"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Saturday, April 30, 2011

Malam Sabtu Yang Tak Indah Langsung!

Mama nak cerita..

semalam mama tinggal berdua je dengan Tina. Lepas sembahyang Jumaat, lepas asar abah dah bersiap-siap nak gi mancing kat sg melayu..sekolah dia

Dia suh mama tido umah MIL..mama malas. Bkan malas apa..boring ar dok sana tak buat apa2. Boring2 kat umah sendiri tu lain jugak kan..

So malam tu kami tinggal dua beranak. Lepas maghrib je mama dah on alarm.
makan berdua.. main berdua..tido berdua..

Pagi tadi..mama call abah..
katanya tak tau lg nak balik kul berapa. Mama pun siap2.. start kancil dan vrroooommm.. sempat gi bank pastu singgah umah MIL sebab SIL mama ada kat sana..

Masa nak naik kete tu Tina sempat sebut
Tina : "mama kita pegi cari mak ye.."
mama kata : " Isy..abah kan sekolah.."
Tina : "mama dengan kakak naik kete atuk. Pergi umah zulaikha. kakak nak cari mak"
mama kata : "abis abah?"
Tina : "abah sekolah sayang"

There..korang faham tak?
Maksud Tina, dia ajak mama naik kete kancil atuk, pergi umah zulaikha kat perak sana sebab dia nak cari mak. Cuma dia dengan mama je la. dia kata abah sekolah..means abah tinggal.

see.. Tina pun tau nak tinggalkan abah ye..sebab abah tinggalkan kita!

Baru mama siap makan nasi tengahari..(waktu tu dah petang).. abah pun call..haish..dah balik pulak.. so mama cepat2 makan & start kete balik rumah..

Moral of the story:
Nasib baik mak & abah mama kat perak tau. Kalau tak memang petang tu jugak mama start kancil balik rumah mak. Biar abah tau camner rasa bila kita tinggalkan dia kan Tina..

Thursday, April 28, 2011

Tangan-Tangan Seni Yang Pandai Membaking Sekelian.. Tolong Saya!!

Haih.. ni n3 mintak tolong sesaja la ni..

Mama ni tangan keras.. tak pernah buat kuih yang cerewet2 mcm kek bagai tu..huh..tak pandai la weh

Pastu kan..mama nak tanya,

kalaulah resipi tu sukatan dia dalam gram.. tapi mama ni nan ado la timbang2 kuih sekelian tu.. (aritu ada..tapi ntah mana mama sumbat..cari balik tak jumpa)

Boleh sesape ajar tak camner nak tukar sukatan yang gram tu kepada sukatan cawan ke pe ke..

eh..sesuka hati mama jek ek..

Boleh ke? Ajarkan.. Please!!

Tuesday, April 26, 2011

Monday, April 25, 2011

Bila Tina Asyik Tanya : Mama, Mak Mana?

Mak & abah mama dah selamat pun naik bas ke Perak Pagi semalam. Pukul 10.30pg kami hantar ke stesyen. Tina pun ok jek mama tengok. So, takde la adegan sedih drama air mata kat sana. Sampailah bas bergerak tinggalkan stesyen..

Bila nak pegi kat kereta je, Tina dah mula cebik2 muka..tanya2 ..kenapa mak naik bas? Mama cakap la, mak nak pegi rumah Zulaikha (nama anak adik mama kat perak tu)..Allah..dia nangis. Merah2 muka.. tapi suara tak dengar. Cuma air mata je menitik2.. aduh..

So, masa nak kuar stesyen bas tu, bas yang mak & abah mama naik tu kat depan kami.. so mama ambik la gambarnya. Simpan kat hp

Sepanjang hari..Tina asyik la tanya..

"Mama..mak mana?

Mama jawab, " Mak kan pergi rumah Zulaikha"

Haaa.. dan dan tu jugak dia nangis korang! Aduh.. Mama pulak yang sedih tengok..



Malam tu.. Tina tanya lagi..nangis lagi..entah kali ke berapa
Mama sms hp abah mama, abah mama kata ada baju mak yang pagi tu kat penyidai bilik. Mama pun amik..kasi kat Tina

sedihnya korang..dia terus peluk..cium2 baju tu..selimutkan baju tu kat kepala dia sambil baring menangis..kalau korang la..tak sedih ke.. aduhai..mama ingat dia ok..rupanya dia sangat2 terasa mak & atuk dia takde


Ni dia bukan tido tau korang..dia tengah nangis. Baju mak mama dia letak kat kepala dia. Mama yang snap gambar ni pun tak leh tahan..nangis sama



Abah masa ni tak de. Gi sekolah sebab ada urgent keje nak kene hantar pagi ni (isnin). So masa abah balik mama cite.. sekejap tu abah pulak jadi tempat bertanya.. mak mana? Aduhai korang..kami sesama pandang memandang.. dalam hati tuhan je tau.. sedih giler!!

Mama yang menaip n3 ni pun.. basah2 lengan baju..asyik kesat mata jek. Susah la kalau budak kecik yang rindu. Bukan faham dicakap pun. Sehari berpuluh kali tanya.. Mak mana?

Korang pun mesti pernah kene kan macam ni.. aduhai..sedihnya hati bila tengok anak macam ni korang..

Oklah..tu je la yang larat mama nak update pagi ni.. tak leh nak menaip dah. Asyik nak lap air mata je..letih la..




Gambar bas yang mak & abah mama naik semalam pagi. Gambar ni la jadi pengubat rindu Tina.. semalam pun entah kenapa, mama nak sangat snap gambar ni.. hati seorang ibu kan..macam tau apa nak jadi..





Satu lagi gambar untuk pengubat rindu Tina..


Owh..lamanya rasa nak tunggu mak & abah balik JB semula. Janjinya pergi untuk 2 bulan korang.. 2 bulan tau.. bukan 2 hari..bukan 2 minggu.

Mama ni pun nampak je ok.. tak mo nak tunjuk2. Kang kalau Tina nampak mama nangis.. dia lagi sedih kan. Semalam pun masa dia nangis, mama nangis gak tengok dia. Dia pulak yang datang kesat air mata mama dengan tangan dia.. huwaaa... lagi la takmo benti korang air mata tu turun!

"First Giveaway Umidanish",





Saturday, April 23, 2011

Jom Sarapan!

Ni menu sarapan pagi nih..





jemput2 pisang & kopi o

Untuk abah pagi tadi pun bekalkan jemput2 pisang jek buat sarapan. Arini kan sekolah.. :)

Jom..jemput sarapan..

Friday, April 22, 2011

BEST BUY

Mama nak war-warkan yang diblog

QEES COLLECTION

sedang buat jualan "BEST BUY"

Banyak harga barang yang didiskaunkan

Jemput jalan2 ke blogshop mama

Pertama Kali Mama Perdengarkan, Tapi Ni Bukan N3 Riak Ye..

Firstly, mama nak cakap yang mama takde niat nak menunjuk2
Mama cuma nak kongsikan kegembiraan hati mama je

Mama dah agak lama mula ajar Tina mengaji. Tapi budak2 kan..korang faham2 je la. Kadang2 dia nak..kadang2 tak nak. Kadang2 nak sekejap jek. Kadang2 pulak sampai nak bukak Al-Quran..

Ini gambar Maghrib semalam




Perlukan sedikit ketegasan nak buat semua ni. Lidah yang lembut tu perlu di latih perlahan2 kan..kalau tak nanti susah juga bila dah sekolah.

Bila mama "cuti", abah akan ambil alih ajar Tina. Bila atuk datang, pas sembahyang maghrib..atuk akan ajar.

Tina ni patuh dengan sape je yang jar tapi..dengan mama dia takkan main2 punya. Mama bukan ajar lama pun..sekejap je.

Okeh la.. Ni video yang mama nak share tu. Mama amik curi2 ni. Last2 Tina perasan jugak.. tapi mama bukan nak riak ye korang..




Photobucket

korang klik je la gambar kecik nih..kang kuo photobucket punya site tayangkan video. Nape ntah ikon video blog nih tak leh guna..asik2 kata eror jek..




Alhamdulillah..syukur pada Allah. Sejuk je hati dengar suara Tina yang halus ni mengaji. Berbaloi rasanya mengajar dia hari2..

Mama cuma ajar macam biasa je. Cuma mama nak kukuhkan asas huruf dulu. Bila dah betul2 kenal huruf barulah boleh procees ke bahagian lain. Nanti kalau tak arif dengan huruf susah nak mengaji Al-Quran..itu pengalaman mama

Apapun caranya, yang penting anak-anak dapat ikut dengan mudah. Bukan nak suruh dia pandai cepat..tapi nak susuh dia faham dan kenal. Kang kalau kita terbalik2 kan huruf pun dia boleh kenal itu huruf apa..mcm tu la abah mama ajar mama dulu..

"Ya Allah, Berilah mama kesabaran yang lebih, supaya mama akan lebih sabar mengajar ilmuMu. Hanya Kau maha mengetahui apa yang tersirat dihati seorang Ibu Ya Allah..Amin"

Kalau korang ada cara2 yang berkesan, jomlah share dengan mama..sharing is caring kan.. :)

Thursday, April 21, 2011

Diariummi Giveaway


Mama ditag untuk memeriahkan GA oleh MamaNajlaa..

Jom la Nad@mama zakwan & Diella @ummiacha
kita join..

Monday, April 18, 2011

Mari Belajar ABC Cara Lain Pulak.. :)

Tak adalah lain mana pun caranya. Cara yang lama jugak. Cuma baru hari ni nak dipraktikkan pada Tina.

Sebenarnya idea ni datang masa tengah mengemas. ABC lekat2 ni dah lama terbentang dalam bilik Tina. Cuma dia tak pernah la tanggal-tanggalkan.

Bila dah penat mengemas, mama tengok Tina dah ambil semua huruf dari bloknya. Jadi kat situlah timbul idea ni

Mama suruh Tina lekatkan semula huruf pada bloknya. Sambil suruh dia angkat mana2 huruf yang mama sebut.. hehe.. berpusing2 kat atas tu.. tapi siap juga akhirnya.

Sebagai penutup pembelajaran, mama suruh dia sebut ABC hingga Z sebanyak dua kali ulang..

Good Girl!








Tina nampak seronok sangat bermain dengan huruf2 ni. Mama rasa kena cari huruf2 kecil pulak. Yang ada ni semua huruf besar (capital Letter).. agak2 korang kat mana ada small letter block yang besar2 mcm ni ek?

Friday, April 15, 2011

Redjambu first giveaway


Kawan2 ku sekelian..do me a favour please, saya join satu GA diRedjambu Store.. tolong vote status saya dengan klik "LIKE" ..please..please..

Apa yang perlu anda lakukan:

1) pergi ke link ini:.

http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=203302886368415&id=1368178150

2) Please klik "LIKE" pada status saya yang join GA tu

Itu sahaja..thanks a lot!!


P/S - Jom la join. Nak join tak?.. Klik SINI.. Hadiah dia besh2 tau. Tak caya cuba pegi klik & tengok..rugi oo tak join..

"MAMACHIA 1st GIVE AWAY"

Pagi2 lagi sudah di tag oleh MamaNajlaa aka Lelord untuk join sama..hoho







HADIAH UTAMA


Dan banyak lagi hadiah-hadiah sampingan yang lain!!

JOM JOIN!

Nak Tag :
Mamalieyna & Mummy Ayu

Tuesday, April 12, 2011

KeranaMu..Owh..Raket Badminton

Datuk Misbun Sidek tak jadi quit jadi jurulatih badminton negara kan?

Ha.. ni ada anak murid dia baru daftar nama

Hai la..ntah apa2 la Tina ni

Kat rumah MIL, digasaknya bergaduh dengan anak SIL >>>> pasal raket badminton

Berpukul2.. melalak2..

hish tak kuasa betul la

so, gi Tesco..mama lambakkan dia dengan raket kat dalam troli

mana tau dia cuma pilih nakkan raket plastik ni je la..

kussssmangat..selamat duit mama ko Tina..hahaha






Haih..dia punya senyum mcm baru lepas menang piala Thomas korang..hehehe...







Tengok la tu..bajet berdiri depan wartawan la..hahaha...



Anak2 kan korang..selalu macam ni

Tak kisahlah.. jangan dia melalak sudah..

sempit la rasa dunia ni kalau dia melalak..

:)

Dari 1 ... Menjadi 2

Pepagi nih..

bawak-bawaklah citer menarik buat membukak mata yang mengantuk ye tak?

Apanya?

Mama ada BE baru kat nuff!!!! Hoye!!

So sekarang mama dah ada 2 BE korang..

Sukanya..

walaupun earningnya takde la se'vass' earning BE blog lain kan.. huhu daku mengerti

Tapi se'sen' dua tu pun jadilah dari takde

Ha..apalagi..

Tolong la klik yang di atas tu

Terima kasih

Sunday, April 10, 2011

Uiiiii... Ramainya Orang...

Ni alkisah breakfast pagi tadi

Ini jugak agenda yang tertunda makan taun gak la korang

Nak sangat merasa breakfast kat McD, tapi tak terpergi-pergi la jugak

Macam la duduk jauh kat pendalaman..

tapi ntah la..baru pagi ni sampai seru nak ke sini



Sesampai kat McD ni..Allah ramainya manusia..banyaknya kete

Sampai nak parking pun punya susah

sib baik ada kete nak kuar..perghh..slamat..





korang tengoklah..ramainya manusia. Nak snap keadaan dalam McD ni..kang marah pulak org2 lain..hehe tapi siyes..mmg ramai




kakak Tina yang dipaksa bangun pagi dek melayan keinginan mama nak breakfast kat McD..hihi





saja nak tayang..bukannya banyak pun kami order..itupun beratur hampir 1/2 jam




saja nak tayang lagi gambo abah..thanks yang..sudi beratur lama..luv yu lah..



Sebaik jek menjamah hidangan breakfast ni, mama terfikir apasal la begitu ramai orang yang suka nak breakfast kat sini ek?

pada tekak mama.. tekak mama tau.. takde la sedap mana pun. ntah apa rasa dia..

Tapi dek kerana teringin..pergi jugak.

Kang takdelah kejakunan melanda anak beranak bila orang citer breakfast McD.. huhu

Hmm..so harap2 tekak ni takdelah teringin lagi nak breakfast kat sini

Buat scramble (eh..cenggini ke eja dia..ah..blasah la..)

kat rumah lagi sedap la..

Cuma.. sesambil sarapan dapatlah tengok2 sekeliling.. tengok2 orang..kanak2 berlarian..

Tina pun seronok sangat.. sesekali kan..

Ok la tu..

Bagus Betul..Belum Sambutan Bulan Kemerdekaan Lagi..

Ye betul..

Belum pun sambutan bulan kemerdekaan berlangsung, Tina dah start nuture semangat patriotik dia dah.

Sepanjang hari main dengan bendera. Sampaikan nak nap pun nak mama bentangkan bendera sebagai alas

Ikukan je la.. suka hati la nak..asal bahagia :)


MamaZakwan's Birthday Giveaway


Jawapan untuk soalan cepu emas Nad :


Jika saya ada RM50, saya teringin nak kasi RM50 tu sebagai bayaran pendaftaran kelas cupcake sebagai hadiah besday Nad@MamaZakwan sebab nak suruh dia expert buat cupcake untuk persediaan birthday tahun depan pulak so pemenang GA boleh la dapat cupcake free on their birthday pulak..hehe..boleh gitu Nad?


Tak payah tag la.. mama nak ajak semua orang yang baca post ni join GA Nad..JOM!


Sesape nak join sila la klik banner cupcake yang cantik comei kat atas tu ye..sila..sila..

Saturday, April 9, 2011

Orang Lain Yang Menang..Orang Lain Pulak Yang Lebih-Lebih..Huhu..



Itulah dia orangnya..
huhuhu...

Abah menang cabuan bertuah, Tina yang lebih2 bergambar
hehe..biasalah Tina

Friday, April 8, 2011

Tina, Buku & Learning Wallnya

Mama nak kongsikan aktiviti terbaru Tina di Learning Wall dia ni ha

Lately ni Tina suka sangat dengan sticker. Even few month ago dia buat dek je dengan sticker2 sekelian tapi sekarang ni pantang nampak sticker.. nak melekat sticker saja keje dia

So secara automatiknya, setiap kali keluar ke Tesco, C4, Giant ataupun Jusco.. bukan kita tarik tangan dia pergi kedai buku..dia pulak yang tarik tangan kita masuk kedai buku..sabo ajelah.. alhamdulillah

Bukan senang kami nak nuture semangat sukakan buku nih kat dia. Awal2 dulu kami akan luangkan masa 10-15 minit dalam setiap kedai buku setiap kali keluar jalan-jalan. Masa tu Tina kecik lagi

So sekarang ni dah nampak hasilnya usaha itu..leganya..sejuknya hati tengok dia.



Dan dia pun ada favourite book dia sendiri. Setiap kali masuk kedai buku dia akan pusing semua section..then melekatlah kat childrens book punya section. Mama je belum berkesempatan snap2 gambar dia & ragam dia di kedai buku..nantilah..

Biasalah kanak-kanak, buku bergambar terang & eye catching memang menjadi pilihan. Antara yang selalu Tina pegang adalah : Upin Ipin, Thomas, Toy story, strawberry shortcake.. thats a few of them la

Bagusnya Tina ni, kalau sekali kunjungan ke kedai buku.. dia hanya akan pegang sebuah buku sahaja. Mula-mula akan pegang beberapa buah.. then bila dia bawak kat mama & abah, kami akan aturkan semua yang dia bawak dan suruh dia pilih sendiri..HANYA SEBUAH SAHAJA..

So, end up sekarang ni dia hanya akan pegang sebuah buku yang paling dia suka.

Dan buku2 yang provide sticker menarik akan menjadi keutamaan dia buat masa ni. Orang tengah minat kan.. :)



So, biasanya kat giant kan ada section buku2 cerita yang harganya RM0.99 sebuah tu kan? Perasan tak? ha.. kami akan ambil sebuah sesekali untuk bacakan pada dia

Sebab kami tengah nak pupuk minat membaca pulak. Kami sedang usahakan..insya'Allah. Yang penting kami sama-sama (mama & abah) usaha..bukan salah sorang jek..kene sama-sama ye..lebih mudah anak mengikut..insya'Allah





Ini gambar Learning Wall bahagian bawah yang hampir penuh dengan tampalan sticker






See..banyak kan.

Ada yang dia dah bukak semula dah pun. Bila dia nak tampal sticker baru, sticker yang rosak2 mama ajar dia kopek & buang dalam bakul sampah

Kalau tak memanjang je la asyik terpijak sticker merata ruang tv. Sampai melekat2 kat baju pun ada korang..

Hehe..

Kalau korang ada cadangan lain yang bernas, bagilah..mungkin mama boleh gunakan ke..
SHARING IS CARING kan..
:)

Thursday, April 7, 2011

SCA Nak Guna Gambar Tina Utk "Parenting Circle" Diorang.. Yeay!!

Mama baru dapat call pagi ni dari Jasmine, SCA yang mintak izin nak guna gambar Tina untuk diorang punya " Parenting Circle" terbaru..

Rupanya diorang ada browse blog mama dan 'terberkenan' dengan gambar yang satu itu

Mama? Off course la suke! Mama pun mintak izin dengan abah dah. Abah setuju.

Thats' just a piece of phone conversation jek la. SCA akan email mama katanya untuk bagitau gambar Tina yang mana menjadi pilihan diorang..

Hehe..mama suka sangat harini. Hajat nak tengok gambar Tina dalam parenting circle Drypers hampir menjadi kenyataan..

Thanks for the call ye Jasmine!

It cheer up my day




Tuesday, April 5, 2011

Candid Fitting Room!

Hehehe..fitting seluar jeans kat Tina jek la korang

Almaklumlah anak dara sorang ni kan dah kusmangat badan dia

seluar2 jeans dalam simpanan dah sedang2 elok jek

ada yang dah ketat pinggang dia pun

setiap kali pakai mesti merah2 pinggang anak dara mama

so balik kota aritu kitaorg pusing kedai cari seluar jeans murah utk dia

nasib baik ada..





sempat gak dia mengheret sehelai t-shirt toy story

mama sempat sambarkan dia sepasang selipar murah

sorry, selipar lupa nak ambil gambar



Haish..anak2 tengah nak membesar ni

kadang2 baju2 tak puas pakai lagi dah tak muat

so mama ambik pelajaran dari sana

jangan tamak beli baju seluar dia!!

Monday, April 4, 2011

Terkenang Semasa Dulu...

gambar pinjam kat yahoo images



Korang kenal jering tak?

Ye..ye..gambar yang diatas itulah jering

first gambar tu jering muda. sesuai buat ulam

Tapi yang kat atas ni lebih mesra dipanggil "jering kelambak"

Apasal? sebab ianya dikopek kulitnya, dilambakkan atas tanah, kemudian di tutup..dengan tanah

la jugak..takkan dengan plastik plak kan..

Bila dia dah berakar macam ni

Bau dia perrrggghhh...

sekampung boleh sampai korang..

baunya sungguh kuat

jeringnya dah jadi kaler hijau2 gitu

melambangkan kesedapannya

yang sehingga menjilat jari tu






Ha..yang ini pulak bila sudah disambalkan.. perrghhh sekali lagi

menitik air liur mama bila terbayangkan keenakkan rasanya


Alkisahnya..
Dulu mama & family bukannya orang senang. Kami tinggal kat kampung. Faham2 je la..nak berlauk selalu memang tak dapatlah. Masa tu abah mama gajinya kecik. Dengan kami sekolah lagi.

Jadi bila tiba musim jering.. kamilah paling happy. Sebab apa? sebab akan dapat makan berlaukkan sambal jering. Hehe..kesian kan..dapat makan sambal jering pun macam dah tak terkata gembiranya

Mama & sepupu sekelian akan merayau sekitar kebun atuk mama untuk cari jering kelambak nih. Dulu banyak korang..terabur kat mana2. Maklumlah pokok jering tu kan tinggi..bila buahnya yang tinggi tu dah tua..tak dapat diambil sebab ketinggian yang melampau..ia akan gugur bertaburan disekitar pokoknya..sampai jauh2 pun ada korang..

Kadang-kadang kami cari sama2..bersihkan & potong kecil2 sama2..dan salah seorang mak akan masak. Pernah kami masak dengan kawah dodol korang.. huhu..alangkah indahnya kenangan itu

Lepas masak bahagi2..sama rata. Semua orang dapat..semua muka happy. Tak sabar nak bawak balik makan dengan mak abah masing2

Tapi sekarang ni jering dah kene beli kat pasar lambak. Tak ramai penjual yang jual jering kelambak macam ni. Susah sangat nak dapat..

Nasib baik mama dah ajar abah makan benda2 macam ni. Kot tak..susah lah mama nak makan menda2 macam ni kan. Korang faham2 je la..baunya kuat..boleh buat toilet & satu rumah berbau..pesing jek!

Agak-agaknya nanti 10 ke 20 tahun lagi..anak-anak mama dah tak kenalkan jering..apalah lagi pokoknya..kan korang?

Eh dah la korang.. layan jek la gambar jering nih..

Korang Dah Jelaskan 'CUKAI TANAH' ke Belum?

Nak tanya ni..

kat sesape yang ada rumah la.. yang belum beli mungkin boleh ingatkan family2 yang ada rumah

DAH BAYAR CUKAI TANAH?

Mama & abah baru je tadi jelaskan cukai tanah



http://www.ptgwp.gov.my/index.htm

Jom jelaskan cukai tanah sebelum 1 Jun setiap tahun weh!


Saturday, April 2, 2011

Muncul Akhirnya BE Baru!!

Penat mama tunggu

dah lama BE baru tak sudi berjoget kat blog

pagi ni..amat gembira ok

BE baru mama sudah berada diatas sana..

sila la klik2..

:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...