"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    8 years ago

Saturday, March 27, 2010

Insomnia Ke Trauma?

Ya Allah..tolonglah aku ni...

Camnie..lately mama dah kembali tak boleh tidur malam. Macam biasa..kalau boleh lelap pun selepas pukul 4 pagi..huhuhu terseksa tau sebenarnya menjadi jaga kepada 2 insan tersayang ni.. Biasanya mama akan online selepas Tina tido. Boring online mama lipat kain baju yang berlambak-lambak tu ke..lap lantai ke.. pastu online la balik...tukar-tukar macam tu je.

Mama betul-betul dah jadi 'jaga' tau dalm rumah ni.. jap-jap kang mama check dan jenguk kat tingkap..tengok kereta kat porch..tengok area koi pond..dan tengok area terrace sana. Kalau kat belakang pulak mama akan berdiri tepi tengkap belakang.. dengarkan mana tau ada apa-apa yang pelik.

Kalau gi pakar psikologi dah sure sangkut dah mama nih.. mungkin trauma pecah rumah masih berbaki. Mama pun tak tau nak cakap camner.. kadang-kadang tersangatlah mengantuk tapi cuma akan terlelap hingga jam 2 pagi sahaja. Kalau nasib tak baik sebelum tu dah terjaga..

But something yang wat mama sayang sangat kat abah.. bila dia tengok mama dah terlelap awal, dia takkan ganggu..apalagi kejutkan mama sebab dia tahu mama sangat susah nak lelap malam. Tapi..naluri seorang ibu kan.. mama pasti tersentak dari tidur yang selena mana pun bila mama dengar suara Tina. Tak kira la..dia haus ke.. mimpi ke mengigau ke.. mama akan bangun check diaper dia.. dia pans ke..sejuk ke.. kembung ke..

One night few weeks back..waktu mama terjaga..abah duduk kat sebelah mama. Terperanjat jugalah kan.. he just sit and look at me (he said) .. Mama tanya kenapa? Abah kata abah tak sampai hati nak kejutkan mama.. tapi abah dah sangat mengantuk.. kata abah mama tidur lena sangat. This happen waktu selepas kejadian pecah rumah tu la.. we all ganti-ganti tidur so siapa yang tidur boleh tidur dengan lena sebab ada yang sorang lagi berjaga.. its true! mama & abah buat macam tu..

Last night abah ada cakap dengan mama.. maghrib tadi abah terperasan beberapa orang warga asing lalu dipejalan kaki sebelah rumah. Ada yang berbasikal jugak.. Hmm..ini buat mama akan terus jadi 'jaga malam'. Apalagi bila my SIL pun bagitau ada warga asing yang berbasikal setiap pagi berkelakuan seperti memerhatikan rumah-rumah yag nak dijadikan mangsa.. hai...

Dunia hari ini semakin menakutkan.. manusia sudah hilang sifat kemanusiaannya..

Mama bukanlah kata bila mama berjaga takde apa akan terjadi but... kalau mama berjaga at least I can hearout if something happend surrounding my house..tu je..

Mama kena balik rumah mak mama untuk tidur yang betul2 tidur.. Nasib baik mereka faham.. dan mama takkan diganggu wpun bangun lewat.. Tina pun baik sangat..kalau kat rumah mak mama, bangun jek dia terus cari mak kat dapur.. sometimes tak sedar bila dia bangun..

Ya Allah... dugaankah ini?

1 comment:

mamapp said...

sabar byk2 sha. kena buat something gak ni kes ni mcm dh makin teruk.. risau ramai org bangsa asing kt negara ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...