"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Sunday, December 26, 2010

Selingan : Mama ada task baru ni weh..

Aduh..fenin mama..
Mama ni memanglah berangan-angan nak memahirkan diri menjahit manik. Bukan untuk apa..just nak puaskan hati sendiri.. pelbagaikan kemahiran sendiri je. Bermula dari 1st baju kurung Tina..hinggalah mama menjahit manik simple kat lengan baju kurung raya lepas..

Alkisahnya, MIL mama awal2 dah perasankan manik yang mama jahitkan kat baju kurung tina tu..tapi mama yang wat dek jek..malu sebenarnya..mama bukannya pandai. Itu lah pertama kali pegang jarum jahit manik & manik2 sekelian.. tu pun ihsan mak lang mama yang ambik upah menjahit manik untuk butik. So, koleksi manik dia melambak-lambak. Dengan muka tak malu mama bawak baju Tina gi umah dia mintak tolong dia ajar jahitkan..itulah mulanya..

Dan semalam.. kakak ipar mama yang keje kat SMC (sabah medical centre) balik.. mintak mama jahitkan manik kat hujung lengan baju kurung KPJ dia..aiseh..mama tak confident sebenarnya. Tapi kakak ipar mama ni angkut mama gi kedai manik..pilih2 dan serahkan keperluan menjahit manik kat tangan mama berserta baju barunya..aiyooh..

Malam semalam jugaklah mama tido kul 5 pagi men'try & error' manik-manik sekelian. Lama dah tak menjahit manik..lupa dah. So kene la amikbaju tina yang lama tu..buat contoh.

Petang tadi siap sudah 2 hujung lengan bajunya.. ohoho..patah tengkuk mama..ececeh..tipu jek..lenguh teramat.

Dan baru sekejap tadi dapat lagi 2 baju siap dengan manik2 sekelian..MIL mama punya pulak. Yang ini baju lama..baju tahun ni jugak la..tapi memang plain jek..tu yang MIL mama sibuk suh jahitkan maniknya..

Aiseh..tetiba terasa cetek pulak ilmu menjahit manik mama.. so apa cite..mama mem'browse' yahoo mencari rujukan. Ala..kat tenet ni memacam ada..nak ngan tak nak je cari. Hmm..sedikit sebanyak ada la dapat idea yang mudah2..

Adehh..tahap kekonfidenan masih rendah ni.. malu nak tunjukkan hasil jahitan..aduhai..

2 comments:

lily azliyana @ mama zara said...

ala..apsal tak publish gmbar manik2 yg dah jahit tu sha..mesti cantek sbb tu org soh sha buat kan ye tak..adpepon, lame2 nanti dh biasa mesti lagi lawa hasilnye..kite mmg tk pernah nk jahit2 manik ke ape..tkde bakat + tkde minat..=p

Sha@Mama Tina said...

Alahai la lily..sha dah kata tahap kekonfidenan sgt rendah..so sha dah serah baju tu kat kakak ipar sha terus. Tak ambil gambar pun..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...