"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Friday, February 18, 2011

Night Diaper Free Training Journey - Nite 1

Agak lama mama tak meng'update' blog kan. Aduhai..tahap kemalasan diva ni datang berkoyan-koyan pulak mengalahkan mamamya yang ada komando jr pulak..hehe

Ok kali ni mama nak share tentang another milestone yang mama nak bantu Tina capai iaitu Night Diaper Free. Wallah wei, bukannya senang. Dah lama jugak mama pujuk2 Tina supaya tak payah pakai diaper waktu malam.

Tapi sebelum tu mama cuba tak pakaikan diaper selepas pukul 6 pagi dulu. Lepas je abah pergi sekolah, mama biasanya akan buatkan Tina susu sebelum dia mintak..bukak diaper & takkan pakaikan lagi. Before tu mama akan bagitau Tina..

"sayang, Tina tak pakai pampers tau ni. Kalau nak ken****, bangun bagitau mama ye"

ha..macam tu pesan tiap2 pagi tapi kadang-kadang OOPs..terlepas jugak. Almaklumlah ken**** budak 3 tahun lebih kan..banyak dah. Mama rasa ada la seminggu dua jugak yang selalu macam tu. .

After few weeks dah ada sdikit perubahan. Bukan la tak terken**** langsung dah, cuma dia dah boleh bangun lebih cepat bila ada rasa nak ke toilet tu. Even kadang-kadang dah terkucil sikit. Dah basah seluar tapi dia tetap akan bangun dan lari-lari anak ajak gi toilet.

Tapi malam tadi memang Tina sendiri yang tak nak pakai pampers. Last susu sebotol 12oz pukul 12 lebih tgh malam. Nak menyampaikan pukul 1.30 pagi, 2 kali bangun gi toilet. Mama pulak sedap sangat tido malam tadi. Nasib baik Tina kejut.

Pukul 4 lebih mama tersedar. Tina mintak susu. Mama buatkan 8oz je, sambil pakaikan dia pampers. Sebab tengok dia lena sangat tido. takut tak terjaga kang nak gi toilet. Setengah jam lepas pakai pampers, Tina bangun dan menyangkung kat hujung kaki abah..

Terperanjat..mama tanya, Tina nak pergi mana.."Tina nak be***".. mama macam pelik2 tapi mama biarkan je. Sekejap tu dia datang balik kat mama cakap..

"mama, pampers dah penuh.."
Mama rasa pampers..cuma ada sikit ken**** je. Tapi sibuk dia suruh bukak.
"mama, bukak la pampers ni. Dah penuh. Nanti hancing"
hehehe..geli pulak hati mama dengar :)

Mama bukak kan je la. So sampai pagi dia tido lena. Tak terkucil..tak menyusu..

Hmm..rasanya Tina dah bersedia nak diaper free waktu tido malam. So mama kena la sabar lebih sikit. Korban waktu tido untuk aturkan dia gi toilet. Hopefully menda ni boleh berjaya awal sama macam daytime punya diaper free..

Caiyok Tina..mama tolong Tina ye..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...