"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    8 years ago

Wednesday, August 5, 2009

Baju Kurung Tina Yg Pertama Dari Mama...



Sejak belajar aritu, mama dah lama tak pegang mesin jahit. Asyik sibuk dengan rumah & Tina je.. tapi lepas mak kasi lebihan kain baju kurung, mama tiba-tiba teringin nak cuba jahit sendiri baju Tina. Banyak yang mama dah lupa.. asyik salah je.. tapi atas dorongan abah..mama teruskan jugak. Abah banyak bagi komen-komen membina..inilah hasilnya..

Sempat pulak lagi mama belajar jahit manik yg paling basic untuk baju Tina ni. Nek Lang Tina yang ajarkan..takde la susah pun tapi untuk first timer susah jugak la nak agak jarak..


Kain baju kurung ni lagi la lawak..siap dah salah jahit lagi tu..bukak balik... tapi untuk Tina punya pasal mama siapkan jugak. Abah kata ok cuma lain kali kalau ukur getah kain untuk Tina biar lebih sikit..sian nanti kalau sempit kat pinggang dia.. tapi abah kata yang ini ok la..cantik..




Cantik tak...

7 comments:

Lily@MamaZaraZareef said...

pndainye mama qistina jahit baju kurung..beruntung tina mama die yg jahit sndiri baju utk die. kalau Zara, harapkan nenek2 die jek..mama die buta menjahit..=p

Cute tina pakai tudung..=)

Mama Ilham & Alya said...

kreatif la sha ni. arwah ayah Dila kata, kita tangan kayu, baru pegang jarum dah patah. hahaha

Sha@Mama TinaAzra said...

Mama Zara - Thanks a lot. Bukannya pandai pun..cuba-cuba jek.Menjadi tu alhamdulillah la kan.. kita ni dulu buta gak la wak! :)

Mama Ilham - Ala..sha tak keje..dok kat umah..leh la blaja sikit-sikit. Lain la mama zara dengan mama ilham..dua-dua keje..

Macam tak patut la pulak kan..dah la dok kat umah..jahit baju anak pun tak.. dah tu..apa la yang boleh nak dibanggakan pada diriku ini...

Mummy Gwen said...

Wow..nice baju kurung. You are good at it. :)

Anonymous said...

Cantiknya baju kurung Tina. Special tu mama yang jahitkan ;)

Lepas ni boleh jahit baju raya Tina pulak kan kan?

Sarah's Daddy and Mommy said...

That was sew by you? Great job done.
It looks good on Tina. Nice fabric too.

Tina look pretty with the tudung.

Sha@Mama TinaAzra said...

Mummy Gwen - Thanks..just a first try. I'll ry to make it better next time.

MrsdJones - memang nak watkan baju raya. Hopefully menjadi jugak sebab kali ni try guna kain yang licin pulak ni..mencabar tu!

Joanne - . Thanks for the compliment.thats cotton fabric. I like it very much. So as Tina. She can only wear tudung for a couple of minute only Joanne..but we like it..she looks so cute.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...