Announcement..Announcement

Ini adalah blog peribadi mama & family. Apa sahaja yang mama tulis disini adalah hak peribadi yang tak leh sesuka suki dicopy atau dieksploitasi oleh sesiapa sahaja.Kalau ada pengunjung yang tak suka dengan apa yang mama tulis..anda dipersilakan 'BLAH'

Kepada yang sudi berkunjung, terima kasih banyak2..insya'allah nanti mama ziarah blog and juga ye!

Sudi-sudikanlah klik Nuff mama tu ye.. Thanks In Advance!

QEES COLLECTION

  • CCPP Restocked - Stock CCPP yang baru sudah sampai. Kepada yang masih belum mencuba, marilah.. tak rugi anda berbelanja sedikit untuk kesihatan & kecantikan.. Hanya RM60 pe...
    6 days ago

Monday, February 28, 2011

Night Diaper Free Training Journey - Nite 9

Malam ke-9 menyaksikan..chewah..menyaksikan seh..hihihi
menyaksikan yang mama dengan gamblenya tak pakaikan tina diaper terus.
Rasanya beberapa malam sebagai percubaan cukup untuk mama jadikan ukuran berjaya atau tidaknya journey ini.

Jadi mama awal-awal dah sediakan kain batik untuk mengalas jika tina membasahkan comforter doranya malam itu. Dia tidur dengan lenanya tanpa diaper. Mungkin dia sudah terasa selesa tanpa diaper. Jadi dia lebih mudah terlelap.

Mama pun.. macam yang mama cakap. Kadangkala letak je kepala..mama pun hanyut sekali. Tapi dalam pukul 5 lebih ke pukul 6 lebih macam tu, Tina bangun kejut mama..kata dia nak ken****. Mulanya dia tak mau bangun dari tidur. Mungkin jalu kot.. tapi bila mama pujuk & pimpin tangan dia..ok jek dia terus bangun & jalan ke toilet..

Hinggalah bangun pukul 9 paginya tu..tanpa kebasahan..dan tanpa mintak susu. Bila mata dah celik je pagi..mula la bertalu-talu minta susu. Sebotol..sebotol.. dan bilangan ke toilet sama dengan bilangan botol susu dia jugak..okeh..sihat la tu kan. kang minum tak buang2..payah gak tu..

So, malam ni mama bercadang takkan pakaikan jugak lagi.. kita tengok apa ceritanya esok ye!

1 comments:

Mamamya said...

tahniah tina!!! good girl...bila lah giliran damya n fiqa pulak....