"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Friday, December 24, 2010

Biarlah Gambar Menceritakannya.. :)

Kalau nak cerita tentang seronoknya cuti-cuti malaysia tahun ni..memang tak boleh habis punya. Jadi..diringkaskan cerita, mama uploadkan koleksi gambar-gambar percutian..cerita yang ringkas2 je ek..nanti ramai pulak yang bosan. Jadi biarlah gambar menceritakan segalanya..


Tina dalam perjalanan..tak reti dok diam. Sekejap kat depan..sekejap kat belakang. Sekejap nak susu..sekejap nak roti la..air la..macam-macam. Maklumlah perjalanan ke Bagan Serai, Perak mengambil masa 9 jam dari rumah mak mama kat kota tinggi. Kami gerak pukul 7 pagi
1 Disember 2010



sempat kami berhenti rehat di R&R. Kesian pulak kat abah yang memandu tanpa henti. Bagi dia luruskan kaki..merokok..dan berjalan-jalan hirup udara segar. Tina pun suka la dapat turun tanah.. lari sana sini..



Akhirnya kami sampai kat kuarters polis IPD Krian pada pukul 5 petang. Adik mama & anak saudara mama yang sorang tu dah sedia menunggu kat bawah flat. Nasib baik rumah dia 1st floor jek..masih la nampak tanah..hihihi...

Malam tu semua orang kepenatan mengharung perjalanan jauh. Makan ala kadar kat rumah aje pun. Lepas makan kami borak-borak..almaklumlah kan..lama tak jumpa. Tak awal jugak la mama tidur sebab Tina tak mo tido pun. Dia dah puas tido dalam kereta. Diam tak diam pukul 12 jugak rasanya baru mama tidur.. bual2 dengan adik ipar mama yang sedang pregnant anak ke-2. Kami sebaya sebenarnya.. jadi berbualnya macam kawan baik..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...