"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Tuesday, October 5, 2010

Jalan-Jalan Kota Tinggi

Jumaat lepas mama dengan abah decide utk 'lari' jap balik umah mak mama untuk ambil stok QEES COLLECTION yang orang order. So, dah alang-alang baliknya lalu bandar kota tu kan..mama ajak abah menyinggah-nyinggah la kat bandar kota..pusing-pusing cuci mata..


First place yang kami singgah adalah gerai makan cendol. Gerai tolak ni memang sangat famous okeh kat kota tinggi. Dekat dengan arked mara kota tinggi jek. Rupa tuan yang buat ni macam india tapi mama tak pulak lah tanya dia india muslim ke pe kan. Sebab sejak dari bapak dia lagi kitaorang dah kenal gerai tolak ni. Walau ada banyak orang jual cendol pun..yang ini lah juga yang akan mama cari. Pernah masa mengandung Tina dulu sangat ingin nak makan cendol mangkuk kat gerai ni tapi sekali pegi jek dah habis.. sangat frust..sampai nangis..hehehe...esoknya..pegi lagi...makan puas2.. :)



mama suap tina makan cendol. jangan tak tau..pandai makan cendol tau minah ni..





tengoklah gaya makan..perghh..macam nak habiskan semangkuk jek..




senyum dia..aduh...





ni dia sebenarnya dok perati orang yang buat cendol tu bekerja..budak yang hantar cendol mangkuk ni suka usik dia..


Destinasi seterusnya adalah merayap ke pasaraya hwa tai. Ni pasaraya terbaru kat kota tinggi la kiranya. Boleh tahan murah sebab susu tina 1.8kg boleh dapat dengan harga RM43.20 jek. Sama macam beli kat kedai ubat kat jb ni. Pasaraya lain jual mesti RM45 above..

Takde beli apa pun..saja berjalan jek..


abah & anak dara dia.. perasan tak Tina pakai singlet pooh dari qees collection..sweet kan..


Lepas turun dari Pasaraya Hwa Tai, kami teruslah ke pasar malam kota jaya pulak. Kebetulan ada pasar malam kan. Tak dan nak ambik gambar sebab takut Tina hilang kat orang ramai hahaha...susah plak kang

Meround dalam 15 minit ke 1/2 jam macam tu..kami terus gerak balik rumah mak mama. Kan nak ambik stok baju qees collection kan. Sampai rumah mak dah maghrib. Then dalam pukul 9 lebih camtu kami balik semula ke JB. Abah sekolah hari sabtu. Ada jamuan raya. Kalau tak memang kami nak lepak umah mak mama jek..

Arrgh..rindu tau dengan mak.. dapat jumpa kejap jek. At least dapatlah makan masakan mak.. dapat cium mak jugak..hilanglah rindu sekejap...ni dah rindu balik da...

1 comment:

lily azliyana @ mama zara said...

sedapnyeeeee cendollllll..baru semalam terasa2 nk makan..kena carik jugak arinih..hehehehe..nway, comei tina ikat rmbut..nmpak cantik jek rmbut die gulung2 tuh..=p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...