"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Monday, November 22, 2010

Tina Tak Sihat..

Hmm..sejak kebelakangan ni mood berblogging agak kurang mama rasa. Mungkin sebab mama selalu rasa penat..dan letih. Tak tau apa masalahnya..

Tapi sejak 4 hari lepas Tina memang tak sihat dan sangat menuntut perhatian dari mama & abah. Biasalah kan bila tak sihat ni dia menjadi sangat2 la sensitif..senang nak menangis..dan susah pulak nak diamnya..

Raya haji tu badan dia memang dah suam2 jek..batuk dah mula..selsema belum lagi tapi masa raya haji ke-2 tu semuanya dah mula datang. Tina dah kurang nak bermain2..banyak baring..dan batuk dah semakin menjadi-jadi..keras bunyinya..

Jadi hari sabtu tu mama ajak abah bawak Tina pergi jumpa paed dia kat puteri specialist. Tepat jangkaan mama, Tina kena makan antibiotik. Dokte Catherine pun terkejut sebab alergi Tina menyerang agak teruk. Yang lain2..ubatnya macam biasa. Cuma kali ni tak perlu ubat kahak..tak perlu ubat selsema. Hanya ubat alahan & antibiotik.. selsema & kahak akan baik apabila alahan sembuh..

Jadi..telur adalah makanan larangan untuk sementara waktu ni. Dalam jangkamasa seminggu dua ni lah. Terpaksalah mama sembunyikan telur..

Tapi hari ni..hari ahad..
Tina dah tak demam rasanya..badan dah macam biasa, selsema dah kurang. Cuma batuk je yang masih agak keras pada pendengaran mama. Selera makannya pun dah ada.. alhamdulillah

Mungkin bagi sesetengah orang, specialist tu bayarannya mahal tapi mama tak fikir macam tu..asalkan Tina sembuh.. mama & abah akan usahakan kosnya..lagipun sejak2 dah besar ni agak susah nak cari ubat yang serasi dengan dia. First time bawak ke puteri specialist untuk diagnosis.. 2 hari makan ubat dah nampak kesan..2 minggu kemudiannya tina dah sembuh..dah sihat..tu antara faktornya kami selalu bawa dia kesana untuk check-up.

Lagipun doktor catherine tu ada pesan, kalau dapat kesan alahan menyerang awal..bawak je botol ubat ke farmasi..beli ubat alahan tu..buat masa ini..dengan dos yang dia selalu bagi tu..selamat la untuk Tina.

Tapi bila rasanya Tina kena makan antibiotik..kami kena la bawak dia jumpa doktor..antibiotik tak boleh ambil sebarangan..

Masa mama tulis ni..Tina dah tidur. Lepas makan ubat..minum susu..tepuk sekejap je dia dah lelap. Mama tak boleh jauh sangat dari dia. Takut dia batuk..nak muntah..mama tak sempat nak tadah..nanti habis muka..telinga dia kena muntah..

Harap2 Tina lena tidur.. mama rasa badan mama ni macam penat.. :)

4 comments:

Lelord said...

sama la ngan najlaa ni...baru jek batuk ngan selsema menyerang, temperature ok jek 35'c. Seb bek kali ni batuk xde muntah2...aku mmg dh ready jek ngan bekas

Diamilikku said...

musim kot sha..sekarangkan musim sejuk je...kalau kat utara nih hujan mendung...angin dingin kata org2 tua..so budak2 cepat kena penyakit..macam alesha ngan aisy pun berair jerk hidung..tapi masih aktif..alhamdulillah...kita cuba yang terbaik untuk anak2 kita...

su doakan tina cepat sembuh..sha pun kena jaga diri jaga kesihatan...mana lah tau allah nak bagi rezeki kali nih....mungkin tanda2 awal sebab tu sha duk letih je ...take care dear

MeRy said...

get well soon,tina..

Mamamya said...

semoga tina cepat sihat yer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...