"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    8 years ago

Wednesday, November 25, 2009

Our 1st J-Card Day

Hari ni awal pagi mama dengan abah bangun walaupun malam tadi mama dah tidur lambat sebab siapkan barang-barang Tina. We're ready for our 1st J-Card day at JJ Taman Universiti!

Sebab tak pernah pergi jadi kami agak kehairanan sedikit melihat banyak kereta berbaris panjang sedangkan jam baru menunjukkan pukul 8.15 pagi. Huh .. bersemangat sungguh mereka-mereka nih. Sampaikan pekerja-pekerja Jusco pun ada terperangkap dalam kereta sebab tak boleh masuk..hahaha...

Dasyat sungguh ek rupanya.. tapi akhirnya kami dapat masuk dan parking kat dalam. Hari ini free parking. So, nak dok sampai Jusco tutup pun tak pe. Tapi kami takdelah lama-lama dalam tu. Saja-saja tengok sambil belanja barang-barang dapur kebetulannya... tak de lah membeli-beli sangat. Sekarang ni kan tahun-tahun tight budget, so kena la jimat-jimat sikit. Kata abah, kesian mama... lain kali bila tahun-tahun yang ini dah lepas abah belanja mama gi J-card day ye.. Ok abah..mama tak kisah... J-card day ada banyak tahun lagi boleh pergi kan...

Tina pun bukannya lama sangat tahan dok dalam trolley..dia penat..nak jalan-jalan sendiri..sebab tu kami tak lama. Kesian Tina. Balik dari JJ kami singgah bayar bill hp kat taman u jugak, sempat minum kat kedai mamak..

Lepas tu terus balik rumah. Tina penat. Mama salinkan baju dia..dia tido. Mama tertidur jugak rupanya sekejap. Bila mama bangun, abah yang baru siap bersihkan peti ais pulak yang ambik giliran tido..

Petang ni nak balik rumah MIL kat tuta..abah nak goreng mee.. nak gi tukar modem streamyx ... hmmm... ada banyak aktiviti nak buat la...

2 comments:

Dilla Ady said...

hmmm..full aktiviti ari nih ye..abg icam da start cuti kan..

Sarah's Daddy and Mommy said...

Talking about J Card day, I have been there twice and feel a bit horrified to go again. It is so packed!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...