"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    8 years ago

Sunday, September 19, 2010

Cerita Raya Ke-2 .. Masih di kg parit baru, pontian

Raya ke 2 menampakkan sinar matahari yang sangat panas okeh.. aduhai..tak terlarat rasanya. Hari ini abang ipar mama akan balik berapa di kampung mertua dia kat muar. Kami pun nak balik ke kota tinggi pulak. Tapi sebelum tu sempat jugak beraya ke beberapa rumah family & atuk-atuk sekelian.

Balik dari beraya petang tu..mama dah sangat keletihan. Mama mandikan Tina. Dia sanggup berendam dalam baldi sebab cuaca terlalu panas. Mama cuma pakaikan dia singlet set jek. Buatkan susu.. dia minum 3 botol. Bayangkan satu botol 8oz!!

Setengah jam lepas tu mama ajak Tina baring2. Penat sangat kan..tak lama pun dia terus terlelap dah. Lama rasanya kami 2 beranak tido sampaikan abah balik dari belanja barang MIL pun mama tak sedar. Bangun terasa macam 'ngong' sket sebab tido lama hihihi...

Sebab sebelum tido tu mama dah siapkan beg-beg & barang2 sekelian yang nak diangkut balik ke kota tinggi.. abah dah pun siap-siap masukkan beg dalam boot kereta. Mama pun apalagi..terus lah basuh muka dan salin baju.

Seelok-elok kitaorang nak gerak, masuk 2 kereta kat laman..pergh..tak sempat lari..adik MIL mama sekeluarga dah sampai..paman seman, auntie ogy serta anak2 & mak edah, paman omar serta anak-anak. 15 orang ada kot. MIL janji nak masak2 so tak sampai ati nak blah camtu jek. Naik balik tolong masak2 dulu..

Kul 8 lebih..kami pun gerak balik ke kota tinggi umah mak mama...yahoo...kita sambung cerita besok la ek. Mama letih sangat rasanya ni..

Psst...gambar raya kedua takde la..raya umah org tua2 ..hihihi malas nak amik gambo..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...