"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    8 years ago

Saturday, July 31, 2010

3 Tempat Berbeza ..

Kali ni mama nak kongsikan aksi-aksi Tina sewaktu kami jalan-jalan sambil window shopping di tiga pasaraya kat JB.. tesco, Mydin & Giant. Gambar mama & abah takde okeh..sorry sebab tak dan nak amik gambo2 dok asik mengejar Tina jek.. :)

Yang pertama ni kat Mydin.. Mydin kat Jb ni dekat dengan Angsana. Kitaorg sebenarnya gi sana bukannya nak beli apa-apa, cuma temankan abah jumpa penyewa kedai pakcik dia je.. sebagai reward abah bwk mama & Tina jalan-jalan kat Mydin. Actually dah lama gak tak jejak kaki kat Mydin nih..



sebaik je nampak spongebob ni berterabur kat lantai, Tina dengan tak malunya terus duduk okeh..mungkin budak yg keje Mydin ni tengah susun-susun kot. Mama tak nampak pekerja yg menyusun so mama biar jek la Tina landing kat sini..



Maka sibuklah dia nakkan spongebob nih. Mahal tu..RM29.99 Mydin jual. Mama rasa pernah nampak lagi murah tapi lupa pulak kat mana.. nantilah ye sayang..



Yang ni kisah malam tadi ni ha..jalan-jalan nyibuk ikut kakak ipar mama belanja kat Giant Tampoi..




Actually mama & abah rasa dah sampai masa untuk belikan Tina study table. Nak cari yang durable, tak bersegi yang merbahaya.. yg colourful..yang cantik.. kalau boleh jgn la mahal sangat. Kerusi yang Tina duduk ni cantik kan, cuma tak berapa kukuh untuk anak gadis seaktif Tina. Takut tak tahan lama jek.

Lagipun mama bet dia akan panjat mejanya.. so sebab tu kena cari yang kuat sikit la..tak pasal2 kang beli seminggu dah patah..camner? Sape2 yang ada cadangan.. bagilah tau kat chatbox ek..study table apa anak korang pakai..?

Yang ini mejanya boleh dikategorikan berat. Tak boleh la Tina nak usung kehulu kehilir, corak dia pun menarik..colourful. Harganya RM29.90 sebab kaki dia besi.. apa pendapat korang? Tapi yang ni takde kerusi.. kena beli kerusi asing pulak.. hmmm...



berkenan sungguh Tina dengan playskool nih. Tapi sekali lagi, Playskool punya brand sape tak tau kan..mahal sungguh bagi mama & abah la. Bukan tak boleh beli tapi ..ehem..ehem..faham-faham dah la kan..

Nampak kerusi yang Tina duduk tu tak? Kerusi tu dia angkut dari bahagian perabot tau. Nasib baik la ringan. Sanggup dia mengangkut kerusi ni rasanya sampai 1/4 Giant kami jelajah.. bila kami takut2 kan dia baru dia tinggalkan kerusi ni kat tempat biskut..hehehe




Siap duduk kat kerusi tu yang tak tahan tengok tu!






Yang last ni kat Tesco Bukit Indah. Kalau masuk jek Tina mesti lari kat sini dulu.. mesti naik doraemon ni jugak..

Dia punya berlari tu yg mama & abah tak larat nak kejor!

Wednesday, July 28, 2010

Tepung Gomak!

Tengoklah ni.. nak marah kesian..kecik lagi bukannya faham pun tapi ntah apa-apa je keje sibudak comel rambut gulung-gulung ni tau..

almari tv atuk yang menjadi mangsa kejadian..



dia berenang tau sebenarnya atas lantai berbedak nih..geram betul tengoknya!



aih..sempat posing kat mama tuh.. cantiknya la kundur sorang ni :)





hahaha.. yang ni tak tahu nak kata apa..buat muka tak bersalah la pulak..



Aduhai cantiknya anak mama!! Kalau nak tahu.. sebotol sedang bedak anakku yang baru bukak sehari habis ke lantai..

Atuk nenek pun tak boleh nak cakap apa dah.. urut dada je lah hehehe.. Mama biarkan je..tak larat nak marah sebab masa dia buat ni mama tengah berpantang..

Monday, July 26, 2010

Petua Tradisional Merawat Masalah Batuk

Since late last week Tina diserang batuk berkahak, selsema dan demam sekaligus. Batuk berkahak ni la yang paling susah nak hilang. So mama search dalam internet mencari petua2 untuk membantu mengurangkan batuk berkahak. Jom tengok apa yang mama jumpa ni..

Dipetik dari blog ini

v
v
v
v
v
v
v
v

Petua Pertama
Ambil 1/4 biji buah pala, 1/2 biji limau nipis & secamca minyak kayu putih
Buah pala diparut, limau nipis diperah ambil airnya sahaja
Campur perahan limau nipis & parutan buah pala dengan minyak kayu putih
Sapukan pada belakang dan punggung kanak-kanak sebanyak 3 kali sehari selama seminggu, insya allah akan nampak hasilnya



Petua Kedua
Unutk mengurangkan batuk berkahak pada kanak-kanak, ambil gula melaka dan potong kecil2. Biar anak makan seperti makan gula-gula. Ini perlu dilakukan beberapa kali untuk nampak hasilnya



Petua Ketiga
Untuk batuk yang berterusan, ambil 8 helai daun pudina, rebus dengan beberapa ketul gula batu selama beberapa minit. Minum air rebusannya. Peringatan : setiap kali merebus, daun pudina mestilah 8 helai ye!



Petua Keempat
Secamca madu lebah dicampur sedikit air tetapi usah terlalu cair kemudian campur sedikit perahan limau nipis. Minum setiap malam sebelum tidur untuk meredakan batuk berpanjangan


Bagi sesiapa yang dah pernah mencuba petua-petua ini jangan lupa tinggalkan testimoni ek kat comment box mama. Manalah tau kan ada blogger2 yang memang dah tau petua2 kat sini..

Tahukah Anda : Bendi Merawat Kencing Manis?



Kacang Bendi atau nama saintifiknya Abelmosclius Eculentus rupa-rupanya ada banyak kegunaan yang kurang diketahui ramai.

Kacang bendi muda boleh membantu menguatkan otak dan menambah daya ingatan. Biji, akar dan bunganya jika direbus dan diminum berupaya membantu mengurangkan bengkak dan radang.

Bendi turut berupaya merawat kencing manis. Caranya :
2 batang bendi dipotong hujung dan dibelah tengah
Rendam didalam segelas air selama semalaman dengan gelas ditutup
Esok paginya keluarkan bendi dari gelas dan airnya terus diminum
Lakukan selama 2 minggu berturut-turut untuk melihat hasilnya

Dikatakan sifat bendi yang beralkali dapat membantu meneutralkan asid didalam badan manusia. Wallahuaklam..




Gambar ihsan dari yahoo images
Sumber : Majalah Midi July 2010

Friday, July 23, 2010

Demam Rindu

First week 'hilangnya' mama..mama berpantang kan. 2nd week hilangnya mama.. mama balik umah mak lagi sebab adik mama yang the only one tu balik bercuti dari perak. Dorang ni setahun sekali jek balik tau. So, abah bagi keizinan untuk mama ada kat rumah mak sampailah dorang balik.

Tanpa mama duga..Tina rupanya sangat2 rindu dengan abah. Sampaikan tiap kali nak tido..bangun tido ..yang pertama ditanya adalah.. "abah mana?" Nanti dia sendiri jawab balik.."sekejap lagi abah balik"

Mama pun tiap hari bagitau abah Tina rindu.. tiap hari telefon abah..bagi Tina cakap tapi nampaknya itu tak kurangkan rindu Tina kat abah dia. The worst day adalah hari rabu 21/7/2010, Tina selsema ringan. Hingus dah kuo meleleh. Petang tu kami ke rumah makcik mama..

Dan ketika dalam perjalanan itulah tahap kritikal rindu Tina sangat jelas kelihatan. Dia dah meragam sikit-sikit. Tak lama tu dia terlelap. Bila adik mama memotong sebuah waja..Tina tiba-tiba buka mata dan bangun sambil melambai-lambai tangan.. "abah..abah.. babai abah.." Huh..kami yang dalam kereta terperanjat sungguh.

Satu lagi masa dah dekat-dekat sampai kat rumah.. sibuk dia cakap.. "cepat..cepat..abah ada kat dalam..abah tunggu kat dalam".. aduhai.. kronik sungguh nampaknya.

Lepas mandi..Tina makan nasi 2 mangkuk..makan biskut oreo cicah air 3 keping. Tengok tv dia terlelap. Lagipun badan dia tak sihat kan. Sejam kemudian dia terbangun..batuk2 dan seperti biasanya... muntah berlambak-lambak.. habis satu helai kain batik basah. Sambil muntah.. sempat lagi tanya .. "abah mana..abah mana.."sambil nangis-nangis..

Adik mama dah takut dah tengok Tina muntah. Dia cepat-cepat keluar dgn wife dia belikan cool fever dengan air badak sebab mama tak nak bawa Tina gi klinik. Membazir kan gi klinik yang tak sesuai... wat buang duit jek. ..

Adik mama..abah..sibuk suruh mama panggil abah balik,kronik sangat anak dia nih..rindu giler nih. Mama call.. pukul 11 malam abah gerak..kul 12 sampai kat umah mak. Sampai je abah terus basuh2 muka..basuh kaki...pastu terus jek peluk Tina..tuamkan kepala dia yang panas dgn tuala lembap..sekejap tu panas dia terus turun.

Pagi 22/7/2010..mama tak fikir panjang ikut abah balik pukul 6 pagi ke JB. Mama cuma fikir nak bawak Tina gi puteri specialist je.. lagipun baru sangat jumpa abah..tak boleh la pisahkan dia dengan abah dulu. Mama kejut..tina sedar..terus cakap " nak ikut abah".. dan dalam kereta pun masih diri..pegang bahu abah..cium abah..yang tengah drive kereta. Sayu tau hati tengok kelakuan 2 beranak ni..

Petangnya kami bawa Tina gi Puteri Specialist.. dokte catherine cakap Tina kena alahan dia tu la..badan panas sikit je..on off.. Mama & abah terus mintak sekali ubat demam, ubat batuk..

Malam ni tadi terus bagi ubat.. Ni dia tidur berpeluh-peluh..basah rambut..lembap baju dia dek peluh. Baru je mengigau sekejap tadi.. cari mama

Sembuhlah sayang..mama & abah risau tengok Tina macam ni..








Friday, July 16, 2010

Mama Kembali Sihat

Lama rasanya mama 'bercuti' dari dunia internet termasuklah blog & FB. Kan mama balik berehat & berpantang kat rumah mak mama. Dan sekarang mama rasa kesihatan mama dah kembali pulih walaupun bukannya 100% lagi tapi mama dah rasa sihat..rindu dengan blog yang dah lama mama tinggalkan ni.

Ok lah.. kronologi keguguran kandungan mama tu lebih kurang macam ni..

Seminggu lepas mama scan kat skudai ni, yg dokte kata tak nampak baby tu mama scan pulak kat kota tinggi. Dan kali ini dokte memang mengesahkan yang kandungan mama sudah dikategorikan gugur. Cuma belum keluar lagi je. So mama & abah tanya jugak pada dokte, adakah perlu dilakukan d&c? Tapi dokte suh bagi tempoh masa seminggu.

Balik je dari scan kat klinik tu mama berterusanlah keluar cecair kecoklatan dan perut pun mula sakit-sakit. Tapi mama masih boleh bertahan. Boleh meneruskan aktiviti harian.

5 hari selepas tu iaitu pada 6/7/2010 mama dah start bleeding dari pagi. Makin petang bleeding semakin banyak hingga mama terpaksa gunakan maternity pad. Itupun selepas 10 keping pad biasa basah lencun dengan ketulan-ketulan darah.

Menjelang tengah malam, mama tidurkan Tina macam biasa. Lebih kurang pukul 12 lebih Tina dah pun terlelap dah abah pun dah lena. Mama sorang je yang tak boleh tidur sebab mama seperti merasakan contraction macam nak bersalin. Pusing kanan salah, pusing kiri salah, berjalan salah, baring salah.. semua yang dibuat sakit.

Dalam lebih kurang jam 1.15 pagi 7/7/2010 mama dah merasa sakit yang amat sangat. Hinggalah pada jam 1.30 pagi, kemuncak sakit yang teramat. Mama rasa seperti nak bangun minum. Dalam pada memapah nak bangun tu la mama terasa seperti "debush" sesuatu yang agak besar telah terkeluar. Serta merta jadi lemah lutut. Mama capai tangan abah yang sedang lena tidur. Abah terkejut dan duduk. Tanya kenapa.. mama cakap.. mama nak pergi toilet..tolong mama..

Abah pimpin mama berjalan ke toilet. Rasa sakit yang amat sangat tadi sudah berkurangan tetapi sangat terasa darah mengalir keluar seperti air paip. Masuk je pintu toilet, terasa sesuatu bedebuk jatuh atas lantai. Dengan air mata yang masih mengalir beriya-iya, mama tengok ianya adalah seperti sebuku daging sebesar penumbuk Tina. Mama panggil abah suruh tengok. Abah hulur tangan dengan tisu suruh mama angkat 'benda' tu letak atas tisu.

Masa angkat tu sempat mama belek kejap.. terasa dihati.."Ya Allah..anak aku ke ni?" Alangkah sedihnya. Dah besar dia rupanya.. dah 11 minggu kan..hampir cukup 3 bulan

Lepas mama bagi 'benda' tu pada abah, mama tengok lantai dah penuh darah. Mama cepat-cepat bersihkan diri dan keluar toilet. Abah ambil alih bersihkan toilet..

Bila semua dah selesai, mama tanya dengan abah..
Mama : "tengok tak apa tadi tu?"
Abah : " tengok. Itu ke 'dia'?"
Mama cuma angguk dan peluk abah kuat-kuat. Sempat cakap kat abah.. " sayangnya..dah besardah 'dia'". Mama nangis puas-puas sampai bengkak mata..
Abah kata takpelah.. bukan rezeki kita. Nanti tuhan ganti dengan yang lain..

Rupanya sakit keguguran dan sakit bersalin tak ada bezanya. Siang tu abah terpaksa jugak sekolah sebab ada pelawat nak datang sekolah dia. Mama kat rumah dengan Tina je. Setiap kali mama bergerak, mama terasa darah keluar seperti air paip..

So mama call mak mama..mintak dorang amik mama balik umah.. Masa mak & abah mama sampai mak kata muka mama sangat pucat. Dan masa tu memang mama dah pun pakai longsleeve & stokin sebab rasa sejuk. Lepas abah balik dari sekolah je, mama pun gerak balik umah mak mama. Abah tak dapat hantar kami sebab dia sekolah..

Dan esoknya mama terus pergi ke klinik yang minggu lepas tu..scan smula dan Alhamdulillah dokte kata rahim mama dah bersih. Segalanya dah keluar sendiri. Maka tak perlulah buat d&c..

'Adik Tina' tu abah bersihkan, balut kain putih dan tanam..

Dan hari ini mama dah rasa sihat dari sebelumnya. Mama dah berurut dah. So badan pun dah rasa 'tune' balik. Jamu dan pati ikan haruan masih mama makan. Mama nak cepat baik.. nak cepat sihat semula..

Terima kasih kepada yang mendoakan kesihatan mama.. berat juga dugaan ini tapi memang bukan rezeki kami...

Kini mama kena pastikan diri betul-betul sihat luaran & dalaman. Mama teringin nak mengandung semula.. Insya'Allah.. doakan rezeki datang lagi ye!

Tuesday, July 6, 2010

Mama Berehat Seketika.. Doakan Mama Cepat Pulih

Kalau lepas ni tak ada update dari blog mama ni untuk sekurang-kurangnya seminggu bermakna mama akan balik ke rumah mak mama untuk berpantang & berehat seketika. Susah nak berehat dirumah je sebab tak ada sape nak tengokkan Tina nanti.

Waktu post ni mama tulis, mama dalam keadaan sakit yang boleh dikatakan kronik jugak. Sekejap sakitnya tak terkata.. keluar sedikit buku darah, sakitnya akan hilang seketika..kemudian datang lagi

Kawan-kawan..doakan mama cepat pulih. Mama nak berehat betul-betul. Insya'Allah bila dah pulih nanti mama akan kembali berblog semula ye..

Semoga bertemu kembali

Sunday, July 4, 2010

Mama Keguguran 11 Minggu

Memang dah ditentukan.. kandungan kali ini bukan rezeki mama & abah..bukan jugak rezeki Tina untuk dapat adik. Sekadar dugaan buat kami. 'Dia' hadir hanya seketika dan dia diambil pergi tanpa meninggalkan pesan.

29 Mei 2010
Mama ke klinik mengesahkan kehamilan selepas membuat ujian kehamilan sendiri dirumah. Doktor di poliklinik penawar kota tinggi mengesahkan mama hamil 5 minggu. Kami semua gembira..

26 Jun 2010
Mama ke Klinik Bersalin CS Koh untuk scan sekali lagi. Tetapi kali ini doktor mengesahkan yang janin tidak dapat dilihat didalam scan. Hanya sarung janin yang kosong dapat dilihat oleh doktor. Doktor menetapkan 2 minggu lagi untuk scan yang seterusnya.. kami keluar dari klinik dengan tanda tanya..

1 & 2 Jun 2010
Mama dapati ada cecair kecoklatan keluar dengan agak banyak. Mama agak curiga jadi mama & abah decide untuk scan sekali lagi. Tapi kali ini di Poliklinik Keluarga di kota tinggi.

Doktor di poliklinik keluarga mengesahkan bahawa kandungan mama hanya tinggal sarung yang berusia 11 minggu. Janin didalamnya sudah tiada. Doktor pasti yang mama sudahpun keguguran. Cuma darah & segalanya belum turun sepenuhnya sebab mama tak bleeding pun lagi.

Masa doktor sedang menerangkan kepada mama & abah, tina sibuk bertanya pada doktor..
Tina : takde ke?
doktor : takde sayang.. dah tak ada dah
Tina: baby sembunyi ke?
doktor : (hanya senyum)

Doktor minta kami tunggu seminggu lagi. Bagi tempoh supaya 'ia' turun sendiri. Minggu depan, jika hasil scan menunjukkan sarung itu mengecut, doktor akan memberi ubat supaya ianya boleh turun semuanya dengan selamat.

Tetapi doktor pesan, sekiranya mama demam maka mesti secepat mungkin ke hospital supaya d&c dapat dibuat segera.

Dan ketika post ini mama tulis, mama baru sakit perut sikit-sikit .. darah & lendir berserta sesuatu yag kelihatan seperti tisu basah yang hancur keluar sedikit demi sedikit tanpa rasa sakit. Mama tuam perut dengan batu sungai, minum air kunyit dan makan jamu supaya apa yang ada dapat keluar segera.

Mama & abah terima.. ini bukan rezeki kami. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Tapi apa yang mama tahu,mama tak sedikit pun menyesal dengan keguguran ini kerana mama dah buat yang terbaik 'untuknya' sejak tahu mama pregnant. Adalah rezeki yang lain nanti..

Thanks to Mummy Azie sebab belikan baju pregnant yang cantik untuk mama.. ada rezeki nanti lain tahun mama pakai ye..

Kisah 2nd pregnancy berhenti disini..

Thursday, July 1, 2010

Dia ... sahabatku

Diwaktu kita bersedih, ada rupanya orang yang sudi bertanya khabar setiap kali..setiap hari. Tak pernah jemu bertanya tentang apa saja yang menyesakkan fikiran dan hati. Kehadiran dia seperti sebuah bantal besar yang empuk.. sesuai untuk apa saja termasuklah dipeluk bila menangis

Dan diwaktu mama susah hati, susah fikiran.. rupanya dia sudi meluangkan masa mendengar dan memberi kata2 semangat. Juga mendoakan yang terbaik buat mama. Tak cukup di FB.. bila-bila masa mama sms pun dia sedia menjawab. Betapa baiknya hati dia..

Mama tak nak announcekan namanya disini tapi mama tau bila dia membaca post ini, dia tahu post ini untuknya..khas untuknya. Walaupun dia jauh tapi mama rasa dia macam sentiasa ada disini..

Terima kasih yang tak terhingga.. bersyukur sangat bertemu semula dengan kawan yang baik ini walaupun hanya di alam maya & alam sms.. semoga ada kelapangan untuk berjumpa kembali seperti suatu waktu dulu ya.. Thanks a lot..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...