv 42 inci jenama Panasonic .. cayalah Pak su..
Tahun lepas dapat consolation prize je..no.5 dapat ipod nano tapi kali ni..pak su memang terrer!!

Kisah Batuk N Selsema Yang Tak Baik Lagi


Tina nak sangat mama pakaikan dia tuala good morning ni buat tudung.. comel kan!


Rasanya dah hampir seminggu Tina batuk dan selsema. Baru je sehari dua aritu selsema hilang..dah datang balik. Meleleh-leleh..kesian betul. Yang buat mama tak tahan tengok tu..bila tina nak midnight feeding.. beriya-iya menyusu tapi tak sampai 2 minit..dah muntah balik semuanya. kalau masuk balik dalam botol boleh dapat susu yang asal agaknya. .. macam-macam mama dah buat tapi batuk tak jugak kurang.. kesian la tengok anak-anak kecik ni batuk..

So..setiap kali teringat mama akan sapu vicks kat hidung, dada, belakang dan tapak kaki Tina supaya dia rasa lega. Even malam pun mama cuma tidur-tidur ayam jek.. nak buat camne kan..anak sakit..kena la berkorban sikit..

Friday, August 14, 2009

Vivo Pizza & TM Goodies


Goodies dari TM sebab TM tumpang car porch rumah untuk open kaunter pendaftaran streamyx & telefon rumah. So kami pun daftar sama. Tak sabar nak ada streamyx sendiri kat rumah.. boleh update blog tiap-tiap hari!




Vivo Pizza Sutera Mall, tempat celebrate birthday kimi.. uiskhh.. tak terlarat nak kejar Tina dalam tu. Penat..

Tina Batuk Dan Selsema Pulak..

Minggu ini Tina batuk dan selsema pulak. Bila batuk boleh sampai muntah-muntah. Sejak awal minggu ni, Tina tak lagi midnight feeding sebab setiap kali bagi susu, sekejap lagi dia akan batuk dan muntahkan semuanya. Kesian sangat. Sampai susu keluar dari hidu ng. Jadi untuk tak menganggu tidur Tina, mama cuma bagi dia air masak campur glokos aje. So far ok la.. dia tak muntah.

Selera makan dia menurun dengan mendadak. Lepas 2 hari batik mama bawak Tina jupa Dr. Chum, kata doktor Tina tak demam cuma batuk dan sedikit selsema je.

Musim-musim H1N1 ni risau la kalau demam. Takut jugak kan..maklumlah budak kecik. Mana tau apa-apa. Tapi kami elakkan bawak Tina kat tempat-tempat yang crowded. Sebagai langkah berjaga-jaga kan..

Cepat sihat ye sayang..mama risau la tengok Tina batuk-batuk..

Wednesday, August 5, 2009

Baju Kurung Tina Yg Pertama Dari Mama...



Sejak belajar aritu, mama dah lama tak pegang mesin jahit. Asyik sibuk dengan rumah & Tina je.. tapi lepas mak kasi lebihan kain baju kurung, mama tiba-tiba teringin nak cuba jahit sendiri baju Tina. Banyak yang mama dah lupa.. asyik salah je.. tapi atas dorongan abah..mama teruskan jugak. Abah banyak bagi komen-komen membina..inilah hasilnya..

Sempat pulak lagi mama belajar jahit manik yg paling basic untuk baju Tina ni. Nek Lang Tina yang ajarkan..takde la susah pun tapi untuk first timer susah jugak la nak agak jarak..


Kain baju kurung ni lagi la lawak..siap dah salah jahit lagi tu..bukak balik... tapi untuk Tina punya pasal mama siapkan jugak. Abah kata ok cuma lain kali kalau ukur getah kain untuk Tina biar lebih sikit..sian nanti kalau sempit kat pinggang dia.. tapi abah kata yang ini ok la..cantik..




Cantik tak...

My Huggies Playtent .....


Sepatutnya parcel ni sampai hari sabtu tapi sebab kami tak ada dirumah, courier service hantar hari selasa... Tina excited sangat nak tau apa dalam plastik hijau ni. Sibuk jugak dia membelek-belek...


Bila mama dah pasangkan semua bahagian playtent ni..Tina terus je merangkak masuk.. suka sangat dia..


Tengoklah aksi-aksi Tina ni... memang cantik playtent ni. Worth it la mama simpan polybag huggies dari tahun lepas lagi. Tahun lepas tak dapat nak redeem tapi tekad untuk redeem jugak tahun ni... inilah hasilnya!

Terima Kasih Huggies & Kimberly Clark..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...