"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Tuesday, August 31, 2010

Kisah Awal Pagi..




Actually nak cerita pasal kejadian awal pagi tadi ni ha. Mama terjaga entah pukul berapa sebab terasa panas.. bukak2 mata gelap gelita. Eh apasal nih..? Owh..blackout.. so masa tengah teraba-raba cari lilin tu..lampu pun menyala semula..alhamdulillah. Mama & abah tidur semula

Dan bermula dari sekejap itulah Tina tak lena tidur. Bising je mulutnya..sakit kaki la..sakit gigi la..gatal la.. nak selimut spongebob la..bila dah diselimutkan nangis pulak hentak2 kaki tak mau selimut. Bila dialihkan selimut..melalak beriya2..

Untuk sejam dua mama sabar lah lagi kan tapi selepas tu tahap sabar memang dah sampai hujung ubun-ubun kepala dah ni. Kejut2 abah tak mahu pulak bangun. Sebab mama rasa ada benda yang tak kena ni..kalau tak Tina takkan macam ni

Nasib baik abah mama bangun dengan mak.. tapi buat apa pun masih tak berjaya pujuk Tina. Malah dia semakin ganas pulak menyepak-nyepak kita yang ada dekat dengan dia. Mama dah duduk jauh jek sebab dah tak sabar menengoknya.. sekejap tu abah bangun jugak urut2 belakang Tina.

Geram punya pasal mama bukak mengaji kat hp kuat2.. dalam 15 minit Tina mula tidur. Bila dia dah lelap mama perlahankan sedikit tapi semangat nak tidur dah lenyap pun. Mama bangun masak air..jerang nasi..dengan mengaji kat hp yang masih terpasang. Rasa aman suasana dalam rumah..

sambil bersahur pun masih pasang mengaji tu.. dah dekat azan tadi ni ha barulah mama tutup. Tina merengek..mama bagi susu dan bantal busuk dia tidur semula.

Korang pernah tak alami benda-benda macam ni..? Mungkin mama bukannya ada 6th sense tapi mama terasa ada benda yang tak kena didalam rumah bila Tina meragam2 macam ni. kalau dia demam ke sakit ke tu lain la ceritanya kan..biasalah tapi bila time sihat walafiat berkelakuan yang pelik2.. aduhai..hati sakit dibuatnya. Syaitan laknat ni pun tak reti bahasa langsung la.. Ha..amik kau..aku bukakkan ayat2 suci.. berterabur kau lari keluar dari rumah..

Sape pernah alami..? share..


gambar-gambar pinjam dari yahoo image

2 comments:

Damia Aleesya & Damia Ayunie said...

jarang mengalaminya...tapi apa2 pun selalu bacakan ayat kursi kat anak2...

adda said...

salam sha, dh lama tak jenguk kt sini. dulu2 time syafi kena "ikut" pn byk gak dia berkelakuan pelik. kalau boleh sha carik ayat2 ruqyah. pastu sentiasa pasang dlm bilik atau rumah, esp maghrib n masa dia nk tido. biar sampai dengar satu bilik atau ruang tamu. insya allah menda tu lari. tp kena pegi berubat jugak. ni utk sementara je.. pastu kalau dia berkelakuan pelik dulu kitaorg baca n ajak dia baca sekali alfatihah (baca kuat2), ayat kursi & 3 kul byk2 kali sampai dia tenang.. harap dpt membantu ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...