"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    9 years ago

Monday, August 30, 2010

Tina Suka Ini !!!



Semenjak dua menjak ni Tina sangat kemaruk pakai baju character kartun. Semuanya dia nak dari Mickey Mouse, Ultraman, Pooh, Doraemon, Ben 10 dan macam-macam lagi yang buat mama sakit kepala bila beli baju.

Mujur jugak mama jumpa set baju & singlet kartun nih. Tak mahal pun. Murah jek. So, boleh beli lebih sikit. Tina ni bukan boleh aci tau, bila teragak jek sesuka hati dia nak pakai. So kalau ada 2 pasang tu kira selamatlah dari dia moody & menangis. Murah je pun..

Yang ini batch terbaru mama beli. Kan sekarang tengah kemaruk Mickey Mouse punya character, so semuanya pun nak mickey mouse jek..







Diatas ini adalah diantara batch terbaru baju kartun yang mama belikan untuk Tina.. semuanya boleh dipadankan dengan seluar 3/4 atau pun dipakai berasingan. Tapi Tina biasanya nak pakai satu set sekali.

Dan jika ada para pengunjung blog mama yang membaca post ini berminat nak mendapatkan baju-baju seperti yang mama belikan Tina ni, atau nak tanya apa-apa mengenai baju-baju ini bolehlah tinggalkan jejak di komen box ataupun chat box mama

Mama bukanlah bukak online business pun cuma kalau ada yang berminat bolehlah mama cuba dapatkan untuk sicomel anda..

Eh..dah macam promo pulak. Hmm.. dah anak tengah kemaruk kartun kan, terpaksalah cari alternatif yang murah untuk menjaga kepentingan ekonomi keluarga hehehe...

1 comment:

Diamilikku said...

alesha pun suka baju mickey mouse n minny mouse..sha buat la entry baju2 yang ada..boleh su order untuk alesha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...