"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Tuesday, September 1, 2009

Buku Baru, Writing Board Baru & Benjo Mayonis

Buku baru Tina

Masa pergi belanja kat giant tampoi ahad lepas, mama bawak Tina kat kedai buku dan majalah yang betul-betul kat depan kaunter cashier tempat abah beratur nak bayar. Bukan apa..penat dukung dia sebab dia tak nak diam. Dia nak turun sebenarnya.

Bawak dia tengok buku jek terus dia dok senyap-senyap bukak buku. Sedar-sedar abah dah siap bayar. Mama nak dukung dia ajak balik, dia tak nak letak balik buku. Mama pun dukung dia gi kat cashier dan bayar jek. Cashier tu nak scan bar kod pun tak kasi..takut sangat orang tu ambik buku dia.. anak..anak..

Buku ni adalah buku ABC bergambar tapi gambar dia very colourful very nice. Walaupun gambar dalam bentuk kartun tapi eye catching.. budak-budak memang suka..

Lepas buka puasa tadi pulak 1 september 09, mama ajak abah gi beli burger gerai yang sedap kat mutiara rini ni..hehehe..kat depan traffic light presint bakti tu je ha. Mama n abah beli burger daging special, Tina punya benjo mayonis. Mama kan memang peminat burger daging special..

Siap je burger, abah ajak gi kedai RM2 sekejap jalan-jalan. Kat sini mama belikan pulak Tina... apa ntah nama menda ni tapi untuk tulis-tulis..lepas tu boleh clearkan balik. Macam white board la gitu konon-kononnya..
Dan yang ini pulak adalah masterpiece terunggul Tina yang dapat mama snap gambarnya untuk disimpan..sebelum dia tarik button clear!
Dan bila mama makan burger, Tina pun nak makan burger jugak jadi..inilah rupanya bila dia makan burger benjo mayonis..
comotnya..
Yum yum yum...sedapnya
Hmmm..hingga menjilat ibu jari lagi ha...

Ada video sebenarnya tapi tak leh pulak nak upload malam ni..nape pulak ntah. Lain kali mama update video pulak la..

6 comments:

MeRy said...

Tina looks enjoying her burger so much!!

mrsdjones said...

hehee.. bagus lah Tina suka buku. Burger daging special mmg sedaaap kan? Yumm~~

kakyong said...

kecik2 dah pandai baca buku.. gud..
pasni rajin2 melukis plak yer...
1 year 10 mths.. masa umur ni anis dah boleh lukis bulat2 kecil.. rajin2 bg dia kertas utk lukis2 & conteng2...
pastu failkan... heheh..
kakyong mane sempat jer dpt compile & filekan.. ade setengah tu habis2 depa buat aktiviti conteng2., depa sambung aktiviti koyak kertas pulak... huhhuuuu

Qistina's Mama n Abah said...

Mery - I think so..she really put all effort to eat that

mrsdjones - peminat jugak ke? hmm..memang sedap kan!

Kak Yong - Yang mana sempat diselamatkan tu ada dlm simpanan. Yang lain selamat koyak dah..oh ye..ada satu masterpiece kat dinding umah..hmmm...terlepas pandang kejap..abis la dinding...

Mummy Ryan said...

Wah sedapnyer....look like Tina enjoyed her burger so much...:)

Qistina's Mama n Abah said...

Ya ya..she looks like it!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...