"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Monday, January 25, 2010

Berita Duka Keguguran Sepupu Mama...

Mama baru terima sms berita sedih tentang keguguran sepupu mama malam ini.. Mama dapat berita beberapa minggu lalu yang dia disahkan mengandung 2 bulan. Tup-tup malam ni dah admit hospital pulak dah..

Makcik mama yang bagitau, wiwi dimasukkan ke hospital petang tadi selepas jatuh didalam bilik mandi. Katanya terperanjatkan tikus. Mama memang dah banyak kali tegur dia sebab bilik mandi rumah dia tu memang agak licin walaupun berselipar.

Mama harap wiwi & suaminya Boy bersabar, belum rezeki lagi agaknya. Yang penting wiwi cepat sihat dan boleh cuba mengandung semula.. kami semua doakan... Jangan sedih ye..ada rezeki lagi yang lain nanti..

Mama dengan dia memang rapat. Cuma sejak dia kawen ni kitaorang agak slow sikit. yelah..dah ada tanggungjawab lain. Mama tak dapat balik nak melawat dia.. sebab abah sekolah..

Jaga diri eh wi...

1 comment:

mrsdjones said...

alahai.. kesiannya sepupu sha. takpe, insyaAllah ada rezeki lain. yg penting jaga diri dan recover cepat2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...