"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Thursday, October 28, 2010

Kenapa???

Addehhh...
Ha..kenapa la beberapa hari ni badan rasa lesu jek..sakit sana..sakit sini..rasa macam badan ni tak tentu arah je.

Mungkin sebab tak cukup tidur malam la kebelakangan ni. Sejak-sejak akhir ni mama asyik terperanjat je tido malam. Terperanjat oleh bunyi-bunyi yang entah apa-apa. Bila dah terperanjat je kompem la mama berjaga hingga azan subuh. Lepas abah gi sekolah je mama akan tidur tak hengat dunia..tapi kunci jam la untuk keselamatan..

Hajat dihati nak keluar mencabut rumput-rumput yang menyakitkan mata & hati tapi badan kata "no..no..no" tak larat nak keluar.

Mama benci betul bila terasa macam ni. Otak nak buat itu ini tapi badan kata tidak..mungkin mama perlukan rehat yang cukup..ohoho..deepavali kena balik umah mak mama la..mama nak rehat & tidur puas-puas..nasib baik mak mama faham kan..dia tau mama tak tidur lena waktu malam kat rumah sendiri..aduhai..

Nak update cerita2 & gambar2 Tina sangat banyak tapi I just cant do it..I am too tired..mintak maaf la kat kwn2 yang datang menziarah..mama tak dapat nak jalan-jalan rumah kengkawan sementara waktu..mama tengok ada kawan2 baru yang datang menjengah..nanti mama jalan-jalan ke blog anda ye.. maaf sangat-sangat..

Kepada yang beri sokongan terhadap QEES COLLECTION mama ucapkan terima kasih banyak2.. mama sentiasa alu-alukan komen membina dari kawan-kawan sekelian..

~ there goes my mood swinging~

Tuesday, October 26, 2010

Bunyi Siren Pukul 1:30 Pagi???

Aduh..pening kepala mama waktu menulis entry nih. Bukan apa, malam tadi kami tidur pukul 12 tengah malam sebab Tina masih nak tengok cd. Jadi mama sengaja tutup tv, cd & lampu..so tak lama semua terlelap termasuklah Tina..

Tiba2 mama terjaga sebab abah terjaga dalam keadaan panik & terkejut. Terus je meluru tekan suis siren sebanyak 2 kali. Mama apalagi..terperanjat lah. Dah lah mama ni masih ada trauma org nak pecah masuk rumah dulu tu..la ni terkejut lagi selepas satu kejadian terkeut jugak minggu lepas. Aih..macam nak pecah jantung ni dap dup dap dup

Sebab abah masih kat suis siren, mama cepat2 tengok kat tingkap depan..tingkap bilik..sebab kebetulan alarm luar pintu berbunyi bertalu2.. kalau korang pun..mesti panik kan..

Selepas bertenang & jalan satu rumah..check semua..barulah kami duduk...

Angin sangat kuat rupanya..jadi alarm pintu berbunyi sebab pintu pun kena tolakan angin yang kuat. Kami memang tau..area rumah ni memang menerima angin yang sangat kuat. Hingga boleh menghasilkan bunyi pada tingkap rumah dan dalam satu keadaan lain..boleh menggegarkan sliding door jugak..

Ini semua pernah berlaku siang hari..waktu nak hujan cam tu..angin kuat kan..

Tapi sebab terkejut..mama tak boleh tidur dah hinggalah post ini mama tulis..begitulah ceritanya..

p/s - mama rasa mcm perlu bantuan pulak nak memulihkan trauma kejadian dulu..

Thursday, October 21, 2010

Happy 3rd Birthday Nur Ain Qistina






3 Tahun dah pun berlalu.. pada tarikh ini, jam 1:10 tngahari .. 3 tahun yang lalu mama baru je lahirkan Tina. Masih ingat lagi suasananya.. cemasnya.. dan kegembiraan yang mama rasa bila tengok Tina pertama kali.. bahagia sangat sayang..

you are a big girl now.. patutnya mama dah kasi Tina adik dah..tapi tuhan kata Tina masih belum boleh ada adik lagi..so mama & abah ada Tina je la kan..

Mama nak Tina sihat selalu. Mama tak mau tengok Tina sakit. Rajin-rajin belajar.. jadi anak yang solehah. Yang menyejukkan mata & hati mama & abah ye sayang

Mama & abah usahakan agar dapat berikan yang terbaik untuk Tina & kami juga doakan Tina dapat segala yang terbaik dalam hidup.

Banyak sangat yang mama nak tulis..nak cakap.. tapi airmata mama turun lebih banyak la sayang. Sebab mama sangat bersyukur yang mama ada Tina sebagai anak mama yang comel..yang cantik..yang baik dan selalu buat mama bahagia.

Mama & abah mintak maaf kalau ada benda yang kami belum dapat beri buat Tina ye.. nanti mama & abah usahakan ye sayang..

Bila mama marah..abah marah sebab apa? sebab mama & abah sayangkan Tina. sayang sangat-sangat tau..

Mama rasa tak de perkataan yang paling canggih nak bayangkan..betapa mama & abah sayang..sayang...sayangggg...sangat-sangat kat Tina
we love u so much
Tak ada apa yang lebih penting dari itu

Dan..kalaulah Tina faham apa yg ada dlm hati mama & abah
hanya kasih & sayang untuk
NUR AIN QISTINA BINTI MOHD NOOR HISHAM
~buah hati kami~

coretan hati seorang mama & abah

Bakal Item Baru Di QEES COLLECTION



Item ini akan sampai di QEES COLLECTION dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Sila jengah di QEES COLLECTION untuk mengetahui status, saiz, harga & postagenya..

gambar adalah dipinjam dari supplier berkenaan...harap maklum..

Tuesday, October 19, 2010

Mama Pulak Yang Demam... Selsema...Pendek Kata..Semuanyalah!!

Hmm..bertambah-tambahlah takde mood nak berblogging, malam tadi mama dah rasa hidung perit..tekak sakit..jari kaki..jari tangan..pinggang..leher..kepala..semuanya dah sakit. So abah suh mama makan soluble sebiji pastu mama baring2 jek. Nak tido bukannya boleh pun..Si Tina mengacau jek..

Last2nya abah yang berdengkur dulu..Tina tak tido2 lagi..hish..geram betul la..dah la mama kepala macam bergoncang2 jek isi dalam dia..

Tunggu sihat sikit lah baru layan blog balik ek..nak buat apa pun malas..tekak ni nak makan macam2 pulak tu..hish..

Monday, October 18, 2010

Mama takde mood la nak buat post baru sebab mama risaukan keadaan Tina yang sembelit ni. Tak 'membuang' sampai 3 ke 4 hari tu. Pastu masa nak membuang menangis-nangis..arrghh... suruh cangkung tak mahu jugak..menjerit2..perghh..sungguh menduga kesabaran la..

Nak kata sebab susu nespray yang baru tu..tak tau la sebab last tin lactogen 3 pun dia dah mcm tu..ke sebab Tina ni makan tak suka kunyah..jadi mama sebelum ni akan masak nasi lembik. Seminggu 2 kali masak bubur sayur..

Tapi mama ingatkan Tina dah besar sikit so nak ajar dia makan nasi dengan lauk..mungkin sistem penghadaman dia belum boleh terima agaknya..

Haih..mama risau la... :(

Friday, October 15, 2010

Ini Rahsia Tau!!


Apalah juga yang dicakapkan tu ye..sampai tak kasi mama dengar pun..hihihi..
Ini aksi tercomel yang baru mama snap masa Tina phone call dengan mak mama aritu..mama suka bagi dia cakap kat phone..dia punya cerita..mak aii..
hmmm.. comel.comel..

Wednesday, October 13, 2010

Happy Lah Dia..Yang Diidam-idamkan Dah Tiba..




Tengoklah betapa happynya dia bila tau yang posmen hantar tu adalah comforter DORA THE XPLORER.. tak sabar-sabar nak bukak dah..

Hehehe... cantik kan selimut baru Tina..

Tukar Yang Ini Ye.. 3+ Punya

Tina sudah mencecah 3 tahun bulan ni kan. Susu Lactogen yang dia minum selama ni hanya untuk sehingga 3 tahun jek. So few month ago lagi mama dah start cari susu apa nak tukarkan kat dia. Cari punya cari..instinct mama mengatakan Nespray..tapi mama tak sure rasa dia serupa dengan Lactogen ke tidak..

So belanja bulan lepas ni aritu mama decide beli pek terkecil sekali. Kecik tak kecik la..650gm jugak berharga almost RM15. Takde yang kecik lagi dah. Even mama tanya Nestle pun dorang tak provide sample for nespray...apa da...

Lucky me.. !!! Tina boleh terima susu nespray 3+ original nih. But for sure la mula-mula agak lambat sikit. Mama selang selikan dengan lactogen. Now mama dah fully tukar ke nespray sebab lactogen terakhir dah habis.

Saja je nak tengok how things going..kalau tak ok sok mama tukar ke lactogen balik la. Kalau dah itu jek dia suka minum..nak wat camner kan..

But so far..ok jek..


gambar pinjam dari nestle..tq nestle..


PREBIO 1
untuk membantu mengekalkan sistem penghadaman yang baik untuk penyerapan khasiat

LACTOBACILLUS PROTECTUS
* Probiotik atau bakteria baik milik Nestlé.
* Membantu pertumbuhan bakteria yang baik.
* Membantu mengekalkan usus yang sihat untuk sistem penghadaman yang baik.
* Memberi perlindungan yang sewajarnya.
*Lactobacillus Paracasei (NCC2461)

DHA, ARA & SA
banyak didapati dalam sel otak.

15 VITAMIN & MINERAL
Membantu pembesaran dan perkembangan si manja secara menyeluruh.

Nak tahu lebih.. explore kat sini..
http://www.excellencebeginsyoung.com.my/nespray/produk.htm




Sunday, October 10, 2010

Qees Collection Updated







Antara yang terbaru di Qees Collection
kawan-kawan mama.. silalah jengok2 ye..
Terima kasih atas sokongan yang diberikan..
Thank you... thank you...



Saturday, October 9, 2010

Friday, October 8, 2010

Milestone : Belajar Main Gunting


Tina naik satu tangga milestone lagi..apa tu? belajar main gunting. Actually dia dah lama request nak main gunting tapi mama tak dan banyak masa nak menunggu dia main..mama tak kasi. Kebetulan.. abah ada aritu..Tina mintak gunting lagi..
Dia tak pandai lagi nak gerak2 kan jari untuk gerakkan gunting tapi dia sangat berusaha. Berpeluh jugak mengajar dia.. tapi still jarinya masih keras..
Hehe..takpe Tina..slow2 belajar ye sayang. Mama tau Tina bijak..one day Tina mesti pandai guna gunting dengan betul.. love you sayang..

Wednesday, October 6, 2010

Jumpa Doktor Chaterine Lagi..

Isnin lepas mama & abah decide nak bawak Tina pegi check up kat Puteri Specialist. Dia kan selsema & batuk. Few days ago ada mild fever. Lagipun lately ni sistem 'pembuangan' Tina nampak macam tak begitu baik la. Asyik nak kena bantu dengan "Lactul Solution' jek.

Mama & Tina siap-siap tunggu abah balik sekolah. Abah balik awal hari tu. Tina memang dah siap. Mama jek belum lagi. Gilir-gilir mandi sebab takde sape nak teman Tina..mama snap beberapa keping gambar dia yang tengah cantik tu..hehehe


bila suruh posing..mesti buat muka yang pelik2..hihihi





hidung berair..selsema..tapi tetap control cun muka yg macam2 dia tu :)





Ipin tu beli kat pasa mlm. Sibuk betul nak..sampai kat rumah sekejap jek mainnya..


Takde la lama sangat menunggu sebab orang tak ramai pun. Kebetulan hujan lebat sangat. Bila masuk check, dokte kata Tina selsema sebab alahan. Macam biasalah. Batuk. Dokte tengok hidung dia..quite kronik jugak la sebab hidung dia sempit kerana alahan tu. So dia kena makan ubat alahan lebih sikit dari dos yang lepas.Ubat masih yang sama.

Then dokte kata Tina tak perlu antibiotik & ubat selsema. Reducekan alahan dia..selsema akan hilang. One more thing, perut dia tak ada apa-apa masalah ..susu pun bukan masalah, tapi syndrome 'usus malas'. Serius mama pun nak tergelak dengar.

Syndrome usus malas ni adalah disebabkan oleh kurangnya serat dalam makanan anak. So dokte sarankan mama bagi Tina lebih sayur-sayuran hijau dalam makanan harian dia. Contoh senang nak tunjukkan yang dia perlu makan banyak sayur adalah macam ni : kalau kita buat bubur nasi, letak sayur sekali biar sampai bubur tu jadi hijau dek kerana sayur. Ha..macam tu la. Pas tu kena bagi dia buah-buahan. Bukan puree atau jus tapi buah potong. Then dokte stressedkan lagi..jangan bagi pisang untuk redakan sembelit. Pisang bukan pilihan terbaik untuk itu. Betik, belimbing, kiwi... antara pilihan tepat untuk anak.

Satu lagi dokte pesan jangan bagi kentang banyak. Kentang boleh memadatkan najis dia..macam tu la dokte pesan.. ooo baru mama perasan, sejak raya ni kan asyik makan makanan berat jek. Mana ada orang buat open house masak salad kan raya-raya ni hihihi...so mama kena masak back to normal la..sayur, ikan & buah untuk tiap hidangan makan Tina.. :)

Keluar je Puteri Specialist, Tina ajak ke Giant. Mama & abah pun saja nak jalan-jalan beli diaper fitti yang tengah murah kan..so ok jek la. Berjalan2 3 beranak. Mestilah nak makan kan. Abah balik sekolah tu makan sikit je kat rumah sebab mama masak bubur. Tina tak sihat..dia tak nak makan nasi. So kami ke FC dulu..isi perut..tengok gambar budak comel ni jumpa KFC..



semuanya dia nak..tengok tu..





pilihannya tetap mashed potato & coleslow..eh camni ke eja dia..





makan dengan berseleranya sebab everything masih panas..


Kenyang perut kitaorg bersenam & berjalan-jalan tengok2 barang. Takde yang spesifik pun..cuma sesaja merayapkan. Hahaha..keluar2..suku trolley gak sudahnya.. Tina mama letak dalam trolley, tengok apa dia buat..








asyik betul dia dengan buku upin ipin tu. kepit la kesana kemari. Buku tu actually terselit jek celah2 buku lain kat kedai buku depan cashier counter..tapi dia nampak pulak tu.. mata budak-budak kan..terang lagi tajam..


Balik dari giant tu..Tina mintak susu. sekali sedar-sedar senyap jek kat belakang..rupanya..


Tuesday, October 5, 2010

Jalan Lagi.. Makan Lagi..

Hari ahad pagi..bosan..dok kat rumah bermalas-malasan. Bangun buat air..buat breakfast. layan tv jek pagi sampai tengahari. Kami keluar sekejap sebab mama nak hantar sawi-sawi dari laman belakang yang baru dipetik kerumah kakak ipar mama. Hmm..boring jugak la kat sana so kami decide nak balik jek. But before balik kami keluar pergi taman universiti beli goreng-gorengan uk abah. Then terus balik.

Few hours kat rumah, pakcik sedara abah call kata nak datang hantar roadtax kereta abah & nak beraya sekali. Nasib baik la rumah memang mama dah sapu & kemas pagi tu. So tinggal kuarkan set minum & refill kuih yang tak seberapa nak ada tu jek.

Petang jugak la dia sampai..bual-bual dalam sejam jugak. Kami decide nak bawak Tina jalan kat Jusco Bukit Indah sebab dia dok sibuk nakkan selimut dora yang dia nampak kat pagar rumah sebelah kakak ipar mama. Aih.. dasat la dia nih. Mana nak cari ek?

Gamble jek kami terjah JJ bukit indah sambil berjalan-jalan cuci mata. Puas pulak mencari selimut dora tapi tak ada. Lastnya penat berjalan.. Tina ambik placemat & CD barney je. Turun..beli big apple..kami balik.






Dalam kereta abah ajak makan. Baru sedar rupanya kami dah lama tau tak makan kat luar..so malam tu kami makan dekat bentara..kedai yang cikong dia paling sedap mama rasa. Masa pregnant Tina..mengidam cikong dari kedai ni pukul 2 pagi hahaha..






nape abah tu Tina?





abah kata muka mama merah. ni akibat open house la ni. tak tau umah mana masak guna udang kering. gatal tau muka ni..



Adeh..mama memang jarang ambik gambar kat luar kan. Lebih-lebih lagi time makan luar. Macam segan. Tapi malam ni buat bodo saja ambik gambo2 macam dah bertahun tak balik malaysia kahkahkah...





air mama- cikong sejuk, abah-nes ice & tina- milo ice




Tina punya- nasi goreng cina




abah punya- nasi goreng ikan masin + telo dadar




mama punya - nasi goreng daging merah..favourite..


Lepas makan ..waktu nak balik jek mama terpandang sorang pregnant mom masuk kedai makan yang sama. Rasa macam kenal..ohoho...housemate lama masa degree kat UiTM Segamat la..hehe..anak dia dah nak masuk 4 orang dah.

Pas bual jap & tuka no.hp kami pun gerak balik. Semua orang dah penat. Balik Tina sempat layan CD barney baru dia. Sambil2 mama bilas badan dia jap, salin baju..mama sapukan losyen syifa' kat kaki..yelah..takut penat berjalan kan.. kul 12 jek mama tutup Cd..dan kami tido...

Jalan-Jalan Kota Tinggi

Jumaat lepas mama dengan abah decide utk 'lari' jap balik umah mak mama untuk ambil stok QEES COLLECTION yang orang order. So, dah alang-alang baliknya lalu bandar kota tu kan..mama ajak abah menyinggah-nyinggah la kat bandar kota..pusing-pusing cuci mata..


First place yang kami singgah adalah gerai makan cendol. Gerai tolak ni memang sangat famous okeh kat kota tinggi. Dekat dengan arked mara kota tinggi jek. Rupa tuan yang buat ni macam india tapi mama tak pulak lah tanya dia india muslim ke pe kan. Sebab sejak dari bapak dia lagi kitaorang dah kenal gerai tolak ni. Walau ada banyak orang jual cendol pun..yang ini lah juga yang akan mama cari. Pernah masa mengandung Tina dulu sangat ingin nak makan cendol mangkuk kat gerai ni tapi sekali pegi jek dah habis.. sangat frust..sampai nangis..hehehe...esoknya..pegi lagi...makan puas2.. :)



mama suap tina makan cendol. jangan tak tau..pandai makan cendol tau minah ni..





tengoklah gaya makan..perghh..macam nak habiskan semangkuk jek..




senyum dia..aduh...





ni dia sebenarnya dok perati orang yang buat cendol tu bekerja..budak yang hantar cendol mangkuk ni suka usik dia..


Destinasi seterusnya adalah merayap ke pasaraya hwa tai. Ni pasaraya terbaru kat kota tinggi la kiranya. Boleh tahan murah sebab susu tina 1.8kg boleh dapat dengan harga RM43.20 jek. Sama macam beli kat kedai ubat kat jb ni. Pasaraya lain jual mesti RM45 above..

Takde beli apa pun..saja berjalan jek..


abah & anak dara dia.. perasan tak Tina pakai singlet pooh dari qees collection..sweet kan..


Lepas turun dari Pasaraya Hwa Tai, kami teruslah ke pasar malam kota jaya pulak. Kebetulan ada pasar malam kan. Tak dan nak ambik gambar sebab takut Tina hilang kat orang ramai hahaha...susah plak kang

Meround dalam 15 minit ke 1/2 jam macam tu..kami terus gerak balik rumah mak mama. Kan nak ambik stok baju qees collection kan. Sampai rumah mak dah maghrib. Then dalam pukul 9 lebih camtu kami balik semula ke JB. Abah sekolah hari sabtu. Ada jamuan raya. Kalau tak memang kami nak lepak umah mak mama jek..

Arrgh..rindu tau dengan mak.. dapat jumpa kejap jek. At least dapatlah makan masakan mak.. dapat cium mak jugak..hilanglah rindu sekejap...ni dah rindu balik da...

Saturday, October 2, 2010

Kat Fb aritu mama ada cerita pasal nih. Ha..pasal abah masakkan mama Blackpepper Mushroom Gravy. Tak tau apasal mama sangat antoo makan menda nih. Sangat teruja & suka. Tapi hanya hasil air tangan abah.. menepati citarasa mama..

Mama merengek kat abah suruh buatkan gravy tuh so abah pun bertungkus lumus la kat dapur untuk isteri tercinta dia ni.. bukan sikit tau..sekuali besar mama suruh abah buat. Hehehe..kuali besar kat rumah mama ni mungkin kuali kecik kat sesetengah rumah kot :)

So, inilah dia gambar gravy tu atas dapur..dalam kuali..tengah menggelegak lagi ha..fuhh...cair air liur..


sedang menggelegak..




Bila dah tambah mushroom...fuhh.




Tina makan dengan berseleranya...siap dengan rotinya sekali tu..



tengok dia posing..sudu kosong je dia tunjuk. Belum sempat snap gambar..gravy dah masuk mulut..dekat 3 ke 4 kali..ahh.. malas dah nak snap lagi..hehehe

Bangga ni nak tunjukkan kat blog ni tau..ini lah hasil air tangan mama yang tak pandai buat kuih. Hehehe...nak buat puding caramel jek pun macam nak bancuh simen apartment 50 tingkat jek risaunya. Jangan gelak..betul ni..

Actually mama betul2 teringinkan puding caramel ni sejak ramadhan aritu tapi tak jumpa pulak la puding ni kat bazar kan...keciwa tau mama..

So kerana kecewa..mama nekad nak buat. Dah amik resepi kat internet..lupa pulak nak bawak balik umah mak mama... last2nya sms kawan mama iaitu mamamya. Fuh..dengan segeranya mamamya sms resepi & cara buatnya sekali kat mama..

Teruslah mama cuba buat.. hmm alhamdulillah..terlepaslah keinginan nak makan puding caramel ni...




Hehehe..itu tangan abah tau. Abah kata sedap. Tak terlalu manis..sedang2 elok la. Dan jangan tak percaya..suku puding ni mama makan sorang!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...