"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Wednesday, April 14, 2010

Aduhai.. Tag Kasut Ke?

Haih..mama dah lama tak buat tag tau. Tengok-tengok dalam comment box ada orang tinggalkan pesan.. surh amik tag kat rumah dia .. sape nih? Kawan mama Puan Ismaliana yang buatkan cuppies birthday aritu tu..eh eh eh... takkan lupa kot..

Dia ni pun satu la.. tag pasal kasut tu. Dah la mama ni orang paling 'rajin' beli kasut.. malu ai.. nak publish gambo kasut tau.. BUT hmm... Is..ini jawapan tag ku ye!



Oh Kasut..


Ini kasut jalan ye. Fresh from oven nih..birthday present dari hubby tersayang mama. Kasut CROCS ni sangat selesa, warna pun warna favourite mama. Jadi kalau rasanya nak pegi tempat-tempat yang takkan bukak kasut, mama pakai la kasut ni. Lagipun mama suka keluar pakai jeans & t-shirt je.. so kasut ni memang selesa dan selamat even untuk berlari mengejar Tina dalam Giant, C4 ataupun Jusco..





Hah.. ini pun untuk jalan jugak tapi untuk lebih sempoi la. Beli kat Maidin je ni RM9.90 tapi dah makan tahun gak dah ni. Kalau tak pakai CROCS tu mama pakai yang ini untuk keluar jalan-jalan.. Oh.. sebelah lagi Tina sedang pakai tadi..malas nak mintak so snap sebelah je la..




Ini pulak untuk berjalan dalam rumah. Dari living ke bilik ke bilik tv ke bilik komputer dan berhenti di pintu dapur. Oops.sampai situ saja ye. Ini mama beli..eh..dulu mak belikan kat air Itam masa belajar kat segamat. Harga RM25 sahaja. Lama wo simpan selipar ni.. 5 tahun lebih dah ni. Sekarang ni tak dan sangat nak pakai sebab Tina suka 'pinjam'




Yang kuning cerah ni khas untuk di dapur sahaja ye tak boleh lebih. Bila dah biasa pakai selipar ni tapak kaki mengada-ngada sikit..bila tak pakai rasa semacam je sejuknya..



Last sekali..yang ini untuk keluar ke halaman tak kira halaman belakang atau depan. MARCO tau jenama dia.. pun sangat selamat. Tak kira apa keadaan..insya'Allah takkan jatuh punyalah. Maaf ..kotor sikit sebab baru lepas pakai..tadi gi melawat sayur-sayuran & bunga-bungaan mama.

Nampak besar sikit sebab ini bukan saiz mama.. saiz abah..tapi asal boleh la..jimat sikit dua-dua orang boleh pakai..hehehe



Okeh..siap sudah tag kasut. Pada siapa pulak nak mama passkan tag ni? Jap eh.. mereka yang bertuah adalah...

Mama Zara , Siti MrsdJones & Sue

Okeh..selamat menjawab Tag!

3 comments:

Ismaliana Bt Sulaiman said...

hehehehe...suka2..sajer long..drpd xder idea nak buat n3 kan....kurang2 aku tau klo ko kuar selalu pakai kasut apa....He3...tq tau jwb tag....

mrsdjones said...

Thanks Sha! Menarik juga topik tag ni. hehehe... nnt siti buat ek hehe :p

Diamilikku said...

nanti2 na...kena amik gambar dulu nih..heheheheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...