"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    8 years ago

Friday, April 2, 2010

Inikah Sikap Seorang Suami Yang Dikatakan Pelindung Isteri?

Mama sedih betul mendengar cerita seorang saudara sesama islam... yang kini sedang berpantang bersalin anak ke-5. Dia bukan mengadu, sekadar meluahkan kekesalan yang bersarang dilubuk hati. Hendak dibiarkan sahaja.. takut makan dalam nanti bentan pulak kerana berfikir terlalu banyak..

Kisahnya bermula apabila dia tersedar telah 'terhamil' anak ke-5 nya. Digunakan bermacam cara ketika terlambat datang bulan supaya benih tersebut tidak bercambah. Tapi tuhan tidak mengizinkannya. Mama hairan ketika itu.. mengapa beriya-iya benar tidak mahukan kandungan itu. Mama nasihatkan padanya, sekiranya usaha kali terakhir ini tidak berhasil juga.. biarlah kandungan tersebut membesar. Ia mahu hidup..mungkin.

Setelah melalui proses bersalin yang agak panjang sakitnya, dia melahirkan puterinya yang ke-5.. bererti dari yang sulung hingga ke-5 semuanya puteri..alhamdulillah. Mama org pertama diberitahu dan dikirimkan MMS gambar sicomel..

Mama sempat melawat dan menghadiahkan sebuah termos.. atas permintaannya 2 minggu selepas dia melahirkan. Tapi termos sudah mama hantarkan lebih dulu sebelum dia melahirkan.. bimbang dia memerlukannya. Waktu itu dia nampak sihat. Tidak ada sedikit pun calitan duka diwajahnya.. atau mungkin mama tak perasan..

Dua tiga hari lepas mama dapat tahu cerita sebenar... setelah dia menyembunyikannya sekian lama....

Suaminya sudah mula hilang kisah terhadap rumahtangga dan anak-anak sejak dia melahirkan. Bahkan yang paling menyakitkan hati.. sebiji ubat pun tidak langsung dibelikan untuk siisteri ini dalam tempoh berpantangnya. Makan lah ubat hospital yang entah berapa hari.. begitu sekali kejamnya seorang suami.. Yang sangat, mama sedihkan.. dia mengusung bayi yang berumur tak sampai sebulan ke Econsave untuk berbelanja barang dapur setelah barang didapur habis tanpa dipedulikan sisuami. Hairannya.. si suami ada ikut sekali tetapi hanya membodohkan diri melepaskan tanggungjawab. Kata siisteri.. bila tiba dikaunter bayaran sekali lagi si suami hanya buat bodoh tanpa mahu membayar sesen pun!

Ya Allah.. kenapakah ini berlaku? Dan si isteri yang sangat sayangkan keluarga.. mengeluarkan duit yang disimpan sekian lama untuk membeli ubat bersalin..membayar harga barang-barang belanja hari itu.. alangkah murahnya harga diri seorang lelaki seperti ini dimata mama..

Bila mama tanyakan baru-baru ini..dia cuma tersenyum manis mengatakan.. itu semua memang dah dijangka.. perangar sisuami memang begitu sejak kelahiran anak pertama.. dan ada sumber pula mengatakan sisuami kini bermain kayu tiga dibelakang isteri sejak berkenalan dengan seorang 'ibu ayam'. Tapi kata isteri.. tak ada bukti untuk itu, jadi tuduhan tak boleh sembarangan.. hai..alangkah mulianya hati isteri ini.. menitik air mata mama mengenangkan nasibnya..

Tak pernah sekali mengadu.. apalagi kepada keluarga suami. Di mata keluarga suami..sisuamilah suami misali.. paling baik dalam sejarah.. dan siisteri hanya tersenyum manis.. luka hatinya hanya tuhan yang tahu..

Inikah agaknya harga sebuah cinta seorang suami? Agaknya dunia sudah nak kiamat.. hingga manusia sudah hilang perikemanusiaannya..

Ya Allah.. tunjukkan lah jalanmu buat suami ini.. rawatkanlah luka hati isteri yang baik ini.. Isteri ini sudah lama didera perasaannya oleh suaminya sendiri..Berikan kekuatan kepadanya supaya lebih tabah mengharungi hidupnya Ya Allah..

~ to someone I care.. I will be here if you need a shoulder to cry on..

5 comments:

Anonymous said...

Nak menangis saya baca kisah sedih ni. Harap kawan Sha tabah mengharungi dugaan hidup. Banyak kan bersabar dan berdoa. Semoga sang suami insaf segera. Sedihnya :(

Diamilikku said...

ya allah..moga2 kita dijauhkanlah daripada situasi mcm nih..kawan sha memang tabah yer..kalau su tak tahulah apa yang akan jadi masa tu...huhuhuh

MommyAngel said...

Oh dear .... that's a sad thing to know but your friend is such a nice wife knowing that her husband has act that way since the birth of thier 1st child ....... just hope that her husband will realised his wrong that his wife would get back her good husband soon ..... that's just not a good example of being a good husband or a good father :(

Zaidah said...

kenapa bleh jadik mcm tu...mcm citer yg baby ster Firas...masih dalam pantang dah kena kerja..ari tu zai bagi dia ubat yang tak habis zai makan masa bersalin dulu pada dia...sebab dia kata masa dalam pantang dia tak berurut n tak ade ubat langsung untuk makan...bila baca kisah nie...zai rasa sedih...mcm mana ngan tgjwb suami...kat akhirat nanti diorang akan menjawablah kat depan Allah...

MeRy said...

So sad......:(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...