"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    8 years ago

Sunday, January 31, 2010

Trauma Kejadian Pecah Rumah Menghantui...

Selepas kejadian rumah hampir dipecah masuk 2 hari lepas, mama mengaku sangat takut hingga kelihatan macam fobia dan trauma. Hari pertama kejadian, abah kata muka mama sangat pucat dan mama tak berselera nak makan. Maka mama ajak abah tido rumah MIL. Mama sangat mengantuk, hinggakan sakit kepala dibuatnya. Abah ajak mama tido kat rumah tapi mama tanya abah balik, boleh ke kita tido? Mama rasa tak boleh lelap.. takut. So abah kesiankan mama. Kami tido rumah MIL. Mama terjaga beberapa kali..tapi teringat kami dirumah MIL, mama tidur lagi..

Malam kedua pun sama. Walaupun mama dah mintak air untuk kembalikan semangat, rasa takut masih sangat tebal. Dan malam kedua pun kami tido rumah MIL di Tun Aminah. Dan menurut abah, mama menjerit-jerit jam 3 pagi. Mama tak sedar, abah kata mama jerit serupa dan sekuat mama jerit masa mama nampak orang2 yang nak pecah masuk tu.

Malam ini kami dirumah. Mak dan abah mama ada. Mereka datang petang tadi. Malam menjelang dan hati mama tak tentu arah.. rasa takut masih sangat kuat. Tapi disebabkan mak dan abah ada..tak lah takut sangat..

Macam mana bila mak & abah balik esok.. Ya Allah..berikanlah mama kekuatan untuk menghadapi tekanan perasaan ini. Mama memang rasa takut sampaikan sedikit bunyi pun dah buat jantung mama berdegup laju.. takut..

Ya Allah yang maha berkuasa atas segalanya..tenangkan lah hati ini. Berikanlah mama kekuatan Ya Allah.. kerana sesungguhnya tiada apa yang akan terjadi tanpa keizinan-Mu.. bantulah aku!

Thursday, January 28, 2010

MARI BACA ------- Kejadian Yang Sangat Menakutkan==BERSYUKUR PADA ALLAH!! Rakan-rakan Sekelian..Berhati-hatilah Dirumah...!!!

Mama still shock sebenarnya.. biar mama ceritakan apa yang berlaku...

Awal pagi ini, 2.30 pagi mama & abah baru je baring nak melelapkan mata. Dan tiba-tiba mama & abah terjaga kerana terkejut oleh bunyi sliding door bergegar dengan kuat. Abah menerpa ke sliding door dan mama terus menyelak sedikit langsir sliding. Ya Allah..ada 3 orang lelaki diluar sliding door sedang berbisik-bisik!!! Siapa ni?? 2 orang sedang berdiri dan seorang sedang mencangkung baru sahaja selesai mengompel kunci pintu sliding.

Abah dengan spontan menahan sliding door yang sudah terbuka sedikit sambil mengetuk-ngetuk dan menjerit-jerit " woi-woi!! kepada 3 lelaki diluar. mereka rilek saja, dan masih cuba untuk menolak pinti sliding. 3 lelaki diluar tu tidak pula lari sebaliknya mengetuk-ngetuk grill pintu sliding dengan parang untuk mengacah. Mereka ingat abah takut...mungkin mereka pun terperanjat dan menyangka kami tak perasan.

Abah terus menahan dan menjerit-jerit memanggil ..polis..polis..sekuat-kuat hati...mana la jiran-jiran ku..tidur mati kot...!!! baruulah ketiga-tiga mereka berlari-lari anak meninggalkan rumah kami melalui pintu pagar kecil dibelakang. Rupanya ada 2 orang lagi menunggu diluar. 5 orang semuanya..tinggi paras dagu n hidung abah...kurus-kurus belaka...

Abah suruh mama tunggu pintu yang tak berkunci tu dan berlari ambil handphone & lampu suluh. Mama terus memerhatikan pintu. Abah menyuluh mereka...memang kawasan rumah terang, nampak la.. mereka belari memanjat bukit 30 darjah setinggi 20 meter..abah menyuluh mereka yang berjalan-jalan meniti tepi cerun bukit , ditepi semak (siap toleh-toleh tengok bila abah suluh) penat memanjat kot, taknak la lari. ( memang dah riki n servey area rumah n jalan nak lalu n lari la nih). Kurang ajar betul....Nasib baik ramai..sabo je la) Yang penting semua selamat. Kalau lah lambat terjaga 30 saat jer... 4 sure parang di tepi leher!

Mama rasa baru seminggu je kami telefon balai polis mintak tengokkan area rumah & jalan rumah ni sebab ada sebuah kereta hitam mencurigakan berhenti betul2 kat depan pagar (tapi jalan luar. Jalan rumah kami ni ada 2 lapis, 1 jalan depan rumah dan sebelah divider ada jalan raya lagi yang orang lalu lalang.) Kereta tu kat situ cukup lama. Ada la 3 jam rasanya dari pukul 9 malam. Memang kelakuan pemandunya sangat mencurigakan. Enjin kereta tak dimatikan, dia hisap rokok sambil memerhati kiri dan kanan. (terasa kat hati mama..sangat2 mencurigakan lah). Bila mama beritahu abah, abah pun tengok untuk pastikan dan abah call polis. Bila polis dah bagi amaran, kereta tu blah selaju-lajunya..

Kejadian ni sangat menakutkan mama kerana ia berlaku didepan mata!! Mama masih terbayang ketiga-tiga lelaki berkenaan..(cuma rupanya tak berapa ingat sebab masih mamai) . Ya Allah..alangkah takutnya hati..nak lelap pun takut!!

YA ALLAH..TERIMA KASIH KERANA-MU KAMI TERJAGA DAN PENCURI TU TAK SEMPAT MASUK KEDALAM RUMAH... MAMA & ABAH SANGAT-SANGAT BERSYUKUR...

Cuma satu benda paling membimbangkan.. oleh kerana mereka tak dapat masuk dalam rumah, kemungkinan untuk mereka datang lagi adalah sangat tinggi. Dan mama cuma terfikir.. kalau mereka datang waktu abah ada.. tak pe lah.. tapi kalau mereka datang siang..waktu abah sekolah.. APA AKAN JADI DENGAN MAMA & TINA... MAMA CUMA TERBAYANGKAN TRAGEDI PEMBUNUHAN YANG BARU LALU KAT TV..


Kepada rakan-rakan blogger sekelian, berhati-hatilah dan mohon perlindungan dari ALLAH.. Hanya dia yang maha berkuasa atas segala-galanya...

Tuesday, January 26, 2010

1st Birthday Party Nur Iman Batrisya ( acha)


Tina ni taknak pakai baju lain dah..ini jugak padahal baru jek beli dalam perjalanan...gasak la nak..


Sabtu malam.. 23 Januari 2010 kami ke Felda Bukit Tongkat Kluang meraikan harijadi pertama Nur Iman Batrisya (acha) puteri Diella & Ady..

Kami dijamu dengan laksa johor, sate, kek, buah tembikai, ada nasi impit ke lontong ek.. fuh..sedap-sedap belaka..

But so..sory ek ini je gambar yang ada. Mama tak nak potong diella punya post..Mana la post pasal birthday ni Diella..cepat la buat!

Monday, January 25, 2010

Berita Duka Keguguran Sepupu Mama...

Mama baru terima sms berita sedih tentang keguguran sepupu mama malam ini.. Mama dapat berita beberapa minggu lalu yang dia disahkan mengandung 2 bulan. Tup-tup malam ni dah admit hospital pulak dah..

Makcik mama yang bagitau, wiwi dimasukkan ke hospital petang tadi selepas jatuh didalam bilik mandi. Katanya terperanjatkan tikus. Mama memang dah banyak kali tegur dia sebab bilik mandi rumah dia tu memang agak licin walaupun berselipar.

Mama harap wiwi & suaminya Boy bersabar, belum rezeki lagi agaknya. Yang penting wiwi cepat sihat dan boleh cuba mengandung semula.. kami semua doakan... Jangan sedih ye..ada rezeki lagi yang lain nanti..

Mama dengan dia memang rapat. Cuma sejak dia kawen ni kitaorang agak slow sikit. yelah..dah ada tanggungjawab lain. Mama tak dapat balik nak melawat dia.. sebab abah sekolah..

Jaga diri eh wi...

Sunday, January 24, 2010

Musim...

Bukan musim apa yang mama maksudkan...tapi musim demam, selsema dan batuk telah kembali. Ramai kawan-kawan mama yang anaknya sudah mula selsema, demam dan batuk agak teruk. Tina pun sama.

2 hari lepas Tina dah mula selsema semula..hingus cair meleleh dah. Sehari kemudian dia mula batuk-batuk kecil..dan semalam dia dah start batuk sampai muntah. Cara dia muntah pulak tu..memang scary sikit. Dia akan muntah macam paip..laju je keluar..

So, sekarang ni kat tepi bantal mama memang ada kain batik atau tuala mandi, vicks, minyak yuyi dan botol air masak..

Hai..tak lena tido la mama nampaknya... Tina batuk...mama sangat risau kalau dia batuk...

Tina D'Kenny Rogers... JJ Bukit Indah

Kali ni malas nak tulis panjang. Ini gambar kami sewaktu bawak Tina makan kat Kenny Rogers JJ Bukit Indah penghujung Disember lalu. Terlupa nak update gambar ini sebenarnya..hehehe.. Dan makanan disponsor oleh Mummy Azie ye..Thank You Mummy Azie..bawak Tina makan Kenny Rogers..Muah!

Dan gambar tisu ni adalah wajib. dari dulu..mama memang suka buat menda ni dimana-mana..



Belakang Tina & abah tu sebenarnya kayu tau..cantik buatannya.. tengok lah dia makan, sampai butang baju tercabut pun tak perasan.. sedap sangat la tu




Abah, Tina dan Mummy Azie..





Ini meal mama..orang lainnya tak sempat snap dah kena ngap!.. mama pilih black paper. side dish mama dua-duanya kentang. Tapi kedua-duanya sedap especially yang bersalut mayonis tu..yummy!

Walaupun hidangan ni sihat... ye la ..kenny rogers kan menyediakan hidangan sihat tapi kalau makan selalu tak sihat la untuk poket..hehehe...

Selingan..pic Tina dengan cermin kat dalam washroom!



Saturday, January 23, 2010

Medan Ikan Bakar Persatuan Nelayan Pontian

Minggu lepas yang kami balik kampung abah kat Parit Baru, Pontian tu..kami semua pergi makan malam kat Medan Ikan Bakar Persatuan Nelayan Pontian. Actually nak pergi hari jumaat malam tapi disebabkan uncle Amy keje sampai pukul 1 pagi..tak dapat join jadi tak syok la nak pegi kan..

Re-arrange hari sabtu malam. Kami ni ikut je, dah la jalan pun tak tau..orang nak belanja makan..makan je la korang..

Kami sampai awal jugak la..before pukul 830 malam tapi kebetulan malam minggu kan..ramai sangat family makan kat sana. Panjang-panjang meja.. dan dapat makanan yang diorder pun lambat.. yela..dah ramai sangat orang. Sape suh pegi malam minggu!




Dan hasilnya..ini adalah sebahagian aksi Tina yang sempat mama rakam. Budak-budak memang dah tak nak duduk diam..dah lambat sangat. Macam-macam kerenah dibuatnya. Siap meniti-niti atas meja la..isy..dah malas mama nak marah..penat..

Kami order Ikan siakap nasak 3 rasa - seekor besar, sotong goreng tepung, udang goreng butter, tom yam, kailan ikan masin, sayur campur dan ikan pari bakar.. gambar tak de ek..tak sempat nak snap dah.. hehehe

Tina makan sendiri..boleh tahan banyak okeh dia punya makan..mama pun makan banyak jugak...

Boleh tahan sedap la makan kat situ..tak larat menunggu je sebab lama sangat..

p/s - Oh ye .. untuk abang amy & kak yus.. we're happy for you guys.. tahun baru nih nak dapat "rumah baru" khabarnya yek..

Friday, January 22, 2010

Tik Tok Tik Tok...



Video ini mama rakam pada 14 Januari 2010, dalam kereta masa tengah tunggu abah kat Taman Universiti. Hari dah malam masa tu. Dan mama memang sengaja nak rakam suara Tina menyanyi lagu ini..dengar ye..comel sangat bunyi dia..

tik tok tik tok
hujan dah turun
tik tok tik tok
baju dah basah
mari kita ambil payung


Hehehe..macam mana..comel tak bunyi dia..?


Thursday, January 21, 2010

Happy Faces at Playground Contest!!


Contest lagi. Kali ini anjuran Mama Syafi & Little World Gallery.

Syarat-syarat penyertaan:

1. Mesti menjadi follower kepada Mama Syafi & Little World Gallery. (done)
2. Letakkan link Mama Syafi & Little World Gallery di dalam bloglist anda.(done)
3. Letakkan banner “Happy Faces at Playground Contest” Mama Syafi & Little World Gallery beserta link di side bar blog anda.(done)
4. Pastu, letakkan gambar kanak-kanak di playground. Pastikan hanya satu gambar sahaja yg dimasukkan.(done)
5. Mention nama kanak-kanak, pertalian dgn kanak-kanak, umur dan tarikh lahir di bawah gambar.(done)
6. Sila tinggalkan link contest anda di bahagian comment. Link yg ditinggalkan di shoutbox tidak akan dilayan ok. (done)


Ini gambar contest mama..


Nama : Nur Ain Qistina Bt Mohd Noor Hisham
Pertalian : Anak

Umur : 2 Tahun 3 Bulan

Tarikh Lahir : 22 Oktober 2007



Kepada sesiapa yang lom join..meh la..contest lama lagi nih! Klik banner ye!

Contest : My Little Helper


Okeh.. dah jumpa pun. Mama cari contest ni dah lama gak. Aritu ternampak, tapi dah lupa dimana ya! Sekarang mama nak join jugak contest anjuran wanfida (http://wanfida.blogspot.com/) nih..


Dan ini adalah gambar little helper mama sedang tolong abahnya cabut rumput dihalaman..


Mama harap gambar ni layak digunakan dalam contest ini lah ek. Sebab semua gambar 'menolong' kena snap dengan orang yang 'ditolong' sekali..macam mana puan penganjur?

Ok lah..sesiapa yang nak join sila klik contest banner ye!

Flu.. Flu.. Go Away..Come Again Another Year!

Hai..malam nih mama nak update tentang Tina yang kurang sihat sejak malam semalam. Malam semalam mama perasan Tina macam nak demam coz badan dia sejuk semacam.. kiranya berpeluh sejuk la nih.

Pagi tadi dah start nampak hingus cair meleleh sekali sekala tapi mama tak bagi ubat lagi. Dan malam ini memang ah start selsema yang agak teruk. Muka Tina nampak merah dengan mata sembap..muka sembap dan hingus meleleh 24-7 ye..asik nak kene lap jek coz hingus cair sangat..

Mama check bekalan ubat..masih ada cortal demam lepas..ubat demam, ubat selsema dan ubat-ubat lain masih ada dalam simpanan. So mama bagi cortal yang dihancurkan selepas makan, 4ml ubat demam dan 4ml antibiotik.. harap-harap Tina akan ok sikit esok pagi..sian dia..

Tadi masa nak tido, dia sibuk suh mama salinkan diaper..dan lepas tu tak mahu pakai seluar sampailah tertido..mungkin terasa melekit sebab berpeluh..tapi la ni mama dh salinkan seluar dan baju yang lain. Dah sapu minyak yuyi..dah sapu bedak dettol kat belakang..leher.kaki..dan ini dia tido nyenyak.

Kul 12 tadi merengek..kasi susu 6oz..dia tido balik dah..

Tuesday, January 19, 2010

Di Alam Fantasi?


Kalau siang tu kami ke Starhill, malamnya kami ke Danga Bay. Mulanya mama dengan abah malas nak gi, tapi mummy dan uncle beriya mengajak. Tina pun sibuk sangat nak ikut sebab semua abang-abang dah siap-siap. Mama memang tak bawak baju Tina tapi nasib baik baju adik kimi dia ada..muat lak tu..ha..sarung je la nak..


Kami bawak Tina naik buai pusing yg macam eye on malaysia tu..tapi versi danga bay..kecik je. Suka dia. Kat sana ada banyak permainan tapi belum sesuai untuk Tina naik lagi. Contohnya yang gambar bawah ni ha.. kalau nak bawak anak, mak ke bapak leh naik sekali temankan tapi mama tak nak..takut pening.Abah pun tak nak..takut pening..so Tina tak payah naik ni la..sok besar naik sendiri..




Then kitaorang naik train.. mengelilingi kawasan permainan. Satu pusingan.. ok la tu.. seronok. Macam nak naik pirate ship..tapi kang Tina takut lak..hehehe... gi genting lagi best ni..naik tikar terbang..zam zam..alakazam...

Monday, January 18, 2010

Contest Sweet picture Anak bersama Ibu


Hmm..ini pun contest baru ye..mama nak join gak..jangan marah sekali lagi. Contest ini anjuran blog ibu dan MYTOMEIOUTLET

Gambar pertaruhan kali ini ialah..


Nama Ibu : Nor'Aisah Binti Abdan
Nama Anak : Nur Ain Qistina Binti Mohd Noor Hisham

Tarikh Lahir : 22 Oktober 2007


Ok lah..syarat dah dipatuhi..dan kepada yang nak join..contest berakhir pada 29 Januari 2010..masih ada masa lagi!!!

Contest Aksi Menarik Ketika Membaca



Hehehe..jangan marah..contest lagi nih. Terjumpa kat blog mama zara and mama terus check it kat syima syawal's blog. Nak join jugak lah..


Ini gambar candid yang dipertaruhkan...chewah..

NAMA : NUR AIN QISTINA BINTI MOHD NOOR HISHAM
HUBUNGAN : ANAK



Masa ni umur Tina baru 1 tahun 4 bulan. Dia memang suka berada di area ini..sebab ada banyak sangat buku yang boleh ditengok dan disepahkan...

Mama rasa macam dah lengkap dah nih...ok la tuh..
Dan kepada yang nak join...cepat! ..click banner diatas ye!!

Starhill Golf & Country Club ~ Fun Splashing Time!

Ini cerita cuti sekolah hujung tahun 2009 tapi mama tak sempat nak update. Mama kan sibuk..hehehe... Kami sekeluarga, Mummy Azie dengan 3 bujangnya serta Uncle Amy, Auntie Yus bawak 2 orang anak saudara Auntie Yus, sepakat nak bawa anak-anak berendam kat kolam starhill. Sebenarnya Daddy Sharif keje kat situ so, kami dengan bahagianya masuk free. Thank You daddy sharif!

Kami gerak tu tak de la pagi sangat, kul 10.30 rasanya. Dan sampai kat sana waktu tu orang memang tengah ramai. Nak parking pun susah tapi sebab kami datang dengan 'bos' jadi kami parking kat tempat special gak la..so parking no problem punyo..thanks lagi daddy sharif. Sebelum masuk kat guard yang jaga pintu masuk nak gi kolam tu kami kena pakai wristband dulu. Orang lain ada pakai kaler merah, kaler biru tapi kitaorang pakai kaler coklat ala-ala gold..apa maknanya..mama lupa nak tanya sebab excited nak mandi!

Not bad, tempatnya memang cantik. Sesuai la untuk bawa anak-anak. Kami tak tunggu lama..dapat tuala je kami pun...cbbuuurrr.... masuk dalam air...

serius jek muka tina nih...da la pinjam boya orang..tak mintak izin pun..sukati mama je!




sibuk abah mengajar anak dara dia main boya..




Tina nak lari...


Kami mandi sampai semua orang sunburn! Mama pun sunburn teruk gak. Habis mandi muka dah merah macam udang kena bakar..perit..sakit.. pergh...Tina pun sama..bujang-bujang Mummy Azie pun sama.. semua mengaduh sakit. Hehehe...tapi memang seronok..serius! Sesekali join anak-anak mandi..semua orang happy..




Actually anak daraku ini sangat berangan nak naik slide tapi mama tak berani lah..mama takut bila dah jatuh dalam air tu ha...OOO...tidak..daku tak pandai berenang! Jadi untuk hilangkan kempunan, kitaorang naikkan slide ni kat bahagian hujung-hujung je..hehehe...jadilah Tina...

Friday, January 15, 2010

I am away ye..nak balik kampung!

Actually mama sebenarnya dah bangun pagi-pagi lagi sebab nak buat post untuk hari ini tapi dukacita dimaklumkan streamyx mama tak boleh guna. Modem rosak rasanya. Lampu DSL kat modem tak menyala. lagipun kalau mama off pastu on balik..tak semua lampu hidup. Mama dah wat report kat TM.. tunggulah technician datang tukar modem ke pe..

Ni mama online kat rumah MIL mama jap sebab mama nak balik kampung abah kat parit baru, pontian. Kami nak bermalam kat sana..sesekali gi kampuing ni excited jugak. Lebih-lebih lagi anak-anak..

So..mama tak sempatlah nak buat post yang lain.. harap-harap dengan post yang ini dapat memberitahu kawan-kawan blogger mama la ye. Namun silalah visit blog mama dan tolong klik-klik nuff mama yang mama baru belajar letak tu ha..hehehe...

Jumpa lagi!

Thursday, January 14, 2010

Little Helper

Bila abah keluar kat halaman nak buat kerja je mula la dia pun sibuk cari kasut la..cari selipar la..alasan nak keluar jugak mengacau abah. Mama sebenarnya risau jek nak biarkan dia keluar sebab koi pond kan belum siap, lagipun dengan barang-barang nak nuat koi pond tu banyak bersepah-sepah. Pulak tu lubang tiang kolam yang dah digali pun masih belum diletak tiangnya lagi.. so agak bahaya la kan keadaan itu.. tapi kalau dah dasar budak lasak..dia nak keluar jugak!

So, abah pun kena la jaga dia kat luar kan. Mama memang malas nak keluar kalau hari ala-ala panas nih. Sunburn masa teman Tina mandi kat Starhill pun lom okeh lagi...heee... oh ye..mama dah wat post Tina gi mandi kat starhill ke belum ek..nanti mama check balik la..lupa..

By the time tengok dulu la abah punya little helper nih..hehehe...





Hehehe..mana abah dia pegi, kat situ la dia sibuk-sibuk.. orang cabut rumput dia pun nak cabut rumput jugak... Tina..Tina...

Monday, January 11, 2010

Surprise Gift ~ Very Comel..

Mama disurprisekan oleh Mama Zara dengan sampainya sebuah sampul pos laju tengah hari tadi. Mama tak sempat nak bukak coz tangan kotor dengan tanah. Kebetulan mama tengah salin pasu pokok bunga.

And after that bila mama bukak je..alahai..comeinya sehelai t-shirt warna biru laut dengan tampalan gambar upin ipin dan tertulis nama Tina padanya..sangat comel.. .Tak percaya? Tengoklah sendiri..


Alahai..wat susah-susah je mama zara ni tau. Siap tempah-tempah lagi untuk Tina..anyway thanks a lot mama zara.. Berapa pulak la h agaknya mama zara bayar untuk tempahan ini. Mama difahamkan baju ini ditempah untuk Tina!! Terharunya mama....Tina suka sangat dengan baju tu. Even lepas sarung nak try terus tak nak bukak dah..hehehe

And mama sempat jugak rakamkan sedikit video Tina dengan baju yang sangat comel ni. Adegan-adegan yang macam rukuk..tengah baca doa iftitah tu..adalah cara Tina meniru orang sembahyang.. layan je la ek..






ThAnK yOu AuNtIe LiLy ..... from Tina

Saturday, January 9, 2010

Gambar-Gambar Koi Pond In Progress

Mama rasa dah post pasal koi pond abah yang sedang dinaiktaraf sambil nak diatapkan.. siap tu lom tau siap la kan.. ini projek tahun-tahun punya. Kat bawah ni adalah gambar-gambar yang sempat mama snapkan untuk post kali ini. Cuma..orang tukang buatnya je yang tak de.. Haha..yang buat tu adalah my FIL, my dad dan abah sendiri.. kreatif dan inovatif diorang nih..Layan jek la eh..

Ini gambar lubang untuk tiang atap kolam. Ada 6 lubang semuanya. Oleh kerana tanah laman ni tanah liat..bila ujan je air pun bertakung la. Dan bunyi katak sangat merdu waktu malam...



Ini gambar tangki sementara tempat semua ikan ditempatkan. Sian tau..sempit dalam nih tapi mesin dipasang secara timer. Kot tak arwah semuanya!



Dan ini gambar close up bahagian tengah kolam yang perlu disimen semula setelah dijahanamkan oleh ikan keli. Yang macam tudung saji tu pasu pokok teratai mama...



Gambar bahagian air terjun yang lom jadi kat batu bom sana tu...



Rupa overall koi pond abah. Bila dah naik lagi satu batu blok, mama rasa koi pond ni besar pulak. Macam kolam mandi pun ada rasanya..hehehe.. koi pond ke Tina pond? Tina dengan bangganya duduk berendam dalam koi ponh nih tau...dasat anak daraku! Tak sempat snap gambar je aritu!

AlmariAdel - New Year Giveaway


Contest yang ini pulak anjuran almari-adel. Kepada yang nak join sila click pada banner

Friday, January 8, 2010

New Year Giveaway

Ini giveaway terbaru yang mama nak join ye...
anjuran orkedanza



Hajat dihati..kalau bertuah..nak yang ini



tak pun..yang ini pun besh gak!

Sesiapa yang nak join jugak giveaway yang menarik ni..sila click kat banner diatas tu!

Mama & Contest...

Isy..jangan tertipu yek, bukan mama nak wat contest tau. Mama lom terbuka hati nak buat contest. Hehehe... follower lom banyak hikhikhik...

Hmm... mama join banyak contest nampaknya pembukaan tahun baru nih. Bukan pe..bersama-sama memeriahkan dunia blog contest... menang tak menang, lucky ke idak..tu bukan masalahnya. yang penting mama support sape2 yang wat contest. Kenkadang kenal pun idak.. baru terjah blog sekali dua..ada yang tak pernah tapi bila terpandang contest yang diiklankan.. mama tertarik nak join.

Kengkawan..jom la support mereka-mereka yang wat contest! ...

Thursday, January 7, 2010

Contest 3G



Dan ini ialah contest anjuran Blog Seorang Lelaki :) ... Jom join! Click kat contest banner kat atas tu ye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...