"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Friday, December 24, 2010

Kami Ke Baling, Kedah Dalam Masa 1 Malam je.. Giler tak..


Memang kedengaran agak gile tapi memang betul kami buat macam tu. Hari pertama berlalu tanpa aktiviti sebab keluarga mertua adik mama datang melawat kami. Kami dijemput makan malam dirumah mereka. Specialnya..bapa mertua adik mama yang memasak.. terima kasih kat dia sebab luangkan masa memasak untuk kami. Bukan apa..bapa mertua adik mama tu sibuk orangnya..

Lepas makan malam dalam lebih kurang pukul 9.30 malam, kami bertolak ke kolam air panas ulu legong, baling kedah. Mesti ada yg tanya..kenapa tak pergi siang2 je? Ha.. ini mama pun baru tau..orang mandi air panas memang la waktu malam. Mana ada orang mandi kolan air panas siang hari.. hihihi...

Mama rasa perjalanan yang ditempuh tu sangat jauh..tapi sebab malam hari..tak nampak la sangat.

Akhirnya pukul 12 tengah malam kami sampai ke destinasi. Fuhh..punyalah ramai ummat manusia kat sana. Macam pesta air. kecik besar tua muda..seronok mandi. Kami pun apalagi..pergi tukar baju..dan..debush masuk air..AWW!!! panas seh.. terlupa pulak itu kolam air panas..hahaha









Tengoklah wajah2 kesayangan mama tengah seronok mandi air panas. Ini gambar dekat kolam kanak-kanak je. Abah kena ganti-ganti dengan mama untuk watch out Tina & Zulaikha (anak saudara mama) mandi.

Actually boleh nampak live wap panas dari kolam2 ni kecuali kolam kanak-kanak. Tapi kalau rakam dengan kamera for sure tak nampak la wapnya.

Dari 1st kolam..mengalir ke kolam2 seterusnya airnya bertambah suam. Pilih la kolam mana berkenan dihati..tahan kepanasan hihihi.

Kolam ke-2 besar..macam ada 2 kolam jadi satu. kolam ke tiga ada 1 je dan seterusnya kolam ke 4 dan kolam ke-5 iaitu kolam kanak-kanak. Ianya seperti sebuah U-turn.

Dan mama sempat lihat kolam pertama. berpagar besi. Wap panas keluar dengan banyaknya..huhu..tak berani la nak dekat.

Ramai pengunjung yang ambil kesempatan lelapkan mata kat pondok-pondok yang ada disekitar kawasan kolam. Dan disekeliling kawasan tersebut juga terdapat banyak homestay disediakan. Pilihlah saja ikut kemampuan poket :)

Puas mandi manda. Anak-anak dah menggigil kesejukan di pagi buta yang hening tu..kami salin pakaian. Tina mama pakaikan sweater set. Dalam perjalanan semua orang terlelap kecuali mama, abah mama & adik mama yang memandu lah for sure.

Dalm perjalanan pulang, kami melintasi lereng bukit perasannya. Adik mama cakap, bukit tu adalah sempadan Thailand. Kampung disebelah sana sudah pun kawasan negeri Thai. Memang sebelum tu kami bercadang masuk ke sempadan tapi atas nasihat kawan adik mama yang menjaga sempadan, kami dinasihatkan tidak melintas sempadan kerana keadaan sudah kembali tak aman. Bunyi tembakan boleh jelas kedengaran katanya.. uisy..takutlah..

Kami sampai semula di kuarters IPD Krian pukul 6 pagi. Semuanya penat..masing-masing tak sempat bersihkan badan pun..terus cari bantal..zzzzzz

2 comments:

lily azliyana @ mama zara said...

heee..dh ade pon update blog psl cuti2 ek..=)..uniknye tgh malam org berkumpul ramai2 mandi kolam air panas..dulu time kecik2 ade gk pernah pi kolam air panas mcm ni kat gersik, muar..tp kitorng bntai gi waktu siang jek..haahahaha

MeRy said...

Fun trip..

Merry x'mas!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...