"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Monday, August 23, 2010

Update : Batuk Oh Batuk..

Pagi ni mama rasa batuk dah banyak kurang. Alhamdulillah.. mungkin berkat petua dari kawan mama iaitu mama najla & berkat minum air zam zam sebagai ubat. Dah 2 pagi mama amalkan minum air zam zam dengan niat untuk baik kan batuk ni..tak tahan sangat dah. Tekak sakit..perit, perut pun sakit setiap kali batuk, dada sakit setiap kali batuk dan 2 3 hari kebelakangan ni batuk sampai berdarah2 sebab tekak dah luka sangat.. jangan tak percaya tau..sampai terkucil2 pun ada sebab tekak terlalu gatal. Batuk sampai muntah2..

Kawan mama, mama najla aka Lelord pun ada bagi beberapa petua untuk kurangkan batuk :

1 - Minum pati oren sunquick
Aduhai..yang ini 3 hari mama cuba namum tak menunjukkan pengurangan pun. Mungkin tak sesuai


2 - Minum madu asli dicampur beberapa titik air limau nipis
Yang ini alhamdulillah .. ada rasa ringan kat tekak. 3 hari jugak mama cuba. setiap kali minum..terasa sedikit lapang. Setiap kali bangun pagi terasa nak batuk sesangat dan kahak keluar dengan banyak..lepas tu lega la dalam setengah hari..


Selain dari yang itu mama pun makan serbuk sediaan tradisional namanya Manja Kasturi, yang MIL mama beli. Yang ini pun rasa lega sekejap aje. Biasanya ok jek mama makan. Agaknya dah imun..tak jalan dah

Tak cukup dengan tu abah belikan Jujub lagi..Strepsils la..owh..tak jalan sgt jugak. Uiskh.. degil betul virus batuk nih..

Last last semalam abah suh mama minum air zam zam..selawat..niat buat ubat. Alhamdulillah pagi esoknya terus rasa lega yg teramat. Masih batuk tapi dah jauh kurang. Ni pun masih ada saki baki batuk dan kahak tapi dah kurang la..

Lagipun mama rasa tahun ni sama macam tahun lepas, sebab tahun lepas pun bulan ramadhan mama batuk hampir 2 minggu. sama jugak hilang suara semua la. Satu hal lagi, kulit muka terasa kering dari biasa. Mungkin sebab kurang air dalam badan kot. Rasa macam dah banyak sgt minum air tapi mungkin tak cukup 8 liter sehari kot..hehe

Tak sabar nak baik batuk..penat sangat dah..

2 comments:

@>--ummi zahra--<@ said...

yang makan madu n limau nipis tu, kite dah try..mmg berkesan..

lily azliyana @ mama zara said...

siannya sha..dpd awal pose aritu kan dh start batuk..pose cmner..leh tahan? apepon, hope cpt sembuhlah yek..mmg siksa klu batuk lame mcm tuh..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...