"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    8 years ago

Friday, August 6, 2010

GCB is for Great Chicken Burger

Ini cerita pasal 2 ke 3 malam lepas.. abah sebenarnya nak ajak ngeteh kat luar. Ingatkan nak gi kat depan taman jek so mama takde la menukar-nukar baju segala.. tetiba eh..gi makan GCB kat Jusco Taman U pulak.. alahai.. hmm.. lantaklah..janji dapat makan sushi & GCB kan..hehe..


tengok apa je la tu.. bukan nak pandang kamera pun..



ha.. sedap tak Tina?



sushi tu eksyen saje ok.. Tina tak makan sushi..lom pandai..mama & abah dia yg makan





suka sgt dgn gambar ni..hehe.. comei..




Gambar yang ini Tina snap sendiri..hehe.. kepala abah hilang sikit..sorry abah! Actually masa ni Jusco nak tutup dah so ramai student-student middle east UTM yang keluar.. semuanya akan pandang-pandang kat Tina then cakap-cakap sesama sendiri. Kitaorang ni tak faham la apa diorang cakap tapi tangan tunjuk-tunjuk rambut tu mesti cakap pasal rambut Tina kan..

Kat gambar atas2 tu boleh tengok tapi tak berapa nampak sangat yang rambut dia bergulung-gulung macam rambut barbie.. bila rambut dia bergulung macam ni sayang sangat nak sikat..cantik..mama suka..

Semua orang mesti akan tanya pasal rambut Tina tau..tak kira kenal ke tidak..mesti tanya macam ni..

Orang tanya .. " rambut ni original ke?"
Kami akan cakap mcm ni.. " a'ah.. original baby hair dari lahir"
Orang akan cakap macam ni pulak.. "cantiknya..ingatkan buat kat kedai.."
Kami akan balas balik .. " :) tak la.. buat kat dalam perut.."
Lastly orang akan pegang rambut Tina & cakap .. " untungnya lahir dgn rambut macam ni..cantik sangat"
Mama & abah selalunya akan senyum jek.. bangga la jugak..

Oh ye..back to GCB.. sedap tapi ayamnya agak masin sket la. Tak tau la rempah dia ke pe tapi kalau kurengkan sikit masin mesti lagi sedap. Actually GCB tu sedap dah.. mungkin mama jek yang tak berapa suka masin kot..

sape-sape yang belum try.. try la.. sedap. Tapi kami makan sebijik GCB kongsi 3 orang.. seronok!



Gambar dicilok dari yahoo ye..

6 comments:

Yan said...

salam..

sedap eh GCB tu... tak dpt merasa lg.. tunggu abeh pantang hehehe

MeRy said...

GCB is not bad...but I still prefer the MCD Prosperity Burger...Yummy.

Sha@Mama TinaAzra said...

Yan - alamak..terkecur pulak air liur yan ye..sorry..takpe nnt boleh rasa puas2 ek.. :)

Sha@Mama TinaAzra said...

Mery - But for me.. double cheese is still the best in the world.. hehe..

jiHAN said...

tak sabo nak "gone" kan GCB nih..huhuhu mengidam!

Sha@Mama TinaAzra said...

Jihan - pi la 'gone' kan..hush..kecur air liur hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...