"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    8 years ago

Friday, November 27, 2009

Customized Felt Tshirt Giveaway..


Hani dan kedainya melancarkan satu giveaway baru sebagai promosi untuk produk terbaru dari sewing n me shoppe. Dan sebagai hadiahnya..4 helai Tshirt akan diberikan kepada 4 orang yang bertuah. Dan mereka yang terpilih boleh membuat request masing-masing untuk gambar dan wording yang akan dihasilkan diatas Tshirt mereka. Best kan!

Syarat-syaratnya :

1. Buat satu entry khas di blog anda untuk Customized Felt Tshirt Giveaway. Nyatakan juga design/perkataan yang anda ingin lihat diatas tshirt anda.
2. Tinggalkan komen anda bersama link entry yang telah anda buat berserta email diruangan komen
3. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Disember 2009 jam 12.30tengah hari.


contoh komen: TiniHani nak joint.. saya nak word:FAMILY pic:LOVE

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lynn Craft 1st Giveaway


Jalan-jalan hari raya..ternampak pulak Lynn Craft 1st Giveaway ni. Nak try my luck..join jugak!

1. Jadi follower Lynn Craft
2. Link kan blog ini di blog list anda
3. Buat entry ttg giveaway ini
4. Sila tinggalkan comment beserta link anda


Hadiah utk giveaway saya ni utk 2 org , 1adalah hairclips holder & 1 lagi one of any hairclips yg ada dlm store saya ni...

Tarikh tutup : 20 December 2009 (sempena besday my 2nd son)

Apalagi..Jom Ramai-ramai meriahkan giveaway ni...

Thursday, November 26, 2009

Berus Gigi Baru Tina


Rutin mandi mama dan Tina kini sudah lengkap kerana Tina sudah pandai menggosok giginya sendiri. Tak la seperti kita yang dewasa tapi dia dah pandai koordinasikan tangan dan jari untuk memegang dan memberus giginya. Off course mama akan gosokkan dulu setiap kali. Tapi after that mama akan bagi pada Tina supaya dia berus giginya. And this week mama dah tunjukkan pada abah, anak dara dia berus gigi. He's so impressed.. good job mama..

Dua tiga hari ni Tina sibuk bila mama gosokkan gigi dia sebab kata dia sakit. Mama perasan yang berus gigi dia dah kembang mencucuk gusi tapi asyik lupa nak gantikan. So, kat J-card semalam kami tengok berus gigi. We just take a few yang bagus and showed to her. End up dia pilih yang ini. Mungkin sebab warnanya..

So pagi ni Tina dah guna berus gigi baru. Happynya dia memberus gigi..suka mama tengok..

Wednesday, November 25, 2009

Our 1st J-Card Day

Hari ni awal pagi mama dengan abah bangun walaupun malam tadi mama dah tidur lambat sebab siapkan barang-barang Tina. We're ready for our 1st J-Card day at JJ Taman Universiti!

Sebab tak pernah pergi jadi kami agak kehairanan sedikit melihat banyak kereta berbaris panjang sedangkan jam baru menunjukkan pukul 8.15 pagi. Huh .. bersemangat sungguh mereka-mereka nih. Sampaikan pekerja-pekerja Jusco pun ada terperangkap dalam kereta sebab tak boleh masuk..hahaha...

Dasyat sungguh ek rupanya.. tapi akhirnya kami dapat masuk dan parking kat dalam. Hari ini free parking. So, nak dok sampai Jusco tutup pun tak pe. Tapi kami takdelah lama-lama dalam tu. Saja-saja tengok sambil belanja barang-barang dapur kebetulannya... tak de lah membeli-beli sangat. Sekarang ni kan tahun-tahun tight budget, so kena la jimat-jimat sikit. Kata abah, kesian mama... lain kali bila tahun-tahun yang ini dah lepas abah belanja mama gi J-card day ye.. Ok abah..mama tak kisah... J-card day ada banyak tahun lagi boleh pergi kan...

Tina pun bukannya lama sangat tahan dok dalam trolley..dia penat..nak jalan-jalan sendiri..sebab tu kami tak lama. Kesian Tina. Balik dari JJ kami singgah bayar bill hp kat taman u jugak, sempat minum kat kedai mamak..

Lepas tu terus balik rumah. Tina penat. Mama salinkan baju dia..dia tido. Mama tertidur jugak rupanya sekejap. Bila mama bangun, abah yang baru siap bersihkan peti ais pulak yang ambik giliran tido..

Petang ni nak balik rumah MIL kat tuta..abah nak goreng mee.. nak gi tukar modem streamyx ... hmmm... ada banyak aktiviti nak buat la...

Tuesday, November 24, 2009

Projek 'Care For Kak Yong' Telah Berjaya!!!

Bismillah,

Dengan izin ALLAH dan berkat kerjasama rakan2 blogger, maka dengan ini saya mengumumkan nilai RM 1100 yang kita kumpulkan telah dipenuhi pada malam ini. Lihat detel di bawah sebelum saya mengulas lanjut :

Berikut adalah fakta nombor berkaitan Project Mega Blogger ini :

Tarikh Bermula : 18 November 2009
Jumlah Sumbangan Cadangan : RM 10 seorang
Sasaran Kutipan Total : RM 1100
Jumlah Terkumpul : RM 1120
Baki Sasaran : RM -40
Jumlah Penderma : 35 orang
Tarikh Akhir Sumbangan : Sehingga kutipan mencukupi

Hari Pertama
Jumlah Kutipan : RM 250
Jumlah Penderma : 10 orang

Hari Kedua
Jumlah Kutipan : RM 460
Jumlah Penderma : 8 orang

Hari Ketiga
Jumlah Kutipan : RM 175
Jumlah Penderma : 8 orang

Hari Keempat
Jumlah Kutipan : RM 15
Jumlah Penderma : 1 orang

Hari Kelima
Jumlah Kutipan : RM 210
Jumlah Penderma : 8 orang

Fakta Menarik
Penderma RM 250 : 1 orang
Penderma RM 100 : 4 orang
Penderma RM 50 : 2 orang
Penderma RM 30 : 3 orang
Penderma RM 20 : 5 orang
Penderma RM 15 : 1 orang
Penderma RM 10 : 17 orang
Penderma RM 5 : 1 orang

Jelas di sini, kita tidak memerlukan jangka masa yang lama. Saya sangka mungkin kita mengambil masa 3 minggu untuk mendapat jumlah sasaran. Tetapi alhamdulillah, doa kita didengari ALLAH.

Juga saya turut rasa kagum dengan jumlah2 yang tinggi yang didermakan oleh seseorang individu. Betapa ALLAH telah menaburkan dalam hati2 kita ini ukhuwwah yang mantap sehingga tidak terasa rugi untuk menolong.

Saya pasti kakyong akan mengalir airmata mendapatkan ini. Buat masa ini, baik saya mahupun Miela, kami tidak membuka mulut tentang hal ini kepada kakyong. Harapan saya, tidak ada blogger lain lagi yang akan pecahkan rahsia ini.

Status sekarang, komputer idaman kita itu sedang diperkemaskinikan dan akan di servis dahulu oleh tuan punya. Juga saya sedang memikirkan kaedah terbaik untuk menyampaikan lappy itu. Adakah blogger2 di kawasan sekitar Ipoh ini ingin sama2 berada dalam suasana penyerahan komputer? Jika ya...sila komen dalam kotak komen di bawah ya.. Jika ramai yang mahu turut serta, saya akan cuba uruskan masa penyerahan dengan lebih kemas.

Oh ya, baki sasaran yang dah terlebih itu, saya akan pulangkan kepada tuan punyanya kerana orang terakhir telah bank in RM 50. Anda yang mana telah membuat entry kempen diharap dapat delete dari blog anda, ataupun gantikan sahaja isikandungannya dengan entry saya ini.

Saya doakan semoga ALLAH menggantikan yang lebih baik buat diri anda tidak kira sama ada anda menyumbang, atau anda menyebarkan kempen, atau sekadar berdoa untuk projek ini. Semua itu, tidak kita ketahui nilainya di sisi ALLAH.

Akhir kata, saya mewakili kakyong ingin mengucapkan terima kasih di atas jasa baik kalian. TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA...dan saya juga tumpang ukhuwwah kalian dengan kakyong :)

P/S - post ini mama copy dari blog sitisifir10 ye. Mama tumpang gembira dengan kejayaan projek ini. Semoga dengan pemberian yang tak seberapa ini dapatlah kiranya kak yong menjalankan kembali aktivitinya. Ramai yang rindukan catatan kak yong.. selamat kembali kak yong!

Sunday, November 22, 2009

MOBS & Luvable Kids Contest Giveaway

I pay Luvable Kids Store a visit and have a look at their range of items. Most of all interesting and cute item, I really admire this 3 because for me its affordable and suitable for my 2 year old room to be. That is :



(i) 3 & 4 Drawers Set
Size : ( 30Lx30Wx45H )cm
RM33.90 each



(ii) Kids Pop Up Hamper


Material : Printed Polyester With Zinc Coated Steel FrameExcellent For Laundry, Bathroom, Changing Room, Kids Room, Nursery, School, & Play Area Strong & Durable For Laundry, Clothes, ToysVibrant, Functional & HygienicSize : 42D x 50H cmPackaging : PVC Polybag with Colour Insert

RM19.90 each



(iii) Unique Safety Door Knob Cover

1 piece of Door Knob CoverKeep toddlers from accidentally locking themselves in the room and gaining entry to off-limit areas

RM7.90

As I said, I love item (i) and (ii) for my girl room decoration. But I need item (iii) for safety purposes. Recently, my girl lock herself in one of our room. Its because she close the door herself anf without intention I guess she push that lock button.So, this is the perfect item for me in order to prevent that incident happen again.

This is a new contest giveaway from MOBS & Luvable Kids. For more information please have a look here.

So, why wait? ... Come and join!

Saturday, November 21, 2009

Project Mega Blogger- Care for Kak Yong

Terima kasih pada sitisifir10 kerana ajak mama join kempen. Mama baru mengenali kak yong dan blognya kalau tak silap puasa aritu. Blog dia meriah dengan cerita tapi belum abis ramadhan lagi kak yong dah tak kelihatan. Blog tak berupdate..tertanya-tanya juga tapi bila nampak post kat blog miela77, mama baru tau kak yong tu rosak lappynya..

Ini adalah projek untuk membantu kak yong. Bagusnya ada blogger-blogger prihatin macam ni kan. Dan ini yang mama copy paste dari blog sitisifir10

PENGENALAN Kakyong72 :
-adalah seorang blogger yang mana link ke blognya adalah : http://kakyong72.blogspot.com/
-ibu kepada 3 orang anak dan menetap di Ipoh
-bekerja sebagai akauntan sambilan (akauntan kah yang buatkan akaun orang itu??) dan ini adalah cara kakyong mencari rezeki.
-menjalankan bisnes online dengan mengeringkan ikan hasil tangkapan Encik Suaminya lalu menjualnya. Sila rujuk : Kakyong Shoppe
-Pada pandangan mata saya, dia mengamalkan gaya hidup yang sederhana. Dia tidak bermewah-mewah sehingga baju raya anak2nya baru2 ini pun tidak dibeli. Namun alhamdulillah, ada yang perihatin dengan keadaan Kakyong.
-Sebagai blogger dia juga sangat caring dengan orang lain. Saya pasti ramai yang kenal dia kan???? Rujuk saja senarai KIV Homework (TAG) dari kawan2 di blognya.

Kepada sesiapa yang belum maklum, laptop kakyong telah rosak dan untuk memperbaikinya adalah mustahil. Yang terbaik bagi kakyong adalah membeli satu yang baru. Tahukah kalian, apakah kesannya kepada kakyong?
-kakyong tidak dapat membuat kerja part time (membuat akaun) tanpa laptop
-jual beli ikan masinnya berkemungkinan terbantut
-kakyong tidak muncul dengan entry terbaru (ini mungkin sekadar hobi tetapi interaksi sesama blogger sebenarnya boleh memungkinkan kakyong lebih mudah mendapat pelanggan

Jadi apa yang kita boleh buat untuk membantu kakyong??

-Saya rasa paling cutelah, kita kumpulkan bajet untuk beli satu komputer dengan min spec. Sekadar dapat kakyong menjalankan semula kegiatan mencukupkan (bukan menambahkan) kewangan kakyong sekeluarga. Orang yang boleh belikan komputer itu, nanti kita bincangkan siapa. Jika tak ada orang, insya ALLAH saya boleh carikan. Sekali lagi mekanisme pengumpulan dana ni juga perlu dibincangkan.

Sumbangan boleh dibuat melalui bank dengan mengikut aturan berikut:-

1. Masukkan sumbangan anda ke akaun Maybank (No akaun: 113042046831) atas nama Norhafizah Binti Madzlan.
2. SMSkan jumlah sumbangan & tarikh dalam tempoh 2 hari setelah sumbangan dibuat kepada sitisifir di 0199515058. Jika boleh, sertakan nama penyumbang untuk urusan rekod. Emailkan kepada sitisifir10@yahoo.com jika anda berurusan secara online.
3. Urusan rekod boleh dilihat di entry ini. Setiap urusan bank in akan di update dengan kadar segera insya ALLAH.

Note : Bagi yang tak bekerja macam mama ni..tak janji dapat bantu walau hati teringin tapi mama tolong hebahkan projek ni dalam blog. Mama belum pernah buat sticky mode tapi mama nak cuba buat sticky mode untuk 1 minggu.. semoga niat yang murni ini akan diberkati oleh-Nya...

Insiden Cemas !!

Terlambat sikit nak update. Tak larat sangat semalam.. sempat buat sticky mode untuk kak yong je.

Actually semalam ada 2 insiden cemas berlaku. Mungkin mama terlalai sekejap la.. ye la..lagipun si comel ni dah semakin aktif kan. Meja makan pun dah boleh panjat, rak tv pun dah boleh panjat, drawer rak tv tu dia bukak satu-satu buat tangga naik atas rak tv..huarrgh....!!! nak jadi tarzan rasanya..

Ok, semalam masa mama tengah menyapu kat porch, grill mama tak bukak so Tina dok kat dalam aje. Mula-mula dia masih ada kat pintu lagi. Sekejap je..tengok-tengok dah hilang. Mama jenguk kat dalam rumah, dia tengah tengok cd barney. Mama keluar balik..

Baru je nak pegang penyapu semula, Tina datang kat pintu. Bila mama pandang dia, dia kata "umpah.. umpah.." . So mama tanya apa yang tumpah. Dia diam je tunjuk kaki dia yang basah. Mama cepat-cepat masuk tengok.. la...dia tumpahkan air dalam cawan kat depan tv. Mama marah dia, mama kata "kan mama dah kasi Tina air dalam botol..kenapa ambik yang dalam cawan?" .. "Tina jauh sikit mama nak lap. Jangan datang sini nanti jatuh".

Mama nampak dia masuk dalam bilik komputer, mama biar je la..dia memang selalu main dalam tu. Bila mama terperasan dia main pintu, pintu tertutup... mama cepat-cepat nak pergi bukak.."click" bunyi dia kunci pintu dari dalam. Alamak...

Sekejap tu dia dah menangis-nangis dalam bilik sebab tak boleh bukak pintu. Mama panik sekejap. Nasib baik teringat segala-gala kunci yang belum di asingkan ada dalam drawer almari solek. Mama pergi ambik. Masya'Allah..punya la banyak..

Sambil mama nak mencuba kunci, Tina dah menjerit-jerit nangis dalam bilik. Bertambah panik la mama. Mama capai hp dan call abah.. dapat tapi putus. Mama call kawan cikgu dia. Sebab abah memang bagi satu atau 2 nombor kawan-kawan dia incase mama tak dapat call dia. Mama cakap kat abah, Tina terkunci dalam bilik komputer... abah suruh mama rilek dan try kunci satu-satu..

Aduhai..dengan Tina menjerit-jerit panggil mama...mama macam dah tak pandai nak cuba yang mana satu dulu. Mama cakap dengan Tina.. " Tina jangan nangis..mama nak bukak pintu la ni. Tina diam dulu". Yang Tina pun macam faham..dia terus diam..tapi masih terus panggil..." mama.. mama... "

Kali ke 3 try..pintu terbukak..ya Allah.. leganya. Tina keluar bilik terus peluk mama. Mama pun peluk dia.. "Tu la..lain kali jangan nakal.." mama cakap kat dia. Mama pun dudukkan dia atas sofa, bukak baju dia yang basah kena air tadi tu. Mama cakap kat dia " Tina jangan turun, mama nak lap air kat situ (tangan tunjuk depan tv). Kalau Tina turun nanti Tina jatuh"

Belum pun tangan mencapai kain buruk kat dapur.. Mama dengan suara Tina nangis. Mama cepat-cepat berkejar.. Ya Allah..dia dah jatuh terlentang kat tempat dia tumpahkan air tu.. rupanya dia nak ambik botol air dia. Kuat betul dia nangis, sampai hilang suara. Mama peluk dia, gosok kepala dia yang jatuh tu.. bila dia dah diam mama letak balik dia atas sofa. Bagi puting dengan air. Dia diam peluk dolphin dia..

Mama pun teruskan mengelap air yang tertangguh td tu. Siap lap dengan air..dengan dettol.. lap pulak dengan kain kering. Pergh..siap..

Mama bawak Tina gi bilas badan sebab air yang dia tumpahkan tu air oren sun-up.. salin baju, salin diaper..buat susu..baringkan. Pukul 11 dia dah tidur..biasanya nap dia pukul 12.30tgh..tak pe la..penat agaknya..

Malam tadi badan Tina suam.. mungkin dia terkejut sebab jatuh. Mama bagi ubat..pukul 10.30 mlm dia dah lena. Bila tengok muka dia tido..kesiannya.. I say sorry to her, give a kiss and my tears is there... sedih..

Luckily pagi ni badan dia tak panas dah.. nanti bila free mama & abah nak bawak Tina gi urut kat tempat biasa tu.. mungkin badan dia sakit-sakit..

So, this is a lesson untuk mama..

~ Jangan letak air dan makanan atas meja makan. Lebih-lebih lagi yang panas..
~ Kena lebih monitor Tina sebab dia dah semakin aktif memanjat-manjat..
~ Tutup semua pintu bilik yang kosong. Bilik air & toilet tu sudah pasti..sentiasa..
~ Kena lebih peka dengan alatan-alatan dalam rumah.. kadang-kadang yang tak sangka pun boleh bawa bahaya pada anak
~ Ini paling penting.. abah memang pesan , JANGAN BUAT KERJA KAT LUAR BILA TINA SORANG-SORANG KAT DALAM. JANGAN BUAT KERJA-KERJA GARDENING BILA BAWAK TINA MAIN KAT LUAR KALAU MAMA SORANG JE. TAKUT TINA MAIN KOLAM. Ok abah..ni mama sangat ingat. Sebab Tina pandai duduk kat tembok kolam abah...

Mama pesan kat diri sendiri dan yang lain jugak...

Thursday, November 19, 2009

Happy 4th Anniversary..


Pada hari ini, pada tarikh ini dan pada jam ini 4 tahun lalu mama & abah bersatu setelah lebih 6 tahun bercinta, 1 tahun setengah bertunang..





abah semasa selesai akad nikah. actually abah kata dia menggigil masa doa dibaca, sebab tu la abah buat tangan dia macam tu. takut orang perasan katanya...




upacara batal air sembahyang..




malam berinai



gambar-gambar bersanding






ini cenderahati untuk tetamu






kad jemputan perkahwinan kami





ini gambar perkahwinan kami berempat sebab mama bersanding sekali dengan adik mama yang sorang tu


Sayang.. I love you so much..Happy 4th Anniversary..




Ini Pokok Apa ye?

Ada tak sesiapa yang tahu apa nama pokok ni? Tak payah nama saintifik la..nama yang biasa panggil pun tak pe sebab mama memang tak tahu langsung nama dia.

Pokok ini sebenarnya sangat cantik, warna bunga dia terang dan ceria. Actually bukan mama punya pokok ni tapi my SIL. Lebih kurang seminggu selepas dipindahkan dari pasu nurseri, batang pokok ini jadi coklat..kemudian hitam dan mati..

Tolong ye..kalau ada sesiapa tahu..atau tahu di mana boleh dapat informasinya..sila tinggalkan komen..

Tuesday, November 17, 2009

Parcel Again?

Tengahari tadi, masa mama kat nurseri beli tanah hitam, ada satu nombor call..La..poslaju rupanya! Hehehe mama baru sampai nurseri..so mama suruh je penghantar tu wakilkan jiran mama Mrs.Lim yang ambik bagi pihak mama. Tak sempat nak balik pun..

Inilah parcel yang mama maksudkan...

Pengirimnya..tengok nama mama tak kenal tapi mama terus je bukak dulu parcelnya.. jeng..jeng..jeng...

Alahai Tina..auntie Caroline & Angel la yang hantar. Baru mama teringat, caroline ada bagitau kat mama yang dia akan mintak mak dia poskan small pressie untuk Tina. Dia bagitau mama sebab dia tak dapat nak kirimkan hadiah tu awal masa birthday Tina coz dia sekarang berada di Shanghai, China bersama keluarganya..

Anyway..thanks to you Caroline for such a great gift... Tina was so happy seeing this. Hmm..Tina sangat bertuah pada birthdaynya tahun ini..ramai yang ingat dan mengirimkan hadiah buatnya.. Terima kasih semua..How I wish I can send something over .. nanti akan mama usahakan..Insya'Allah...

Restoran Black Canyon - Jusco Bukit Indah

Semalam petang, kami (mama,abah & tina) serta Mummy Azie dan putera-putera sekelian gi ronda-ronda kat Jusco Bukit Indah. Saja window shopping je sebenarnya. Merehatkan minda dan otak..

Bila anak-anak sekelian dah buat perangai jek..baru sedar rupanya masing-masing dah kelaparan. Tina pun dah asyik wat fussy action jek..kami turun ke tingkat bawah melihat-lihat apa yang sedap untuk dimakan.. kaki masing-masing terhenti di depan Restoran Black Canyon. Mama lom pernah makan kat sini tapi mummy azie kata dia dah pernah makan..and makanannya boleh tahan. So..jom masuk...

Tina & abah..si cumei keriting ni asyik nak naik atas meja je..

Kita posing lak Tina..ehh...happynya mama

Anak dara & abah yang sama-sama vogue gitu..hehehe

Staff kat restoran ni semuanya bukan orang tempatan tapi service diorang beri boleh dipuji. First menu yang sampai ialah air tembikai diikuti oleh tomyam sup yang menjadi pengiring makanan yang kami pesan. Kami semua makan set yang RM12.90 setiap seorang. Dan setiap set datang dengan air dan tomyam supnya sekali. So, dah jimat kat situ. Kami juga order french fries dan 2 hidangan goreng-gorengan yang lain untuk anak-anak sekelian. Aiskrim pun ada gak. Order 1 cawan jek sebab nak melayan selera baby-baby ni ha..

Ini aksi si cumei kami minum air tembikai. Memang anak-anak ni suka meniru apa kita buat la.. tengok la kat video tu. Bila minum kan kita kacau-kacau air dengan straw.. dia pun buat jugak malah dengan aksi yang sangat comel dan cute.. kami sama-sama ketawa melihat telatahnya..Tina..Tina..


Pas tu, dia boleh minum banyak sekali pulak tu..orang sedut sikit-sikit..berhenti..ni tak de..jalan terus macam LRT.. dah banyak kali..sedar-sedar dah tinggal separuh gelas je..

Ha..inilah dia aksi makan aiskrim. Tina dengan abah dia memang 'hantu aiskrim'. Diorang berdua ni memang sama naik la..pantang nampak aiskrim. So abah dengan rela hatinya melayan Tina makan aiskrim. Mama sambil-sambil suapkan baby kimi makan aiskrim sebab mummy dia dok hujung meja yang sebelah sana..jauh..

Tina ni tak lokek tau. Dia suap abah dia..tengok la..

Aksi-aksi Tina mendera abah dia main eskeletor.. pantang nampak menda ni kat shopping complex, dia dah tak nak dukung dah..nak main kat sini..

Bila keluar dari pintu Restoran Black Canyon tu, Tina terus pimpin tangan mama nak main kat playground yang ada air pancut tu. Tak ramai sangat kanak-kanak, mama cuma perhatikan dia je sebab abang-abang (anak-anak mummy azie) dia ada main kat situ. Dan I was impressed by this action by Tina..sungguh mama tak sangka..jom tengok..


see..how careful she is! Moving her hand slowly over the holder..selama ni dia tak pandai nak naik tangga ni. Kalau nak naik mesti mintak mama ke abah dukung dia. Nasib baik abah pun dapat tengok this precious moment jugak sebab masa tu abah ada.. uiiyoo.. my cutie is reached another milestone!!

Monday, November 16, 2009

Hadiah Dari SCA Drypers

Pagi-pagi lagi mama dah dapat call dari skynet Tmn. Universiti, mereka ada parcel untuk mama...hehehe...

Around pukul 12 ++ lori skynet pun sampai. Dan ini ialah hadiah dari SCA untuk mama sebab respond mama terpilih untuk dapat star letter lagi dalam 'Parent Circle' mereka. Meh la tengok apa yang mama dapat kali ini...

1 pack L 20pcs Drypantz

1 pack L 24pcs Drapers Wee Wee Dry

1 silly shapes tiny animal sticker book

1 plush toys - squirrel (agaknya la)

Terima kasih banyak-banyak kepada SCA kerana sudi menghadiahkan ini semua untuk sembangan mama yang tak seberapa tu. Ini yang menambahkan semangat mama nak response lagi ni.

Kalau nak tau, parent circle ini ialah seperti sebuah newsletter berbentuk booklet yang dikirimkan oleh SCA. Didalamnya penuh dengan informasi dan soalan dari ibu bapa yang turut dijawab oleh para ibu bapa juga melalui pengalaman dan pengetahuan masing-masing. Memang sangat bermanfaat.

Selain parent circle ni, mama turut join Drypers Milestone Program untuk Tina. Dan dalam Drypers Milestone program ini, mama dapat sebuah hardcover file yang cantik untuk mama compilekan setiap milestone yang SCA kirimkan. So far, mama dah terima sehingga Milestone 8 (24 - 27 bulan). Nantilah bila-bila senang mama upload gambar file yang cantik ni.. dan apa yang mama ada didalamnya..

SCA jugak ada jalankan redemption program tapi untuk baby yang lahir pada tahun 2008 sahaja. So, Tina tak qualified untuk sertai program yang ini..

Eh..dah macam promotion post pulak untuk drypers kan! Tak pe lah..apa yang baik patut kita kongsi bersama..apa info yang mama ada..ibu-ibu lain pun tentu nak tahu jugak..so kita share..bukan ke sharing is caring....

Untuk sebarang pertanyaan ke info terkini ke bolehlah emailkan ke consumer.care@scahygiene.com.my atau telefon terus consumer care dept mereka di 03-51016677.

Thanks Again SCA!!

Saturday, November 14, 2009

BlogKu DiSerang!!

Hehehe... gempak jek bunyi tajuk post. Tapi sebenarnya tak de apa pun..begini ceritanya...

Pagi semalam masa mama tengok blog..masih elok posisi column dia. Cantik jek..

Malamnya lepas Tina tido mama pun pergi lah tengok blog lagi.. Ehh...apa dah jadi???? Middle column dengan right sidebar blog mama dah gi menyorok kat bawah left sidebar.. mama pun pelik la kan. Mama tak wat pape pun pagi tadi. Takkan lah menda ni bergerak sendiri. So sibuk la cari jawapan dalam blogger help la..blog doctor la..tapi sambil menunggu reply dari mereka, mama godek-godek sendiri blog mama tu. Hehehe...konon-konon pandai la sangat..


Bila tengok dah ada reply mama terus baca and try nak fahamkan. Then mama cuba la ikut apa solution yang dicadangkan. Untuk setengah jam..tak ada apa berlaku. Maknanya kesilapan bukan disana..kena cari kat tempat lain pulak..hish..

So, dengan sabarnya mama mencari..mama cuba kembalikan blog kepada 2 templete..tapi tak menjadi. Left sidebar jadi sebesar alam! ..Ohoh..kepala dah naik berasap..pening memikir nak balikkan semula 3 column templete tu..

Tetiba mama dapat satu idea. Mama tengok setiap satu widget yang pernah mama add kat dalam blog. Dengan yakin delete satu demi satu..sehinggalah...

Bila mama delete widget glitter-graphics yang "come again" tu..middle column dan right sidebar balik semula ke tempat asalnya..Fuh! Lega!! Terus senang hati dan save..tapi tertanya-tanya jugak..kenapa hari ni baru dia nak jadi silap..selalunya tak pun. Tapi ah..malas la nak fikir lagi..

So, now dah pukul 4 pagi dah..mama dah senang hati..nak tido..mengantuk..!!!

Thursday, November 12, 2009

Mak..

Sesuatu yang baik untuk di renungkan bersama.....
Berilah yang terbaik buat ibu-ibu anda sementara mereka masih hidup..

Bila seronok, aku cari.... pasanganku
-Bila sedih, aku cari..... Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada.... pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada... . Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat.... pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat.... Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa.... pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... Mak
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
-Bila sambut Hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
-Selalu.. aku ingat pasanganku
-Selalu.. Mak ingat kat aku
-Bila-bila.. . aku akan talipon pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon Mak
-Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
-Renungkan:
-"Kalau kau sudah habis belajar Dan berkerja...
-bolehkah kau kirim Wang untuk Mak ?
- Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

-Berderai air Mata jika Kita mendengarnya. .......

-Tapi kalau Mak sudah tiada....... ...
- MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT.... SGT RINDUUU



-Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
-berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya... ..
-berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya...... .
-berapa ramai yang sanggup..... ... membuang ulat Dan membersihkan luka kudis ibunya....
-berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

-Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya...... .....

SAYA.....
*************************************
Mama rasa terpanggil nak kongsikan email ini dengan kawan-kawan blogger mama. Memang menyentuh hati email ni. Mama ada sorang kawan sekolah rendah yg mama jumpa semula tahun ini dalam facebook. Diala yang hantar email ni. Dia rajin forward email yang cantik-cantik kat mama..

Mama rasa dah buat yang terbaik untuk mak abah tapi mungkin ada yg mama boleh perbaiki. Teringat mama berhenti kerja kerana nak temankan mak dan abah tengok adik mama yang sakit kena santau kat perak. Pukul 2 pagi gerak dari rumah..sesat kat KL..sampai perak pukul 2 petang dengan tak makan..bukan tak nak makan tapi selera tertutup.

Bos memang tak bagi cuti tapi mama nekad.. adik aku sorang je..mak abah aku pun sorang je..kalau jadi apa-apa kat jalan dengan aku kat tempat keje..nanti aku menyesal. So mama tak nak menyesal..kerja boleh cari..mama berhenti notis 24jam..

Satu je yang mama pegang sampai hari ni..untuk selamanya.. "aku tak nak menyesal kemudian hari. aku nak bagi mak abah apa yang diorang belum pernah rasa dalam hidup. mungkin aku tak mampu nak lambakkan duit tapi aku janji diorang takkan kurang perhatian dan kasih sayang. aku akan cuba sebaik mungkin..ketabahan diorang adalah semangat untuk aku jalani hidup berkeluarga.Kalau abah yang gaji RM800 boleh hantar aku sampai ijazah..takkan la aku tak boleh hantar anak aku sekurang-kurangnya ijazah jugak.."

Mak selalu pesan..sayang mak dan bapak mertua macam mama sayang mak dengan abah jugak. Ye..mesti..mama sayang dua-dua in law..

Dan sebagai isteri..mama wajib ingatkan abah agar tak lupa mak dan bak dia. Berdosa pulak kalau dia terlalu melebihkan mama sangat. Mama tak nak dia dipersalahkan 'disana' nanti. Hmm... mama harap email ni dapat sekurang-kurangnya menyedarkan kita kalau kita terleka selama ni..

Mak dengan abah selalu kata..mak dengan abah bukannya nak duit..ingat dengan mak abah..balik tengok..tu pun dah cukup..

Berat sangat ke permintaan diorang? Mama rasa tak..

Mama baru balik kampung minggu lepas. Abah pulak amik cuti hari isnin tu..huh..sungguh seronok..dapat balik rumah mak..jumpa..cerita-cerita..keluar jalan-jalan dengan mak dan Tina..hehehe...besh..dulu lom kawin selalu angkut mak gi sana-sini..jalan-jalan..window shopping..makan-makan.. Dah kawin ni boleh gak tapi tak selalu macam dulu la..but still..kalau balik..mesti keluar jalan-jalan..

Mama suka duduk dengan mak..peluk mak..nak balik mesti cium pipi dua-dua belah..sebab..mama tak nak menyesal tak cium dia puas-puas.. dah jadi mayat baru nak cium dah tak de makna. Nak cium baik cium sekarang..

Kami cuma dua beradik je..sape lagi nak sayang mak abah kan..

Love Is In The Air ...

TiK.. tOk ..TiK..

tOk.. TiK.. tOk..


CoUnTiNg DaYs To

OuR 4Th AnNiVeRsArY .....

oN 19tH nOvEmBeR 2009


<>

Wednesday, November 4, 2009

Cutest Baby Photo Contest - Cutest Baby In Nature

Ini adalah pertama kalinya mama join contest anjuran Mom Bloggers Planet dengan hadiah tajaan dari PhotoBookMalaysia dan Alice Wonders


***************************************

Nama Baby : Nur Ain Qistina Binti Mohd Noor Hisham

22 Oktober 2007





Gambar ini sebenarnya diambil pada bulan Jun lalu. Ini adalah pertama kali kami membawa Qistina ke pantai. Dan pantai ini pula adalah pantai yang masih belum mempunyai nama dan belum diwartakan. Pantai yang masih kaya dengan ciri-ciri semulajadinya ini terletak di Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor. Kira-kira 45 minit perjalanan dari Pantai Teluk Mahkota atau nama lamanya Jason Bay.

Perjalanan ke pantai ini melalui hanya pemandangan pantai dan hutan pantai sahaja. Penuh dengan segala bentuk kehijauan dikiri dan kanan jalan. Rumah-rumah penduduk pula kebanyakannya masih menggunakan atap nipah kerana mereka semua adalah nelayan.

Qistina sebenarnya masih belum biasa dengan bunyi air laut, desiran ombak dan unggas-unggas dipantai. Malahan dia tidak mahu turun dari dukungan sewaktu kami baru sahaja sampai kesini. Hanya selepas beberapa ketika dia mahu menjejakkan kakinya pada pasir pantai.

Kami membawanya ke pantai ini kerana mahu menunjukkan kepadanya keindahan pantai yang sebenar. Ya, mungkin dia masih kecil untuk memahami kepentingan alam semulajadi kepada manusia tetapi sekurang-kurangnya kami mahu dia tahu betapa cantiknya pemandangan air laut, batu-batu dipantai dan hutan-hutan kecil yang masih ada di sekitarnya.

Kami mahu dia menghirup udara segar semulajadi agar minda dan fikirannya turut sihat dan segar. Dan kami amat berharap kunjungan seperti ini akan membuat dia tahu menghargai keindahan alam semulajadi apabila dia besar nanti.

Sewaktu dibawa mencecahkan kaki pada air laut, dia sangat takut. Melihatkan keadaannya begitu kami bawa dia melihat keindahan pasir dan batu-batu ditepian pantai. Satu yang kami suka dengan pantai tidak bernama ini ialah, ia mempunyai koleksi batu-batu dan pasir laut yang sangat cantik dan ianya sentiasa berubah-ubah setiap kali kami mengunjunginya. Dan pada waktu kunjungan kali ini, batu-batu berwarna kelabu keputihan dan batu-batu putih bersih memenuhi pinggir laut. Pada kunjungan lalu, batu-batu hitam berkilat bersinar-sinar disiram cahaya matahari.Qistina dengan selambanya duduk dan bermain batu-batu pantai yang cantik ini.

Lucu pula kami melihatkan wajahnya yang berkerut menahan panas matahari pagi dengan peluh membasahi seluruh kepala dan badan.

Cuma satu yang kami kesalkan, ada sesetangah tetamu yang masih kurang kesedaran tentang kebersihan. Pasir pantai yang cantik memutih ini ada yang dicemari dengan plastik bekas makanan dan botol-botol kosong.

Jika ada yang berkenan mengunjungi pantai yang belum bernama ini, kami dengan senang hati memberikan lebih informasinya. Keindahannya memang layak di kongsi bersama. Hebat sekali ciptaan Allah bukan?

***************************************

Kepada semua blogger, jomlah sertai contest ini! Sila klik pada contest banner untuk informasi lanjut ya!

Tajaan bersama :





Hello...Hello...

Dah lama sebenarnya mama nak ambik video Tina berbual dengan mak & atuk kat telefon tapi selalu je tak dapat sebab sebelum ni mama call mak & atuk guna hp, so maca mana nak ambik video kan. Hmm..sejak ada telefon rumah ni, ada la chance nak ambik video.

Ni lah hasil video mama. Anak kesayangan mama tengah berbual dengan mak & atuk dia...


Seronok tengok bila anak kita dah capai satu lagi milestone. Dia sedang cuba memahami dan menggunakan perkataan untuk berbual. Walaupun kita tak berapa faham apa dia cuba nak katakan tapi sekurang-kurangnya kita tau dia cuba bercerita tentang sesuatu..

And mama selalu biarkan dia bercakap dengan mak & atuknya kat telefon. Cute sangat tengok dia berbual kan..

Apa Jenis Pompuan Nih??

Lately, abah selalu dpt miss call dari seseorang. Hantar sms malam-malam..

Sebenarnya mama malas nak amik pot tapi kalau dah bising bunyi telefon malam-malam buta tu..siapa tak rasa terganggu kan. So wajar kalau mama nak sakit ati. Dah la Tina tu tak leh dengar bunyi-bunyi kalau tido..cepat je dia sedar.

So, mama kesian kat abah jugak. Biasanya dia dah tido..dan terjaga hanya kerana miss call nih. Tengok-tengok hp..tak penting pun. Tido balik. Mcm tu sampai 3 ke 4 kali..kan kesian. Orang penat balik keje, nak rehat-rehat, nak tido..memang tak gheti bahasa tul la pompuan nih.

Abah kata pernah angkat call dia..ingatkan siapa..dia mengaku cikgu tu! Tapi kami rasa dia bukan cikgu la. Mana ada cikgu nak buat menda-menda tak berfaedah ni kan. cikgu kan orang bijak pandai , takdenya nak buang masa buat keje bodoh ni.Yang tak larat tu..Siap ajak jumpa tu.

Malam ni tadi..hantar sms..tanya..'anak dah tido ke?'... eeeiii...apa tu...mama tak pernah buat menda-menda bodoh macam ni so mama rasa pompuan ni teramat bodoh la kalau buat semua ni sebab nak amik perhatian lelaki je..memalukan betul! Ada ke lelaki yg berkenan perangai pompuan macam ni...

Sebab abah dah mengantuk sangat, abah bagi hp kat mama. Suruh mama setting biar pompuan ni call tak berbunyi..hmm...mama dah buat dah. So abah leh tido dengan nyenyak ye..Kan best kalau boleh band terus no. tu dari call abah..

Sori ye pembaca-pembaca sekelian..(hehehe...prasan tul)..luahan perasaan je.Coz mama rasa tak de seorang wife pun yang suka org kacau hubby dia kan. Mama tau la hubby ku itu dijaga dengan sempurna, sampai comel dan sweet macam tu kan..hahaha...kot ye pun hormat la sikit kat wife dia ni ha..jangan buat malu kaum pompuan la...aduhai..belambak lelaki bujang kat luar sana tu..pegi la kacau..yang gi kacau husband aku tu kenapa...??????

Tuesday, November 3, 2009

Walaupun Kecil..Tetapi Sungguh Bermakna..

The main reason mama publish post ni adalah untuk mengucapkan ribuan terima kasih atas kiriman-kiriman buat Tina. Mama sebenarnya tak mengharapkan apa-apa.. ucapan dan ingatan pun dah cukup besar ertinya..

MAM Bottle - Hadiah dari Mummy Azie..

Flash Card & Upin Ipin Pencil Case - Hadiah dari Auntie Angel & Oscar Boy

( actually kata auntie angel..trying so hard to find things featuring upin ipin but can only found this..sorry tina)

Its ok Angel..this means a lot for her



Hadiah dari mama& abah - Duckie Bath Robe bought from Angel



From Aunty Joanne & Sarah - Glow in the dark deco & lantern.. (hikhik...this is so special tau...)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...