"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Sunday, January 30, 2011

Water Heater baru Yeay!

Entri kali ni bersiaran dari rumah MIL mama. So maknanya entri tak bergambar la ye..


Penat pulak menggoggle..tak ada pulak gambar water heater yang kami beli tu. Model lama punya agaknya.


Konon-konon nak beli yang Panasonic takde pump tu..kat C4 aritu offer RM255. Huh..banyak sangat fikir agaknya..sekali pergi lagi..jangankan stok water heater tu..yang display pun dah diangkut orang.. huhu..melepas.
So, malas nak berjalan2 dan mencari lagi. Kami amik je la water heater Pensonic yang ada kat situ. Ambik kena ikut bajet ok.. jangan ikut hati..nanti mati..
Kot ikut hati memang nak yang 'JET PUMP' tu ha..amik kau RM500++ tak termasuk installation. Tapi sebab sedar diri..amik yang murah sudah la. Janji dapat mandi air panas kan..
Dan Maghrib tadi abah pun dah siap pasang water heater tu kat washroom masterbed (kat situ je yang ada wiring water heater kan?)
so..Mission Accomplish la.
Dah ada dah water heater..yahoo..
Tapi mama belum rasmikan lagi la..
Citer-citer ni..eh..mana la abah ni tak balik-balik lagi ni ha..dok menghantar MIL mama tengok adik ipar dia yang tetiba masuk ICU. Mam pun tak tau apa citer. Tapi macam nak tunggu abah balik..tapi macam ngantuk pulak..
sedap jek tengok tina tido tu ha..

Wednesday, January 26, 2011

Mee Goreng Mama

Tetiba terasa nak masak mee goreng. Abah memang on saja..konon-konon untuk tea time la..kikiki..
so semalam keluar cari susu Tina, cari sekali bahan-bahan tambahan nak buat mee goreng.
Abah suh buat mee goreng mamak
siap dah bagi instruction dah camner nak masak okeh ... patut pun la kan..dia tau wife dia ni tak pandai masak pun..hehehe

Tapi end up dia tak jadi mee goreng mamak pun.. mama rasa la

So, mama dengan tangan tutup-tutup muka hidangkan gambar mee goreng mama ni untuk tatapan korang. Jangan gelak.. kalau terliur cepat2 la pegi buat apa yang patut ye..

amacam? okeh tak rupa dia.. :)


Mama siap send MMS kat abah lagi tu gambar mee..hihihi..
Then ..tengok la rupa Tina makan mee goreng mama.. ini meal ke-2 dia selepas nasi goreng masa breakfast pagi tadi ..




Apa pun, bila sesekali buat mee ni memang seronok. Terasa kat hati.. "sedap lagi mee aku drpd mee yang kat kedai" hahaha...

Tak sabar nak tunggu abah balik..nak dengar apa komen abah pulak. FYI, abah kan pandai memasak lebih dari mama.. abah punya komen biasanya memang jujur..

Nasi Lemak Ayam Goreng POP

Ha..nak kongsi satu gerai makan. Diorang ni dah lama beroperasi tapi mama dengan abah baru je terbuka hati nak cuba malam tadi. Gerai ni dekat Tun Aminah..dekat dgn rumah MIL mama je..

Ni ha tempat dia..

Version gambar amik dari dalam kereta

Gerai lori ni parkingnya kat selekoh depan Kedai Pengantin POP. Ni kedai pengantin cina tau. Kalau masuk dari simpang Restoran MAEDO (restoran cina kawen..mama yg bagi nama), gerai ni kat sebelah kiri anda.

Mula-mula dulu rasanya cuma ada 1 khemah kecik jek. Sekarang ni dah jadi 4 khemah kecik. Jom tengok apa yang mama & abah makan..

Close Up




Kami amik 2 set Nasi Lemak Ayam Goreng. Abah minum teh ais & ais kosong, mama pulak amik teh tarik kurang manis. Tina? tak yah..kongsi jek hahaha...

Not bad.. nasi lemak dia masih panas..ayam goreng dia very the rangup & sedap..timun dia bagi 2 slices tapi tebal ye hirisan dia. Cuma sambal dia tak 100% masak mungkin sebab dia nak sentiasa panaskan bila org order. Tapi sambal dia pun sedap. Tak pedas sangat..ada rasa la..

Air dia pun ok..mama punya teh tarik kurang manis sedap. Mama suka. Tina? dia tak kisah pun..apa je dia makan..Tina banyak minum ais kosong jek. Tak minum air yg kami order sangat

Altogether baru RM11.50 je..

Overall..sedap! Bolehlah pergi makan lagi bila-bila teringin. Anda tak percaya? Cuba sendiri.. :)

Ini pulak reaksi abah..





Tak lupa gambar budak comel rambut gulung-gulung berbaju t-shirt kuning..


Mama buat iklan secara percuma je nih. Kakak gerai yang peramah tu tak suruh pun..tapi sebab makanan dia sedap, mama sukarela nak share dgn korang-korang semua.. kalau ada sape-sape nak pegi..tak tau tempat boleh tanya mama.

Gerai lori ni bukak sampai pukul 11 malam tetapi bergantung pada makanan dia lah. Kalau dah habis dia tutup awal. Dinasihatkan kalau nak pegi, datanglah awal sebab ramai sangat orang yang datang makan kat sini.. kang sampai-sampai dah habis..menyesal pulak kan..

sekian
~iklan ini tidak dibayar siarannya~

Tuesday, January 25, 2011

Contest Kids & Cartoons


Mama nak join jugak contest ni.. Sape-sape nak join klik kat contest banner ye..tq

Gambar contest pilihan mama
v
v
v
v
v
v
v



Nama Anak : Nur Ain Qistina Binti Mohd Noor Hisham
Tarikh Lahir Anak : 22 Oktober 2007
Kartun Kegemaran : Dora The Explorer

Okeh..siap!

Melentur Buluh ..



Mama tau Tina tak faham lagi kenapa kita menabung. Tapi sekurang-kurangnya mama kenalkan dia dengan tabung..dia tau tabung tu untuk simpan duit..itu dah cukup buat masa ni..

Seronok dia kutip syiling masuk tabung..

Task Ke-2 Telah Selesai..Alhamdulillah

Syukur.. kerja-kerja beading baju kakak ipar mama telah pun selesai. Dan tadi dah diserahkan pun pada tuan punya baju.

Dengan tajuk 'uniform kerja' mama tak boleh lah buat dia jadi macam 'baju raya' atas permintaan tuan punya baju sendiri. Just simple tapi cantik katanya..gitulah lebih kurang

Alhamdulillah tuan punya baju gembira dengan hasilnya. :) mama sebenarnya sebelum tu 'seram' gak nak dengar komen dia kan..almaklumlah..beginner beading jek..
tapi bila dia dah tengok..dia suka..fuh..lega..

Ok lah..ni gambar-gambar hasil beading mama yang tak seberapa tu.. tak lah grand pun..ala..korang tengok je la eh.. :)



(1)




(2)

Gambar (1) & (2) adalah lengan baju kurung..leher takmo katanya sebab bukannya nampak pun..pakai tudung..





(3)




(4)




(5)

Gambar (3) (4) & (5) adalah baju kebaya. Mama buat deading kat depan baju & lengan. Hehe tuan punya baju kata..dah tak payah beli brooch lagi dah sebab beading dia dah cantik macam brooch..hmmm... sukanya mama..

Alhamdulillah la mereka suka..nanti nak beading lagi boleh la hantar kat mama.. :)

Sunday, January 23, 2011

Asalnya Nak Beli Coleslow..Apasal Dok Sini Pulak?

KFC Sutera Mall

Asalnya mlm semalam mama nak makan salad Merry brown jek..yang ada jagung & kacang peas tu. Tapi Tina sibuk nak makan KFC..terpaksalah kami duduk makan sekejap. Tengok apa dia sudu tu..krim rasa cheese yang kaler kuning tu..habis di sudunya sampai tinggal wedges jek..sian abah huhuhu...

Masa mama pregnantkan Tina dulu..cheesy wedges ni adalah 'snack' mama. Abah sampai tak lalu tengok dah..mama syok makan setiap minggu..hihihi

La ni..Tina pulak yang jadi 'antu' cheese..
Montel..montel..

Saturday, January 22, 2011

Tina The Dora?


Hehe..Tina The Dora ke..Dora The Tina ke.. sama je kan
Baju Dora ni adalah hasil 'rayapan' abah & mama kat uptown masa gi KL end of last year. Penat tau berjalan..berpusing cari baju dora..ni je la yang kami jumpa.

Suka giler Tina dapat baju nih.





Peace!.. suka sangat buat jari macam ni tau kalau mama ambik gambar dia..Ni gambar masa pagi..lepas mandi..pakai baju sumer..siap sepitkan rambut lagi tu ha..almaklumlah rambut 'Goldilock' Tina tu dah panjang. Kadang2 menganggu dia suap makanan..kadang2 sampai masuk2 mencucuk telinga..hihihi




Sepit Mickey Mouse..RM1 per pcs beli kat U-Mall. Ingat mama nak menambah koleksi sepit2 dan pengikat rambut sekelian..nantilah..si comel ni agak cerewet pilih sepit..siap nak suruh dukung2 nak tengok sepit2..

Mama tengok anak dara kawan2 lain mcm mamanajla & mama zara tengah giler kan princess..tapi Tina belum lagi la nampaknya. Dia tak pandang pun princess..sebab dia tengah angau dengan Dora.. barney.. toy story..

Tina..tina.. :)

Friday, January 21, 2011

Oh Water Heater..





Korang tau kan..yang atas tu gambar apa? Ye betul..gambar water heater.

Mama & abah tengah dalam dilema ni nak pilih water heater brand mana. Semuanya lebih kurang sama je. Kami kena cari water heater yang ada 'pump' sebab tekanan air kat area rumah ni tak kuat. Jiran sebelah cakap..baik beli yang ada 'pump' kalau tak nnt mesti sakit hati tengok air yang keluar..haih..

kakak ipar mama kata..kat rumah dia pernah guna yang takde 'pump' tapi menyakitkan hati bila kena tadah air dari heater tu pakai baldi..baru boleh mandi..ek elleh..amenda kes pakai tadah2 segala kan..

so kami dah round beberapa kedai..
terlalu banyak brand pulak tu..Panasonic, Joven, Centon, Alpha, Trio..aduhai..yang mana satu nak dipilih. Range harga bagi water heater yang ada 'pump' adalah RM499++ pastu nak kena tambah dengan installation (rumah ni water heater wiring dah ada) RM55 hingga RM90.. perghh..

Rumah mak mama guna ALPHA.. rumah MIL mama pulak guna JOVEN & HIER..rumah kakak ipar pulak.. setia dengan PANASONIC..

Jadi mama nak minta pendapat korang, kat rumah korang guna water heater apa ek? Bagi la komen sikit..


Wednesday, January 19, 2011

Jemput-Jemput Buletin Utama?


Tada... inilah dia rupanya jemput-jemput sayur buletin utama. Time orang lain dok sibuk dengar berita mlm semalam, mama sibuk membancuh jemput-jemput. Sibuk pergi laman belakang collect daun bawang..

Ini jemput2 sayur tak cukup bahan. Udang dia tak de..lada besar pun takde gak..Oleh kerana udang takde..tak jadi la collect daun sup kat laman belakang. Tak de? Eh..ada..sape kata takde. mama lom show off lg ek pokok2 versi baru kat laman belakang ye..sabar2..

Anyway..Tina makan banyak..10 ke 12 biji siap dengan sos cili sekali..perghh...mana la tak montel Tina weh..

Meh tengok dia makan..



siap angkat ibu jari tunjuk good tu yang tak tahan..hehe..masa ni mama tanya..sedap tak? Tetiba dia tunjuk good tu.. mulut mengunyah.. hahaha




Anak dara mama yang suka makan..hihihi montel..

Tuesday, January 18, 2011

Tiba-Tiba Je Mama Dah Pandai

Hehe..mama sebenarnya nak bagitau 2 perkara yang mama dah pandai..

1) Mama tetiba jek buat "print screen" jadi weh.. hahaha..orang dah berkurun tau nak buat, terhegeh2 mama ni baru nak pandai pun sibuk. Tak kira nak gak bagitau..up sket level mama..yahoo

2) Mama nak share menda ni ha..




klik2 terbaru mama HEARTBEAT Mama baca banyak pasal menda ni kat blog mamazharfan &
blog ibu ayah damia. Jadi mama pun menyertailah diorang untuk letak kannya dalam blog mama. Ala..sambil2 letak..mana tau boleh menjana duit kan..hmm..tak salah..

Yang penting kata mamazharfan..gliterrati status kat Nuff tak hilang..itu penting walaupun mama tak pernah lagi dapat cashout..huhuhu..kurun2 lg agaknya.. :)

Alamak maaflah..kecik sangat pulak mama buat print screen dia nih. Nak live tengok kat atas tu ye..pastu tolong lah klik2 jugak..hehe..nak join..klik je la banner tu..baca elok2..baru buat..okeh..selamat menggodek.. :)

Refer kat SINI lagi senang kot..since dah ada cikgu yang ngajar buat..mama tak payah la repost..thanks mamazharfan..

Monday, January 17, 2011

"Mama Cyda 1st GiveAway"


Mama ditag oleh mamanajla untuk join GA nih..tengkiu lord!

Nak join? klik banner ok..

okeh..nak tag

diella, mama zara & mamamya

Sunday, January 16, 2011

Ada Hikmah Disebalik Apa Yang Berlaku...Bersabarlah..

Ini entry memujuk hati sendiri je ni..
sabarlah mama
sabarlah abah
sabarlah Tina

* Maaf ye kawan-kawan..mama ada masalah perasaan sket nih..huhuhu

Saturday, January 15, 2011

Free Orange Flip Flop Untuk Mama!!

Tin..Tin..Tin..bunyi hon motor posmen
aik?
takde oder apa2 online..sape hantar barang nih?
posmen ni salah rumah ke?
Eh tak lah..
betul
rupanya incik posmen hantar ini..

v
v
v
v
v
v
v
v

Flip Flop Orange


Mama nak ucap terima kasih pada beli4u.com sebab hadiahkan mama dengan sepasang flip flop warna orange nih..hehe..mama suka..

sesape nak tengok beli4u.com ni jual apa..gi la tengok site diorang. tak pun search je beli4u kat FB..sure jumpa punyalah..

Wednesday, January 12, 2011

Setelah Sakit Tengkuk Beberapa Hari..Siap Juga Akhirnya..

Sebelum korang tengok hasil jahitan mama ni..mama nak bagitau
mama bukannya nak menunjuk
tak niat nak riak dengan bakat yg kecil ni
mama tau mama cetek ilmu menjahit manik ni
tapi mama bangga dapat menyiapkan jahitan manik ni
khas buat MIL mama..Puan Zainab yang sangat memberi kepercayaan

MIL mama kata
tak mahu yang sarat barat
tak mahu yang mengelip-ngelip
jadi
ini yang terhasil
lagipun
ini je yang mampu mama buat

Masa mama serahkan semula bajunya
MIL mama sangat suka..
bila suruh cuba..
terus sarung baju tu
Alhamdulillah..MIL mama gembira dengan jahitan mama
mama pun gembira dapat menggembirakan dia
Thanks Mak..

Korang jangan gelak eh..tengok je tau..

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
TADA!!



komen-komen bernas dialu-alukan
komen tak bernas tu boleh tapi jangan mematahkan semangat la..
tq..

Lans Koperal Nur Ain Qistina? Eh..Macam Nama Tina je..

Betul..mama jumpa Lans Koperal nama sama dengan Tina..masa cuti-cuti Mesia hujung tahun..tak caya?
Tengok gambar ni..

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Ha..ni..
sama tak?



uiskh..cute sungguh la.. Pakai baju uniform adik mama ni..ada hati la nak jadi polis kot satu hari nanti..insya'Allah sayang..




personally..mama suka sangat gambar pakai topi polis nih.. :)


another one..




ini anak saudara mama..anak dara adik mama..nama Nurul Ain Zulaikha. Tua setahun dari Tina




itu je nak kongsi kat entri kali nih..hehe..

Sunday, January 9, 2011

Sayang ke Sunsweet ke Kurma Ni?

Lately nih Tina jadi suka nak makan kurma & sunsweet prune tapi dok asyik salah sebut jek. Pegang sunsweet tapi sebut kurma..
2 ke 3 hari lepas sibuk sunsweet dia dah habis stok. Tak sabar2 tunggu abah balik. Abah balik je terus report..
"abah..kita beli sunsweet kakak ye sayang.."
aduhai..
sayang dia tu yang tak tahan ...>>> ayat memujuk dia la kot
sikit2 sayang..apa2 ayat pun hujung dia akan tambah sayang

Dia mengajuk cakap mama la tu.
Kalau mama geram akan cakap mcm tu..hujung dia letak perkataan sayang
Padahal..mode geram!

Anyway..mama suka Tina sukakan sunsweet..
Layan gambar duta kecil sunsweet mama ni ye..


Saturday, January 8, 2011

Happy Baby Contest

Yuhuu..mama dapat jemputan lagi untuk join contest. Kali ni dari Mamamya yang sedang sarat menunggu hari bersalin tu..hehe.. Sape-sape nak join jugak..klik banner ok!



syarat²nya:

1. Terbuka kepada semua yang mempunyai blog dan mempunyai alamat di Malaysia. - done

2. Mesti jadi follower OurdreamsOfLife dan MyLittleWonder - done

3. Buat entry pasal GA ini dengan tajuk 'HAPPY BABY CONTEST'. - done

4. Letakkan sekeping gambar anak anda yang berumur di antara - done

Category A : Berumur kurang dari 2 tahun pada 31 Januari 2011
Category B : Berumur di antara 2 tahun - 4 tahun pada 31 Januari 2011,

beserta details seperti :
NAMA ANAK, NAMA IBU dan TARIKH LAHIR ANAK
dengan temanya 'HAPPY'..takmo gambar nangis²yek.

5. Copy dan letak gambar banner di atas di dalam entry anda bersama backlinknya (kalau nak letak kat sidebar pun boleh..tak diwajibkan). - done

6. Tag seberapa ramai kawan yang anda kehendaki (minimum 1 orang). - done

7. Boleh tinggalkan komen beserta link kat blog OurDreamsOfLife atau Contest . - done

8. Closing date : 17 Januari 2011 05.00pm.

9. Keputusan adalah muktamad.

v
v
v
v
~Gambar Contest~
Kategori B


Nama Anak : Nur Ain Qistina Binti Mohd Noor Hisham
Nama Ibu : Nor'Aisah Binti Abdan
Tarikh Lahir Anak : 22 Oktober 2007

Akhir sekali..mama nak tag Lily Azliyana aka Mama Zara

Friday, January 7, 2011

Memorable Anniversary Contest By Lelord

Sekembalinya Mama dari bercuti2 Mesia..Mama dapat e-card jemputan memeriahkan contest MamaNajla a.k.a Lelord




Kisah Memorable Anniversary Mama bermula disini..

<<< >>>

Sebenarnya..setiap anniversary adalah memorable bagi mama tapi di anniversary ke-5 yang baru sahaja berlalu 19 November 2010..adalah anniversary tersedih dalam sejarah perkahwinan mama & abah..

Manakan tidak.. di anniversary ke-5 haritu..
tak de kuar gi makan2
takde candle light dinner
takde hadiah..dari mama mahupun dari abah

APAKAH SEBABNYA?
dua tiga hari sebelum anniversary tu..Tina demam teruk..selsema batuk & alahan kronik. Jadi kami tak sampai hati nak bawak dia to crowd area..
tunggu2 dia sembuh..hampir 2 minggu selepas itu.. mood makan2 anniversary sudahpun hilang

TAPI YANG PALING MENYENTAP KALBU ADALAH..
Mama sudah berangan-angan meraikan anniversary bersama abah & Tina..dan juga..bersama-sama bakal baby didalam tummy.

Kononnya waktu tu kandungan akan sudahpun mencecah 7 bulan. Trimester yang menyeronokkan kan? Sambut anniversary ke-5 pulak tu..

Tapi rupanya perancangan yang Maha Esa bukannya begitu. Mungkin katanya kami belum bersedia lagi..
Mama terima..
Abah pun terima..
Mama menangis bermalam-malam..
Abah juga..hanya menangis didalam hati..mama tau
yang nampak hanyalah kekecewaan yang sangat dalam
sangat menusuk ke lubuk hati
disaat abah menatang ketulan yang gugur dari rahim mama
jam 1.30 pagi 7 julai 2010

Jadi..12 tengah malam
19 November 2010
abah mengirimkan mama sms anniversary..walaupun duduk dalam satu rumah
Abah kata saja nak memperingati zaman-zaman bercinta dulu
kemudiannya
abah membisikkan
happy anniversary yang ke-5 sayang
i love u so much. you mean everything to me..
di telinga mama
dan menyanyikan lagu cinta kami berdua

Lagu ini


Hangatnya sama seperti anniversary tahun2 sebelumnya juga
Apa pun mama sangat bersyukur..ada Tina..ada abah..
Bersama-sama kalian berdua..mama punya segala-galanya
Love both of you so much
Sham, Sha & Tina
...Dulu, Kini & Selamanya..




My beloved family.. :)





Sebahagian gambar-gambar kawen..saja je nak tunjuk dengan pihak penganjur..hehe..

~~ sekianlah sahaja cerita saya ~~

Thursday, January 6, 2011

Sambungan Cerita Cuti : Sehari Di Zoo Taiping

Tiket masuk:
Dewasa RM12/person
Kanak-kanak RM8/person

Kalau nak murah..
Masa dia mintak ic kat kaunter beli tiket tu, tunjuklah ic orang perak sejati..hehe dapat diskaun gitu..tak caya?

Kami punya tiket adik ipar mama yang beli. Dia kan anak perak. Jadinya tiket tu jadi..
Dewasa RM8/person
Kanak-kanak RM5/person
gitu..
tiket da ntah mana la..kalau tak boleh tunjuk bukti.. hehe

Layan la gambar-gambar di zoo taiping ni. Tengah tak rajin nak menaip sebenarnya..hehehe..



Didalam gambar mama je yang tak ada ye..sorry..mama jadi camerawoman lah..





Kat sini tempat train berhenti. Dan kat sini jugalah ada tempat untuk ambil gambar dengan ular sawa. Kami tak lepas peluang. Walaupun ngeri la jugak..tak mahal..sekeping gambar 5R siap cuci sekali cuma RM10 sahaja







Yang ini kat pintu luar ye.. jual fridge magnet bentuk-bentuk haiwan. Cantik-cantik belaka. Mama beli juga sikit sebagai cenderahati untuk diri sendiri & mereka-mereka yang ditinggalkan..hehe

Rasa macam nak beli semua jek..kang jadi zoo pulak peti ais kat rumah..kuangkuangkuang!


Ada zoo bistro jugak untuk menjamu selera tapi kami tak cuba pun sebab ada plan makan-makan ditempat lain



We're Here!!
Akhirnya niat membawa Tina ke zoo taiping terlaksana..






Tengoklah si minah kecik ni..suka betul dia. Kami paling lama kat kandang gajah sebab Tina suka kat situ. Walaupun mula-mula tengok gajah tu dia macam takut jek..hehe. Bila kita ajak amik gambar..ekor mata asik la tengok gajah je..mungkin dia tak sangka yang gajah tu besar kot.. :)

Keluar dari zoo sebenarnya nak ke SINI sebab nak tengok INI, alangkah sedihnya sebab impian tak terlaksana. Nak ke tempat ni kena pagi-pagi. Pukul 830 pagi tiket dah dijual.kena take turn pulak nak sampai ke destinasi..

Paling sedih..tiket hanya dijual hingga jam 3 petang atau lebih awal dari itu. Tiket terhad. Kalau hujan..tak sesuai nak kesana okeh..

Tempat apa tu? ha..dah tengok kat link dia kan..takpe lain kali ada kesempatan boleh la pergi..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...