"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Monday, August 2, 2010

Pankek Pisang Mama..


Si comel mama yang jadi model pankek pisang!



Dah lama sebenarnya mama nak cuba buat pankek. Bukan tak suka buat yg biasa tapi sangat teringin nak cuba buat pankek. Hehe..orang lain dah sibuk buat kek la mama.. apa la mama ni buat pankek pun tak pandai kan.. tak pe..mama tak malu mengaku..

Dengan tak malunya nak bagitau ni..buat pankek pun guna buku resepi tau! Hahaha.. :) mama memang kureng sket bab-bab buat kuih ni. But at least mama campak-campak pun ..ni ha buktinya yang mama berjaya buat rupa dia mcm pankek pun yahoo!!






Nampak macam sedap kan.. bila mama rasa alahai..lembutnya tak macam lempeng pisang yang biasa tu. Puji diri sendiri nampaknya. Tina pun makan jugak tapi Tina suka yang keliling-keliling pankek tu je sebab rangup..garing.

Dressing dia pun pakai pisang jek maaflah orang baru belajar.. tak berseni langsung

2 comments:

MeRy said...

Looks yummy..

Mamamya said...

tahniah2...x per..mula2 tgk buku..esok klu dah terror pejam mata pun blh buat...hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...