"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    9 years ago

Sunday, August 30, 2009

Cabut Rumput Di Malam Hari??

Sejak ramadhan tiba ni, mama memang kurangkan dan kalau boleh tak nak keluar buat kerja kat halaman disiang hari. Bukan apa..takut ter'over' buat kerja, nanti kering pulak tekak. So oleh kerana dah tak tahan tengok halaman yang dah naik semak dengan rumput.. maklumla hari pulak asyik hujan je. Dengan meriahnya rumput tumbuh.

Tadi balik dari rumah mak kat TUTA dah pukul 10 lebih. Tidokan Tina dulu.. pas tu mama cakap dengan abah, tolong dengar-dengarkan Tina sebab mama nak pergi cabut rumput sekejap. Hmmm..jalan penyelesaian yang sangat bagus, tak panas pun cabut rumput malam-malam..

Siap cuci tangan je, mama masuk tengok jam dah dekat pukul 12 tengah malam! Macam cinderela la pulak ha.. abah senyum jek sebab dia tau mama memang sakit mata tengok rumput. Bukan la nak mengaku rajin tapi dah rumah sendiri kan..kalau sendiri yang tak nak buat, siapa la lagi nak datang buatkan..bersihkan...

Dan ini ialah pokok-pokok tanaman yang ada kat halaman mama n abah. Mama baru berjinak-jinak menanam orkid ni. Baru je belajar-belajar. Dan dengan bangganya..orkid yang mama tanam waktu bulan pertama pindah dulu dah pun mengeluarkan bunga.. hehehe..seronoknya

Pokok kat laman belakang pun ada gak, walaupun tak de la gah sangat.. sekadar untuk sayur kami 3 beranak dah ada di belakang tu. Cili padi dan cili basah dah puas dah makan. Ni nak tunggu kacang panjang dan kacang botol pulak berbuah. Pokok pisang lama lagi kot nak berbuah..kecik lagi pokoknya. Ada kangkung, sawi. pucuk ubi, pucuk manis, betik, serai, kunyit, pandan..hehehe..cerita macam ada ladang pulak. Tapi terus terang mama sangat berbangga dan puas hati dapat makan hasil tanaman sendiri

Impian dihati nak buat taman peribadi tapi secara perlahan-lahan. Kolam koi pun belum siap sepenuhnya tapi dah isi ikan pun. Pokok teratainya pun dah berbunga...kolam buat sendiri la katakan.. abah memang buat sikit-sikit.

Koleksi pokok akan ditambah dari masa ke semasa.. doakan taman impian mama n abah jadi kenyataan ek..

3 comments:

Lily@MamaZaraZareef said...

Ni yg best rumah ada tanah nih. macam2 boleh tanam. kat shah alam rumah mahal sgt. nak beli yg semi-D pon belum mampu buat ms nih..terpaksa cr rumah teres tgh2 jek..huhu..

Unknown said...

wah, bagus lah bercucuk tanam ni..
rumah kakyong ni xde tanah.. so nak menanam kena lah ebrpasu.. ni pun dah byk kali request pasu baru dr en ayah, masih tak dpt2 lagi...

tanam cili api kg pun masih tak nampak hasil lagi..

btw, mama tina.. terima kasih sudi ke blog catatan ibu.. hepi blogging

Sha@Mama TinaAzra said...

Mama Zara - Tak pela..faham sangat. Rumah kat JB ni pun dah mahal dah..apa lagi kat shah alam sana. Tak pe sabar..ada rezeki zara nanti..mesti dapat..yakin boleh!

Kak Yong - Tanam menanam ni seronok kan kak yong.. terutama bila nampak hasilnya. Ala..kat dalam pasu pun boleh menanam..tak kisah la janji ada. En ayah lupa kot? cuba try tanya lagi..hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...