Announcement..Announcement

Ini adalah blog peribadi mama & family. Apa sahaja yang mama tulis disini adalah hak peribadi yang tak leh sesuka suki dicopy atau dieksploitasi oleh sesiapa sahaja.Kalau ada pengunjung yang tak suka dengan apa yang mama tulis..anda dipersilakan 'BLAH'

Kepada yang sudi berkunjung, terima kasih banyak2..insya'allah nanti mama ziarah blog and juga ye!

Sudi-sudikanlah klik Nuff mama tu ye.. Thanks In Advance!

QEES COLLECTION

Sunday, February 28, 2010

Tina Dah Sihat..

Penyakit malas singgah lagi sebenarnya tapi 'lawan' jugak.. dan mama nak cerita tentang kesihatan Tina. Lepas makan ubat dari Dr.Catherine aritu, batuk Tina bertambah ringan dan akhirnya hilang. Tinggal ubat alahan no.2 je yang masih kena ambil waktu malam.

So far Tina nampak ok jek seperti biasa. Cuma keadaan cuaca yang sangat panas sangat memberi kesan padanya. Tina minum susu dan air 2 kali ganda lebih dari hari biasa. Diaper malam dia je pun sejak-sejak cuaca panas nih dah jadi 2 keping penuh-penuh belaka setiap kali salin.

Macam-macam mama buat untuk bagi Tina selesa untuk tidur. Dia memang gelisah kerana panas. Nak tak nak kadangkala mama terpaksa tanggalkan seluar dia.. tidur dengan diaper dan baju lubang-lubang je. But bila dia dah tidur, mama rasa kaki dia dah sejuk mama akan pakaikan semula seluar. Dan dah beberapa malam Tina bangun kejut mama suruh bukakan baju dia. ..

Aduhai..cepatlah berlalu cuaca panas... tak tahan rasanya dengan cuaca macam ni...

1 comments:

lily azliyana @ mama zara said...

samela ngan Zara..dh berapa kali die terjaga malam merengek2 mintak dibukakkan baju..huhu