"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Saturday, August 27, 2011

Menang Voucher Giant!!

Alhamdulillah

Rezeki Ramadhan :)

Baru jek sampai pagi ni



cover letter








Respond kat topik2 dalam club ni la mama dapat voucher tu rasanya





Ini voucher dia.. :)
RM20 pun dah alhamdulillah da kan..sape nak kasi duit free2 RM20..hihi


Huhu.. 20 org jek terpilih rupanya.. mama baru check website. Nak tengok sape lagi yang menang:


Friday, August 26, 2011

Salam Aidilfitri Dari Kami Bertiga


Khas buat semua


"Andai ada tersilap kata, perbuatan & tulisan, sengaja & tidak.. Mama sekeluarga mohon ampun & maaf. Tak terniat menyinggung sesiapa dialam blog ini. Sekadar berkongsi kisah kehidupan. Semoga hari raya yang bakal menjelma ini memberikan sinar & kebahagiaan buat kita semua.. "




Minal Aidil Walfaizin

Thursday, August 25, 2011

Satu Lagi Pengalaman Baru Buat Tina - Ear Piercing ( Tindik Telinga)

Unbelievable??
Sila lah percaya..

Dua tiga hari lepas mama & abah bawak Tina return to Jusco Bukit Indah sebab nak cari selipar dora dia. End up..tak jumpa pun. Mungkin dah habis.

Lom putus asa kami jalan semua kedai kasut. Pun takde jugak..sian Tina

Dalam pada melilau2 tu mama terpendangkan Poh Kong. Teringat seorang kawan, Farahnii Johari yang tindik kan telingan anak dara dia Zahra kat sini. Katanya RM15 jek..

Bila mama signal kat abah, mula2 abah mcm tak setuju..sian Tina. Takut Tina nangis. Tina ni kalau nangis kan pattern yang muntah2 bagai. Siyes risau gak. Tapi mama cakap kat abah. Lets say if masa tengah tanda2 telinga tu Tina takmo dah..okeh..kita reject.

Firstly kami consult dia dulu. Tanya if dia nak tindik telinga macam mama. Dia kata nak. Kami kata lagi..sakit sikit ok tak? Kata dia ok..

Okeh..masuklah Poh kong. Orang Poh Kong tu pun pandai gak. Dia tak tunjuk pistol tindik tu kat budak. Dia suh pilih earring dulu. Tina pilih earring bulat silver. Okeh la not bad pilihan dia..

Selesai pekerja tu tanda telinga, mama suh abah check..takut tinggi sebelah ke pe kan. Agak susah nak pastikan kedudukan tanda tu sebab telinga Tina ni jenis "menadah" kata org tua2.. 4 ke 5 kali check..ok lah..sure..cun

Tiba masa nak tembak, pekerja sembur apa ntah yg sejukkan telinga tu kan.. Tina terkejut sket tapi dia ok. Bila dua pekerja tu sedang aim kat tanda yang dibuat mama peluk Tina dari belakang sebab mama tau dia akan terkejut..

Dia leka tengok buku masa pekerja tu kira..1..2..3 dan..pom tembak!













Tina terkejut. Buku dia terlepas dari tangan & dia terus pusing ke belakang..peluk mama kuat2. Aduhai siannya anak mama..sorry sayang..

Mama cium dia..ajak dia keluar dari kedai & tinggalkan abah bayar.

Huhu..merah korang telinga dia.. siannya.. muka dia pun merah sket. slow2 rasa sejuk tu hilang..akan rasa sakit sikit kan.. dalam 10 minit gak dia macam terkedu.. sian sangat siyes..


Macam ni la muka dia lepas2 tindik tu.. muka sakit..tapi dia tak nangis and tak kata apa2 pun..





Ini few minute after gambar yang atas. Dah okeh sikit. Dah boleh senyum & makan donut big apple







See..Tina is officially pakai earring dah. Very good girl.

Malam tu pun dia tak meragam langsung. Tak de la usik2 telinga ke pe. Bila dia tidur mama titikkan dengan minyak abu dakam..

Dah masuk hari ke 2 & ke 3 arini, pagi2 mama titik minyak & pusingkan pelan2 earring tu. Bimbang juga kalau2 ada darah dalam lubang earring. Nanti melekat pula earring dengan lubang dia..

But so far alhamdulillah ok. Bila mama tanya Tina kata dah tak sakit dah. And dia akan selalu cakap..

"kakak dah sama macam mama"

Ye la sayang.. sama dah. Dah ada earring.


Mama & abah was so proud of you my dear..

Tuesday, August 23, 2011

Berjaya Mengharumkan Rumah..

Ayat penuh..
berjaya mengharumkan rumah dengan bau kuih raya yg dibakar sendiri..huahuahua...


Ala..gurau2 pun tok leh tau..bukan apa selama bertahun lepas..mama ni malas beno nak cuba buat kuih raya sendiri. Asyik la mengharapkan mak & MIL mama jek yang buat kuih. Mama tolong gitu2 jek..dah tu dengan tak malunya amik kuih korang..huhu..

Tapi tahun ni mama berjaya juga turun ke dapur sampai sakit2 pinggang buat kuih raya. Barulah faham perasaan pembuat kuih raya sekelian. Huhu..penat tau..

Dan mama cuma pilih 2 resepi kuih dari KONGSI RESEPI untuk dibuat.. mama tak share dengan korang resepi dia la..kalau nak gi google kat kongsi resepi.. berlambak2 resepi kuih ada..

Jom tengok rupa kuih raya mama.. hukhukhuk..




Ini biskut nestum namanya ye kawan-kawan..huhu. okeh tak? mama lupa yang kat rumah ni takde acuan kuih. Nak senang mama bulat-bulatkan dengan sudu pastu penyekkan sket dengan garfu.. senonoh juga rupanya tu..

Mama bakar kasi rangup sket lah sebab kalau tak for sure abah & Tina tak suka nanti. Kami memang suka yang rangup & yang momtot kuih coklat2 gitu..crispy weh..






Yang ini cornfalkes rollerball..tapi dok dlm paper cup.. :)














Ha ..yang ini mama tau dah silapnya. Kalau buat kuih bercornflakes..jangan letak cornflakes kat dlm adunan..nanti masa bakar dia mesti rasa lemau. Mama ada cuba sket..rasanya tak crispy la..

But yang lain2 memang mama bulatkan dengan sudu..golekkan dlm cornflakes..pastu bakar..okeh la..syiok gak.


Sejak jek buat kuih raya..Tina pagi2 bangun akan mintak sekeping dua.. :) especially biskut nestum. dia suka sangat..

Mama dah bagi MIL, kakak ipar mama.. anak2 sedara abah rasa..diorang paling suka kat biskut nestum.. :)
i like lah..

so.. next time bolehlah google resepi yang lain plak ek..










Monday, August 22, 2011

Orang Lain Sibuk Nak Beraya.. Kami?

Yes..yup.. memang betul. Orang lain dok sibuk buat persiapan akhir sebelum beraya nih. Kami plak dok sibuk mengejar date nak enroll Tina masuk tadika untuk tahun depan. Bukan apa.. nak dapatkan dia tadika untuk sebelah pagi sebab tadika tu ada 2 sessi. Pagi & tengahari..


Kami dah pergi ke Tadika Nuri Taman Universiti ni last week untuk sessi bertanya2. So this week sebelum beraya mama & abah memang dah plan siap2 nak "cop tempat" dulu untuk Tina. So last week kami dah tanya la pasal bayaran2 semuanya. Segala mala apa nak tanya semua kami dah tanya. So fikir punya fikir.. kalau dah Tina pun memang pilih nak sekolah kat sini.. baik cop tempat dulu je. Almaklumlah..nanti kang bila dah naik cuti raya abah dah sibuk dengan UPSR lah..apa lah..takut terlupa.

So, macam biasalah upon registration tu dapat uniform siap2. Sengaja amik extra sepasang..in case hujan ke pe..

See.. ini uniform dia..



actually mama macam baru tersedar yang anak mama dah besar..nak sekolah dah..she's 5 years old next year..how times flies







Uniform, PA attire & cap






Tengok la muka dia..macam dah ready sangat nak sekolah.. :)






Memang dia betul2 gembira.. :)






Cute pose untuk mama & abah..






Macam mana abah macam tu la anak dia kan..sama2 montel gitu.. :)
I love both of you very2 much..





3 of us

Tak settle lagi tu payment sekolah dia. Cuma cop tempat jek dulu. Balance will be paid very soon lah. .

Doa2 sangat semuanya akan berjalan lancar. Tina yang nak sekolah mama pulak yang risau fikir. Takpelah..mama akan cuba sedaya upaya sediakan dia untuk ready for school..

Nothing should be worried off kan.. normal la semua budak kene pegi sekolah :)

Saturday, August 20, 2011

Sakit Perut La..

Mama tak sure apa yang salah makan masa berbuka semalam.. ini menunya :

2 teguk air teh panas
suku cawan air katira (cawan tau..bukan gelas..tu pun tak habis)
2 keping roti jala bersama kari daging
2 potong puding
1 sudu besar pulut kuning juga bersama kari daging
air sirap sejuk
Buah : rambutan & pulasan beberapa biji

ha..tu je menu semalam. Mungkin sebab dah lama tak makan kari kot.. sebu je perut. Sejak berpuasa ni mama memang tak de lagi makan lauk kari..

Kul 12 malam tadi terasa sangat sakit. Angin macam berpusing2 dalam perut. takmo keluar.. nak muntah pun ada..

Sampailah pagi bersahur ni.. sekali sekala perut masih terasa mencucuk2.. adoyai..

Semoga mama kuat semangat & ok je nak berpuasa hari ni. Kalau agak2..cirit birit kang terpaksalah dipertimbangkan utk berbuka ke pe. Ni pun terasa pening mcm nak pitam jek dek perut yang terlalu sakit..

Allahuakbar!!

Wednesday, August 17, 2011

"Kita Nak Pergi Mana Ni Mama?"

Huhu..korang tau je la kan..Tina ni memang tersangatlah banyak bertanya. Sebaik sahaja bangun tidur..hinggalah dia tidur semula, mulutnya takkan diam. Ada je soalan dia..

So tadi petang lepas abah balik sekolah, mama riki2.. tanya abah bila nak gi cari persiapan raya Tina. Satu apa pun kami tak beli lagi utk dia. Cuma 2 pasang baju kurung jek yg dah siap mama jahit (ngelat disitu..leher mak mama jahitkan)

Bila abah bagi green light, lepas asar kami pun keluar. Tempat tujuan..? Jusco Bukit Indah. Yang si Tina sibuk bertanya..

Tina :kita nak pegi mana mama?

Mama : kita nak pergi Jusco Bukit Indah

Tina: Jusco Bukit Indah? Nape?

Mama : Kita nak cari baju raya Tina..kasut raya Tina..

Tina : oo..baju raya..


Kami tak lah meround sangat sebab dah tau tempat yang nak dituju.. Cartoon Planet. Sebab 2 hari sebelum kami..kakak ipar mama dah meround dulu beli baju raya hero2 dia. So dia dah tengok la mana sales..mana tak

Lagipun dia ada belikan sehelai t-shirt untuk Tina. Mama & abah berkenan dengan kualiti kainnya. Harganya pun berpatutan. Sesuailah untuk mood beraya kan.. :)

Kami terus jek masuk Cartoon Planet dan terus jek dengan usaha mencari baju2 gegirl yang sesuai utk Tina..

Bukan senang okeh mencari baju si budak bambam yang montel nih.. saiznya tu kene very the careful one. Terbonjol disana sini..sian plak kat dia.

Dekat setengah jam gak kat dalam tu. Baju2 yang kami pilih tu da siap2 dicuba sekali. Bukan apa..jangan dah balik nnt baru menyesal bila baju tu ketat kat dia.

Mostly yang kami pilih tu girl t-shirt. Kaler ceria riang la. And paling best sekali bila akhirnya kami berjaya jumpa gaun yang sangat selesa & nampak sangat comel bila Tina pakai. Yang penting material dia sangat selesa utk dia yang kuat berpeluh. So next time..mama dah tau mana nak cari gaun untuk Tina..

Dalam pada kami memilih2 tu, sales girl pun beri cadangan mulakan dengan saiz 8 ke atas. Sempat dia tanya..

Sales Girl : umur dia 6 tahun ke kak?

Mama : Ha? tak lah..baru 4 tahun

Sales girl : ???? Ingat dah 6 tahun. Badan semangat

Mama : (senyum jek).. dah biasa dengan ayat2 macam tu..


Selesai di Cartoon World kami beralih ke Jusco pulak. Mencari sedikit baju harian Tina. Semua T-shirt yang bersaiz 7-8 ke bawah yang ada kat rumah memang dah sendat2 sangat.. slow2 la kene restok baju dia. Pun tak boleh beli banyak. Badan cepat naik..

Sempat menyambar 2 helai 3/4 short, 2 helai t-shirt murah

Kami lepas tu bergegas pula mencari tempat untuk berbuka. Dekat food court jusco jek paling senang. Alhamdulillah selesai ramadhan untuk hari ini..

Kemudian kami singgah ke Bata pulak mencari kasut raya Tina.. huhu sekali la dengan mencari sandal raya mama. Abah takmo beli sandal katanya. Cuma mencari selipar biasa untuk dipakai pergi surau. Crocs yang ada dah nipis benar tapaknya. Dan di bata..semuanya kami jumpa apa yang diperlukan.

Penat!!
Itu je yang difikirkan.. nak balik berehat. Tina pun dah sibuk ajak balik.


Mama ada nak mencari sedikit barang lagi tapi tengok lah kalau rajin. kalau tak.. tak payah pun takpe la. Bukan kita pun yg nak beraya sangat. Tina la paling happy..sibuk cerita dengan atuk kisah mencari selipar dora yang tak jumpa.. huhu mama lupa la nak kat mana kita tengok selipar dora tu.. lain kali jumpa kita beli ye..

Penat sangat.. until my next post la ek...

Tuesday, August 16, 2011

Rezeki Ramadhan : 2 Star Letter Lagi Untuk Mama & Tina


Apa perasaan korang kalau dapat mail yang kat depan sampulnya tulis mcm ni? hmm.. terasa macam vvip plak :).. Makin hari makin improved mail dari SCA Hygiene ni.. makin cantik even sampulnya pun.. org yang menerima pun rasa dihargai.. :)




Actually ini ialah PARENTING CIRCLE edisi terbaru dari drypers. Kiranya ni edisi ke-2 untuk tahun 2011 la. Mama dah dok menunggu PC ni dari awal bulan lagi sebab mama dapat tahu awal bulan ogos drypers akan start sent out PC.. tak sabar weh menunggu.. tak sabar nak tengok ada dapat STAR LETTER lagi ke idok.. huhu..



JENG..JENG..
2 star lagi untuk mama & Tina.. huhu..manyak syiok ooo...!!



(1)



(2)

Hantar agak banyak jugak response tapi 2 je yang terpilih..alhamdulillah la kan..banyak la tu 2 star. Banyak la jugak hadiahnya yang nak sampai nanti ye kan.. wallah syiok..


Then mama nak kongsi la sekali kat sini..apa-apa yang terbaru dari SCA & Drypers dengan korang-korang semua. In case la ada yang tak aware kan. Bukan semua orang dapat hardcopy PARENTING CIRCLE nih.. jadi kepada korang yang ada baby.. sila la baca sampai habis entry mama..hihi



YANG PERTAMA :


LAMAN WEB DRYPERS TELAH DILANCARKAN.. jadi silalah luangkan masa jenguk site drypers ni. Apa ada kat sana? Tu kene la korang tengok sendiri.. sape ada baby lagi la berbaloi2 gi jalan-jalan kat laman web ni..

Klik DRYPERS




YANG KEDUA :

DRYPERS dah ada kelab sendiri okeh.. :)
Kelab yang vogue ni diberi nama DRYPERS HAPPY FAMILY CLUB

Yang ni sesiapa pun boleh join sebab ianya terbuka kepada semua. Korang leh nampak kan apa requirement yang diorang perlukan?
Okeh..sila daftarkan diri & anak kesayangan anda sekarang..




YANG KETIGA :

Ini yang paling best.. Drypers pun akan melancarkan SET PENJAGAAN BAYI mereka sendiri. Ada 5 item yang akan dilancarkan. Khabarnya set penjagaan bayi ini boleh didapati di MYDIN selewat-lewatnya OKTOBER ini.. so korang watch out..

Mama pun tak sabar nak tengok live set ni. dalam gambar nampak sangat menarik. Kene beli & cuba.. apa perasaannya pulak kan.. Walaupun mama takde baby kecik..tapi mama ada baby beso..hihi. Mama masih lagi belikan Tina set penjagaan bayi lagi..especially mandian & shampoo. Kalau wipe plak..jangan citer. Memang sejak Tina lahir sampailah sekarang stok wipe memang tak pernah habis.

Baby beso macam Tina tu kalau makan korang faham2 jek la rupanya camner kan..dlm kete ada sebotol wipe..dalam handbag ada wipe..dlm beg baby dia pun ada wipe. Sebab kdg2 bukn Tina jek guna..mama & abah pun guna sekali.. :)







Yang ini close up gambarproduk terbaru. Menurut info yang mama dapat dari Drypers, sape-sape yang namanya memang dah ada dalam database drypers.. kalau korang sign in DRYPERS HAPPY FAMILY CLUB ni.. 1000 applicants terawal akan dapat 2 produk terbaru iaitu wipe & head o toe wash sebagai hadiah..

Diingatkan ye.. hanya mereka yang ada dalam database drypers sahaja.. yang baru nak mendaftar.. rasanya tak eligible untuk dapat hadiah ni..

So, kalau mama cepat..mama mesti boleh dapat. Jadi mama dah siap2 poskan borang semalam lagi..hihihi..




YANG KEEMPAT :


Dalam PC edisi baru ni kan memang dah disediakan SUDUT KREATIF.. Bagi ibu-ibu yang perlukan idea2 kreatif dalam menarik minat simanja untuk makan solid food.. boleh lah refer kat sini. Menu & cadangan yang diberi bukan sahaja berkhasiat..tapi juga mudah dibuat.




Last but not least.. my drypers baby.. qistina


Bila mama terima PC.. dia pun akan sibuk sama. Yelah PC ni memang cantik & menarik minat kanak-kanak tau rupanya.. jadi Tina memang akan sibuk membelek sama.

Bagus kan..bukan hanya dapat hadiah & info2 berguna tapi mama dapat menarik minat si comel drypers mama ni kepada buku & bahan bacaan.. :)

Ini memang gambar spontan snap..

Okeh lah korang..till the next post ye.. :)

Friday, August 12, 2011

COCOA COLLAGEN POWER PLUS (CCPP) >>> Memang Terbukti Khasiatnya


Ramadhan tahun ini mama berpuasa & ambil 1 sachet CCPP setiap kali bersahur. Dan mama paling gembira dengan hasilnya kerana ..ha..macam ni ceritanya..


Ramadhan setiap tahun adalah ujian paling hebat buat mama sebab setiap kali ramadhan.. dari 1st day sampailah menjelang raya mama akan kene ulser mulut. Org kmpung cakap..mata ikan. Dan yang mama kena ni bukanlah pulak mata ikan biasa2 jek.. yang sebiji2..tu pun dah menyakit & menyusahkan nak makan..nak cakap..gosok gigi kan?

Tapi yang mama kene ni mostly lebih dari 5 biji sekaligus. Kadang dia tumbuh dekat2..hingga bercantum2 pulak akhirnya.. sudahnya bibir boleh rasa sampai terjuih pulak menahan sakit. sungguh..tak tipu.

Pergilah klinik setiap tahun..dokte tetap bagi ubat yang sama jugak..takkan pun baik hingga tamatnya ramadhan. Sebab mama biasa alami panas dalam yang sangat tinggi. Ditambah apabila puasa..kita kurang minum air..itu amat menambah perencah panas dalam yang dah sedia tinggi tu la kan.. huhu

Last few years.. 2002 ke 2003 punya ramadhan paling menguji bila mama kene ulser mulut yang merebak hingga ke hidung. Dah tak rupa ulser..rupa kudis pulak. Tapi ia adalah ulser yang bercantum2 & merebak. Aduhai..tuhan je yang tahu sakitnya.. sampai2 kwn2 ofis..bos mama sendiri pun ngeri melihatnya. Bila kene aircond kat ofis..kusmangat bisanya tak usah cerita..

Mama tak tahan sangat so mama gi klinik.. dokte pun sangat terkejut tengok hidung mama..huhu sampai mcm tu sekali tau. Bila gi ofis mama tutup lah dengan tuala good morning sebab rupanya sangat lah hodoh.. kene angin pun sakit.. asyik org tegur jek..mama tension..

Dokte bagi ubat sapu yang mama ingat namanya sampai bila2.. "gula labu" warna kuning oren mcm warna labu masak. Bila terasa ulser tu kering..mama sapu dengan gula labu..sejuk & lembap..so kuranglah sakitnya..

Baiknya bila? beberapa hari lagi nak raya..ia menyusut & sembuh mcm tak tinggal kesan langsung..



Tapi ramadhan tahun ini memang mama bersyukur kerana sehingga hari post ini mama buat.. tak ada pun lagi tanda2 rasa2 yg akan kene ulser.. mungkin berkat dari pengambilan CCPP setiap hari.

Pemakanan puasa..sama je mcm tahun2 lain.. tapi seronoknya ramadhan tahun ini sebab mungkin tak perlu melalui fasa ulser yang menyakitkan..

Letih tu biasalah..nama pun puasa kan. Tapi mama tak alami panas dalam & kurang air yang teruk. Rasa sihat & kurang rasa nak pitam bila tengahari.. :)

Banyak lagi khasiat dia yang mama dah rasa sepanjang pengambilan hampir 1/2 tahun.. segan nak share sebab banyak kepada dalaman2.. sape2 nak tau kita boleh citer2.. cari mama kat FB pun boleh..lagi senang

Ramadhan tahun ni memang besh!

Alhamdulillah Ya Allah.. setelah lama aku diuji setiap ramadhan.. tahun ini KAU berikan penawar melalui CCPP.. Alhamdulillah..Alhamdulillah...



"Mungkin juga ulser tu adalah cara Allah menghapuskan dosa2 kecil mama.. mama redha.. wallahuaklam.."

Thursday, August 11, 2011

Salam Ramadhan




Hish..dah nak masuk ramadhan ke 12 baru nampak muka puan punya blog ni ha. Hihihi..maaflah lama sangat tak update sebab kebizian & kemalasan melanda..huhu

Mama tengok semua org pakat tepek menu berbuka kat post.. cuma mama yang tak dan nak snap gambo menu2 sekelian. Selalunya nak dekat2 buka tu bizi.. almaklumlah kami sekeluarga berbuka kat rumah MIL.. berkumpul reramai kan..korang faham2 je la..

Kalau mama buat BW pun kdg2 malas tul nak tinggal jejak. Takpelah.. mama silent reader jek la kalau mama tak sempat letak komen tu... :)

Tak terlewat lagi nak ucap salam ramadhan kan.. ikhlas dari mama, abah & Tina. semoga dibulan yang penuh dengan berkat ni..kita semua berjaya menambah saham2 akhirat masing2..

p/s : tu gambar terbaru mama & tina sebelum puasa.. sejak2 dah masuk set ke-2 guna Natural99.. hihi..

Friday, August 5, 2011

Nespray 3+ Original >>>> Susah Cari Dipasaran Sekarang..Kenapa Ek?


Nak citer pasal susu tina..Nespray 3+ Original ni.. skrg dah semakin susah didapati dipasaran. kalau yg honey flavour tu berlambak2 lah pulak.

Mama & abah dah pusing punya pusing semua pasaraya besar..memang takde dah. This month paling teruk sekali..

Kalau boleh jumpa pun yang 600gram..harganya pulak mak aii..mencekik leher

Kami biasa beli packet 1kg sampai 5 ke 6 pack sekaligus untuk susu tina sebulan. Macam ni punya situasi..huhu payah lah..

So mama sampai call nestle..tanya.. then memang dikatakan stok nespray 3+ original di warehouse pun tak ada.. camno nih?

semalam nestle call kata kat kipmart tampoi ada stok yang 600g. So kami pun bergegas kesana. Memang ada tapi tak sampai pun 10 peket.. harganya pulak..RM15++.. aritu mama tengok kat kota tinggi harga yang 600g ni baru RM12++. So kami tak jadi beli

Worst come to worst mama & abah cadang nak belikan Nespray 1+ Original jek ulu la kot sebagai tambahan. Bila stok dah ada sok..kembalilah ke 3+..

Bukan apa..nak tukar susu budak dah pandai memilih ni bukannya mudah.. mama cuba bagi dia susu Fernleaf.. dia kata ..

Tina : Mama..itu susu 'bekenah'..kakak nak susu mama panda (refer pada botol susu punya gambar)

Mama: Ala kan sama je. Susu bekenah pun sedap kan?

Tina : Tak. Susu tu busuk la

Habih tu camner lagi korang.. kalau mama guna je yang 1+ tu sementara waktu takde stok 3+ ni..agak2 korang bijak tak tindakan tu..?

Thursday, August 4, 2011

Suku Kata



Suku kata adalah permulaan daripada kemahiran membaca. Mama dah lama berangan-angan nak ajar Tina membaca jadi mama kena mulakan dengan suku kata dulu lah..

So, few weeks back ni mama dah start dengan beberapa perkataan yang Tina selalu sebut. Tak dapat nak tampal semua sebab flash card suku katanya sikit je

Mama cuba dengan yang dua suku kata dulu lah. Tengok perkembangannya camner nanti. Sebab so far, alphabet & Number 1-10 Tina memang dah kenal. Kalau number 11, 12 & 13 tu lepas lagi la..yg lain masih belum.

Alphabet memang dah kenal semuanya. Bila mix kan huruf besar & kecil pun nampaknya alhamdulillah dah ok.. :)


DORA - perkataan ni memang Tina ingat sebab dia selalu taip kat lappy dia..

GO - ini pun sama.. GO DIEGO GO

dua perkataan ni dah lancar.. sebab selalu dieja & ditaip kat lappy so takde masalah. Bagi yang lain-lain tu Tina masih belum catch up bunyi setiap suku kata. BUkan mudah ye nak mengajar suku kata pun.

Setiap pagi bangun Tidur mama akan ajak Tina mengeja dahulu. Tapi pun tengok mood dia la..kadang-kadang takmo pun.. :(

So kalau korang ada cara lain mengajar anak suku kata.. kongsilah dengan mama.. mama alu-alukan pendapat & komen korang. Kita sama-sama share untuk improve skill anak-anak.. :)

FM Dari Istanbul


Kusmangat.. entry ni dah berkurun dalam draft tapi asyik lupa jek nak publish.

Nak share dengan korang yang mama dapat FM dari Istanbul.. sape pegi Istanbul?

Huhu..takkan mama & abah plak kan..tentulah cik dieya kita..


Aritu sesaja main-main pesan kat dieya.. tak sangka dia beli la pulak..

thanks ye dieya..

Kalau gi over the sea lagi..jgn lupa bawak balik FM ek.. ekekeke...
Link
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...