"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Friday, June 4, 2010

Selera Makan & Susu Tina Sudah Kembali

Update untuk hari ini.. semalam mama notice that Tina sudah mula menyusu dan makan dengan berselera seperti sebelumnya. Untuk makan tengahari je Tina menghabiskan 2 senduk nasi putih berkicap dengan ayam goreng dan untuk makan malam pula semangkuk sedang nasi putih berlaukkan ayam kurmak yang dimasak oleh kakak ipar mama.

Untuk susu pula.. sebelum tidur malam semalam sahaja Tina mintak 4 botol susu yang setiap satunya 5oz. Dalam masa kurang 1/2 jam. 4 botol dalam masa setengah jam tau bukannya setengah jam sebotol!!

So itu tanda visible yang dapat dilihat. Mama pun dah bawak Tina pergi urut badan. Bidan tu kata urat2 seluruh badan Tina tegang kerana dia memang tak gheti dok diam langsung..hehehe..

Ok lah tu kan.. at least mama tau Tina dah nak recover dari selsema & batuk sejak 2 minggu lepas tu..

As for mama, sometimes mama rasa okeh sangat..but sometimes bila ada benda-benda @bau-bauan yang mencetuskan loya.. mama akan terus rasa sangat pening kepala dan tak larat. Macam semalam.. sejak sampai umah kakak ipar mama petang tu mama okeh sangat. Tapi bila je kakak ipar mama panaskan lauk ayam masak kurmak kat dapo.. adeh..mama dah rasakan angin muntah dah sampai kat hujung tekak..

Suap Tina makan ayam masak kurmak sangat menyeksa hidung dan tekak. Tapi sebab dia nak jugak mama suap.. tahankan je la..hahaha... bayangkan camner..

Dah 2 pagi mama bangun awal. Abah gi sekolah je mama dah tak tidur.. dan mama akan tido sekejap masa Tina tido tengahari.. buat macam tu rasa oke sikit lah.. so mama kena buat macam tu untuk segarkan badan.

Walaupun hati meronta-ronta nak mengalih-alih pasu di porch.. tapi terpaksalah butakan mata sementara waktu.. bukan apa..biar berhati-hati.. jangan menyesal kemudian..

Jumpa lagi..!

4 comments:

adda said...

sha, congratess.. baru tau sha peknen . patut lah dh jarang blogwalking. all the best. bagus la tina dah ada selera. risau kan kalau anak takmo makan

Diamilikku said...

uishhh banyak tul tuh..okay ahh..adakah kesan mengurut?? hurmmm..nak kena bawak alesha pi ngurut jugak lah...

Lelord said...

ok arrr tina dg berselera...
hah ko jgn nak ngade Along angkat pasu bagai...ko soh aje la Grob yg wat nanti

MeRy said...

Glad to know that Tina is recovering...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...