"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Thursday, June 10, 2010

15454

Isnin lepas mama dail 15454.. sebab lampu jalan tak menyala dah seminggu lebih. 15454 ni talian aduan @ careline Tenaga Nasional. Mama buat la laporan tentang kerosakan lampu jalan. Katanya aduan akan disalurkan kepada pejabat Tenaga Nasional yang berkenaan.

Dan malam semalam.. lampu jalan sudah kembali menyala. Mama lega sangat-sangat. Yelah, rumah-rumah di jalan ini yang paling banyak hendak dipecah masuk, rosak pulak lampu jalan.. tak ke menambah lagi kegelapan dan mengudang semakin banyak peluang jenayah?

Terima kasihlah kepada pihak yang berkenaan. Berkesan rupanya talian 15454 ni walaupun inilah pertama kali mama guna. Syabas kepada Tenaga Nasional... Terima Kasih!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...