"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Monday, September 27, 2010

Majlis Akikah Mohd Adam Iskandar

18 September 2010 petang kami bergerak ke Jalan Jonit Muar sebab nak meraikan majlis akikah sepupu baru Tina, Adam yang sekaligus akan dipotong jambulnya. Kami sampai dah pukul 6 lebih. Majlisnya pulak lepas maghrib.. so lepas singgah tengok adam sekejap kami semua balik ke chalet yang disewakan oleh uncle amy..ayah adam untuk kami.

Bunyi macamlah jauh kan..padahal cuma sebelah rumah jek pun. Iya..chalet ni sebelah rumah nenek adam yang kat Muar.. siyes.. memang sebelah..


gambar pintu masuk ke Mann Chalet. Yang lain tu gambar kat dalam bilik Demang & gambar kat bilik mandi dia..





gambar atas kiri adalah bilik yang disewakan untuk MIL & FIL mama oleh ayah adam. Katanya bilik honeymoon hihihi...ada jakuzzi tu dlm dia..mama lupa nak tgk. Yang sebelahnya tu gambar bilik mama sekeluarga..bilik demang. Yang bawah tu pondok2 rehat yang cantik & nyaman. Yang bwh kanan, gambar pandangan depan Mann Chalet





ini dia gambar dalam bilik honeymoon tu.. katil bertiang..siap ada kelambu2 sekelian..




Last sekali haruslah gambo mama & Tina kan..abah takde..dia gi berbual2 dengan atuk adam kat rumah sebelah. So mama amik gambo sendiri..


Majlisnya berjalan lancar. Cuma kami agak kepanasan la kan. Maklumlah orang ramai..semua pun mengerumun kipas. Semua nak dok dekat dengan kipas jek. Habis majlis..kami semua makan & mama bawak Tina balik chalet baring-baring sebab letih berjalan jauh.

Sambil2 tengok tv tu kami terlena rupanya..

Hahaha..kata majlis adam iskandar kan..tapi gambar adam sekeping pun tak de..sorry dak adam..auntie lupa la nak amik gambo dak comel yang dah debab tu..

1 comment:

Diamilikku said...

cantik chalet tu sha..boleh sewa ehh?? mana la tau tetiba su gi sana kannn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...