"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Friday, March 19, 2010

Refreshment..

Jumaat lepas mama, Tina & abah balik kampung mama. Rindu sangat dengan mak & abah. Diorang pun rindu dengan Tina. Disebabkan abah ada meeting selepas solat jumaat, maka kami terpaksa bertolak balik lewat petang. Sampainya pun lambat la..

Lambat pun lambat la..mama peduli apa..yang penting mama sampai kat kampung..rumah mak. Bukan apa..lama dah tak balik sebab abah sibuk dengan urusan sekolah..

Beberapa hari dirumah mak sempat la mama balik kampung mak..tengok adik bongsu mak yang bersalinkan anak ke-5 nya 28 Febuari lalu. Hehehe..NORMAIALISHA nama baby tu. Bukan normaizira..pandai jek aku! Beberapa hari jugak mama berulang balik kampung tengok baby sambil bagi peluang kat Tina bermain dengan sepupu-sepupunya dikampung. Seronok tengok Tina pandai berkawan. Cuma..budak-budak tu dah biasa berpanas kan..Tina tak biasa..so habislah 60% leher Tina kena rashes dan kesan seperti terbakar yang agak teruk. Mujur dia tak menggaru sepanjang masa. Mama sapukan krim rashes sebamed.. dan nampaknya rashes tu beransur sembuh.

Sempat jugak mama bawak Tina ke klinik. Appointment klinik Tina sebenarnya 23/3 tapi mama bawak seminggu awal. 23 tu dah naik sekolah, nanti abah dah sibuk dan tak boleh hantar mama balik kota lagi. Timbang Tina naik.. 12.6kg turun 200g dari masa kat puteri specialist aritu. But overall..graf pertumbuhan Tina masih cantik bentuknya. BIdan kerajaan tu pun tak banyak soal.. siap jek timbang..mama pun bawak Tina balik.

Sempat kami menghadiri jemputan kahwin.. bukan satu tapi 2.. selamat pengantin baru la buat anak pak imam - azreen&sri dan jugak anak kawan mak mama.. lela & boy.. cantik pengantin. Tina pun makan dengan berselera sekali kat sana.

Hari ini 18/3, mama & tina ikut abah ambik anak murid dia yang kursus kat Savannah Hills Tiram, so kami terus balik la selepas hantar dak2 tu balik rumah diorang. Sungguh budiman abah..memang guru sejati lah..orang lain dah hilang bercuti..abah masih menguruskan hal sekolah.. semoga dapat balasan setimpal ye abah!

So sebelum balik tadi mak mama beri duit pada Tina.. pesan kat Tina supaya belikan kek birthday mama 21/3 nanti..huhu..terharu diriku ini.. ingatkan mak lupa..Terima kasih mak..

Sampai kat rumah dah malam..layan tina tengok barney & upin.. pukul 11 mama ajak dia tidur. Dia mintak susu.. mata dah nak terpejam tapi mula buat kerenah. Dia kata gatal la..kaki sakit la.. menangis sampai muntah-muntah susu..geram betul mama. Lap kan dia lebih kurang dengan tuala.. sambil abah bersihkan hidung dia yang penuh tinggalan sisa muntah..dia dah tidur. Mama cepat-cepat pakaikan baju, sapu minyak kat kaki tangan, perut & belakang.. suruh abah tengokkan kaki Tina sebab tadi dia jalan lain macam jek. Risau pulak mama kaki dia kenapa..kenapa ke..mana la kita tau.. Tapi abah kata macam tak de apa-apa..hmm..mama nak bawak Tina gi urut pagi esok. Better gi urut & check..mana tau kaki dia sejuk ke..lenguh ke.. sebab tak reti dok diam sekejap pun.

Bila abah & Tina tidur..mama pun ambik kesempatan online..hmm.. ok lah..sambung nanti ye..

1 comment:

MommyAngel said...

Tina will be going to school soon??

Happy Birthday to you Sha :)

So how's Tina feet now? I hope nothing serious ya .... take care :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...