"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    8 years ago

Tuesday, August 31, 2010

Kontest..Aku Punya Bear


Saya nak namakan teddy bear ni sebagai "KeeKa"

"Teddy bear ni harus jadi milik saya untuk penyeri kepada koleksi teddy bear yang saya ada. Teddy bear free yang pakai gown macam ni saya belum ada lagi.. cute la.."

Tag 2 orang kawan.. hmm..
Mama zara
Mama Najla

Sila klik link dibawah untuk join :-
http://noieizan.blogspot.com/2010/07/kontest-aku-punya-bear.html

Kisah Awal Pagi..




Actually nak cerita pasal kejadian awal pagi tadi ni ha. Mama terjaga entah pukul berapa sebab terasa panas.. bukak2 mata gelap gelita. Eh apasal nih..? Owh..blackout.. so masa tengah teraba-raba cari lilin tu..lampu pun menyala semula..alhamdulillah. Mama & abah tidur semula

Dan bermula dari sekejap itulah Tina tak lena tidur. Bising je mulutnya..sakit kaki la..sakit gigi la..gatal la.. nak selimut spongebob la..bila dah diselimutkan nangis pulak hentak2 kaki tak mau selimut. Bila dialihkan selimut..melalak beriya2..

Untuk sejam dua mama sabar lah lagi kan tapi selepas tu tahap sabar memang dah sampai hujung ubun-ubun kepala dah ni. Kejut2 abah tak mahu pulak bangun. Sebab mama rasa ada benda yang tak kena ni..kalau tak Tina takkan macam ni

Nasib baik abah mama bangun dengan mak.. tapi buat apa pun masih tak berjaya pujuk Tina. Malah dia semakin ganas pulak menyepak-nyepak kita yang ada dekat dengan dia. Mama dah duduk jauh jek sebab dah tak sabar menengoknya.. sekejap tu abah bangun jugak urut2 belakang Tina.

Geram punya pasal mama bukak mengaji kat hp kuat2.. dalam 15 minit Tina mula tidur. Bila dia dah lelap mama perlahankan sedikit tapi semangat nak tidur dah lenyap pun. Mama bangun masak air..jerang nasi..dengan mengaji kat hp yang masih terpasang. Rasa aman suasana dalam rumah..

sambil bersahur pun masih pasang mengaji tu.. dah dekat azan tadi ni ha barulah mama tutup. Tina merengek..mama bagi susu dan bantal busuk dia tidur semula.

Korang pernah tak alami benda-benda macam ni..? Mungkin mama bukannya ada 6th sense tapi mama terasa ada benda yang tak kena didalam rumah bila Tina meragam2 macam ni. kalau dia demam ke sakit ke tu lain la ceritanya kan..biasalah tapi bila time sihat walafiat berkelakuan yang pelik2.. aduhai..hati sakit dibuatnya. Syaitan laknat ni pun tak reti bahasa langsung la.. Ha..amik kau..aku bukakkan ayat2 suci.. berterabur kau lari keluar dari rumah..

Sape pernah alami..? share..


gambar-gambar pinjam dari yahoo image

Kibarkan ..




SELAMAT MENYAMBUT
HARI KEMERDEKAAN
KE-53


org johor haruslah kibarkan bendera negeri johor jugak kan..
Kat gate rumah pun abah ada kibarkan bendera2 ni jugak. sampaikan org skynet yang datang hantar barang kata..
" semangat betul kak"


Mama tau la rumah mama dah macam kedutaan je rupanya kan tapi ada mama kesah? hehehe

Bersama-samalah kita memerdekakan diri kita..

Monday, August 30, 2010

Tina Suka Ini !!!



Semenjak dua menjak ni Tina sangat kemaruk pakai baju character kartun. Semuanya dia nak dari Mickey Mouse, Ultraman, Pooh, Doraemon, Ben 10 dan macam-macam lagi yang buat mama sakit kepala bila beli baju.

Mujur jugak mama jumpa set baju & singlet kartun nih. Tak mahal pun. Murah jek. So, boleh beli lebih sikit. Tina ni bukan boleh aci tau, bila teragak jek sesuka hati dia nak pakai. So kalau ada 2 pasang tu kira selamatlah dari dia moody & menangis. Murah je pun..

Yang ini batch terbaru mama beli. Kan sekarang tengah kemaruk Mickey Mouse punya character, so semuanya pun nak mickey mouse jek..







Diatas ini adalah diantara batch terbaru baju kartun yang mama belikan untuk Tina.. semuanya boleh dipadankan dengan seluar 3/4 atau pun dipakai berasingan. Tapi Tina biasanya nak pakai satu set sekali.

Dan jika ada para pengunjung blog mama yang membaca post ini berminat nak mendapatkan baju-baju seperti yang mama belikan Tina ni, atau nak tanya apa-apa mengenai baju-baju ini bolehlah tinggalkan jejak di komen box ataupun chat box mama

Mama bukanlah bukak online business pun cuma kalau ada yang berminat bolehlah mama cuba dapatkan untuk sicomel anda..

Eh..dah macam promo pulak. Hmm.. dah anak tengah kemaruk kartun kan, terpaksalah cari alternatif yang murah untuk menjaga kepentingan ekonomi keluarga hehehe...

Buat Pertama Kali Di Bulan Ramadhan Ni.. Muntah Waktu Sahur!!

Sebelum mama cerita panjang sket, jangan buat andaian dulu ye.. mama tak pregnant tau. Mungkin mama cuma masuk angin sebab dah seharian tak makan nasi. Pastu masa berbuka pulak teruslah minum air teh ais dan melayan Tina makan KFC.

2 ketul tau mama makan. Balik dari rumah mak mama, ok jek. Takde rasa apa-apa yang pelik pun. Start bangun nak masak sahur, amik kau..dah rasa pening-pening. Tapi gagahkan jugak masak sahur. Bila abah dah start makan jek mama rasa dah tak boleh tahan sangat nak muntah. So.. uweekk kan la dlm bilik air...

Sudahnya mama tak makan nasi lagi sahur pagi ni.. dah tak selera dah. Tapi so far.. mama rasa ok sket la nih.. takde la pening lagi. Tak tau la petang2 nanti pulak...

Thursday, August 26, 2010

Hadiah Star Letter Lagi!!!!

Mama & Tina seronok sangat hari ini
sebab
hadiah 'Drypers Parenting Circle'
dah sampai.. yahoo..

Dengan tak mahu banyak cerita, jomlah mama nak berkongsi dengan kawan-kawan blog mama sekelian gambar hadiah yang Tina dapat..
syukur alhamdulillah..
Tina nampak seronok sangat..


Tina seronok sangat menarik kotak..hehe



Disuruh posing..dia lentokkan kepala pulak..




Drypers Drypantz XL32 x 4 Jumbo Pack



Inilah kotak yang besar tu!




Hadiah-hadiah lain..plush toys, hand puppet, set of books & note book


Biasanya la..ikut selama ni apa yang mama selalu dapat setiap kali star letter parenting circle, memang macam ni. Cukup dengan drypers atau drypantznya, dengan buku-buku cerita english version, dengan plush toys, hand puppet dan pernah 2 kali dapat eco bag & diaper bag..seronok kan. Itu yang membuat mama bersemangat nak response kepada soalan-soalan para ibu bapa tu. Bagi idea & ikut pengalaman sendiri biasanya.. kalau nasib baik maka terpilih untuk dapat star letter

THank You SCA!

Selamat Hari Lahir Buat Abah Mama.. En. Abdan Bin Sariman

Hari ini 26.08.2010
adalah hari lahir ke 62 untuk abah mama..

selamat hari lahir abah
semoga sihat selalu dibawah lindungan-Nya
Jaga kesihatan baik-baik
Along & Icam sayang abah
Tina sayang atuk

Dari:
anak, menantu & cucu mu..



Ni la abah & mak mama





Ini pula keluarga kecil kami..yang baju melayu purple tu adik mama, wife & anak dia

Wednesday, August 25, 2010

Bila Mama Mula Menjahit Semula...

Ha..dah nama pun nak raya kan? Mama pun seperti orang lain jugaklah sibuk nak tukar langsir baru jugak. Tapi mama jahit biasa-biasa jek la. Actually last week dapat flyers Jakel yang tengah sale, mama ajak kakak ipar mama pegi tengok2 langsir. kebetulan kakak ipar mama tu pun mencari langsir jugak untuk ganti day curtain dia yg dah reput hihihi...

Kali ni mama pergi tanpa abah tau. Abah bawak Tina gi jalan-jalan tengok rumah uncle amy kat setia eco. So mama dapatlah menenangkan fikiran memilih langsir kat jakel sana..hahaha...

Puas memusing-musing dalam jakel, akhirnya mama amik jugak langsir yang RM2.80 semeter, after less. Kalau tak harganya dekat RM5++ jugak la. Ikut bajet la kan. Ukur baju dibadan sendiri..ukur langsir kat rumah sendiri la..takkan umah orang pulak. Oleh kerana nak sangat try buat sedondon dengan alas meja & bantal kecil maka mama amik 30 meter lebih. Takpe..yang lebih-lebih sket tu ada la menda yang nak dibuat nanti..hehe

Dari sehari ke sehari puasa..tak siap2 langsir mama..untuk satu tingkap pun tak leh siap..Allah..malas sungguh la. tetiba satu malam lepas berbuka, MIL mama bagi plastik beso kat kakak ipar mama. Ingat apa..rupanya langsir day curtain dia dah siap jahit seh!.. apa cite mama nih? MIL mama tanya.. langsir along dah siap? hahaha...dengan muka tak malu mama cakap..belum lagi la mak..malas betul nak menjahit. MIL mama senyum jek. Katanya, bila mood datang..jahit sebanyak mungkin sbb kang ilang mood dah..memang kirim salam la nak pegang mesin lagi..huahuahua...

Perghh.. dengan bersungguh-sungguhnya mama pun menjahit..dan menjahit. Update setakat hari ini..

Langsir tingkap depan - siap
Langsir tingkap bilik (masterbed) - siap
Sarung kusyen kecil x 6 biji - siap
Alas meja kopi - siap
Langsir bilik komputer - belum
Langsir masterbed - readymade (beli je..)
Langsir 2nd bed - pun readymade
Langsir tingkap singki - siap
Langsir Sliding door - satu hapa pun tak jahit lagi..huhuhu

Untuk info, day curtain tahun ni disponsor oleh mak mama from avon. Ni langsir umah mak sebenarnya.. mak kasi jek. Cantik wo..warna light peach. So, mama cuma perlu merajinkan diri menjahit night curtainnya sahaja okeh..jangan la pemalas sgt..

Nak share gambar hasil jahitan la ek.. bangga tau menjahit langsir rumah sendiri..kepuasannya terasa hingga hujung kepala bila siap pasang sekali..hahaha..betul..mama dah pasang langsir raya!! Ala.. nanti mama jugak yang terkejar-kejar pasang langsir sorang kan..baik pasang sekarang.. sila la tengok hasil jahitan mama ye..yang tak seberapa tu.. jadilah .. kena jaga bajet kan.. Fuhh..nasib baik boleh gak menjahit..kalau tak nak pakai langsir apa agaknya umah ni?

























So, camner? Okeh tak? Sila tinggalkan komen anda di kaunter pesanan ye.. TQ..

Tuesday, August 24, 2010

Gardening Di Malam Hari?

Hmm..sebenarnya sejak bulan ramadhan ni mama jarang sangat keluar ke halaman waktu siang. Tak tahan rasanya nak berjemur walaupun pada cahaya matahari pagi. Keluar pun sekejap je untuk dapatkan vitamin D..hehe

Tapi malam ni balik je dari rumah MIL mama kerana berbuka kat sana, mama ajak abah keluar kat halaman. Tapi terlebih dulu bukak CD untuk Tina. So dia asyik layan CD..tak perasan kami keluar jap lalu pintu dapur. Hmm..sejuk je kan..berkebun di malam hari.

Sempat jugak mama cabut lobak putih sepokok. Hahaha..pendek je lobaknya. Terbantut mungkin. Mama tak pernah tanam lobak sebelum ni, tak tau camner..bila nak cabut. Bila mama tengok pokok lobak tu dah siap berbunga2 sekelian..terasa pelik pulak..ah..try je cabut. Mungkin boleh buat lauk sahur esok.. :)






Sempat membuat pembakaran terbuka sikit kat laman..huahua.. sampah daun-daun banyak sangat..bila dah bakar tu nanti boleh la ambik tinggalannya untuk campur dengan tanah. Boleh buat medium penanaman.

Lagipun sekarang ni tengah mengaruk serangan siput..perghh!! tension tul. Habis daun sawi mama yang baru nak gemuk dimakannya. Jadi mama kadang-kadang suruh abah round jap untuk buangkan siput..
Lebih kurang pukul 10 malam, mama masuk dulu. Tinggalkan abah yang masih cabut rumput kat luar..



Toyol: hehehe..dah buat lauk untuk sahur dah lobak malam tadi tu.Tumis dgn bawang & ikan bilis jek...hmm..delicious!

Monday, August 23, 2010

Sepupu Baru Tina.. Muhd Adam Iskandar


Introducing..sepupu baru Tina yang lahir 12 Ogos 2010 (02 Ramadhan)
Congratulation untuk Uncle Amy & Auntie Yus
atas kelahiran yang dinanti-nantikan selama beberapa tahun
Muhd Adam Iskandar B. Mohd Nor Azmi
dengan berat 3.55kg
di Klinik Bersalin CS Koh

Hehe..comel kan..pipi dia kembung tahap gaban nih..

selamat berpantang untuk ibu dia..auntie yus
selamat menjaga ibu berpantang & baby baru untuk ayah dia..uncle amy
selamat tak cukup tido untuk kedua-duanya..hehe
yang penting segalanya telah selamat
Alhamdulillah..syukur

Update : Batuk Oh Batuk..

Pagi ni mama rasa batuk dah banyak kurang. Alhamdulillah.. mungkin berkat petua dari kawan mama iaitu mama najla & berkat minum air zam zam sebagai ubat. Dah 2 pagi mama amalkan minum air zam zam dengan niat untuk baik kan batuk ni..tak tahan sangat dah. Tekak sakit..perit, perut pun sakit setiap kali batuk, dada sakit setiap kali batuk dan 2 3 hari kebelakangan ni batuk sampai berdarah2 sebab tekak dah luka sangat.. jangan tak percaya tau..sampai terkucil2 pun ada sebab tekak terlalu gatal. Batuk sampai muntah2..

Kawan mama, mama najla aka Lelord pun ada bagi beberapa petua untuk kurangkan batuk :

1 - Minum pati oren sunquick
Aduhai..yang ini 3 hari mama cuba namum tak menunjukkan pengurangan pun. Mungkin tak sesuai


2 - Minum madu asli dicampur beberapa titik air limau nipis
Yang ini alhamdulillah .. ada rasa ringan kat tekak. 3 hari jugak mama cuba. setiap kali minum..terasa sedikit lapang. Setiap kali bangun pagi terasa nak batuk sesangat dan kahak keluar dengan banyak..lepas tu lega la dalam setengah hari..


Selain dari yang itu mama pun makan serbuk sediaan tradisional namanya Manja Kasturi, yang MIL mama beli. Yang ini pun rasa lega sekejap aje. Biasanya ok jek mama makan. Agaknya dah imun..tak jalan dah

Tak cukup dengan tu abah belikan Jujub lagi..Strepsils la..owh..tak jalan sgt jugak. Uiskh.. degil betul virus batuk nih..

Last last semalam abah suh mama minum air zam zam..selawat..niat buat ubat. Alhamdulillah pagi esoknya terus rasa lega yg teramat. Masih batuk tapi dah jauh kurang. Ni pun masih ada saki baki batuk dan kahak tapi dah kurang la..

Lagipun mama rasa tahun ni sama macam tahun lepas, sebab tahun lepas pun bulan ramadhan mama batuk hampir 2 minggu. sama jugak hilang suara semua la. Satu hal lagi, kulit muka terasa kering dari biasa. Mungkin sebab kurang air dalam badan kot. Rasa macam dah banyak sgt minum air tapi mungkin tak cukup 8 liter sehari kot..hehe

Tak sabar nak baik batuk..penat sangat dah..

Thursday, August 19, 2010

Tina @ Bazar Ramadhan Kipmart Kota Tinggi


First day puasa dengan mak & atuk kat kota Tinggi. Kami keluar ke bazar ramadhan kat kipmart kota tinggi. waktu tu awal lagi. Tak ramai orang pun tapi hujan. Mama pakaikan Tina plastik kuih kat kepala supaya tak kena hujan..hehehe..

Tina dukung dengan nenek. Mama tak kuat nak dukung dah..kusmangat..





Mama suruh Tina buat 'peace' tu sebenarnya tapi dia belum pandai. Asal angkat jari je peace la..hehe..muka cam puasa je Tina? Hehehe.. ini muka ngantuk sebenarnya sebab dah seharian tak tido pun. Kat rumah atuk kan..susah la nak suruh dia tido asyik berkepit dengan atuk jek..

Bila la kita nak balik berbuka dengan atuk & mak lagi ek Tina..?
(hehehe...soalan utk abah tu sebenarnya...saja je tanya Tina..)


Thursday, August 12, 2010

CONTEST MaMa3H: Si Comel Manis Berbaju Kurung / Berbaju Melayu


Berblogwalking malam ni terjumpa pulak dengan contest kat blog MaMa3H
Apalagi..gambar pun memang ada..
JOM JOIN..klik banner contest ye..





Nur Ain Qistina Binti Mohd Noor Hisham 2 Tahun 9 Bulan

All the requirement..DONE!

GA Datang Lagi



Ha..Jalan-jalan malam ni ke blog kelly, mama terjumpa GA baru kat blog dia..
Jom Join

Ini hadiahnya..Uisy.. comelkan!



Apa yang perlu dibuat? Senang jek.. tengok kat SINI
Okeh..done!

Bulan Puasa Jek.. Mama Batuk

Hmm.. sehari sebelum 1 Ramadhan mama dah batuk-batuk kecil..petangnya dah start suara jadi lain dah..dan akhirnya balik umah mak mama untuk sambut puasa sama-sama.. suara mama terus jadi serak-serak kering dah. Aduhai.. tekak rasa kesat jek..menci tul!

Last year punya awal Ramadhan pun rasanya mama batuk jugak sampai 15 hari puasa. Sampai terkopek-kopek kulit bibir sebab panas dalam kuat sangat. Hmm.. tahun ni dapat bahagian lagi..

Tapi mungkin sebab cuaca la kot. Asyik hujan panas..hujan panas..silih berganti jek. Inilah dapatnya. Then perasan jugak yang hidung Tina berair lagi dah.. tadi mlm ni..da start batuk2..pergh..baru tak sampai 2 minggu dia baik batuk kan..

Takde mood langsung nak puasa, sahur, gi bazar apalagi berbuka..semuanya kurang sedap ditekak..huhu..

Tuesday, August 10, 2010

Ayu Little Cottage GiveAway


Pagi-pagi bukak blog..owh sudah ditag oleh mama najla untuk ikut GA dari Ayu from Ayu Little Cottage so apalagi jom la join!

Dan sebelum tu jugak.. Mamamya..anda ditag


Jika anda mendapat quilt bag ini nanti, apa yang anda akan masukkan kedalam beg tersebut dan kemanakah anda akan bawanya?
(what kind of question???)

Jika mama dapat quilt bag ini, mama akan bagi pada Tina supaya dia boleh letak harta benda dia setiap kali keluar jalan-jalan. Jadi nampaklah ke'girly'an nya anak dara mama tu..

Senang saja kan.. Jom join.. Oops..lupa
DISINI

Monday, August 9, 2010

Barney Dinner Set

2 hari lepas mama & abah bawak Tina pergi Jusco Taman U sebab nak carikan hamper untuk baby jiran sebelah rumah yang baru je bersalin. Tak tau nak kasi apa..kami beli hamper Anakku je utk baby tu. At least tak payah susah-susah pikir baju seluar muat ke tidak sebab baby boy tu agak besar..3.65kg

Paling selamat beli toiletteries baby jek la.. hehe

Tapi yang tak selamatnya adalah..
cuba tengok gambar-gambar kat bawah ni..



ha.. amik kau..barney dinner set yang dipegangnya tak mo lepas..ah..sudah dak kecik ni..




tengoklah betapa gembiranya air muka dia.. happy jek.. memang masalah betui kalau tengah 'giler' character kartun nih.. semuanya dia nak..pantang nampak barang-barang barney nih..kopak..kopak..




ha gambar yang ni dia request mama snap okeh! siap berposing maut bagai..siap posing tak tengok kamera tu yang tak larat tuh.. hahaha...
Tak kisah la nak.. asal bahagia..

Sunday, August 8, 2010

Oh Comelnya..!

Actually masa adik mama sekeluarga balik bercuti kat rumah mak mama aritu, diorang ada buatkan Tina baju kurung yang satu saiz dgn anak saudara mama yg sorang tu la.. zulaikha. Tak sangka pula diorang ni satu saiz.. ngam ngam jek baju ni.. tengok tu ..comelnya..




Tina kan memang suka buat facial expression bila mama amik gambar dia.. mama suka sangat tengok dia pakai baju kurung.. ayu sangat..comel sangat..kebetulan baju ni tak panas kain dia, Tina tak banyak songeh pakai..okeh jek dia..

Lagipun sebenarnya kami ada majlis tahlil kat rumah mak long abah kat munsyi..tapi Tina takde baju kurung. Baju kurung raya dia tahun lepas kainnya dah senteng sampai keting..aduss! So..no choice..mama pakaikan jek la baju ni..ingatkan nak buat utk raya..ah..raya lambat lagi..





Tengok..tengok.. comelkan!!




Kat Dalam Kereta..
On the way ke Majlis Tahlil



alahai sayang..comel sangat..
Tina jeles mama pakai tudung, so dia nak pakai jugak. Takdelah lama.. ada la..setengah jam kot dia bukak dah..tergaru-garu leher dan tengkuk kepanasan..hehehe..orang baru belajar la katakan.. Anyway thats good kan..
At least dia nak jugak la pakai tudung





Posing dengan abah..
Rasanya dah macam raya pulak..
perasan tak pipi Tina..pergh..melayut dah..macam kuih pau..gebu jek
Dia dah kuat makan sekarang nih. Sejak-sejak baik demam ni..selera dia dah elok sikit dah. Tengahari makan nasi mama suap.. suka sangat tengok dia dah sihat





Tina & mama..
takde orang nak amikkan gambar kitaorang la.. abah tengah drive
hahaha...snap je sendiri..mama nak gak enterframe..

Saturday, August 7, 2010

Ini Meja Tina..

Kat post lepas mama dah bagitau yang kami tengah cari meja yang sesuai untuk Tina kan.. well.. susah nak jumpa meja yang cantik & tahan lasak untuk si anak dara yang lasak ini okeh.. so sebagai jalan penyelesaian sementara, mama terfikir nak guna side table yang abah amik kat umah mak dia ni sebagai meja tulis untuk Tina.

Meja ni nampak je usang sket tapi solid kayu dia. Tina panjat pun tak kan melendut punyalah..dijamin..

Ini hasil tampalan yang tak seberapa.. tahan beberapa jam jek..pastu ntah mana ntah..














So buat sementara waktu masalah meja selesai. Tina pun suka sangat dengan meja ni. Cuma dia tak kuat nak angkat-angkat kesana kemari. Kalau nak angkat..mama kena tolong.

And dia memang suka guna meja ni..untuk makan..main-main..even makan & tengok CD pun nak duduk dekat meja. Owh..lupa cerita..kerusi dia mama guna kerusi kedai RM2 tapi kerusi tu berharga RM3.50 untuk dipadankan dengan meja ni. Kerusi tu Tina memang da book awal-awal.. asyik dia je yang amik dari dapo mama...

Nantilah..mama ingat nak sampul meja ni..tampal stiker banyak2.. Tina mesti suka!

Friday, August 6, 2010

GCB is for Great Chicken Burger

Ini cerita pasal 2 ke 3 malam lepas.. abah sebenarnya nak ajak ngeteh kat luar. Ingatkan nak gi kat depan taman jek so mama takde la menukar-nukar baju segala.. tetiba eh..gi makan GCB kat Jusco Taman U pulak.. alahai.. hmm.. lantaklah..janji dapat makan sushi & GCB kan..hehe..


tengok apa je la tu.. bukan nak pandang kamera pun..



ha.. sedap tak Tina?



sushi tu eksyen saje ok.. Tina tak makan sushi..lom pandai..mama & abah dia yg makan





suka sgt dgn gambar ni..hehe.. comei..




Gambar yang ini Tina snap sendiri..hehe.. kepala abah hilang sikit..sorry abah! Actually masa ni Jusco nak tutup dah so ramai student-student middle east UTM yang keluar.. semuanya akan pandang-pandang kat Tina then cakap-cakap sesama sendiri. Kitaorang ni tak faham la apa diorang cakap tapi tangan tunjuk-tunjuk rambut tu mesti cakap pasal rambut Tina kan..

Kat gambar atas2 tu boleh tengok tapi tak berapa nampak sangat yang rambut dia bergulung-gulung macam rambut barbie.. bila rambut dia bergulung macam ni sayang sangat nak sikat..cantik..mama suka..

Semua orang mesti akan tanya pasal rambut Tina tau..tak kira kenal ke tidak..mesti tanya macam ni..

Orang tanya .. " rambut ni original ke?"
Kami akan cakap mcm ni.. " a'ah.. original baby hair dari lahir"
Orang akan cakap macam ni pulak.. "cantiknya..ingatkan buat kat kedai.."
Kami akan balas balik .. " :) tak la.. buat kat dalam perut.."
Lastly orang akan pegang rambut Tina & cakap .. " untungnya lahir dgn rambut macam ni..cantik sangat"
Mama & abah selalunya akan senyum jek.. bangga la jugak..

Oh ye..back to GCB.. sedap tapi ayamnya agak masin sket la. Tak tau la rempah dia ke pe tapi kalau kurengkan sikit masin mesti lagi sedap. Actually GCB tu sedap dah.. mungkin mama jek yang tak berapa suka masin kot..

sape-sape yang belum try.. try la.. sedap. Tapi kami makan sebijik GCB kongsi 3 orang.. seronok!



Gambar dicilok dari yahoo ye..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...