"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    8 years ago

Sunday, November 28, 2010

Jom Kongsi : Macam Mana Mama Selesaikan Masalah Constipation Tina :)

Oleh kerana MamaLieyna & LelaLord kawan mama tanya macam mana mama buat sampai Tina lega dari masalah constipation dia.. hmm..baik mama kongsikan dengan post baru ni. So ramai2 boleh baca.. mungkin berguna untuk kawan2 lain jugak :)

Ini antara apa yang mama lakukan.. boleh ditambah & dikurangkan ikut kesesuaian keadaan & umur anak la ye..

1) First thing yang mama lakukan adalah mengurangkan tahap 'kekerasan' nasi. Maksudnya mama dah tak masak macam nasi biasa makanan org dewasa. Tak jugak lembik macam bubur..diantara keduanya la ye..

2) Mama cuba untuk masak sayur setiap hari. Tukar2 sayur setiap hari untuk elak Tina bosan. Antara sayur yang Tina suka adalah brocolli, cauliflower, bayam, sawi, bendi, kacang panjang, kobis & beberapa jenis sayuran hijau lagi. Banyak kan..so ada pilihan yang berlainan setiap hari..hahah maka penuh la peti ais dengan sayur

3) Pastikan seimbang jugak..dengan buah-buahan. Memang agak susah nak bagi dia makan buah. Paed dia kata.. mama kena makan buah sekali dgn dia dan cara tu sangat berkesan. Mama potong2 buah dalam mangkuk..suap mulut mama..suap mulut dia.. :) dia makan..

4) Pastikan sayur yang dimasak tu dia makan ye..sikit pun takpe tapi yg penting makan

5)Selang-selangkan makan nasi dengan air masak. Tipsnya..jangan sediakan air lain..air oren ke pe..kasi air masak jek. Mama masukkan dalam botol yang dia suka..maka..dia minum setiap kali.. :)

6) Cuba kurangkan makanan bercoklat & malt. Tina agak alah dengan benda2 macam ni. Cepat jek jadi sembelit. Kalau buat milo pun milo cair jek la.. manis2 buah

7) Yang terakhir ni adalah punca bagi segala masalah..jika yang diatas telah dibuat..tak jugak berkesan, maka yang terakhir ini patut dicuba..
Cairkan dos susu. Biasanya mama buat 8oz air untuk 4 scoop susu. Tak boleh..sembelit. So mama kurangkan jadi 8oz air untuk 3 scoop susu..tengok seminggu..owh..tak jugak ada perubahan then mama buat 8oz air untuk 2 scoop susu. Selepas sehari semalam, Tina berjaya membuang..maka mama teruskan..hingga hari ini..Tina 'membuang' paling kurang sehari sekali..alhamdulillah..

2nd part..

Mama kena tolong dia atasi fobia nak meneran. Sebab dah selalu sangat sembelit jadi..dia takmahu meneran..sakit kata dia. So mama pujuk.. sesekali terpaksalah guna ubat dari bwh untuk jadi pemangkin..

Dan alhamdulillah hingga hari ini dia dah hampir pulih dari fobia.. lega sangat

Ha..itulah yang mama lakukan. Dan kalau mengikut salah seorang pakar pemakanan kanak-kanak jenama susu terkenal..mencairkan susu bukan jalan penyelesaian masalah sembelit tapi.. bagi situasi Tina..thats the right thing to do..

Ini semua apa yang mama lakukan ye..kalau sape2 nak ikut..tengok kesesuaian dengan anak masing2 ye.. :)

Apa2 pun sharing is caring! :)

2 comments:

Lelord said...

hehehe dak kenit aku mmg suke mkn sayur...sembelit dulu pun ms umo sthn camtu la..pastu dulu aku tukokan gak susu, heheh sejak lahir kan minum frisolac jek

Lily@MamaZaraZareef said...

oklah sha wat listing mcm ni..leh jadi pnduan klu ibu2 lain ade masalah yg same kan..Zaraa nnti masuk 3 tahun pon dh kena tukar susu..risau gak klu benda yg same jadik pade die..dhlah minah tu cukup susah nk makan sayur or buah..huuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...