"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    8 years ago

Tuesday, October 5, 2010

Jalan Lagi.. Makan Lagi..

Hari ahad pagi..bosan..dok kat rumah bermalas-malasan. Bangun buat air..buat breakfast. layan tv jek pagi sampai tengahari. Kami keluar sekejap sebab mama nak hantar sawi-sawi dari laman belakang yang baru dipetik kerumah kakak ipar mama. Hmm..boring jugak la kat sana so kami decide nak balik jek. But before balik kami keluar pergi taman universiti beli goreng-gorengan uk abah. Then terus balik.

Few hours kat rumah, pakcik sedara abah call kata nak datang hantar roadtax kereta abah & nak beraya sekali. Nasib baik la rumah memang mama dah sapu & kemas pagi tu. So tinggal kuarkan set minum & refill kuih yang tak seberapa nak ada tu jek.

Petang jugak la dia sampai..bual-bual dalam sejam jugak. Kami decide nak bawak Tina jalan kat Jusco Bukit Indah sebab dia dok sibuk nakkan selimut dora yang dia nampak kat pagar rumah sebelah kakak ipar mama. Aih.. dasat la dia nih. Mana nak cari ek?

Gamble jek kami terjah JJ bukit indah sambil berjalan-jalan cuci mata. Puas pulak mencari selimut dora tapi tak ada. Lastnya penat berjalan.. Tina ambik placemat & CD barney je. Turun..beli big apple..kami balik.






Dalam kereta abah ajak makan. Baru sedar rupanya kami dah lama tau tak makan kat luar..so malam tu kami makan dekat bentara..kedai yang cikong dia paling sedap mama rasa. Masa pregnant Tina..mengidam cikong dari kedai ni pukul 2 pagi hahaha..






nape abah tu Tina?





abah kata muka mama merah. ni akibat open house la ni. tak tau umah mana masak guna udang kering. gatal tau muka ni..



Adeh..mama memang jarang ambik gambar kat luar kan. Lebih-lebih lagi time makan luar. Macam segan. Tapi malam ni buat bodo saja ambik gambo2 macam dah bertahun tak balik malaysia kahkahkah...





air mama- cikong sejuk, abah-nes ice & tina- milo ice




Tina punya- nasi goreng cina




abah punya- nasi goreng ikan masin + telo dadar




mama punya - nasi goreng daging merah..favourite..


Lepas makan ..waktu nak balik jek mama terpandang sorang pregnant mom masuk kedai makan yang sama. Rasa macam kenal..ohoho...housemate lama masa degree kat UiTM Segamat la..hehe..anak dia dah nak masuk 4 orang dah.

Pas bual jap & tuka no.hp kami pun gerak balik. Semua orang dah penat. Balik Tina sempat layan CD barney baru dia. Sambil2 mama bilas badan dia jap, salin baju..mama sapukan losyen syifa' kat kaki..yelah..takut penat berjalan kan.. kul 12 jek mama tutup Cd..dan kami tido...

1 comment:

Diamilikku said...

su pun suka nasi goreng daging merah/daging kunyit...suka sangat2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...