"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Saturday, March 20, 2010

Alkisah Mandi Besen Lagi?

Tina sebenarnya dah lama wean off mandi besen nih. tapi sejak balik rumah mak mama arituh dia dah mula request nak mandi besen semula. Mula-mula dulu saja dengki kat dia. kata la besen tak de.. dia sanggup masuk dalam baldi semata-mata nak mandi. Risau pulak dia jatuh masa mandi dalam baldi maka mama pun suruh abah keluarkan besen...

So setiap kali nak mandi dia akan request bukak baju awal-awal sebab dia nak mandi besen. So, mama pun tak leh la nak buat keje pape okeh..kena dok depan pintu bilik mandi tengok dia main air dalam besen. Bukan pe, kang jatuh..menyesal pulak..

So far mama cuma letak sedikit air jek la.. agak-agak tenggelam buku lali dia dah la.. pastu letak sabun sket..bagi berbuih.. bagi la kat dia segala jenis cawan & botol kosong..leka la dia main air..

Bila mama dah bosan tunggu..mama mandikan dia..sabun-sabun semua..gosok sana gosok sini..pastu cakap la.. "sekarang masa cicak nak mandi pulak"... confirm dia cepat jek keluar dari besen..lap badan..hehehe...

Ni ada sedikit gambar seksi anak dara mandi besen. Abaikanlah gambar pancing kat belakang tu..abah baru balik memancing aritu..lom sempat basuh pancing..tina sibuk nak mandi...

suka sangat buih sabun..




sukanya dia!! Bilik mandi ni tak besar sangat so sebab tu la mama takut tina jatuh masa keluar dari besen..bukan pe..kang terhantuk lak kat dinding..da la bilik mandi ni memang tiles..takut licin..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...