"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Monday, February 28, 2011

Night Diaper Free Training Journey - Nite 9

Malam ke-9 menyaksikan..chewah..menyaksikan seh..hihihi
menyaksikan yang mama dengan gamblenya tak pakaikan tina diaper terus.
Rasanya beberapa malam sebagai percubaan cukup untuk mama jadikan ukuran berjaya atau tidaknya journey ini.

Jadi mama awal-awal dah sediakan kain batik untuk mengalas jika tina membasahkan comforter doranya malam itu. Dia tidur dengan lenanya tanpa diaper. Mungkin dia sudah terasa selesa tanpa diaper. Jadi dia lebih mudah terlelap.

Mama pun.. macam yang mama cakap. Kadangkala letak je kepala..mama pun hanyut sekali. Tapi dalam pukul 5 lebih ke pukul 6 lebih macam tu, Tina bangun kejut mama..kata dia nak ken****. Mulanya dia tak mau bangun dari tidur. Mungkin jalu kot.. tapi bila mama pujuk & pimpin tangan dia..ok jek dia terus bangun & jalan ke toilet..

Hinggalah bangun pukul 9 paginya tu..tanpa kebasahan..dan tanpa mintak susu. Bila mata dah celik je pagi..mula la bertalu-talu minta susu. Sebotol..sebotol.. dan bilangan ke toilet sama dengan bilangan botol susu dia jugak..okeh..sihat la tu kan. kang minum tak buang2..payah gak tu..

So, malam ni mama bercadang takkan pakaikan jugak lagi.. kita tengok apa ceritanya esok ye!

Saturday, February 26, 2011

Night Diaper Free Training Journey - Nite 7 & 8

Update NDFTJ Tina untuk malam ke 7 & 8

Nampaknya bagi kedua-dua malam ni masih consistent dengan malam ke 6 jugak. Walaupun minum banyak susu siangnya dan sebelum tido. Tapi nak tido tetap pergi toilet 2 kali jugak dan tak pun pakai diaper masa nak tido. Mama pakaikan diaper selepas dia lena tido jek la. Sebab mama cuak jugak kan takut basah lagi.. hehe

Dalam pukul 2 lebih ke pukul 3 lebih macam tu Tina mintak susu tapi dia masih tak basahkan diaper dia waktu tu dan selepas tu. Setengah jam lepas menyusu barulah dia bangun dan cakap nak gi toilet..

Lepas gi toilet pun masih mintak nak pakai diaper tapi alhamdulillah tak basah hinggalah bangun pagi ni..

Masih awal lagi nak declare NDFTJ ni berjaya. Mama masih nak tengok perkembangannya dalam seminggu dua lagi lah..

Hehe.. bintang-bintang la untuk mama sebab berjaya menjalankan NDFTJ ni dengan baik hihihi...


Nota Toyol : Kat rumah sebenarnya masih ada 3 pek Fitti XL, 3 pek drypantz XL & 1 setengah pek Babylike XL (untuk poo poo)... kalaulah memang Tina dah takkan guna lagi diaper..huhuhu..mama simpan stok la mana tau Tina nak dapat adik nanti.. amin..korang doakan la.. :)

Thursday, February 24, 2011

The FaceBlog

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit

Nak join klik SINI

Night Diaper Free Training Journey - Nite 6

Harap2 takde yang bosan ek..sebab blog ni asyik2 update pasal diaper free jek. Almaklumlah..tengah mood diaper free kan.. :)

Alkisah malam ke-6
Consistent nampaknya dengan malam ke 4 & 5
Nak tido tu ken**** 2 kali, pastu Tina sibuk la nak pakai diaper. Jadi untuk elak dia bising2 mama pakaikan je.
Seperti malam sebelumnya..akhirnya diaper tu kena jugak bukak sebab Tina tak boleh lena tido. Hehe..
Bila dah Tido barulah pakai semula

Tina tak bangun menyusu malam pun untuk kesekian kalinya.
Pukul 6.15 pagi barulah dia terjaga..katanya nak poo poo
Jadi dia pun bangun dan mencangkung bawah meja makan..
Tapi sebenarnya bukan nak poo poo..
nak ken**** je pun..dia confuse kot sebab kentut beberapa kali

Pastu teruslah tak pakai diaper lagi..sampailah siang
walaupun selepas pukul 6 pagi dia akan menyusu hampir 1/2 jam sekali
dan bangun ke toilet 15 minit sekali setiap kali lepas menyusu..

Few more days to go..

Allahuakbar..Pendatang Haram!!

Sebulan dua lepas terasa-rasa dihati..perasaan tak enak seperti selalu
terasa ada yang memerhatikan dirumah
seram jugak..

Setelah diselidiki..
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Allah.. ini dia rupanya..
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


Mama sangat pasti dia bersembunyi didalam rumah mama bila alas kaki kat depan peti ais habis digigitnya.. beras yang belum bukak berteraburan digigit disana sini..itu yang mama paling marah..

Mama pun mintak jasa baik abah mama tolong perangkapkan dia ni.. 2 malam tak berjaya..akhirnya..kau terperangkap jua ye..

Mintak maaf ye..rumahku bukan kotai pendatang tanpa izin..



Malam tu jugak suh abah tanam.. sayonara!

Wednesday, February 23, 2011

Night Diaper Free Training Journey - Nite 4 & 5

Kali ni mama rangkumkan 2 malam sekali la ye sebab ceritanya sama.

Untuk malam ke 4 & 5, mama masih lagi tanya Tina sebelum tido sama ada nak pakai diaper ke tidak. Untuk kedua-dua malam tu Tina sendiri yang nak pakai diaper pada mulanya. So, ok la mama pakaikan je.

Sebelum pakai diaper dah pergi toilet sekali. But after half an hour Tina kata nak ken**** lagi. Mama bawak lagi gi toilet then Tina kata tak mo pakai diaper. So, dia tido tanpa diaper la pada mulanya. Tak sampai 15 minit baring Tina dah pun terlelap. Mungkin dia dah tak selesa pakai diaper sebelum tido. Thats good la kan. Mama suka.

Tapi sebab masih kurang yakin mama pakaikan juga dia diaper selepas setengah jam dia tido lena. Walaupun dia lena, mama tetap cium dia & cakap "kalau nanti kakak rasa nak ken****, bangun kejut mama ye".. dengan harapan dia lekatkan ayat tu dalam minda..hehe

Altogether..untuk malam ke-4 Tina cuma bangun selepas pukul 6 pagi. waktu abah nak ke sekolah. Dia terjaga sebab katanya nak ken****. Bangun tu pun diaper yang dipakai tak basah sedikit pun. *wink wink* Selepas tu mama tak pakaikan dah diaper. Cuma, pesan tetap pesan seperti sebelum-sebelum ni la..tanpa jemu okeh.. :)

Untuk malam ke-5, Tina kejut mama 3 kali. Selepas ke toilet mama pakaikan dia diaper dan dia tido semula. (pakai diaper yang sama yang mama pakaikan waktu dia dah tido tu tau). Kali ke 3 bangun adalah pukul 6.20 pagi, lepas ke toilet mama terus pakaikan seluar tido sahaja. Dengan pesanan penaja yang selalu tu la kan.. :)

Dan untuk ke dua-dua malam, teruslah kering sampai ke siang harinya. Diaper yang dipakai malam tu mama bukak..boleh simpan lagi ..hehe

Dah bolehlah mama tarik nafas lega sedikit. Senang hati nampak perubahan berlaku selepas kebasahan beberapa kali kan. :)

Dan sejak-sejak diaper freekan Tina waktu malam ni mama sangat-sangat letih. Rasa tak cukup tido dan badan sangat penat tapi syukurlah mama tetap akan terjaga bila Tina panggil mama. Alhamdulillah..

Malam ni tak tau la lagi apa ceritanya kan. sebab banyak minum kan..hopefully tak kebasahan la.. :)

Untuk malam ke-5 Tina

Monday, February 21, 2011

Night Diaper Free Training Journey - Nite 3

Malam semalam..nite 3 diaper free training journey kan..

Mama awal-awal dah tanya Tina,
"malam ni nak pakai diaper tak?"
Tina kata " tak nak..hancing"
Ohoho..mama dah risau sebab dari siang lagi Tina minum banyak susu. Even sebelum tido pun masih mintak susu 2 botol. So mama terpaksalah biarkan dia tak pakai diaper. Sebelum tido dia nak gi toilet..after tu mama pakaikan dia diaper. Sejam selepas tu pun dia masih tak tidur. Resah je. Then cakap nak ken**** lagi. But kali ni mama tanggalkan terus diaper tu, letak tepi. Pakaikan dia seluar tido.. hmm..tak sampai 15 minute..tido dah!

Bila dia tido je mama pakaikan dia diaper semula. Bimbangkan dia terkucil sebab banyak minum susu & air.

But.. Tina menunjukkan improvement. Apa tu?
Walaupun mama pakaikan dia diaper, dia tetap kejut mama bangun 3 kali malam tadi sebab dia nak ken****..
hmm.. bagus jugak kan?

Ye la walaupun tido mama sentiasa tak lena..asyik kena kejut tapi mama puas hati sebab bukannya mudah nak ajar Tina bangun dari tido setiap kali terasa nak ken**** kan..

After pukul 6 pagi, the 3rd time dia kejut mama nak ken****, terus mama tak pakaikan diaper. Tapi tetap pesan dia seperti biasa la kan..alhamdulillah sehingga siang tiada kebasahan!

Alhamdulillah.. nanti nite2 yang lain mama cuba updatekan lagi jika ada perubahan ye..doakan kami berjaya!

Saturday, February 19, 2011

Night Diaper Free Training Journey - Nite 2

Cuma separuh nite 2 sahaja berjaya sebab Tina mintak susu 2 kali. 8oz setiap satu. Walaupun selepas 8oz pertama tu dia ada bangun nak ken**** tapi waktu tu dah basah dah sikit. Lepas gi toilet mama alaskan tempat tido dia dengan kain bersih & dia tido semula

Pukul 5 kot mama terjaga & dengar Tina macam tak selesa..hmm..rupa-rupanya dia terken**** lagi. Dah basah lencun. Patutlah dia bising jek. Mama kejut dia..salinkan baju & seluar lain. Then waktu ni Tina mintak nak pakai pampers.

Hehe..mama pakaikan aje. Kesian pulak tido tak lena dah 2 kali kebasahan kan. Tak pe lah Tina..kita cuba lagi malam lain ye..mama tak kisah. Janji akhirnya Tina boleh diaper free.

Yang lawaknya, sebab banyak sangat minum susu, yang siang ni pun dia terkucil. Basah sekali lagi. Mama kejut dia bangun, mandikan terus & pakaikan baju lain. Lepas mandi..ehh..mintak susu lagi sebotol!

Tina ni memang kuat minum susu walaupun susu dia dicairkan sukatannya. Dia tak kisah. Dia ni memang anak abah la tau. Abah pun minum banyak air..isy..sepadan la 2 beranak ni..hehe :)

Friday, February 18, 2011

Night Diaper Free Training Journey - Nite 1

Agak lama mama tak meng'update' blog kan. Aduhai..tahap kemalasan diva ni datang berkoyan-koyan pulak mengalahkan mamamya yang ada komando jr pulak..hehe

Ok kali ni mama nak share tentang another milestone yang mama nak bantu Tina capai iaitu Night Diaper Free. Wallah wei, bukannya senang. Dah lama jugak mama pujuk2 Tina supaya tak payah pakai diaper waktu malam.

Tapi sebelum tu mama cuba tak pakaikan diaper selepas pukul 6 pagi dulu. Lepas je abah pergi sekolah, mama biasanya akan buatkan Tina susu sebelum dia mintak..bukak diaper & takkan pakaikan lagi. Before tu mama akan bagitau Tina..

"sayang, Tina tak pakai pampers tau ni. Kalau nak ken****, bangun bagitau mama ye"

ha..macam tu pesan tiap2 pagi tapi kadang-kadang OOPs..terlepas jugak. Almaklumlah ken**** budak 3 tahun lebih kan..banyak dah. Mama rasa ada la seminggu dua jugak yang selalu macam tu. .

After few weeks dah ada sdikit perubahan. Bukan la tak terken**** langsung dah, cuma dia dah boleh bangun lebih cepat bila ada rasa nak ke toilet tu. Even kadang-kadang dah terkucil sikit. Dah basah seluar tapi dia tetap akan bangun dan lari-lari anak ajak gi toilet.

Tapi malam tadi memang Tina sendiri yang tak nak pakai pampers. Last susu sebotol 12oz pukul 12 lebih tgh malam. Nak menyampaikan pukul 1.30 pagi, 2 kali bangun gi toilet. Mama pulak sedap sangat tido malam tadi. Nasib baik Tina kejut.

Pukul 4 lebih mama tersedar. Tina mintak susu. Mama buatkan 8oz je, sambil pakaikan dia pampers. Sebab tengok dia lena sangat tido. takut tak terjaga kang nak gi toilet. Setengah jam lepas pakai pampers, Tina bangun dan menyangkung kat hujung kaki abah..

Terperanjat..mama tanya, Tina nak pergi mana.."Tina nak be***".. mama macam pelik2 tapi mama biarkan je. Sekejap tu dia datang balik kat mama cakap..

"mama, pampers dah penuh.."
Mama rasa pampers..cuma ada sikit ken**** je. Tapi sibuk dia suruh bukak.
"mama, bukak la pampers ni. Dah penuh. Nanti hancing"
hehehe..geli pulak hati mama dengar :)

Mama bukak kan je la. So sampai pagi dia tido lena. Tak terkucil..tak menyusu..

Hmm..rasanya Tina dah bersedia nak diaper free waktu tido malam. So mama kena la sabar lebih sikit. Korban waktu tido untuk aturkan dia gi toilet. Hopefully menda ni boleh berjaya awal sama macam daytime punya diaper free..

Caiyok Tina..mama tolong Tina ye..

Monday, February 14, 2011

Bila Abah Turun Ke Dapur.. Khas Untuk Mama

Mama pernah cakap kan, one of the most mama's favourite bila abah memasak adalah steak & black pepper mushroom gravy. Last week mama request abah masak untuk mama. Bukan tak boleh masak sendiri tapi..rasanya macam tak sama lah.. :)

Ini waktu semua bahan susah disatukan..



Ini waktu sedang mendidih



Checking gravy punya kepekatan..jgn pekat sangat, nanti muak..jgn cair sangat, tak 'kick'
so kena sedang-sedang je



kalau kurang pekat, bancuh la tepung jagung sket..masukkan dlmnya





Bak kata abah..rasa mesti letak atas tapak tangan..barulah sedap!


Bila dah siap, mama & Tina la yang paling excited. Siap buat garlic bread lagi tu ha..hehehe.. memang kitaorang ni 'hantu gravy' kot hihihi...

Gambar mama takde..gambar Tina harus!..


tengok tu..hehe.. siap tunjuk 'GOOD' lagi ha..



Tina ni kalau makan roti dia akan ikut stail abah. Kalau mama, lebih suka siat kecil2 pastu cicah dlm gravy. Tapi dia lebih suka gulung sekeping roti dan cicah..
dia ni anak abah kan..


Buat abah, thank you sebab sudi masakkan gravy untuk kami..
sayang abah!

Friday, February 11, 2011

Cactus Collection - Always My Passion

Just to share something on my passion
Dah lama sangat menunggu cactus ni berbunga. Rasanya dah hampir 10 tahun tanam. Baru pernah sekali je berbunga. Tu pun sebelum mama kawen dengan abah dulu.

And kali ni ia berbunga lagi
Dan berbunga-bunga lah hati mama melihatnya di tepi tiang porch
Segarlah dan hiduplah dengan eloknya dikau disitu ye..


Qatar Camel


Fridge Magnet Qatar Camel dari
mamanajlaa @ lela lelord

Thank you lord!

Thursday, February 10, 2011

Terkini Di Laman Belakang



Entry kali ni tak yah citer-citer lah ek..
layan gambar jek..

OO Kedekut Ye.. Tak Pe Nanti Tuhan Balas

Ni entry meluah perasaan
marah pun ye.. geram pun ye..

Actually mama & abah baru first time menuai tebu dari laman rumah. Kusmangat banyak la jugak. Dah dipotong ukuran sebelah tangan setiap satu hampir 10 batang lebih jugak. Takkanlah nak gigit cam masa kanak-kanak dulu kan. tentu tak sesuai.

Jadi mama & abah ingat nak mesin la tebu tu. Cadangnya nak pergi la mana-mana gerai jual air tebu, mintak diorang mesinkan. pastu bayar la. Senang kan.

So hari ahad aritu kul 12 lebih tgh kami pun keluar la bawak tebu yang dah siap sisir kulit & basuh tu. Tak lupa bawak botol jugak nak isi air tebu nanti.

First sekali kami ke gerai jual air tebu depan maybank taman u. Abah pun keluar la tanya.. nak mintak mesin kan. Tau apa kakak jual air tebu tu jawab. Dah la sombong allahurabbi..
dia jawab 'mesin tebu rosak' padahal dia tengah sisir kulit tebu tu!!

Kalau mama nak je mama sindir dia balik..abis tebu yang disisir tu nak gigit dengan gigi ke kak?

Geram sangat la..dengan sesama org melayu islam pun kedekut nauzubillah.

Dah la..kita tinggalkan cerita kakak tu. Biar tuhan jek balas. Hamek kau!

So mama & abah turun slow2 ke area lain. Di tepi jalan, nampak lagi orang jual air tebu. Kami berhenti lagi. Abah keluar bertanya. Doa-doa orang tu nak la mesinkan.

Yes..abang tu sudi nak mesinkan tebu kami!! Thanks abang..

Altogether dapat 2 botol 1.5 L dan 1 botol besar minute maid pulpy..jadilah. Dah syukur banyaknya tu. Kami bawak balik rumah MIL mama sebotol 1.5L tu bagi semua orang rasa. Bangga tau bagi orang rasa hasil tanaman sendiri..

Lagi 1.5L & botol minute maid pulpy tu freeze kan dlm peti ais nak bagi mak & abah mama rasa sebab tebu tu dulu abah mama yang tolong tanamkan. Mama & abah jaga selepas tu.

Terasa berbaloi usaha menjaga, bersihkan & baja tebu tu. Calar balar tangan kena daun dia. Dan berbaloi jugak abah hampir sejam lebih menyisir kulit tebu pagi tu.

Seteguk air tebu tu menghilangkan semua penat!

Last but not least..ini lah gambar insan yang baik hati itu..



Yang baju greenish tu ye ..yg baju putih tu abah..

Alhamdulillah.. Hadiah lagi. Thank You SCA

Dah lama sebenarnya tunggu hadiah ni. Hujung tahun lepas punya kemenangan 'star letter' tapi tahun ni baru sampai. SCA dah semakin sibuk agaknya. Tak kisahlah..yang penting hadiahnya sampai.

Budak penghantar sky net tu pun macam dah kenal mama. Mana taknya, setiap kali parcel yang guna sky net, mesti dia yang hantar. Hehe.. sampai dia pernah tanya..apa benda ni kak? Refer to kotak hadiah from SCA tu la. Mama cakap.. hadiah dari Drypers.. dia senyum jek

si comel mama yang sambut kotak depan pintu..macam tau-tau je dalam tu penuh dengan hadiah yang mama dapat untuk dia.. :)



ini dia kotaknya..sedang & agak berat jugak. Bahagian2 tertentu terpaksa di 'heart' kan ..hehe




Dan proses membuka kotak pun bermula..biasalah Tina kan..mama cepat-cepat snap gambar jek

siap request gunting tu..macam pandai je..



bersopan-santun betul la anak dara ni bukak kotak. 10 minit pun belum siap apa2. Yang bahagian atas tu mama dah gunting dulu sbb ada file & surat



Apabila dah bukak.. tadaa...




Okeh..okeh.. hadiah dia in details ye..

Dyrpantz XL32pcs x 3 pack



Coin Bank x 2



Treasured Moments photo frame x 2



Sheep sticker book x 1


And hadiah yang paling best adalah..

Recording Soft Toy from simple dimple..siap ada tuala hijau kecik lagi dalam tue!


And last but not lest tentulah gambar si comel Tina dengan simple dimple bear dia..




Tina memang sangat gembira dengan hadiah-hadiah ni. Mama tentulah lagi happy kan sebab dapat jimat duit beli diaper Tina..plus..dapat hadiah-hadiah sampingan lagi. Nak ikutkan..dah sangat banyak hadiah mama menang dari drypers.




Tina bergambar bersama hadiah-hadiah kemenangan mama untuk kali ini
Memang mama menang untuk Tina sayang..

Angpow CNY 2011


Cantik rupanya angpow CNY tahun 2011 ni kan. Ada gambar arnab kat depan dia. Actually Tina dapat angpow ni dari jiran sebelah rumah.. Mr & Mrs Tan. Cantik sangat. Mama lekat angpow ni kat kalender rumah *wink*

Wednesday, February 9, 2011

Majlis Himpunan Kasih Keluarga KHAJ




4&5 Febuari aritu mama, abah &Tina ada majlis himpunan kasih keluarga kiyai haji abdul Jabbar..di masjid KHAJ, pontian.

Ini adalah perhimpunan besar-besaran keluarga sebelah MIL mama. And mama ni bukan orang yang bertauliah nak bercerita pasal family yang besar ni jadi korang layan gambar je la ek. Mama cite sket2 jek


ini tempat perhimpunannya




ini gerai utk keturunan Hajah Khadijah..gerai kami la tu..




Baca sket2 profile family yang besar ni..keturunan yang atas2 tu boleh tahan dasat gak gempaknya.. Tuan Guru Hj Ahmad Shah ni pun pernah menjadi kadi besar johor tau.




gerai ada banyak..maklumlah keturunan ramai kan..tak dan nak snap semua sbb hp tertinggal dalam kereta. Dah nak balik barulah pegi amik hp..dapat snap beberapa gambar je la




pemandangan dibelakang masjid. Diorang gotong royong masak kat sini. Siap tumbang lembu 2 ekor kalau tak silap!

Sebenarnya ramai wajah-wajah yang abah pun tak kenal. Mama apa la lagi kan. Dan ramai jugak yang jumpa kawan masing-masing. Berkawan-kawan, rupanya org tu sedara sendiri tapi masing-masing sesama tak tau.

Ada jugak yang jumpa anak murid mcm kakak ipar mama. Anak murid dia dari keturunan yang sulung. Memang seronok tengok begitu ramai orang. Nasib baik je mama tak jumpa sesiapa..hehe..so confirm mama memang keturunan yang lain la kan..tak la tersangkut paut dengan keturunan abah..haha

Tina jatuh 2 kali kat dataran masjid tu..luka2..dek kerana excited sebab ramai sangat orang kan..

Terima kasih lah bagi pihak abah & MIL mama sekeluarga kepada penganjur yang bertungkus lumus merancang perhimpunan ni. Walaupun belum sempurna sepenuhnya tapi masih ada banyak ruang untuk diperbaiki dimasa akan datang.

Usaha anda sangat dihargai.. Thumbs Up!

Monday, February 7, 2011

Tukar Kaler

Tetiba terasa nak tukar background pulak..
Hehehe..kalau tak serasi dengan hati kang mama tukar yang lain pulak ek..

1st Giveaway - Blog aieentheprincess



Mama tak sempat berkenalan pun lagi dengan tuan tanah blog ni tapi mama tertarik dengan GA yang dia anjurkan. Hadiahnya tu menarik-narik hati untuk join. Simple jek blog ni tapi penuh dengan item-item comel.. sukeee...

syarat2 nya senang je..


1. promote giveaway ni kat blog korang...paste gambar
giveaway ni sekali tau...
2. tinggalkan jejak kat shoutmix tu...plus your comment
3. be my follower
4. masukkan blog http://aieentheprincess.blogspot.com ni
dalam senarai blog korang
dah pon siap
pemenang akan dipilih melalui lucky draw
tarikh tutup : 14 february 2011 (isnin)

Takdelah banyak mana pun nak kena buat kan..biasa2 jek.
Harap2.. lucky draw ida ni luck untuk mama ek..

OOPS! Terlupa pulak..
NAK JOIN?
Klik Banner GA ye..

Thursday, February 3, 2011

Jangan Kompromi Dengan Langkah-Langkah Keselamatan Dirumah

Mama just nak kongsi apa yang mama & abah buat malam ni
actually menda-menda ni dah lama nak buat tapi susah betul nak jumpa
tapi kali ni dah terjumpa kat tesco..so melaburlah sikit untuk beli
bukan apa.. untuk keselamatan



Ini ialah door knob cover
Tujuannya adalah untuk mengelakkan tombol pintu terkunci dari dalam
kalau untuk mama & abah
bahagian depan door kbob cover tu boleh dibuka untuk kunci pintu dari dalam..
oleh sebab tina pernah terkunci kan diri dia dalam bilik komputer
so mama takut betul dengan kejadian macam tu lagi..

Door knob ni mama pasang kat pintu toilet, bathroom & toilet masterbed
kat 3 pintu ni memang ada lock tapi takde anak kunci dia
masa tina terkunci buat kali ke-2 nya di toilet masterbed
baru kami perasan yang toilet2 sekelian takde anak kunci okeh..





Shock Protector
yang ini abah yang request
beli untuk cover suis water heater, suis lampu masterbed &
suis lampu kat area dapur.
suis kat situ adalah berkelompok..
so abah bimbang kadang-kadang kita terlupa
lepas keluar toilet ke..bilik mandi ke..
tangan basah2 lembap..tutup suis..
so ini la benda untuk elakkan electric shock dari suis..




Bila dah pasang gini lah rupanya






Okeh..ringkas & mudah difahami kan..
sape-sape nak jugak boleh cari kat tesco..harga pun tak mahal. Range dari RM3 - RM8 sahaja

Happy Birthday Abah!









WITH LOTS OF LOVE..
MAMA & TINA NAK WISH
HAPPY BIRTHDAY KAT OUR PRINCE CHARMING FOREVER
ENCIK MOHD NOOR HISHAM B. JEMAIN

mama tak dapat nak belikan hadiah mahal
in fact dah beberapa tahun abah tak dapat hadiah birthday kan
but this year
i managed to bought a small gift
hasil usaha mama
biar kecil..biar tak branded
mama harap abah sudi terima


but ABAH
we love u more than you can ever think

semoga abah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik
dirahmati & dilindungi ALLAH selalu
walau dimana abah berada
walau apa jua yang dilakukan
kasih sayang kami sentiasa bersama abah

WE LOVE U!
Happy Birthday..

Wednesday, February 2, 2011

Ladang Kelapa Sawit Bertukar Jadi Tasik? Korang Caya ke?


Haih..korang tengok la sendiri akibatnya bila alam memprotes.. kan.. gambar ni mama snap OTW nak balik JB dari rumah mak mama..

Banyak lagi yang tak sempat di snap..air disana sini..
sungguh menakutkan..

Ada satu jalan short cut kitaorg lalu utk balik jb..korang bayangkan eh..
Jalan raya kat tengah2..
kiri kanan yang asalnya adalah hutan..sudah bagaikan laut..
hampir 300 meter jauhnya
ohoho...seram sejuk
kecik beso je hati
tengok pemandangan sekeliling

Nasib baik ada alternatif road..so kami selamat balik JB..

Mama Dapat Multi Grain Cheerios 300g Free



Siyes.. Mama dapat banyak free gift dari FaceBook. Ini yang terbaru selepas Flip Flop Orange aritu..

Mama join Multi Grain Cheerios Contest.. ingatkan tak berjaya menempatkan diri sebagai 1000 peserta..rupanya memang rezeki.. hehe

Baru semalam gi C4 abah kata nak beli Trix..tapi harganya boleh tahan mahal. Hehe..abah..cheerios ni untuk abah ye..ganti trix

Terima Kasih Nestle!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...